Tuesday, July 27, 2010

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pengalaman lalu mematangkan seseorang individu. Pengalaman lalu juga pencetus kepada transformasi baharu. Pengalaman lalu juga kejayaan sesebuah kehidupan. Pelbagai lagi kenyataan yang boleh dikeluarkan melalui pengalaman lalu. Iaitu kehidupan lalu yang lebih mendewasakan kita pada hari ini. Saya juga antara jutaan manusia yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Malam tadi saya terlihat pelbagai jenis koleksi gambar semasa saya masih belajar di Sekolah Menengah Teknik Langkawi serta 2 tahun saya bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur. Perasaan sedih, gembira dan sebagainya lagi mengiringi suasana bilik yang sayu berserta alunan muzik kitaro menambahkan lagi suasana yang bertambah sayu itu.

Teringat dan terfikir, kita sekarang berpaksi di bumi yang demokrasi berserta pemimpin yang silih berganti. TETAPI pemikiran kita masih lagi berada di tahap yang sama tanpa pembaharuan yang boleh mengukuhkan lagi jati diri kita untuk lebih mencintai tanah air serta pejuang-pejuang lalu yang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan tanah air yang tercinta ini.

Sepatutnya, kita sekarang perlu belajar dari kesilapan lalu, belajar dengan pengalaman yang lampau demi memastikan kita terus bergerak ke hadapan kerana musuh sentiasa perhatikan kita. Tidak kiralah sesama kita mahupun penjajah-penjajah lampau. Langkah tetap perlu diteruskan tidak kiralah kita ini lumpuh atau sebagainya. Kerana kehidupan itu satu anugerah yang diberikan Ilahi kepada kita yakni manusia.

TETAPI apa yang berlaku sekarang dengan pemerhatian yang dilakukan, kita sering bergaduh sesama sendiri, dengki-mendengki dan sebagainya lagi demi mencapai sesuatu tanpa memikirkan orang sekeliling. Kita juga perlu ingat, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Saya juga banyak kali termakan hati apabila ditertawakan, diperlekehkan dan sebagainya lagi, tapi itu semua saya anggap sebagai pendorong saya untuk terus maju ke hadapan. Disebabkan itu jugalah, saya kuat untuk berhadapan dengan pelbagai ragam orang sekeliling.

Bersyukur melihat sahabat-sahabat, rakan-rakan, senior-senior, junior-junior dan sebagainya bertungkus-lumus belajar demi mencapai sasaran masing-masing. Itulah yang dinamakan satu semangat yang bagus tetapi mestilah selari dengan kehidupan kita pada suatu hari nanti iaitu bergelar masyarakat. Tidak semua yang berpointer 4.00 akan berjaya dan tidak semua yang berpointer bawah 3.00 akan gagal. INGAT, Usaha Itu Tangga Kejayaan…

Sekian, Wassalam…


“PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN”


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: