Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Unggun Bersih” itulah tajuk puisi yang diilhamkan oleh Sasterawan Negara Malaysia iaitu Dato’ A. Samad Said. Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara ini juga merupakan sasterawan yang sinonim dengan rakyat yang sentiasa menuntut hak dan memartabatkan kembali keadilan dan Melayu ! Sepertimana Dato’ Shahnon Ahmad, Sasterawan Negara Malaysia yang Kedua.
Saya ingat lagi ketikamana Dato’ A. Samad Said bersama-sama Pejuang Bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai dan beliau adalah antara orang yang turut sama terkena Gas Pemedih Mata.
Itulah yang dikatakan perjuangan yang cukup tak terkata oleh insan yang bergelar Sasterawan Negara Malaysia ini. Dan hari ini, beliau sekali lagi bangkit untuk menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil dan bersama-sama menyokong Perhimpunan Aman Tanpa Senjata Bersih 2.0. Dan kali ini, beliau telah mengilhamkan sebuah puisi yang cukup manis dan bermakna iaitu “Unggun Bersih”. Bersama-samalah kita menghayati dan meneliti apa sebenarnya yang sedang diperkatakan oleh insan yang bernama Dato’ A. Samad Said.
UNGGUN BERSIH – Dato’ A. Samad Said
Semakin lara kita didera bara –
Kita laungkan juga pesan Merdeka :
Demokrasi sebenderang mentari
Sehasrat hajat semurni harga diri
Lama resah kita – Demokrasi luka;
Lama duka kita – Demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
Suara bebas yang utuh, kita idami !
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
Diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
Kini merebaklah nyala unggun itu.
Begitulah bait-bait kata yang cukup puitis dan bermakna. Insan yang berilmu sepertinya cukup sudah memahami apa yang sebenarnya diperhatikan beliau. Saya cukup ‘respect’ kepada beliau kerana masih berpijak di bumi yang nyata dan tidak takut berhadapan dengan sengketa.
Sumber : A. Samad Said
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Thursday, June 30, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Kebenaran Israk dan Mikraj...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Firman Allah S.W.T :
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah iaitu pada 27 Rejab. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW.
Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian Nabi Muhammad SAW. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi.
Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Israk juga menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Israk dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Israk iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.
Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ada gambaran yang mengembirakan dan ada yang menakutkan. Ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Baginda. Antara gambaran perilaku tersebut ialah Rasulullah SAW diperlihat satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
Persoalan besar timbul di sini siapakah sebenarnya golongan ini?. Mengikut pandangan ulama golongan ini ialah mereka yang tidak menjaga kemaluan dengan cara yang halal dan mereka ini tergolong dikalangan yang dicela serta tidak berjaya samada dalam kehidupan dan cita-citanya.
Budaya hidup berzina terus menjadi isu panas di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kes-kes pelacuran, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan. Walaupun budaya keji ini dibenci oleh semua agama tetapi hanya Islam sahaja yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina. Hukuman keras ini amat waras kerana perbuatan berzina adalah perbuatan yang menjatuhkan harga diri, maruah dan moral manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.
Rasulullah SAW berpesan bahawa antara tanda-tanda akhir zaman ialah ramai orang yang jahil terhadap agama serta arak dan zina bermaharajalela. Mereka tahu tentang hukum haramnya namun masih tetap melakukan, kes-kes zina pada asalnya dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
Di Padang Mashyar nanti golongan ini akan berjalan dengan kepala di bawah dan kaki ke atas langgit, mereka terasing daripada manusia, badannya sangat busuk serta darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluannya kerana semasa hidup di dunia mereka ini berbuat zina, suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia bukannya takut kepada Allah SWT. Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat pedih di neraka Jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini.
Dalam satu hadith disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegur orang yang berzina, tidak menyapanya dan tidak memandangnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah: mereka yang melakukan homoseks, mereka yang melakukan kahwin tangan (onani), mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang, mereka yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat). mereka yang berkahwin antara ibu dan anak. mereka yang berzina dengan isteri jirannya dan mereka yang mengganggu jirannya.”(Riwayat al-Tabrani).
Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pintu-pintu menuju perzinaan, sedekat itu pulalah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.
Nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimana pun perlepasan dan pembebasan hawa nafsu hendaklah dilakukan secara halal iaitu melalui pasangan yang sah yang diikat dengan perkahwinan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita yang tidak sah pada dasarnya ia telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar-gambar porno di internet, menonton video lucah adalah mendorong kepada perzinaan.
Serangan gejala sosial dan keruntuhan moral dalam pelbagai bentuk di negara ini menyebabkan kita kadang-kala hilang pedoman untuk mengatasinya. Sebagai umat Islam sekiranya peristiwa dan kebenaran dalam Isra’ Mikraj ini ditauladani dan dipelajari serta dihayati sebaik mungkin, insyaallah kita mampu mengelakkan diri daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan dan kemungkaran serta terjerumus dengan gaya hidup berdosa. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa ini bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isra’ dan Mikraj merupakan satu ujian dalam proses pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya.
Akhir kata, saya mengucapkan Salam Israk Wal Mikraj, 27 Rejab kepada semua sahabat-sahabat saya. Oleh itu, bersamalah menghayati Sirah Perjuangan Nabi Muhammad SAW dan kini kita sebagai mata rantai penyambung risalah kebenaran. Ayuh, teruskan perjuangan demi mencari keredhaan Ilahi. Insyaallah… =)
Sumber : JAKIM
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus

Tuesday, June 28, 2011
Bersih 2.0 : Antara Baik dan Buruknya...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
BERSIH ! Itulah isu yang hangat diperkatakan di dada akhbar, di media massa dan sebagainya lagi. Rakyat Malaysia sekarang masing-masing memberi pandangan tentang kebaikan dan juga keburukan berkenaan dengan perhimpunan Bersih ini. Ada yang menyokong ! Ada juga yang menentang !
Perhimpunan Aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan bersama-sama dengan 13 orang lagi iaitu Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay and Arul Prakkash.
BERSIH 2.0 ini juga telah mendapat hampir 63 Badan NGO di Malaysia termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA), Persatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Kebajikan Bank Islam, All Women’s Action Society (AWAM) serta beberapa dari kumpulan mahasiswa iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).
Sebagai tambahan Perhimpunan ini turut mendapat sokongan dan bukannya ‘Penganjuran Bersama’ daripada beberapa Parti Politik Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Sarawak National Party (SNAP).
Sebelum saya mengulas lanjut berkenaan dengan isu ini, ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tidak menyatakan sokongan atau bantahan kepada Perhimpunan Bersih 2.0 ini. Apa yang menjadi terdetiknya saya untuk mengulas berkenaan dengan isu ini adalah ada baik dan buruknya apabila diadakan perhimpunan seperti ini.
Apabila membaca banyak artikel dan kenyataan yang dipertunjukkan di dada-dada akhbar dan media massa, saya terfikir adakah isu ini sehebat isu Memali pada tahun 1985 atau isu Reformasi Malaysia pada tahun 1998. Perhimpunan ini digempar-gempurkan sebagai perhimpunan yang akan menggulingkan kerajaan sekarang sehingga pemimpin-pemimpin teratas negara berasa kepanasannya sedangkan perhimpunan ini diadakan atas dasar perhimpunan Aman Tanpa Senjata.
“Kalau Tiada Angin, Masakan Pokok Bergoyang...”
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) juga telah menghantar memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan juga pernah menghantar Nota Bantahan kepada Yang Amat Berhomat Perdana Menteri Malaysia berkenaan isu yang dimainkan.
Jika diperhatikan antara permintaan yang dituntut dalam Bersih 2.0 adalah berdasarkan sistem Pilihanraya Bersih dan Adil dan apa yang paling saya ingin perkatakan di sini adalah berkenaan dengan Matlamat Jangka Panjang 5.(E) iaitu berkenaan dengan Media.
i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional;
ii. Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta;
iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.
Hal ini memang cukup dipersetujui kerana jika diperhatikan sistem pilihanraya di negara lain, setiap ahli politik yang berlainan parti diberi peluang untuk memberi komen atau menjawab setiap persoalan yang ditujukan oleh mana-mana pihak. Dan sepertimana berlaku di Indonesia, setiap pemimpin diberi peluang untuk berbahas secara terbuka bagi meraih sokongan oleh rakyatnya tanpa sebarang pengaruh sesetengah pihak sahaja yakni media massa.
Itu dari segi baiknya diadakan perhimpunan aman ini jika benar-benar dapat direalisasikan oleh semua tuntutan yang dikehendaki yang 100 peratusnya adalah berkaitan dengan Sistem Pilihanraya di Malaysia. TETAPI, ada juga buruknya jika perhimpunan ini berubah menjadi suatu perhimpunan yang agresif kerana perhimpunan seperti ini tidak mampu dikawal oleh sebilangan sekretariat sahaja.
Ditambah pula, dua pihak yang tiba-tiba muncul membuat kenyataan yang menyatakan akan turut sama melakukan perhimpunan sekiranya Bersih 2.0 masih diteruskan iaitu Perkasa Pribumi dan Pemuda UMNO Malaysia. Jika ditakdirkan 2 puak berlainan ideologi ini bertembung dalam satu masa iaitu Puak Bersih 2.0 dan Puak Perkasa Pribumi + Pemuda UMNO Malaysia, maka apa yang akan berlaku pada ketika itu? Wallahua’lam…
Dan apa yang ingin saya katakan di sini, bahawa setiap rakyat Malaysia boleh berfikir secara waras dan matang apa baik dan buruknya sesuatu perkara itu berlaku. Dan saya masih dengan pendirian saya yang saya di pihak ‘Neutral’ tidak terikat dengan mana-mana pihak atau menyokong mana-mana pihak. Dan apa yang saya kongsikan di sini adalah sekadar luahan pendapat semata-mata.
“Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal kemudian Tiada Gunanya…”
Itulah peribahasa yang dirasakan sesuai untuk saya tujukan kepada semua pihak. Setiap tindakan dan keputusan yang dibuat diharapkan mendapat redha Allah Taala… Insyaallah… Selamat Berjaya untuk semua. =)
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Sesi 2009/2010

Sunday, June 26, 2011
Watak Khayalan Memukau Di Magika...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Tertarik saya pabila melihat watak-watak yang terdapat dalam filem ‘MAGIKA’. Filem arahan Edry Abdul Halim ini cukup mengkhayalkan. Walaupun filemnya dah lama ditonton tetapi apa yang terdetiknya untuk saya postkan pagi ini adalah berkenaan dengan watak-wataknya.
Saya cukup tertarik dengan watak-watak yang ditonjolkan oleh pengarahnya dan diselitkan dengan elemen ‘Muzikal’ membuatkan pemilihan watak khayalan ini nampak lebih menarik. Dan apa yang penting di sini, saya ingin postkan poster watak-watak tersebut disebabkan ianya cukup menarik ! Credit to pembuat poster ini. Hehehe…
Jap2, saya kat sini jugak nak kasi ‘Awards - Watak’ kepada AJK & Peserta USR-YPM-UTM@Tangga Batu 2011 yang dirasakan sesuai pulak untuk saya buat file mini ke kumpulan teater UTM…hehehehe
P/s : Kalau diberi peluang, saya tak nak jadi wataknya tetapi jadi Pengarah Filemnya. Hehehehe…. =)

Nenek Kebayan - Ziana Zain
(Aiman)
(Aiman)
Puteri Bunian - Maya Karin
(Nazriah)
(Nazriah)
Awang Lembing - Norman Hakim
(Anis Safwan)
(Anis Safwan)
Bawang Putih & Bawang Merah - Sharifah Amani & Sharifah Aleya
(Irfan & Nurhanudin)
(Irfan & Nurhanudin)
Penunggu Tasik Chini - M.Nasir
(Bukhari)
(Bukhari)
Badang - Mawi
(Hasri)
(Hasri)
Mahsuri - Vanidah Imran
(Cik Wa)
(Cik Wa)
Hang Tuah & Panglima Melaka - Saiful Apek & Senario
(Hariz Zakwan, Hazrai, Razmi, Salman & Haidil)

Pak Pandir & Mak Andeh - Aznil Haji Nawawi & Raja Azura
(Wan Ayzam & Ain)
(Wan Ayzam & Ain)
Puteri Gunung Ledang - Ning Baizura
(Faiznur)
(Faiznur)
Puteri Santubong - Marsha Milan Londoh
(Wan Ainun)
(Wan Ainun)
Orang Minyak - Nabil Ahmad
(Hafiz Hehe)
(Hafiz Hehe)
P/s : Kalau diberi peluang, saya tak nak jadi wataknya tetapi jadi Pengarah Filemnya. Hehehehe…. =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com
Saturday, June 25, 2011
Karak - Laluan Puaka...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Semalam saya berpeluang menonton filem ‘KARAK – Laluan Puaka’ sebanyak dua kali bersama-sama dengan sahabat saya iaitu Farizal dan Syamil. Filem arahan Yusry KRU ini yang pertama kali memberi sentuhan filem yang berunsurkan Sera mini cukup menjadi !
Lakonan yang bersahaja dari gabungan pelakon baru dan lama juga baik seperti Shahir AF8, Sheera Aiyob, Qila Fairy, Along serta Sidek Hussain. Jalan cerita filem ini cukup unik dan menarik. Elemen seram yang digarapkan begitu menakutkan dan mempunyai kelainan dari filem-filem seram sebelum ini.
‘Encik…. Boleh tolong saya Encik…’
‘Encik…. Ada nampak anak saya….’
…
‘Saya tak percaya hantu…lainlah kalau cik takde tangan ke, kaki ke, kepala ke…’
…
‘Macam ini ke Encik…’ – Kepala dan badan sudah terpisah !
…
Itulah antara babak yang saya dapat rasakan betapa seramnya ketika pertama kali menonton filem ini. Filem ini juga dapat saya katakana mempunyai pelbagai elemen yang bersahaja dan kekuatan dari segi mesej yang ingin disampaikan oleh pengarahnya.
Jika ditanya berapa bintang untuk diberikan kepada filem ini, saya akan berikan 4 bintang untuk filem ‘KARAK’ ini. 1 Bintng lagi saya simpankan disebabkan saya masih tertanya-tanya apa sebenarnya motif budak-budak ini diganggu ketika melalui Lebuhraya Karak ini. Hehehe…
Apa-apa pun, aku nak kongsikan kat sini, beberapa keping gambar yang menyeramkan beberapa watak dalam filem ini. Oleh itu, selamat menonton kepada mereka yang baru nak menonton !
p/s : Filem ini memang seram ! heheheh….
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah

Friday, June 24, 2011
Almarhum Ustaz Fadzil Noor Dalam Kenangan (1937 - 2002)...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Semalam (23 Jun 2011), genaplah 9 tahun pemergian Almarhum Ustaz Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor iaitu seorang tokoh pejuang Islam di Malaysia. Almarhum Ustaz Fadzil Noor atau nama sebenarnya Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Star, Kedah Darul Aman. Ayahnya, Mohd Noor Abdul Hamid dan Ibunya, Hindun Abdul Rahman meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil. Moyangnya pula, Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi adalah seorang Ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949). Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Menengah di Maktab Mahmud Alor Star (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962). Pada Tahun 1962, almarhum melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada tahun 1967, almarhum berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah. Sekembalinya dari Mesir, almarhum menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
Bakat kepimpinan almarhum Ustaz Fadzil Noor terserlah pabila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud. Ketika di Mesir, almarhum memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai Ketua Penerangan, Setiausaha dan akhirnya sebagai Timbalan Presiden.
Almarhum juga pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia-ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia-ABIM (1974-1978). Almarhum juga pernah menjadi Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah.
Semasa memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Almarhum Ustaz Fadzil Noor turut terlibat dalam demontrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah Darul Aman pada tahun 1974. Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, almarhum menjadi Pemangku Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia-ABIM. Dan almarhum juga pernah menjadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia selepas Pilihanraya Umum 1999 setelah memenangi kerusi Parlimen Pendang.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang Dakwah dan Pendidikan. Selaku Pesuruhjaya PAS Kedah pada tahun 1985, beliau telah membeli sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Institusi ini adalah standing kehebatannya pada zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Almarhum Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah 2 minggu mengalami koma selepas pembedahan yang dijalaninya. Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara Di Raja Malaysia ke Kedah. Jenazah dibawa ke Muassasah Darul Ulum iaitu Institusi Ilmu yang diasas dan diperjuangkannya.
Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di situ. Dari Alor Star hingga ke kawasan itu, hampir 30KM orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan menunggu jenazahnya lalu. Malah pada sekitar terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10KM menuju ke Muassasah Darul Ulum. Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod terbesar dalam sejarah Umat Islam di negara ini.
Akhir kata, marilah bersama-sama kita sedekahkan ‘AL-FATIHAH’ buat Almarhum Ustaz Fadzil Noor (1937 - 2002) agar rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin…

Thursday, June 23, 2011
Kenali Menteri Besar/Ketua Menteri di Malaysia...
Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Hari ini ingin saya kongsikan sedikit sebanyak berkenaan dengan Menteri Besar/Ketua Menteri di Malaysia... Jom ikuti bersama saya... =)
1. Kedah Darul Aman
Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak
Tarikh Mula Berkhidmat : 9 Mac 2008
Tempat Lahir : Alor Star, Kedah
Tarikh Lahir : 25 Oktober 1944
Parti Politik : PAS (Pakatan Rakyat)
ADUN : Sungai Limau – Menewaskan Bassori Abu Hassan (BN) dengan majoriti 3,212
Pendidikan : Maktab Mahmud Alor Star (1966), Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir (1972) dan M.Phil In Law Dept. Of Law, University Of Kent Canterbury England (1978).
Alamat : Menteri Besar Kedah, Pejabat Menteri Besar Kedah, Wisma Darul Aman, Jalan Tunku Bendahara, 05502 Alor Star, Kedah.
2. Perlis Indera Kayangan
Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Seri Dr. Md Isa bin Sabu
Tarikh Mula Berkhidmat : 17 Mac 2008
Tempat Lahir : Kampung Kechur, Kangar, Perlis
Tarikh Lahir : -
Parti Politik : UMNO (Barisan Nasional)
ADUN : Bintong – Menewaskan Mohd Anuar Tahir (PAS) dengan majoriti 2,110
Pendidikan : Malayan Teachers College, Penang dan Graduan Universiti Sains Malaysia.
Alamat : Menteri Besar Perlis, Pejabat Menteri Besar Perlis, Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.
3. Pulau Pinang Pulau Mutiara
Ketua Menteri : Y.A.B Tuan Lim Guan Eng
Tarikh Mula Berkhidmat : 11 Mac 2008
Tempat Lahir : Johor Bahru, Johor
Tarikh Lahir : 8 Disember 1960
Parti Politik : DAP (Pakatan Rakyat)
ADUN : Air Putih – Menewaskan Tan Yoke Cheng (BN) dengan majoriti 4,061
Pendidikan : Sekolah Inggeris PJ La Salle & Batu Pahat Montfort, Sekolah Tinggi Batu Pahat & Sekolah Tinggi Melaka dan Sarjana Muda Ekonomi, Monash University, Australia.
Alamat : Ketua Menteri Pulau Pinang, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, 10502 Pulau Pinang.
4. Perak Darul Ridzuan
Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir
Tarikh Mula Berkhidmat : 12 Mei 2009
Tempat Lahir : Pulau Pangkor, Perak
Tarikh Lahir : 22 Mac 1962
Parti Politik : UMNO (Barisan Nasional)
ADUN : Pangkor – Menewaskan Pakhrazi Muda (PKR) dengan majoriti 5,785
Pendidikan : Pemikiran Islam B Econs (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa (1987), Master Universiti Islam Antarabangsa (1991), Master Falsafah Politik dan Perbandingan Agama, Universiti Temple (1992) dan PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995).
Alamat : Menteri Besar Perak, Pejabat Menteri Besar Perak, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
5. Pahang Darul Makmur
Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Yaakob
Tarikh Mula Berkhidmat : 25 Mei 1995
Tempat Lahir : Bentong, Pahang
Tarikh Lahir : 8 April 1950
Parti Politik : UMNO (Barisan Nasional)
ADUN : Pelangai – Menewaskan Hamdan Ahmad (PAS) dengan majoriti 2,970
Pendidikan : Sekolah Rendah Sulaiman & Sekolah Menengah Sulaiman, Diploma Pendidikan Universiti Malaya (1977), dan Universiti Yarmouk, Jordan.
Alamat : Menteri Besar Pahang, Pejabat Menteri Besar Pahang, Wisma Sri Pahang, 25502 Kuantan, Pahang
6. Kelantan Darul Naim
Menteri Besar : Y.A.B Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Mula Berkhidmat : 22 Oktober 1990
Tempat Lahir : Kampung Pulau Melaka, Kelantan
Tarikh Lahir : 10 Januari 1931
Parti Politik : PAS (Pakatan Rakyat)
ADUN : Chempaka – Menewaskan Datuk Dr. Nik Zain Omar (BN) dengan majority 4,249
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (1936), Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu, Universiti Deobond, India (1952), Lahore, Pakistan-Ilmu Tafsir Quran (1957), Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab dan Sarjana Perundangan Islam.
Alamat : Menteri Besar Kelantan, Pejabat Menteri Besar Kelantan, Tingkat 1, Blok 1, Kota Darulnaim, 15502 Kota Bharu, Kelantan.
7. Terengganu Darul Iman
Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Seri Hj. Ahmad bin Said
Tarikh Mula Berkhidmat : 25 Mac 2008
Tempat Lahir : Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu
Tarikh Lahir : 15 Februari 1957
Parti Politik : UMNO (Barisan Nasional)
ADUN : Kijal – Menewaskan Hazri Jusoh (PAS) dengan majoriti 3,157
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kemaman (1964-1969), Sekolah Menengah Chukai, Kemaman (1970-1974), Maktab Adabi Terengganu, Kuala Terengganu (1975-1976), Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) Sains Politik, Universiti Sains Malaysia.
Alamat : Menteri Besar Terengganu, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, Pejabat Menteri Besar Terengganu, 20502 Kuala Terengganu, Terengganu.
8. Selangor Darul Ehsan
Menteri Besar : Y.A.B Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim
Tarikh Mula Berkhidmat : 13 Mac 2008
Tempat Lahir : Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Selangor
Tarikh Lahir : 14 Disember 1946
Parti Politik : PKR (Pakatan Rakyat)
ADUN : Ijok – Menewaskan Datuk Mohamad Sayuthi Said (BN) dengan majoriti 1,920
Pendidikan : Sekolah Melayu Jeram (1956), Sekolah Inggeris Kampung Kuantan, Ijazah BA. Hons dalam Jurusan Ekonomi, Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Queensland, Australia (1975).
Alamat : Menteri Besar Selangor, Pejabat Menteri Besar Selangor, Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40502, Shah Alam, Selangor.
9. Negeri Sembilan Darul Khusus
Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tarikh Mula Berkhidmat : 25 Mac 2004
Tempat Lahir : Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 2 Mei 1956
Parti Politik : UMNO (Barisan Nasional)
ADUN : Rantau – Menewaskan Aisah Lamsah (PKR) dengan majoriti 3,783
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau (1963-1969), Sekolah Menengah Rantau (1970-1974), Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah, Seremban (1975-1976), Universiti Malaya (1977-1979).
Alamat : Menteri Besar Negeri Sembilan, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Tingkat 5B, Wisma Negeri, 70502 Seremban, Negeri Sembilan
10. Melaka Bandaraya Bersejarah
Ketua Menteri : Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Tarikh Mula Berkhidmat : 3 Disember 1999
Tempat Lahir : Kampung Bukit Katil, Melaka
Tarikh Lahir : 24 Ogos 1949
Parti Politik : UMNO (Barisan Nasional)
ADUN : Bukit Baru – Menewaskan Bakrin Sidek (PAS) dengan majoriti 2,708
Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil & Sekolah Kebangsaan Semabok, Sekolah Tinggi Melaka dan Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan), Universiti Sains Malaysia (1984).
Alamat : Ketua Menteri Melaka, Pejabat Ketua Menteri Melaka, Bangunan Seri Negeri, Tingkat 4, Blok A, Seri Negeri, Ayer Keroh, 75450 Melaka.
11. Johor Darul Takzim
Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
Tarikh Mula Berkhidmat : 6 Mei 1995
Tempat Lahir : Sungai Mati, Muar, Johor
Tarikh Lahir : 14 November 1946
Parti Politik : UMNO (Barisan Nasional)
ADUN : Serom – Menewaskan Rusman Kemin (PAS) dengan majoriti 4,971.
Pendidikan : Sekolah Tinggi Muar, Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi), Universiti Australia dan Sarjana (Ekonomi Politik), Universiti Queensland.
Alamat : Menteri Besar Johor, Pejabat Y.A.B Menteri Besar Johor, Aras 4, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, 79503 Nusajaya, Johor.
12. Sarawak Bumi Kenyalang
Ketua Menteri : Y.A.B Tan Sri Pehin Sri (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud
Tarikh Mula Berkhidmat : 26 Mac 1981
Tempat Lahir : Miri, Sarawak
Tarikh Lahir : 21 Mei 1936
Parti Politik : PBB (Barisan Nasional)
ADUN : Balingan – Menewaskan Suriati Abdullah (PKR) & Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas) dengan majoriti 5,154
Pendidikan : St Joseph’s Primary School in Miri & St Joseph’s Secondary School in Kuching, Bachelor of Laws, University of Adelaide (1960).
Alamat : Ketua Menteri Sarawak, Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak
13. Sabah Di Bawah Bayu
Ketua Menteri : Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman
Tarikh Mula Berkhidmat : 4 Mac 2003
Tempat Lahir : Beaufort, Sabah
Tarikh Lahir : 30 Mac 1951
Parti Politik : UMNO (Barisan Nasional)
ADUN : Sungai Sibuga – Menewaskan Ahmad Thamrin (PKR), Gusniah Diong (Bebas) & Osman Enting (Bersekutu) dengan majoriti 7,657
Pendidikan : Sekolah Rendah Mempagar, Beaufort, Sekolah Rendah St.Paul, Beaufort, Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu dan Master In Business Administration (MBA, Edith Cowan University, Perth, Australia).
Alamat : Ketua Menteri Sabah, Pejabat Ketua Menteri Sabah, Jabatan Ketua Menteri, Tingkat 17 & 18, Wisma Innoprise, Jalan Sulaman, 88502 Kota Kinabalu, Sabah.
p/s : Harap korang semua puas hati !

Kisah Hati...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Pagi yang ceria ini, yang penuh dengan kedinginan malam ingin hamba membawa kalian ke sebuah hikayat yang bertajuk ‘Kisah Hati’. Ianya cukup memilukan dan perlu dihayati oleh mereka yang masih dilamun cinta. ‘Kisah Hati’ akan dirungkaikan oleh puteri hamba yang bernama ‘Alyah’. Hahahhaa...
KISAH HATI
Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
p/s : Kisah Hati lebih terseksa sekiranya keikhlasan itu dipermainkan sesuka hati tanpa memikirkan akibat di masa akan datang!

Permasalahan Umum...
Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Berakhirnya babak tragis yang cuba memecahbelahkan antara saya dan sahabat baik saya, muncul pula babak seterusnya yang juga ke arah memecahbelahkan antara satu sama lain. Mungkin kejadian sebegini perlu ditonjolkan dalam sebuah drama bagi memaparkan kehidupan yang penuh liku-liku dalam meneruskan perjuangannya.
Babak kali ini yang melibatkan antara saya dan adik-beradik angkat saya ini dirasakan tidak wajar untuk saya kongsikan di sini disebabkan melibatkan beberapa individu yang tidak sepatutnya dimaklumkan di sini. Mungkin biarlah saya pendamkan keseorangan agar ianya tidak terus menjejaskan hubungan kami di individu tersebut.
Perkongsian kali ini ingin saya fokuskan berkenaan dengan permasalahan yang sedang dilalui oleh kita sebagai insan yang masih mencari sinar harapan untuk terus melangkah ke hadapan. Buka saja akhbar, terbentang dengan pelbagai coretan berita yang memaparkan permasalahan yang sedang melanda di Malaysia. Terutamanya berkenaan dengan Isu ‘Demontrasi Jalanan BERSIH’.
Saya tak nak ulaskan lebih lanjut berkenaan dengan isu ini kerana dirasakan belum cukup ilmu untuk diulaskan. Dan saya hanya mampu untuk mengetahui berkenaan dengan isu ini melalui akhbar yang dirasakan saya cukup ‘Berat Sebelah’ dan blog-blog beberapa ahli Parlimen.
Saya merasakan lebih wajar jika sekiranya pihak Kerajaan Malaysia (Barisan Nasional) serta pihak Pembangkang (Pakatan Rakyat) untuk membuat satu sesi dialog antara pemimpin-pemimpin terkemuka kedua-dua belah pihak, secara terbuka melibatkan isu-isu nasional seperti ‘Demontrasi Jalanan BERSIH’ ini yang dipancarkan terus melalui siaran televisyen supaya tiada sebarang putar-belit dapat dilakukan oleh segelintir pihak media.
Dan ini lebih mencerminkan ‘Demokrasi’ yang dicanang dan menjadi perjuangan hakiki oleh kedua-dua belah pihak dapat direalisasikan. Percaya atau tidak, isu seperti ini wajar untuk difikirkan oleh Belia Remaja seperti saya kerana ianya melibatkan masa depan kita dalam berdepan dengan kepimpinan negara akan datang. Betul atau tidak, tepuk dada tanyalah iman anda! Noktah !
Itulah yang dikatakan bahawa setiap manusia pasti akan melalui pelbagai jenis permasalahan yang diluar jangkaan kita tetapi atas diri kita sama ada mencuba untuk memendamkannya atau mencari jalan penyelesaiannya. Memang benar, kadang kala dengan permasalahan ini menyebabkan kita berada di alam kita sendiri tanpa memikirkan persekitaran yang berlaku.
Permasalahan yang berlaku wajar dan mesti diselesaikannya secara berfikiran waras dengan mengambil kira dari pelbagai jenis sudut supaya keputusan yang dibuat itu tidak sia-sia atau memakan diri kita kembali. Teringat pula, tadi saya sempat menasihati adik-beradik angkat saya, Nurhanudin agar sebelum membuat sesuatu keputusan, wajar untuk kita berfikir dahulu kerana bak kata pepatah melayu, “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya” dan “Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa”.
Akhir kata, saya memesan pada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat diluar sana agar sentiasalah memuhasabahkan diri agar kita tidak terus leka dibuai mimpi atau keasyikan yang terlampau dengan hiburan. Kerana di akhir zamanlah, manusia mudah lupa diri dan cuba menjatuhkan dan memecahbelahkan sesama sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)