Sunday, July 17, 2011

Jamuan Kesyukuranku di UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah sekali lagi kepada-Nya kerana memberi peluang kepada saya untuk mengadakan jamuan sebagai tanda kesyukuran saya diterima masuk untuk menyambung pelajaran saya di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru bersama-sama dengan sahabat-sahabat saya dan junior-junior saya bertempat di bilik saya sendiri.



Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada seluruh sahabat-sahabat saya, adik-adik saya yang hampir 40 orang, hadir untuk bersama-sama meraikan jamuan yang saya adakan pada malam tadi. Antara mahasiswa Pengurusan Harta Tanah, Aeronautik, Pengurusan, Ukur Bahan, Kejuruteraan Elektrik, Sains Komputer dan sebagainya lagi. Terima Kasih !

Antara menu yang sempat saya adakan adalah apom balik coklat, apom balik milo, apom balik special, apom balik biasa, keropok lekor, peneram, pelbagai jenis kerepek, pelbagai jenis keropok, coklat, waffle, pelbagai jenis air, biskut, kacang dan sebagainya lagi. Alhamdulillah !

Tujuan saya adakan jamuan yang tak seberapa ini adalah untuk memberi sokongan moral, memberi semangat kepada sahabat-sahabat saya, kepada mereka yang hadir untuk terus bercita-cita bagi menyambung pelajaran mereka ke peringkat Ijazah. Insyaallah…

Jika memandang pada sudut yang positif, saya merasakan aktiviti seperti mampu untuk memberi kekuatan kepada adik-adik, kepada sahabat-sahabat untuk terus berusaha mencapai cita-cita. Mencapai impian dengan melihat kejayaan seseorang.

Alhamdulillah, berkat doa Ibu Ayah, berkat doa saudara-mara, berkat doa sahabat-sahabat, berkat doa adik-adik, dan berkat doa semua, saya dapat juga menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah. Alhamdulillah ! Saya kongsikan dan raikan kesyukuran saya ini bersama-sama dengan sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan terhadap diri saya. Insyaallah… =)

Akhir kata, saya ucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ sekali lagi kepada sahabat-sahabat, adik-adik yang hadir. Dan Insyaallah, kita akan bertemu lagi pada masa akan datang dan berkumpul kembali sepertimana malam tadi. Insyaallah… Saya berharap agar anda semua terus menyokong saya dan doakan saya untuk terus mencapai cita-cita saya. Insyaallah… =)

*p/s – Maaf, saya tak sempat ambil gambar kenangan pada jamuan tersebut…huhuhu =(

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: