Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Mahasiswa sekarang perlu meningkatkan kemahiran luaran sebagai suatu ilmu yang perlu dipupuk ketika mana berada di bangku sekolah mahupun peringkat universiti lagi. Perkara ini merupakan satu perkara yang sememangnya diambil oleh mahasiswa sebagai persiapan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Pernah timbul isu berkenaan dengan “Mahasiswa Jenama Malaysia atau Barat?” yang seringkali menjadi perbandingan untuk dibawa masuk sebagai pekerja disebabkan kemahiran luaran yang lebih menampakkan kewibawaan serta keberkesanan dalam pelbagai aspek termasuk komunikasi mahupun pengurusan sesuatu projek.
Saya selaku, Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC mengucapkan sekalung TAHNIAH dan SYABAS kepada Presiden-presiden Persatuan Mahasiswa yang bertungkus-lumus menarik seramai mungkin ahlinya untuk menerapkan kemahiran seperti ini terhadap ahlinya. Antaranya, Research and Inovation Club (RIC) dengan kemahiran robotiknya, Persatuan Seni Silat Cekak (PSSC) dengan seni mempertahankan dirinya, Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK) dengan kemahirannya serta banyak lagi persatuan-persatuan lain yang akan menyusul.
Alhamdulillah, semangat seperti ini adalah langkah awal daripada Persatuan-persatuan Mahasiswa di UTM IC sebagai menyahut seruan Kerajaan bagi melahirkan mahasiswa yang variasi, berfikiran kreatif dan inovatif. Langkah bijak ini sewajarnya disambut baik oleh mahasiswa baru sebagai permulaan awal dalam melayari alam universiti yang semakin mencabar dan berdaya saing.
Akhir kata, semoga seluruh Persatuan Mahasiswa UTM IC termasuk persatuan akademik dan bukan akademik, terus bersama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC bagi bersama-sama melahirkan mahasiswa yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Sekian, Terima kasih…
“PERSATUAN SISWA PEMACU KREATIVITI MAHASISWA”
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Wednesday, July 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment