Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
'Malaysia Sehati Sejiwa'
Itulah tema yang diangkat bagi Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-59 tahun ini. Sepertimana tahun lepas, #SehatiSejiwa ini begitu simbolik kepada perpaduan rakyat Malaysia hari nie sehinggakan Malaysia dipandang begitu kuat elemen perpaduan di kalangan masyarakatnya.
Olimpik Rio 2016 berlabuh dengan satu kejayaan dan kemenangan buat Malaysia apabila berjaya meraih 4 Pingat Perak dan 1 Gangsa yang merupakan antara pencapaian terbaik negara di pentas Sukan Olimpik ini. Aku cuba kaitkan Olimpik Rio ini dengan semangat #SehatiSejiwa apabila perlawanan akhir bagi 3 acara badminton yang begitu berjaya membuatkan rakyat Malaysia bersatu tanpa mengira kaum, bangsa dan agama, masing-masing berdiri atas nama Malaysia, menyokong team Malaysia. Itu aku puji! Itu aku kagumi!
Selang beberapa hari selepas itu, kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia buat kali ke-59 dan apa yang aku lihat erti kemerdekaan itu sebagai satu peringkat kebebasan dan keamanan yang kita kecapi dan itu kita harus pertahankan. Pejuang-pejuang yang berkorban untuk memerdekakan tanah air ini diingati, dikenang jasanya dan yang terkini kita cuba meraikan juga wira-wirawati Malaysia yang berjaya di pentas Olimpik Rio sebagai inspirasi buat orang muda seperti aku untuk terus bersatu dan berdiri di atas panji Malaysia dan terus kibarkan jalur gemilang sebagai tanah tumpahnya darahku.
Aku masih teringat perkongsian dari arwah nenek aku, Allahyarhamah Wan Thom (aku panggil dengan panggilan Tok We), dimana arwah kongsikan mengenai kehidupan beliau di zaman jepun sampai mengalir air mata. Tapi aku tak berapa ingat sangat sebab tak silap aku perkongsian dari nenek aku tue pada waktu aku baru berumur darjah 2, 3 macam tue. Apa-apa pun, sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah nenek aku ya.
Cuma aku sedikit terkilan hari ini dimana apabila aku mula-mula menjejakkan kaki untuk mencari rezeki setelah kena posting kerja kat Kuala Lumpur adalah lambakan warga asing yang kian seperti tak terkawal jumlahnya. Kemerdekaan yang dikecapi ini ditenggelami dengan lambakan warga asing dan boleh dikatakan ibarat Pekan atau Kota Asing jika anda lihat di sekitar puduraya, masjid Jamek dan sebagainya. Di perumahan-perumahan sederhana dan rendah pula turut dipenuhkan dengan mereka juga. Pengangkutan-pengangkutan awam turut dipenuhi dengan mereka. Adakah aku berada di kota Bangladesh?
Kemerdekaan yang kita kecapi lebih kepada apa yang kita lihat secara kasarnya tetapi bagi aku yang mula hidup di ibu kota ini diperlihatkan seperti kemerdekaan itu lebih kepada warga asing. Di mana, warung-warung kecil dikuasai oleh mereka di merata tempat di sekitar Kota Metropolitan Kuala Lumpur (Malaysia), kedai-kedai runcit dijaga mereka, di kaki-kaki lima dipenuhi mereka sehinggakan jika tak terkawal jumlahnya, tak mustahil suatu hari nanti 'boleh' wujud kawasan Parlimen/Daerah yang dipimpin oleh Warga Asing. Itu pihak berkuasa kena kaji kebaikan dan keburukan lambakan warga asing di ibu kota pada masa akan datang. Setuju?
Aku masih boleh terima jika Ibu Kota kita ini didatangi atau dilawati oleh para pelancong yang sememangnya memberi impak positif dari segi ekonomi Malaysia tapi aku masih merisaukan jika lambakan pekerja asing yang aku lihat sampai satu tahap beranak-pinak dan mampu membuka warung-warung kecil, tidak mustahil situasi nanti wujud perkampungan / pekan 'terancang' dari mereka. Itu yang aku rasa dan aku cuba membuat satu persoalan tapi adakah ini hanya tanggapan aku semata-mata?
Ok, kita stop kejap bab warga asing ini! Kita kembali fokus kepada kemerdekaan kita hari ini. Sambutan yang dibuat secara luar biasa tetapi adakah kita sebagai orang muda mempunyai kesedaran yang sepatutnya untuk meneruskan legasi Malaysia sebagai sebuah negara yang Merdeka? Apa pendapat korang pulak?
Tanggal 31 Ogos disambut setiap tahun dengan pelbagai jenis perbarisan dan perarakan tapi inilah kali pertama aku melihat sendiri kemeriahan di Dataran Merdeka yang dipenuhi dengan puluhan ribu manusia termasuk pelancong, warga asing berkumpul menyaksikan kemeriahan dan meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia peringkat kebangsaan. Aku paling tertarik dengan bas yang menampilkan barisan Atlet Olimpik Rio yang cukup memberi inspirasi atas semangat mereka membawa Malaysia ke pentas dunia.
Aku taknak cerita panjang, aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang aku sempat rakam termasuk bersama dengan pemimpin-pemimpin negara cuma agak kecewa tidak dapat bersua muka dengan atlet-atlet Olimpik Rio yang aku cukup-cukup kagumi. Huhuhu ;(
Aku bersama YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani... |
Aku bersama YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri... |
Aku bersama YB Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan... |
Aku bersama YB Datuk Rosnah Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya... |
Aku bersama Y.Bhg Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Bekas Menteri Penerangan... |
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment