Monday, September 5, 2016

Festival Filem Malaysia 28 : Pengiktirafan Karya Filem Tempatan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, kita bertemu sekali lagi untuk entry terbaru dalam blog aku yang tak seberapa ni. Seharian semalam aku berjalan pusing-pusing sambil cuci mata di PWTC untuk menyaksikan pelbagai tawaran hebat untuk pelbagai pakej percutian ke tempat-tempat menarik di MATTA FAIR 2016. Nak tahu apa yang aku beli? Kena tunggu next entry aku la...haha

FESTIVAL FILEM MALAYSIA 28 : Pengiktirafan Karya Filem Tempatan



Sebelum tue, aku nak ucapkan jutaan TAHNIAH buat filem 'Munafik' yang berjaya merangkul anugerah utama iaitu Filem Terbaik Nasional dan filem 'Jagat' sebagai Filem Terbaik Malaysia. Jutaan TAHNIAH juga buat Saudara Syamsul Yusof yang berjaya diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem Munafik. 

Apa yang aku lihat, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) perlu memilih hanya satu sahaja filem yang layak diangkat sebagai Filem Terbaik berbanding mengasingkannya kepada dua kategori iaitu Filem Terbaik Malaysia dan Filem Terbaik Nasional. Aku sebagai pengikut dan peminat filem yakin dan percaya dalam mana-mana anugerah filem sepatutnya hanya satu sahaja filem yang akan diangkat sebagai pemenang dari keseluruhan filem-filem yang dipertandingkan.

Sejujurnya aku lebih melihat filem 'Ola Bola' yang selayaknya diangkat memenangi beberapa kategori utama menerusi kategori Filem Terbaik Malaysia, Pengarah Terbaik, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dan Pelakon Wanita Baharu Terbaik. Tetapi apakan daya, kesemuanya tewas dengan calon-calon hebat yang lain.

Kategori lain yang 'lari' dari ramalan aku adalah kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Pekin Ibrahim menerusi filem Mat Moto di mana pilihan aku adalah Aniu (Rembat). Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik aku lebih menyokong Hasnul Rahmat (Juvana 2). Apa-apa pun, semua pemenang memang selayaknya diberi penghormatan bagi setiap karya mereka. Kita terima saja keputusan juri yang dibuat secara profesional menerusi kepakaran bidang masing-masing.

Pengiktirafan karya filem tempatan seharusnya diberikan bagi meraikan idea-idea segar dan mampu memberikan yang terbaik kepada penonton seperti aku. Bak kata Mamat Khalid, bukan mudah untuk mengarahkan sesebuah filem kerana risiko sangat besar samada filem itu mampu menarik penonton ke pawagam atau tidak kerana sesuatu filem itu akan terus dilihat menerusi kutipan box office. 

Cuma apa yang aku perasan, para penerbit perlulah mengelak dari mengeluarkan filem-filem sampah, filem-filem yang tiada moral, filem-filem yang entah apa-apa. Sebab boleh kata lambakan filem tempatan hari ini yang tidak mampu untuk mencapai kutipan melebihi RM1juta. Apa yang aku tahu, Mat Moto : Kami Mat Moto Bukannya Mat Rempit (RM4.3juta), Ola Bola (RM16.6juta), Munafik (RM17.042 juta) & Boboiboy The Movie (RM15.7juta) ini saja yang mencapai kutipan melebihi RM1juta manakala filem lain tidak melepasi hinggakan ada filem yang tidak melepasi RM10ribu kutipan.

Malam Festival Filem Malaysia 28 juga cukup meriah dengan pelbagai persembahan pentas terutamanya yang pasti mampu memukau penonton adalah persembahan Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah serta gandingan mantap dari pengacara malam tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad. Tahniah, Tahniah !

Apa-apa pun, aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih buat FINAS yang sudi memberi kad jemputan untuk aku hadir ke malam tersebut. Nie kali kedua aku hadiri majlis sedemikian setelah Anugerah Juara Lagu. Aku enjoy dan yang paling penting aku dapat bersemuka, berborak dan bertegur sapa dengan beberapa selebriti tempatan. Insyaallah, kita nantikan pula Festival Filem Malaysia 29 tahun hadapan dengan lebih umppphhh dan lebih gah. Insyaallah... ;)

Di sini, aku nak kongsikan juga beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketika di Malam Festival Filem Malaysia 28 yang dibuat secara langsung di Dewan Plenary, KLCC.


Tahniah to Munafik Team...
Tahniah to Jagat Team...
Persembahan Jacyln Victor & Dayang Nurfaizah...
Persembahan Bunkface...
Persembahan Aizat Amdan & Tomok...
Persembahan Azlan & The Typewriter...
Aku bersama Pekin Ibrahim, Pelakon Lelaki Terbaik...
Aku bersama Shaheizy Sam, Calon Pelakon Lelaki Terbaik dan Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik FFM24...
Aku bersama Ah Niu, Calon Pelakon Lelaki Terbaik...
Aku bersama Sherry Al-Hadad, Pengacara FFM28...
Aku bersama Falisha Crosley, Pelakon Baharu Wanita Terbaik....
Aku bersama Sharifah Amani, Pelakon Wanita Terbaik FFM19...
Aku bersama Maya Karin, Pelakon Wanita Terbaik FFM21 & FFM25...
Aku bersama Diana Danielle, Calon Pelakon Wanita Terbaik FFM26...
Aku bersama Erra Fazira, Pelakon Wanita Terbaik  FFM18...
Aku bersama Datuk Rosyam Nor, Pelakon Lelaki Terbaik FFM16 & FFM21...
Aku bersama Ola Bola Team...
Aku bersama Ola Bola Team...
Aku bersama Emma Maembong...
Aku bersama Raja Afiq a.k.a Kapten Mukhriz...
Aku bersama Idris Khan...
Aku bersama Kamal Adli...


Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: