Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Sedih sebenarnya melihat situasi yang berlaku di depan mata. Apa yang diperjuangkan ketika saya menjawat jawatan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC sedikit demi sedikit kembali seperti sedia kala tanpa ada peningkatan yang seharusnya difikirkan oleh setiap pihak yang terlibat. Dan bukannya mengubah ke bentuk yang asal.
Situasi ini dapat diibaratkan oleh saya sebagai membuat istana pasir, apabila ombak datang secara tiba-tiba terus istana itu hancur menjadi pasir semula. Maksudnya tiada guna ketika saya dan mantan perwakilan yang lepas bersuara untuk kebaikan akan datang. Seharusnya kepimpinan sekarang perlu untuk memberi peningkatan terhadap keselesaan dan kemudahan mahasiswa. Dan yang berlaku adalah disebaliknya.
Saya tidak kisah sebenarnya kerana ianya tidak ada kaitan lagi dengan saya. Dan saya anggap ianya sekadar kuasa Allah untuk mengubah kebentuk asal. Apa yang sedih sebenarnya adalah hasil perjuangan saya yang lepas diibaratkan tiada guna.
Untuk pengetahuan semua, keputusan yang dibuat itu melibatkan saya dan Mohamad Hazrai (Mantan MPM UTM IC 09/10) mewakili Mahasiswa dengan beberapa hujah dan berbahas serta berbincang dengan wakil Pihak Universiti iaitu Pegawai Keselamatan dan dipengerusikan oleh Pengarah Kampus berkenaan isu Parking di KSJ.
Pakatan yang dibuat dan persetujuan yang dicapai itu dianggap sementara kerana tiada peningkatan atau kajian lanjut yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang sehinggakan ianya kembali ke bentuk asal. Saya tidak menyalahkan kepada mana-mana pihak sama ada di pihak pentadbiran mahupun kepimpinan.
Masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri. Masing-masing boleh berfikir untuk kebaikan pada masa akan datang. Saya terpaksa membuat artikel sebegini atas dasar saya berpegang pada perjuangan saya dahulu. Sehinggakan kes kecurian tidak berlaku sepanjang setahun saya menjawat jawatan MPM UTM IC.
Mungkin setiap daripada kita boleh berfikir secara waras dan membuat keputusan yang terbaik untuk mahasiswa hari ini. Kerana setiap kemudahan atau situasi yang berlaku itu, sedikit sebanyak mempengaruhi mahasiswa untuk membuat ulangkaji atau tidak. Kerana setiap mahasiswa itu, ada ‘mood’nya sendiri. Tidak boleh dipaksa, dan tidak boleh memaksa.
Saya bukannya nak membanggakan diri tetapi saya membuat sesuatu keputusan saya atas dasar kajian yang saya buat dan maklumat yang saya dapat. Kerana tidak guna saya berjuang tetapi kajian dan maklumat tidak dibuat dan tidak tepat. Dan bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk mengeruhkan lagi keadaan. Ini hanyalah sekadar pendapat saya sahaja.
Akhir kata, saya hanyalah bercakap atas dasar saya pernah memegang kerusi MPM UTM IC sesi 09/10. Dan saya akan sentiasa menyokong kepada mana-mana yang menampakkan sokongan dan kebaikan kepada mahasiswa akan datang. Saya tidak teragak-agak untuk terus menulis berkaitan dengan perkara yang pernah melibatkan saya. Insyaallah, selagi saya terdaya…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC 09/10
wan_hazem19@yahoo.com
Friday, July 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
psl pe ni bro..
Post a Comment