Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” Itulah ungkapan pertama yang ingin saya ungkapkan kepada seluruh pembaca blog saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan di Facebook dan sebagainya lagi setelah hampir sebulan lebih saya tidak berpeluang untuk meng-update blog saya ini.
Sambutan raya bagi meraikan kemenangan kita setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan bagi tahun ini cukup meriah dan menggembirakan saya kerana setelah umur meningkat dewasa, suasana dan kemeriahan bagi menyambut raya tidak semeriah seperti kanak-kanak dahulu.
Apa yang lebih meriahnya adalah setelah hampir 5 tahun tidak meraikannya di Kelantan, bagi sambutan Raya kali ini, saya berpeluang untuk menziarahi sanak-saudara di Kelantan secara santai dan dalam masa yang sama menghabiskan cuti di Kelantan. Banyak perubahan yang saya nampak ketika saya di sana. Dan banyak juga tempat kami ziarah termasuk di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, dan sebagainya lagi.
Seterusnya ketika bulan Ramadhan juga saya sempat untuk bekerja secara part-time sebagai ‘Researcher Assistans’ di bawah Prof.Madya Dr Ismail Omar (salah seorang pensyarah kanan di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah, UTM). Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang hampir sebulan lebih saya menjalankan tugas di Negeri Kedah dan Negeri Perlis. Thanks sebab memberi kepercayaan kepada saya.
Saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf sekiranya saya ada terkasar bahasa, terguris di jiwa, tersakit hati dengan saya, dan sebagainya lagi. Insyaallah…semoga ukhuwah kita semua terus terjalin dan terus berkekalan ke akhirnya… Insyaallah… =)
Sekian, Wallahua’lam… =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment