Sunday, April 18, 2010

Isu Lif di KSJ (2)....

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Semalam bersamaan hari Sabtu (17 April 2010), ada sedikit berita atau maklumat yang amat penting perlu disebarkan kepada seluruh mahasiswa mengenai ISU LIF DI BLOK B yang hangat diperkatakannya agak sekian lama...

Setelah satu perjumpaan yang diadakan bersama Tuan Pengetua KSJ sebelum ini masih tidak mendapat jalan penyelesaian, akhirnya semalam kemungkinan besar menjadi satu penyelesaian yang harus kita semua perhatikan dan fikirkan.

Semuanya bermula apabila saya menerima panggilan daripada Naib Presiden 1, MPM UTMIC, Hariz Zakwan Bin Abu Baharim mengenai lif yang semakin uzur dan rosak disebabkan pihak-pihak tertentu. Kemudiannya, saya menerima lagi penggilan daripada beberapa mahasiswa di Blok B mengenai isu yang sama.

Langkah pertama yang saya lakukan adalah saya menghantar sms laporan sebanyak 5 kali kepada ketua Blok B, Fairuz Alhafiz dan kemudiannya terus berjumpa dengan Naib Presiden MPM untuk langkah seterusnya. Dan kami membuat satu pertemuan ringkas bersama Ketua Blok B dan Presiden JKM mengenai perkara ini. Sebelum itu, saya menelefon Pembantu Felo Blok B berkenaan dengan isu ini tetapi tidak diangkat sedangkan dalam masa yang sama Ketua Blok B menelefon pembantu Felo terbabit dan diangkatnya lalu berkata, "Biarkan mahasiswa naik guna kaki" berkenaan dengan lif ini.(Bukti pembaca semua boleh rujuk kepada Ketua Blok B)

Kemudiannya, saya dan Hariz Zakwan terus melangkah ke Pihak Pengawal mengenai perkara ini tetapi disuruh buat laporan secara bertulis dan kemudiannya kami meminta kebenaran untuk pihak pengawal lihat di CCTV tetapi tidak dibenarkan kerana Pihak yang sepatutnya adalah Pihak Pentadbiran KSJ.

Lalu kami pulang dan meminta si Fairuz ini buat laporan lalu dihantarnya bersama dengan kami ke pondok pengawal. Seterusnya kami masih tidak mengalah terus membuat panggilan kepada Staff Blok B berkenaan isu ini untuk lihat CCTV.. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang diberikan pihak Pentadbiran KSJ dapat mengesan pihak terbabit yang terlibat dengan gejala VANDALISME..

Lalu, kami meminta membuat satu pertemuan secara tidak rasmi tetapi tergempar antara Pengetua KSJ, Pembantu Felo Blok B, Naib Presiden 1 MPM UTMIC, Exco Kebajikan,Kolej&Pengaduan Awam MPM UTMIC, Ketua Blok B dan Pen.Ketua Blok B pada pukul 9.00pm bertempat di Bilik JKM KSJ.

Alhamdulillah, perbincangan yang dibuat itu dihadiri semua yang dijemput kecuali Pembantu Felo dengan alasan berada di Rumah Kakaknya. Perbincangan itu kemungkinan satu penyelesaian yang seperti dijanjikan akan berlaku secara drastik. Buktinya, pembaca boleh bertanya atau berjumpa dengan semua yang terlibat di atas.

Diharapkan dengan maklumat ini, mahasiswa dapat berfikir secara rasional keadaan yang berlaku di KSJ terutamanya berkenaan dengan isu LIF di BLOK B ini. Kerjasama yang diberikan antara MPM UTMIC dan JKM seharusnya dikekalkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan mahasiswa.

Saya selaku Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam memohon maaf sekiranya tindakan yang dibuat secara berterusan ini tidak menyenangkan mana-mana pihak. Dan saya sekali lagi meminta kerjasama dari semua mahasiswa untuk bangkit bersama saya untuk kebajikan dan kepentingan mahasiswa bersama.. Serta kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya..????

Ingatlah, ALLAH akan bersama dengan HAMBA-NYA yang BENAR dan HAMBA-NYA yang TERANIAYA...

INSYAALLAH...

SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...


Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

0 comments: