Sunday, March 21, 2010

"Mahasiswa Lesu"...???? Benarkah..?????

Assalamualaikum...
Salam 1 Malaysia.....

Baru-baru bertempat di Bangi.....Saya bersama 4 orang MPM UTMIC yang telah turut serta menyertai satu pertemuan dengan semua barisan MPP di seluruh IPTA di Malaysia....Saya banyak juga la...berkenalan dengan beberapa orang MPP dari universiti dan berkongsi pendapat....

Tetapi apa yang ingin saya bangkitkan di sini adalah mengenai isu "Mahasiswa Lesu". Adakah korang semua bersetuju dengan statement tersebut..???? Isu "Mahasiswa Lesu" itu dibangkitkan oleh beberapa orang MPP yang lain....Saya sendiri amat bersetuju mengenai perkara tersebut. Cuba korang lihat sendiri di UTM International Campus, kita dapat menyaksikan beberapa individu yang hanya "indah khabar dari rupa" ... Betul atau tidak...cuba korang semua perhatikan..... Perkara ini sudah lama saya perhatikan.... Sama ada dalam bilik kuliah atau di mana sahaja kita berada.... Mahasiswa sekarang tidak berani membuat keputusan untuk kepentingan kita bersama.... Cuba korang fikir jika di Malaysia ini tidak diwujudkan Pilihanraya Kampus (PRK)....maka apa yang akan terjadi kepada golongan mahasiswa yang berpendidikan dan bakal-bakal pewaris kepimpinan negara akan datang.....???? Apa akan terjadi di Universiti masing-masing....???? Masyarakat hari ini menggambarkan bahawa mahasiswa kini adalah mahasiswa yang lesu, tidak seperti mahasiswa sekitar zaman 70-an dahulu....

Mahasiswa seringkali dipandang tinggi di mata kaca masyarakat khasnya kerana mempunyai pemikiran yang tinggi sekaligus mampu memberi sumbangan yang besar kepada proses pembangunan dan kemajuan negara. Namun demikian, hakikatnya masih terdapat ramai mahasiswa yang berfikiran sempit atau dengan kata lain lesu. Signifikannya, mahasiswa kini dilihat tidak menonjol sehinggakan budaya-budaya keintektualan terhapus di rata-rata pusat institusi pengajian. Tanpa mekanisma efektif yang diambil, mahasiswa kini boleh dianggap sebagai golongan yang lesu tiada kredibiliti kepimpinan dan akhirnya memusnahkan harapan untuk memacu agenda-agenda negara pada masa hadapan. Rentetan itu dengan beridentitikan sebagai mahasiswa perlu diisi dengan kamdungan yang lebih komprehensif bertepatan dengan keperluan mahasiswa itu sendiri dan tuntasnya selari dengan kehendak masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Apa yang saya mahukan di sini adalah....cuba rakan-rakan seperjuangan, adik-adik semua, dan mahasiswa secara khususnya perhatikan masalah-masalah yang telah digariskan mempunyai hubungkait antara penyebab mahasiswa sekarang dianggap lesu....

Pertamanya....mahasiswa sekarang yang terbaiklah kononnya...merasakan mereka telah selamat berada di zon yang amat selesa (dah boleh bersandar di kerusi empuk sebagai seorang bos) hingga wujudnya tabiat malas. Ini merupakan punca utamanya mahasiswa menjadi lesu. Golongan mahasiswa seperti ini menganggap merekalah yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading....sedangkan banyak lagi ilmu yang perlu dikutip di sini...(ilmu kepimpinan, ilmu pengucapan dan sebagainya).... Jika kita perhatikan kepada mereka yang tidak berjaya menjejakkan kaki ke menara gading....Mereka ini sentiasa berdoa, berusaha untuk memastikan impian mereka ini tercapai. Tetapi kenapa tidak kita (mahasiswa) menonjolkan satu anjakan paradigma di setiap universiti kita....????

Keduanya.....masalah berkaitan kebajetan akhlak di kalangan mahasiswa yang kian meruncing dan berleluasa.... Kenapa ianya boleh terjadi...???? Ke mana harapan yang telah diberikan ibu ayah kepada kita...???? Kesian...melihat ibu ayah berusaha sepenuhnya demi memastikan anak-anaknya berjaya...tetapi anaknya..????? Hal ini terjadi kepada rakan yang rapat dengan saya....lebih mementingkan "boyfriend"nya....sehingga sanggup menghilangkan diri deminya semata-mata... Di manakah maruah kita..???? Bagaimanakah bangsa kita pada masa akan datang...???? Sedarlah...sebelum terlambat..... Berdoa dan bertawakkallah...kepada Allah Taala....

Ketiganya.....masih ramai mahasiswa bila kita perhatikan tidak sensitif dan peka terhadap isu-isu yang berlaku di dalam kampus dan masyarakat khususnya yang melibatkan golongan di tahap serta kekurangan mahupun yang tertindas.... Tapi alhamdulillah....UTM International Campus sendiri telah melakukan pelbagai program University Social Responsability (USR) di beberapa tempat seperti Temerloh Pahang, Beaufort Sabah dan beberapa tempat lagi dalam masa terdekat ini iaitu di Sarawak dan Bukit Katil Melaka..... Oleh itu, ramai-ramailah kita menyertai USR @ Melaka itu bersama-sama dengan saya.....

Keempatnya.....Mentaliti mahasiswa...????? Mentaliti mahasiswa ini saya tak nak ulas kerana saya mahukan seluruh mahasiswa sendiri memerhatikan mentaliti mahasiswa sekarang..... Kerana apa..??? Kerana itulah cara terbaik untuk kita menilai sesuatu persepsi di kalangan mahasiswa kini di sekeliling kita....yang lebih gagah berkata-kata (mengkritik) daripada melakukan sesuatu tindakan.....

Insyaallah....
Yang benar kita katakan benar...
Yang salah itu kita katakan salah...
Apa yang penting....kita pakat-pakatlah berganding bahu agar istilah "Mahasiswa Lesu" itu bukan ditujukan kepada kita secara khususnya....

"Bersama Bernafas Di Era 1 Mahasiswa......"

0 comments: