Monday, March 29, 2010

Usaha Ke Persada Realiti....

Berusaha sudah semestinya...
Persada realiti destinasi tujuan...

Inilah permulaan
Diriku untuk bersinar
Harapan mencari haluan
Jalan ke persada kejayaan
Cita-cita persada impian...

Langkah diperorak
Selangkah demi selangkah
Tekad usaha dipercorak
Keemasn persada
Impian harapan...

Gigih usaha diri ini
Mengenal realiti fantasi
Cabaran dan dugaan, kini
Tetap ku lalui
Tetap ku harungi

Kelemahan dan kegagalan
Takkan datang berulang
Usaha tetap diteruskan
Gemuruh di hati bukan penghalang

Gagahku untuk berdiri
Medan perjuangan ditakluki
Genggam erat terus berlari
Menuju destinasi
Kejayaan semakin dihampiri
Usaha ke persada realiti...
Usaha ke persada realiti...

(NUKILAN : SAYA SENDIRI)

Cerita di sebalik puisi di atas :

Ketika puisi ini diilhamkan, saya masih lagi menuntut di Sekolah Menengah Teknik Langkawi. Puisi ini juga dicipta sebagai lambang saya untuk bangkit dari kesilapan lalu dalam meneruskan liku-liku kehidupan yang sentiasa memberi cabaran dan tamparan hebat kepada saya yang hanya seorang insan biasa.

Ketika itu juga, saya mulai memberi sedikit nafas baru dalam meneruskan perjuangan saya yang pada mulanya agak perlahan dan mula merasai suasana baru yang harus saya tempuhi. Transformasi yang diharapkan memberi tanda-tanda awal untuk saya terus melangkah ke hadapan. Ketika itu juga, saya mula memasang pelbagai impian dan angan-angan yang mesti saya kecapi dalam hidup yang sementara ini. Alhamdulillah, saya mula merasai satu persatu kejayaan yang sememangnya diimpikan oleh golongan belia remaja seperti saya iaitu antaranya :
  1. Pelajar Terbaik Kursus Kejuruteraan Awam 2007
  2. Anugerah Nilam Peringkat Sekolah 2007
  3. Penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Daerah Langkawi 2007
  4. Penerima Anugerah Seri Mahligai (Jabatan Keusahawanan Terbaik-JKM KSJ UTM) 2009
  5. Penerima Anugerah Permata Gemilang (Tokoh Harapan JKM KSJ UTM) 2009

Dan beberapa lagi anugerah lain. Semua anugerah tersebut adalah hasil usaha saya sendiri dan sokongan padu dari ayah bonda, keluarga dan seterusnya sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa mendoakan kejayaan saya.

Puisi ini juga sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi untuk saya terus mengorak langkah bagi mencapai semua impian yang telah dipasang dan tidak terus lemas dengan hiburan yang tidak terkawal dan dibuai mimpi indah yang akan terus mengkhayalkan. Saya harus berdiri di bumi yang nyata, berpegang pada prinsip yang ditetapkan oleh saya sendiri untuk terus ke hadapan. Oleh itu, kepada sahabat-sahabat dan pembaca blog saya ini fahamilah maksud tersirat di sebalik bait-bait ayat yang telah diilhamkan ini. Insyaallah, kita sama-sama merasai dan mendalaminya.

Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua agar kita bangkit dan berdiri bersama-sama dalam mengorak langkah awal untuk terus tersedar dari tidur yang lena. Ingatlah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan... dan Kejayaan takkan datang kalau kita sendiri yang tidak mencarinya...

Sebelum mengundur diri, saya juga ingin mengucapkan "SELAMAT BERJAYA" kepada seluruh mahasiswa UTMIC dalam menghadapi Peperiksaan Akhir semester kali ini. Semoga usaha yang dilakukan kali ini membuahkan hasil dan seterusnya menggembirakan ayah dan ibu anda. Insyaallah....

"USAHA KE PERSADA REALITI"

Sampai Jumpa,

"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"



0 comments: