Friday, October 14, 2016

Teater Blues Hari Isnin by Asterik Anak Seni & Revolution Stage...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah bertemu sekali lagi para pembaca blog aku untuk entry terbaru dari aku sebelum kita semua bakal menyambut Hari Lahir Aku yang ke- 2* nnti pada 19 Oktober 2016. Pejam celik, pejam celik, sekejap saja berlalu zaman kanak-kanakku, zaman remajaku dan sekarang aku berdiri sebagai seorang penjawat awam yang akan terus menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Insyaallah... ;)

Sebelum tue, korang semua mesti tahukan pasal rancangan realiti TV - Gegar Vaganza 3 dan antara semua finalis seramai 12 orang artis yang bakal mencipta nama semula tue, siapakah yang korang akan sokong? Insyaallah, aku akan memberikan sepenuhnya sokongan aku kepada 'akak' ku, Azharina Azhar yang pernah menggegarkan dunia muzik tanah air dengan lagunya, Elegi Sepi. Terkejut juga bila kak nina hantar video dan voice mesej ke whatsapp personal aku dengan siap 'mentioned' nama aku lagi. Insyaallah, sama-samalah berikan sokongan terhadap Azharina Azhar untuk GV3 kali ini. Aku masih lagi simpan kenangan 13 tahun yang lalu bersama beliau. Cewahhh...

Blues Hari Isnin By Asterik Anak Seni & Revolution Stage...



Kenapa hari isnin? Kenapa tidak hari ahad ke, selasa ke atau hari-hari lain? Semuanya diolah satu persatu mengenai Rash & Qursyi lakonan Bro Afiq dan Sis Qiu yang menyukai antara satu sama lain tetapi tidak bersedia untuk mengakuinya ketikamana berhadapan sesama mereka.

Olahan jalan ceritanya yang tidak terlalu berat, santai dan penuh nostalgia bak zaman remaja dahulu, Bro Sein Fattah (selaku pengarah) bijak menggunakan pentas dengan lakonan yang cukup bersahaja oleh 2 orang saja pelakon yang bijak menjiwai watak masing-masing menerusi dialog-dialog yang digunakan tanpa membuatkan kita terlalu berfikir. Itu aku puji !

'Kau menafikan pada zahir,
Kau selindungkan yang batin'



Itulah tema atau slogan yang mengangkat pengkisahan dua insan yang berumur 20-an yang kedua-duanya mempunyai karakter yang berbeza dimana si Rash yang tegap, macho dan si Qursyi yang comel, ala-ala tomboi sikit, suka menyanyi dan lain-lain lagi cukup memberikan pelbagai rasa menerusi satu babak ke satu babak yang lain.



Diselitkan dengan nyanyian bersahaja dari kedua-dua pelakon itu juga harus dipuji ditambah dengan alunan gitarnya cukup menggambarkan sepertimana babak-babak tersebut yang aku anggap berada di tepi tasik ataupun di atas bumbung bangunan (rooftop). Aku cuba menjiwai setiap yang dipersembahkan itu, dan aku yakin yang aku dapat 'tangkap' apa yang mereka cuba sampaikan.



Cuma aku lebih suka sekiranya babak ketikaman Qursyi membawa Rash untuk berjumpa dengan seorang kenalan perempuan itu dipersembahkan dengan watak itu benar-benar wujud. Ianya akan menjadi lebih baik dan aku tidaklah terlalu berimaginasi sekiranya watak tersebut benar-benar diwujudkan.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dan aku bagi 3/5 bintang untuk teater ini. Dan aku yakin kedua-dua pelakon ini mampu pergi jauh lagi. Sekiranya dorang berlakon lagi untuk teater akan datang, Insyaallah, aku akan pergi sebab aku suka dengar dorang menyanyi. Hehehe... bonus 1 lagi bintang untuk nyanyian si Rash & Qursyi.


Ok, aku nak belah dulu sebab nak bersiap kejap untuk ke masjid untuk solat Jumaat. Insyaallah, malam nie kita layan teater terbaru lagi. Dan aku akan update nanti. Nantikannya ya... ;)

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: