Friday, April 9, 2010

Isu Berbangkit Di KSJ...

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Semalam (8 April 2010), tepat jam 11.00pagi bertempat di Bilik Pengetua,Blok A, Kediaman Siswa Jaya, telah diadakan satu pertemuan rasmi antara saya, selaku Exco Kebajikan,Kolej&Pengaduan Awam MPM UTMIC, Hariz Zakwan (Naib Presiden 1 MPM UTMIC), Nur Hidayu (Exco Akademik,Inovasi&Pengantarabangsaan), Asyraf Ayub (Wakil Mahasiswa Tahun1) dan Shahril Zaabar (Presiden JKM KSJ) dengan En.Noh Muhamad Adlan, selaku Pengetua Kediaman Siswa Jaya UTMIC.



Pertemuan ini merupakan pertemuan khas yang diadakan sendiri oleh saya untuk membangkitkan beberapa isu yang saya terima dan beberapa cadangan atau usul baru yang dikemukan oleh Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTMIC untuk kemudahan Mahasiswa UTMIC.


Berikut merupakan senarai isu yang dibangkitkan oleh saya dan Barisan MPM UTMIC yang lain, iaitu :
  1. Penyimpanan Barang pada Penghujung Semester : Penyimpanan barang pada penghujung semester seringkali mengundang ketidakpuasan hati oleh mahasiswa UTMIC yg tinggal di KSJ dimana kuota utk penyimpanan barang di stor itu hanya dibenarkan kpd ahli JKM, mahasiswa Sabah & Sarawak. Hal ini adalah sepatutnya diberikan secara terbuka kpd seluruh mahasiswa (penghuni KSJ). Sebahagian besar mahasiswa yg menginap di KSJ adalah luar dari kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
  2. Kadar Saman yang Dikenakan Tidak Releven : Kadar saman yg dikenakan adalah tidak releven terhadap kesalahan "Tertinggal kunci" dengan bayaran RM25.00. Hal ini adalah disebabkan nilai tersebut dianggap membebankan mahasiswa yg mengalami kecuaian tersebut. Kadar yg dikenakan terhadap mahasiswi di Blok A yg berkaitan dengan beberapa kesalahan seperti menyidai baju dan tidak tutup lampu juga dikenakan bayaran RM25.00.
  3. Isu Kenaikan Harga Sewa Bilik : Isu kenaikan harga sewa bilik ini terus diwar-warkan sejak setahun kebelakangan ini dan pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa berharap agar kadar sewa yang dikenakan adalah sama mengikut semester-semester sebelum ini.
  4. Sesetengah Felo yang Tidak Prihatin Terhadap Kes Kecemasan : Sejak kebelakangan ini, 3 laporan yang diterima oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa mengenai isu Felo yang tidak prihatin terhadap beberapa kes kecemasan yg berlaku. Kes Pertama, mengenai keracunan makanan. Kes Kedua, mengenai pelajar pengsan dan Kes Ketiga, mengenai pelajar perlu keluar dari KSJ kerana ada kes kecemasan yg berlaku oleh keluarga pelajar terbabit.
  5. Kerosakan Lif : Kerosakan lif kerap kali berlaku di Blok B dan Blok C KSJ. Setelah diperhatikan, Majlis Perwakilan Mahasiswa agak terkejut dengan maklumat Perakuan Kelayakan Mesin Angkat itu sudah tamat perakuannya iaitu pada 14 Julai 2009.
  6. Bilik Komputer di Kediaman Siswa Jaya : Bilik Komputer di KSJ terutamanya di Blok C sudah dilengkapi dengan komputer baru tetapi masih belum dibuka. Tetapi berlainan pula di Blok A dan Blok B yang telah dibuka.

Berikut adalah keputusan yang diperolehi :

  1. Penyimpanan barang pada penghujung semester ini akan dibuka kepada seluruh mahasiswa UTMIC dan dikenakan caj sebanyak RM10.00 (untuk 3 kotak) serta keselamatan tidak jamin.
  2. Kadar saman boleh diturunkan dengan syarat mahasiswa perlu buat surat kurangkan harga denda kepada Pengetua. Mahasiswa juga boleh dapatkan contoh surat dari Majlis Perwakilan Mahasiswa.
  3. Isu kenaikan harga sewa bilik akan terus dinaikkan juga. Majlis Perwakilan Mahasiswa akan fikirkan cara atau inisiatif utk memastikan isu ini akan dapat ditunda lagi supaya tidak membebankan mahasiswa UTMIC.
  4. Isu sesetangah felo yg tidak prihatin terhadap kes kecemasan ini akan diambil tindakan oleh Pengetua. Dan mana-mana mahasiswa yang alami mengenai isu ini boleh terus laporkan kepada Pengetua sendiri atau terus menerus kepada saya atau Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain.
  5. Kerosakan lif adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Harta Bina UTMIC. Insyaallah, Majlis Perwakilan Mahasiswa akan aturkan satu pertemuan khas dengan Pejabat Harta Bina UTMIC antara MPM UTMIC, Pejabat Harta Bina UTMIC dan wakil-wakil mahasiswa.
  6. Bilik komputer di KSJ terutamanya di Blok C belum dibuka disebabkan ketiadaan kakitangan yang cukup. Oleh itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa akan adakan lagi satu pertemuan khas antara MPM UTMIC dengan Puan Raja Aida mengenai isu ini.

Berikut pula merupakan antara cadangan tambahan yang dikemukan sendiri oleh saya dan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain :

  1. Tempat letak motor berbumbung untuk mahasiswa di KSJ. Ianya dilihat sebagai ada beberapa kebaikan dengan pembinaannya iaitu tempat letak motor berbumbung itu boleh dijadikan bangsal untuk apa-apa bentuk program dan seterusnya menjaga kebajikan mahasiswa iaitu kesihatan mahasiswa terutamanya ketika musim hujan.
  2. Laluan beratap ke Surau KSJ bagi muslimah.

Berikut adalah keputusan yang diberikan oleh Pengetua :

  1. Insyaallah, akan difikirkan semula dan jika dilaksanakan tempat letak motor berbumbung ini akan dikenakan caj kepada mahasiswa (mengikut peraturan yang ditetapkan oleh semua kolej di UTM Skudai) iaitu RM30 utk satu semester.
  2. Tidak boleh dilakukan disebabkan beberapa masalah yang berlaku.

Di sini, Majlis Perwakilan Mahasiswa amat berharap agar semua mahasiswa UTMIC boleh menerima secara terbuka dengan semua keputusan yang telah diberikan oleh pengetua sebarang kemusykilan atau persoalan mengenai isu-isu di atas, anda bolehlah terus berjumpa dengan saya atau Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain.

Sebarang masalah dan isu berbangkit yang lain bolehlah laporkan kepada saya, Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh selaku Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam Majlis Perwakilan Mahasiswa UTMIC atau En.Noh Muhamad Adlan (Pengetua KSJ UTMIC).

INSYAALLAH....

SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Sampai Jumpa,

(Bersama Bernafas Di Era 1 UTM)


5 comments:

Unknown said...

Bismillah hirrahman nir Rahim...

Assalamualaikum wrbh...

Alhamdulillah, terima kasih atas makluman yang telah diberikan Saudara Hazim kepada saya mengenai perbincangan pihak MPP UTMIC-Presiden JKM-Pengetua KSJ. Saya pasti terdapat beberapa keputusan yang mampu menggembiran pelajar KSJ terutamanaya.... Saya harap momentum perubahan ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Ada beberapa perkara yang saya tertarik untuk diulas dalam isu perbincangan ini.

Sebagai KJ Akademik dan Pengantarabangsaan, AJK Blok B ksj dan ahli JKM secara hakikinya, sy amat prihatin mengenai perkara-perkara mengenai kebajikan warga KSJ kerana memang sudah menjadi tanggungjawab seorg yg bergelar ahli JKM untuk menjaga kebajikan mahasiswa di dalam KSJ. Malah, itulah amanah yg paling ditekankan oleh Tuan Pengetua KSJ semasa perlantikan ahli JKM yg lepas.

1. Mengenai isu penyimpanan barang di KSJ, kenaikan harga bilik untuk kolej, saya pasti ia akan mengembirakan pelajar KSJ kerna mereka x perlu bersusah payah balik barang ke rumah dan juga inisiatif pihak MPP untuk mengekalkan harga sewa bilik yang sedia ada.

Unknown said...

2. Mengenai kadar saman yang tidak relevan, pada hemat saya, bukan saman itu yang tidak relavan, tapi sikap pelajar itu yg buat undang2 kolej tidak relavan. Saya mengambil contoh mudah, sikap pelajar yg membiarkan kunci bilik merata-rata adalah punca mengapa kunci bilik mereka hilang... Sekiranya mereka anggap kunci bilik mereka sebagai suatu benda yang penting, pasti mereka akan menjaganya dengan baik. Bagi saya, undang-undang bukan bertujuan untuk menyeksa, tetapi untuk mendidik mereka jadi warga berhemah dan rasional, inilah yang ditekankan oleh TNC HEP semasa kunjungan beliau beberapa hari selepas kes arwah Saudara Khalis.

3. Mengenai Felo di KSJ, saya merasakan agak terlalu keterlaluan jika mengatakan mereka tidak prihatin. Seperti yang kita sedia maklum, saya rasa saudara Hazim pun teramat maklum, semua Felo di KSJ bukan kerja hanya sebagai Felo sahaja, tetapi mereka juga ada komitmen lain dalam UTM. Saya beri contoh, Dr. Aminuddin (Blok B) merupakan KJ Mekanikal KST, Encik Sharil (Blok C), HEP, Puan Raja Aida (Blok A), CICT dan juga En Najib (Blok B) Pejabat Canseleri - sudah letak jawatan atas sbb ke KPT. Oleh yang demikian, kita kena sedar yang x sepanjang masa felo boleh membantu masalah kita. Lagipun, kita sendiri yang melaungkan slogan kita mampu berfikir dan buat sendiri sesuatu, oleh yang demikian, kita pasti juga mampu jaga diri sendiri. Memang tugas hakiki felo jaga pelajar dalam kolej, apa yang saya nak tekankan disini, kita juga harus faham komitmen luaran felo pada UTM dan keluarga dan tidak sewenang-wenangnya beranggapan bahawa felo tidak prihatin. Saya juga yakin bahawa, tuan Pengetua lebih arif menilai sejauh mana kredibiliti felo-felonya kerana beliau yang meluluskan dan juga menghantar borang permohonan menjadi felo ke TNC HEPA.

4.Isu kerosakan lif. Terima kasih atas keprihatinan MPP atas isu ini. Untuk makluman saudara Hazim, tidak dinafikan lif di blok selalu sahaja rosak. Tapi adakah kita sedar siapa dalang sebalik pertualang?? Kadang kala, kuasa alam menyebabkan lif rosak, misalnya hujan lebat tempoh hari menyebabkan lif dimasuki air dan rosak.Itu sememangnya tidak dapat dielakkan, dan pihak kolej telah membina bonggol kecil dihadapan lif bagi menghalang air masuk ke lif. Pihak MPP juga harus sedar berlaku juga gejala vandalisma dalam lif. Saya beri contoh kerosakan lif blok B yang lalu adalah akibat vandalisma yang dilakukan pelajar KSJ sendiri. Wayar dan kamera CCTV dihancurkan dan diputuskan, butang ditekan dgn kuat sehingga tercabut.Pada siapa kita nak salahkan semua ini?? Jadi kita harus juga mengkaji sesuatu dari aspek ini. Mentaliti kelas pertama adalah mentaliti yang menjaga hak diri sendiri dan juga orang lain. Dan saya rasa kekurangan kita adalah dari segi ini, kesedaran mengenai penjagaan harta benda awam.

5. Mengenai bilik komputer, Tuan Pengetua amat mengambil berat mengenai isu bilik komputer di KSJ. Dalam perbincangan saya dan Pengetua pada bulan lepas mengenai Jabatan saya, beliau ada menyatakan isu bilik komputer ini.Beliau menyatakan salah satu faktor mengapa beliau teragak-agak untuk membuka bilik komputer adalah sikap pelajar KSJ sendiri. Melalui pengalaman beliau, banyak peralatan komputer yang hilang sbb sikap pelajar ksj yg x bertanggungjawab, oleh itu, beliau dan Puan Raja Aida berusaha untuk memikirkan mekanisma terbaik untuk mengelakkan benda yang sama berulang. Untuk makluman, komputer dalam bilik komputer itu bukanlah milik CICT ataupun KSJ, tetapi disewa melalui syarikat luar. Jadi, ia perlukan penjgaaan yang baik sama seperti mesin basuh. Oleh yang demikian, beliau amat mengalu-galukan sebarang idea bagi mengatasi masalah ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha pihak MPP dan juga saudara Presiden JKM KSJ atas sesi perbincangan ini. Ini hanyalah pandangan dan pengetahuan saya sahaja, dan ia adalah pendapat peribadi saya, harap ia mampu menjadi dan membantu wadah kalian dalam memacu perubahan mahasiswa.

Terima Kasih.

Idham Mahdi, JKM KSJ

WMHMY said...

Thanks to Idham Mahdi juga...
sebenarnya semua yang diberitahu oleh saudara Idham memang dah saya kaji semua tue....tetapi saya jadikannya sebagai bahan bukti dan sebagainya lagi....tetapi ianya masih lagi kami perlu simpan utk kajian yang seterusnya... Semua itu hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga semua pihak...dan nanti kami akan beritahu kelak...INSYAALLAH...
SALAM PERJUANGAN MAHASISWA....

WMHMY said...

Thanks to Idham Mahdi juga...
sebenarnya semua yang diberitahu oleh saudara Idham memang dah saya kaji semua tue....tetapi saya jadikannya sebagai bahan bukti dan sebagainya lagi....tetapi ianya masih lagi kami perlu simpan utk kajian yang seterusnya... Semua itu hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga semua pihak...dan nanti kami akan beritahu kelak...INSYAALLAH...
SALAM PERJUANGAN MAHASISWA....

fNadiah aSaifuddin said...

boleh tmbh ckit?psl guard. apasal kgatalan guard llk kt kolej2 mkin mjd2?sgt3 myampah. ingt diri2 bagus sgt k?sory kasar tp mmg da bengang sgt3. bkn skali tp bkali2. n bkn sy sorg jgk. plz pantau.
and sal guard jgk, dlm bilik guard kt ksj2 boleh mrokok k?dah la b'aircond. sy masuk bkebuk asapnya. nk tegur student, tp diri sndri pown bt salah dlm utm.sy rs guard kontrak lg bagus dr guard skrg ni.
tQ