Wednesday, June 2, 2010

Kemudi Kejayaan....

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Sepanjang membuat gerak kerja Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Kampung Bukit Pulau, Melaka (USR-UTM @ Melaka 2010), saya telah mendapat ilham untuk membuat satu Puisi yang bertajuk KEMUDI KEJAYAAN..

Puisi ini memberikan satu gambaran dan cabaran hebat bagi saya yang pertama kali mengetuai program yang berbentuk Khidmat Masyarakat dan Mahasiswa Prihatin ini. Pengarah Program itu sendiri memberikan satu cabaran yang sangat hebat terhadap diriku ini, dengan menggunakan pengalaman yang ada, saya teruskan juga program ini...ALHAMDULILLAH...

Terimalah dari saya,
KEMUDI KEJAYAAN....

Tersentak ketika diriku di kamar
Mengenang saat getir
Mengemudi bahtera samar
Berteman unggas dan camar


Terumbang-ambing seketika
Saat mencari haluan
Redahi lautan gelora
Gentar bukan halangan
Pasti ada kejayaan


Berani inspirasi diri
Aku terusan mengemudi
Dengan semangat yang tinggi
Kejayaan mesti digenggami
Khilaf bukan dalam diri


Angin terus bertiup dingin
Memaksa arus terus bergelora
Gelora derita ke selatan
Menongkah tetap ke utara
Kerana inilah destinasi pilihan


Harapanku semakin bersinar
Pancaran cahaya terpancar
Kerdipan bintang berkilauan
Mengelilingi bahtera idaman
Menari-nari terus menyanyi
Menghiasi, mewarnai
Lukisan arus kehidupan

Kini ku merasai
Kejayaan semakin menghampiri
Berlengah tidak sesekali
Aku terus kemudi
Matlamat impian harus dilepasi


Kemenangan kini di tangan
Destinasi ini jalan sebenar
Lihatlah bintang
Inilah kemudi kejayaan…




Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Program
University Social Responsibility (USR-UTM@Melaka 2010)
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: