Saturday, June 12, 2010

Perubahan Paradigma...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sarjana barat sering menyarankan bahawa setiap tindakan dan amalan manusia dipengaruhi oleh minda. Perspektif yang lebih menyeluruh mengesyorkan bahawa hati yang mengawal minda dan minda yang mengawal tindak tanduk manusia. Justeru, untuk merangsang perubahan yang bermakna, hati harus dimurnikan dan minda harus dibugarkan.

Untuk merangsang perubahan paradigma, cuba renung, fahami dan hayati petikan-petikan berikut :
  1. Sedari hakikat bahawa setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya.
  2. Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu yang kurang sempurna. Justeru, kita adalah ciptaan yang sempurna. Malangnya, tindakan dan amalan kita yang sering tidak sempurna.
  3. Semua yang baik datangnya dari Tuhan dan yang buruk adalah kesilapan dan kelemahan diri sendiri.
  4. Setiap perbuatan yang baik pasti akan membawa kebaikan kepada pembuatnya.
  5. Segala kehebatan dan kecemerlangan telah sedia ada dalam diri kita, sekadar menanti untuk digerak dan diserlahkan.
  6. Setiap orang mempunyai sumber yang diperlukan untuk menjadi orang yang cemerlang. Kenal pasti sumber-sumber yang ada dalam diri anda dan berusahalah untuk menyerlahkan kehebatan diri anda.
  7. Semua orang dalam dunia ingin berjaya, tetapi hanya sebilangan kecil saja yang mencapai kejayaan. Segelintir yang berjaya ini adalah mereka yang telah dapat mengawal nafsu mereka. Nafsulah yang menyebabkan manusia menjadi lalai, hilang tumpuan dan mudah patah semangat.
  8. Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh dipertingkatkan.
  9. Jika kita terlalu kerap membuat sesuatu dengan cara yang salah, apa yang salah itu dianggap betul dan yang betul pula dianggap salah.
  10. Dalam dunia ini kita cuma boleh mengubah diri kita dan tidak berkemampuan untuk mengubah orang lain. Namun, setiap perubahan yang kita lakukan pasti akan memberi kesan kepada dunia di sekitar kita.

Baiklah....untuk hari ini....saya hanya sebutkan 10 sahaja dahulu...untuk korang semua berfikir dan hayati... manakala 12 lagi saya akan postkan kemudian...hehehe... Oleh itu, nantikan yang seterusnya...

Semua petikan itu diambil dari Buku MAHASISWA ABAD 21...oleh Abdul Razaq Ahmad...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Siswa Berperanan Kurangkan Indeks Jenayah...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

4 hari telah berlalu rakaman TV "Suara Siswa" yang mengupas mengenai "Siswa Berperanan Kurangkan Indeks Jenayah". Antara ahli panelnya ialah Muhammad Zaki Bin Omar (YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM).

Apa pendapat anda mengenai peranan Mahasiswa untuk kurangkan indeks jenayah...??? Adakah ianya benar-benar boleh berlaku..??? Atau ianya sekadar cadangan atau sanjungan yang diberikan kepada mahasiswa..??? Itu semua, Tepuk Dada Tanya Iman Anda.

Apa yang saya ingin beritahu adalah jenayah ini dapat dibahagikan kepada 3 iaitu Jenayah Keras, Jenayah Harta Benda dan Jenayah Kolar Putih. Antara ketiga-tiga jenis jenayah tersebut, yang manakah merupakan yang susah untuk dikesan..??? Jawapannya, Jenayah Kolar Putih. Pertamanya, jenayah ini sering berlaku di kalangan golongan penjawat awam, korporat dan elit. Betul atau tidak, cuba korang perhatikan sendiri..

Alhamdulillah...walaubagaimanapun, indeks jenayah di negara ini menunjukkan penurunan. Oleh itu, negara kita masih di tahap yang aman dan selamat.

Beralih semula kepada peranan mahasiswa, mahasiswa sendiri merupakan penggerak utama negara ini untuk merealisasikan harapan semua untuk mengurangkan indeks jenayah teruatamanya di kalangan mahasiswa itu sendiri.

Saya sendiri selaku Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM serta bersama-sama Barisan MPM yang lain juga memainkan peranan untuk memastikan mahasiswa UTM tidak terlibat dengan mana-mana jenayah yang berlaku. INSYAALLAH...dengan dipenuhi aktiviti sekitar kampus dan luar kampus, ia merupakan salah satu langkah untuk memastikan mahasiswa itu sendiri terikat dengan aktiviti untuk dipenuhi pada masa lapang mereka. INSYAALLAH...

Apa-apa pun, korang boleh lihat beberapa keping gambar yang dirakamkan ketika sesi rakaman SUARA SISWA baru-baru ini di Angkasapuri...


Antara Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM...

Bersama dengan YDP MPM UTM, Abg Zaki...

Semasa rakaman belum bermula....


Setelah rakaman telah selesai....hehehe


Bersama Abg Amirul dan Hariz Zakwan...


Semoga bertemu lagi...INSYAALLAH...
"Bersama Mengurangkan Indeks Jenayah..."
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Kuala Lumpur

Wednesday, June 9, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (7)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Di sini ada beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan ketika menjayakan aktiviti "JOGING PERDANA bersama KETUA MENTERI MELAKA di Bandar Hilir"... Ianya merupakan antara sub-program yang terdapat dalam Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia (USR-UTM @ Melaka 2010)...












Aktiviti yang berkonsepkan "Mahasiswa Cerdas-Cergas" ini, diharapkan dapat diteruskan lagi dan dapat melibatkan lebih ramai menteri-menteri memberi sokongan dan turun padang bersama para mahasiswa dalam menjayakan aktiviti seperti ini.
..
"MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT"
..
Ikhlas dari,
..
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
Kuala Lumpur

Monday, June 7, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (6)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...



Setelah hampir seminggu kita berkampung di Kampung Bukit Pulau, Melaka dalam menjayakan Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia (USR-UTM @ Melaka 2010), banyak pengalaman, kenangan dan pelbagai lagi perkara baru yang saya dan semua peserta lalui sepanjang berada di sana.

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, program ini akhirnya berjaya berjalan dengan lancar tanpa sebarang musibah yang berlaku. ALHAMDULILLAH... Dengan bertemakan "MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT", mahasiswa yang terlibat telah berjaya membuat satu transformasi iaitu dengan terbinanya "TUGU 1 MALAYSIA" yang memberi satu gambaran baru bahawa mahasiswa UTM IC mampu membuat satu pembentukan dan perubahan baru terhadap kampung tersebut sebagai IDENTITI BARU Kampung Bukit Pulau, Melaka.

Selain itu, PEMBINAAN WAKAF juga menunjukkan satu sumbangan besar dari mahasiswa UTM IC dan Pensyarah UTM IC. Wakaf yang berada berdekatan dengan Dataran Serumpun itu juga satu kelainan baru yang dilakukan dalam program ini sebagai langkah usaha menunjukkan kepakaran yang ada pada mahasiswa dalam berdepan dengan masyarakat umumnya.

Program USR-UTM @ Melaka 2010 ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mat Sirat Bin Abu, Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka dan Majlis Penutupan pula telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Yaakub Bin Md Amin, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah "JOGGING PERDANA bersama Ketua Menteri Melaka di Bandar Hilir", "Kembara Desa", "Malam Suai Kenal", "Khidmat Pendidikan SPM", "Lawatan Projek Ekonomi Kampung", "Aktivit Santai Rakyat Melaka", "Pelancaran Air-Show" dan sebagainya lagi.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan sekali lagi ucapan JUTAAN TERIMA KASIH kepada Mohamad Hazrai (selaku Timbalan Pengarah Program), Nur 'Aqilah (Setiausaha), Azyan Zulkifli (Bendahari), Khairul Shazuan & Nurul Jannah (Unit Protokol), Azrul Hafiz (Unit Khidmat Pendidikan), Anis Idzureen, Mohd Azhar & Naufal Naim (Unit Kebudayaan), Hariz Zakwan, Nur Hidayu & Irfan Shah (Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan USR-UTM @ Melaka 2010 ini.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang sudi bekerjasama dalam menjayakan program ini iaitu Kerajaan Negeri Melaka, Bahagian Pekerja dan Pelajar Antarabangsa Jabatan Ketua Menteri Melaka, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pergerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Bukit Pulau dan Masyarakat Kampung Setempat. "Terima Kasih...."

Seterusnya, terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang memberi sokongan berterusan, yang mendoakan dan sebagainya lagi. Semoga ALLAH membalas budi anda semua... INSYAALLAH...

Terima kasih juga kepada 4 orang wakil Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM yang sudi turun padang dalam memberi sokongan kepada saya dan "My Team" iaitu Abg Zaki Omar (YDP MPM UTM), Abg Miqdad, Abg Ariff dan Abg Amirul...

Untuk gambar-gambar kenangan semasa menjayakan Program USR-UTM @ Melaka 2010, saya akan pamerkan nanti... Oleh itu, jangan lupa tunggu di blog saya ini. INSYAALLAH... Doakan pula untuk Program Rakan Budaya Universiti Teknologi Malaysia di Sarawak (Rakan Budaya-UTM @ Sarawak '10)... INSYAALLAH...


"MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT"

Ikhlas Dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program,
USR-UTM @ MELAKA 2010

Wednesday, June 2, 2010

Kemudi Kejayaan....

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sepanjang membuat gerak kerja Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Bukit Pulau, Melaka (USR-UTM @ Melaka 2010), saya telah mendapat ilham untuk membuat satu Puisi yang bertajuk KEMUDI KEJAYAAN..

Puisi ini memberikan satu gambaran dan cabaran hebat bagi saya yang pertama kali mengetuai program yang berbentuk Khidmat Masyarakat dan Mahasiswa Prihatin ini. Pengarah Program itu sendiri memberikan satu cabaran yang sangat hebat terhadap diriku ini, dengan menggunakan pengalaman yang ada, saya teruskan juga program ini...ALHAMDULILLAH...

Terimalah dari saya,
KEMUDI KEJAYAAN....

Tersentak ketika diriku di kamar
Mengenang saat getir
Mengemudi bahtera samar
Berteman unggas dan camar


Terumbang-ambing seketika
Saat mencari haluan
Redahi lautan gelora
Gentar bukan halangan
Pasti ada kejayaan


Berani inspirasi diri
Aku terusan mengemudi
Dengan semangat yang tinggi
Kejayaan mesti digenggami
Khilaf bukan dalam diri


Angin terus bertiup dingin
Memaksa arus terus bergelora
Gelora derita ke selatan
Menongkah tetap ke utara
Kerana inilah destinasi pilihan


Harapanku semakin bersinar
Pancaran cahaya terpancar
Kerdipan bintang berkilauan
Mengelilingi bahtera idaman
Menari-nari terus menyanyi
Menghiasi, mewarnai
Lukisan arus kehidupan

Kini ku merasai
Kejayaan semakin menghampiri
Berlengah tidak sesekali
Aku terus kemudi
Matlamat impian harus dilepasi


Kemenangan kini di tangan
Destinasi ini jalan sebenar
Lihatlah bintang
Inilah kemudi kejayaan…




Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
University Social Responsibility (USR-UTM@Melaka 2010)
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

USR-UTM @ Melaka 2010 (5)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pertama sekali, bersyukur sesangat kerana walaupun amat sibuk dengan gerak kerja yang begitu padat hampir setiap hari tertumpu hanya untuk merealisasikan University Social Responsibility (USR-UTM @ Melaka 2010), saya masih boleh menulis lagi di blog ini.

ALHAMDULILLAH... Semua gerak kerja hampir sebulan telah selesai, hanya tinggal beberapa jam saja lagi program yang ditunggu-tunggu ini akan bermula. Dari saya kosong mengenai program berbentuk masyarakat ini sehingga saya boleh berdiri seperti sekarang adalah disebabkan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Para AJK Program dan Para Peserta Program... TERIMA KASIH untuk semua...

Terima kasih juga kepada pihak Universiti kerana memberikan pelbagai barangan tajaan Universiti Teknologi Malaysia sendiri terhadap program USR-UTM @ Melaka 2010 ini. Terima kasih juga kepada Edorey Technologies Sdn Bhd kerana menjadi Rakan ICT bagi USR-UTM @ Melaka 2010.

Sebelum berlangsungnya program ini, diharapkan semua pihak iaitu sahabat-sahabat di Taski ABIM, Sekolah Rendah Islam Alor Star, Maahad Mahmud Alor Star, Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyyah, Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur dan Skudai serta sebagainya lagi MENDOAKAN agar program ini mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat keberkatan dari ILAHI serta berjalan lancar.
INSYAALLAH....

Semoga dengan berlangsungnya program USR-UTM @ Melaka 2010 yang bermula 2 Jun hingga 7 Jun 2010, ianya menjadi satu bentuk transformasi terhadap khidmat sosial yang pernah dijalankan sebelum ini.


"MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT"


Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
University Social Responsibility (USR-UTM @ Melaka 2010)
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
013-3114305

Tuesday, June 1, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (4)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Kepenatan sudah menjadi satu kebiasaan terhadap para Majlis Tertinggi dan AJK USR-UTM@Melaka 2010. Usaha itu juga menjadi kunci semangat dan kekuatan untuk terus berusaha merealisasikan program yang berbentuk Khidmat Sosial ini.

ALHAMDULILLAH... Semua kursus yang diwujudkan sebagai persediaan sebelum merealisasikan program ini juga telah berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun ianya masih mempunyai masalah teknikal. Terima Kasih diucapkan kepada Azrul Hafiz (Khidmat Pendidikan SPM), Sabrina Athirah (Pembinaan Wakaf), Mohd Shahmi (Pembinaan Tugu 1 Malaysia), Azhar dan Anis Idzureen (Persembahan Boria) dan Naufal Naim (Persembahan Dikir Barat). Semoga Yang Maha Esa membalas semua budi dan komitmen korang terhadap persediaan program ini.

SELAMAT BERJAYA juga diucapkan kepada 4 orang peserta USR-UTM@Melaka 2010 iaitu Mohamad Hazrai, Khairell Khazin, Umar Al-Faruq dan Syaheedullah yang bertungkus-lumus membuat persediaan di Kampung Bukit Pulau sehingga Program yang akan bermula nanti. ALHAMDULLILAH... Publisiti awal yang dibuat ini dapat menarik seluruh penduduk Kampung Bukit Pulau untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program ini.

SEHARI LAGI YANG TINGGAL...untuk saya dan seluruh AJK program untuk membuat gerak kerja akhir untuk terus merealisasikan program yang bertemakan "MAHASISWA AGEN TRANSFORMASI MASYARAKAT" ini.. INSYAALLAH...

Akhir kata, semoga semuanya berjalan lancar...


Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
USR-UTM @ Melaka 2010
wan_hazem90@yahoo.com