Wednesday, June 30, 2010

Rakan Budaya 1Malaysia 1UTM @ Sarawak 2010 (2)

Bismillahirahim….

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


“Mahasiswa Pemangkin Transformasi Masyarakat” merupakan satu ungkapan yang diterapkan kepada semua Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan Barisan Presiden-presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC dalam pelaksanaan Program Rakan Budaya 1Malaysia 1UTM di Dun Bengoh, Sarawak 2010 (Rakan Budaya-UTM @ Sarawak 2010).

Dengan berkonsepkan “ADIK ANGKAT”, elemen Pendidikan dan Motivasi menjadi agenda utama dalam memastikan objektif dan matlamat program tercapai iaitu memberi sepenuh tumpuan terhadap peningkatan Motivasi Akademik terhadap adik-adik angkat yang terpilih terutamanya melibatkan para pelajar PMR dan SPM.

Setiap Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC telah diberikan 2-5 orang adik angkat sebagai langkah utama untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Proses penyerahan telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Paku, Bau, Sarawak.

Antara pelaksanaan aktiviti pula telah dibahagikan kepada dua aktiviti utama iaitu Khidmat Pendidikan dan Permindahan Teknologi. Khidmat Pendidikan merupakan satu aktiviti untuk meningkatkan tahap pendidikan dan motivasi terhadap para pelajar dan ianya diberi fokus kepada Para Pelajar UPSR, PMR, SPM dan STPM. Manakala Permindahan Teknologi pula merupakan satu proses perkongsian kepakaran mahasiswa iaitu untuk Pembinaan Wakaf dan Pembinaan Simenfero.

Program ini juga telah menambahkan sedikit pengetahuan dan ilmu yang baru terhadap para mahasiswa mengenai budaya pelbagai kaum di Sarawak. Kami sendiri membawa budaya dari Semenanjung Malaysia dengan mempersembahkan Tarian Joget Pahang, Dikir Barat dan Tarian Satu Malaysia. Manakala para pelajar SMK Paku pula telah mempersembahkan Tarian Ngilang Tikai Gawai, Pertunjukan Fesyen dan sebagainya lagi. Majlis Penutupan bagi program ini telah disempurnakan oleh Prof.Dr.Durrishah, Dekan UTM Perdana School. Gimik penutupan yang dilakukan adalah menggunakan elemen sumpit Belon.

Setelah selesai berkampung selama 5 hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Paku, kami telah check-in di Hotel Grand Continental, Kuching Sarawak. Antara tempat yang telah dilawati oleh semua peserta yang terlibat ialah Serikin, Kampung Sogo (Kampung Tradisional Orang Bidayuh), Kampung Budaya, Kilang Kek Lapis Sarawak, Waterfront dan sebagainya lagi.

Pelbagai pengalaman diperolehi semasa berada di Sarawak antaranya dikejar anjing, sesat di Bandar Kuching dan sebagainya lagi. Semoga semua Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC terus menjaga ukhuwah yang telah terjalin ini sehingga berkekalan ke akhirnya. INSYAALLAH.

Sekiranya sepanjang program ini, ada kekasaran, ada kesalahan, ada kelemahan dan sebagainya lagi, Saya menyusun 10 jari untuk memohon maaf kepada anda semua dan INSYAALLAH kita akan terus bekerjasama lagi untuk perlaksanaan Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) pula. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas budi baik semua.

Akhir kata, saya merindui selalu adik angkat saya iaitu Liscapella anak da’eng dan Fedelies anak Dominic serta Benny.


“SARAWAK TETAP DI HATIKU…”


Yang Ikhlas,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
International Campus Kuala Lumpur
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: