Monday, October 10, 2016

Nights Of Fright 4 @ Sunway Lagoon...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah kita bertemu kembali untuk entry kedua dalam bulan Oktober iaitu bulan kelahiran aku. Tahu tak bila hari lahir aku? Hahaha... Apa pun, kehidupan yang ada ini perlu untuk kita bersyukur kepada Yang Maha Esa dan sentiasalah memandang ke hadapan dan meneruskan kehidupan yang fana ini. Bulan Oktober mengembalikan bermacam-macam kenangan di tahun-tahun sebelum ini tapi nanti aku cuba kongsikan untuk entry-entry akan datang.

Nights Of Fright 4 @ Sunway Lagoon...



Korang pernah dengar pasal Nights Of Fright 4 a.k.a NOF4? Aku sebenarnya baru pertama kali dengar pasal ini dan aku tahu pasal event nie menerusi iklan yang keluar kt emel aku. Kebetulan aku sendiri tak pernah lagi pergi ke Sunway Lagoon, so memang peluang keemasan untuk aku pergi ke sana sebab kebetulan memang jadual aku kosong ketika itu. Aku sebenarnya sebelum dilema samada untuk pergi ke NOF4 ini ataupun ke Halloween Night Run di Wetland, Putrajaya tapi bila aku tengok details, aku lebih tertarik untuk pergi ke NOF4 dan aku beli 2 tiket untuk dua malam berturut-turut. Hehehe... ;)

Untuk pengetahuan pembaca blog aku, NOF4 ini dipecahkan kepada 4 aktiviti utamanya iaitu terdapat 8 jenis rumah hantu / mazes, 6 zon yang menakutkan, 11 jenis Night Amusement Rides dan 3 jenis pentas persembahan yang kesemuanya cukup menakutkan dan menarik untuk diterokai dan 1 malam tak cukup untuk mendapatkan kepuasan yang maksima kerana ianya dibuka hanya 4 jam untuk hari jumaat hingga ahad. 2 hari adalah berbaloi untuk aku terokai satu persatu dengan penuh perasaan dan memberi kepuasan. Dan Alhamdulillah, aku juga dapat ramai kawan baru sebab aku pergi bersendirian dan hampir kata separuh aktiviti yang aku sertai dapat berkumpulan dengan ramai kenalan baru.

Jenis-Jenis Rumah Hantu / Mazes

1. The Angoscia Theatre


Untuk The Angoscia Theatre ianya merupakan satu tempat di mana dipersembahkan fesyen-fesyen yang mengambil elemen seram, di mana para model fesyen nie terdiri dari kalangan zombie dengan memakai pakaian pengantin yang dibunuh. Errmmm...lebih kurang macam tue la...tapi di sini bagi aku just 2/5 bintang saja.

Di luar kawasan The Angoscia Theatre ini terdapat tukang tilik. Tapi aku tak menilik nasib la, just bergambar ja. Hahaha dengan tukang tilik nasib nie.... ~



2. Horrorwood Studios

Horrorwood Studios ini boleh diibaratkan sebagai tempat yang mesti untuk dijejaki sekiranya korang datang ke NOF4 kerana sepanjang perjalanan di laluan itu menampilkan elemen-elemen seram dari pelbagai filem seram dari barat serta ditampilkan beberapa watak yang menakutkan. Di sini ianya dipecahkan secara berkelompok. Di sini aku masih 2 kali. Aku enjoy kat sini. 4/5 bintang !

3. Zombie Apocalypse




Zombie Apocalypse ini merupakan tema bagi Scream Park dimana watak-watak zombie berkeliaran di sini. Ada yang menakutkan dan kebanyakannya spoting untuk bergambar. Ada juga pengunjung yang menjerit. Hahaha... 3/5 bintang !

4. The Ghostbusters Adventure LIVE!



Hari kedua baru aku dapat ke The Ghostbusters Adventure LIVE nie. Hari pertama memang aku tak sempat nak masuk sebab punya la panjang gila orang beratur kat sini sebab pintu masuk dia betul2 dekat dengan main entrance, so ramai yang tertumpu ke sini. Dan hari kedua tue, aku masuk 2 kali ke sini. Kat sini berkali-kali aku terkejut dan menjerit, orang belakang lagi la dan ada jugak member aku sorang nie siap berlari bersembunyi lagi. Hahaha memang puas hati, rugi kalau tak masuk ke sini. 4/5 bintang ! Ada jugak part ala-ala Train To Busan...haha

5. Kevil Hill


Kevil Hill merupakan satu tempat yang menakutkan juga sebenarnya cuma agak pening sikit masuk ke sini disebabkan pencahayaan di dalamnya yang mmmm memang memeningkan tapi best sebab dapat tengok watak-watak zombie sepertimana kita berada di dalam tempat yang sejuk beku. Hahaha... 3/5 bintang !

6. Malaya High School


Malaya High School ini diambil kisah di mana sebuah sekolah telah musnah dalam kebakaran dan kesemua murid dan gurunya mati di sana. Pengunjung akan melalui setiap kawasan di dalam sekolah tersebut dan ada satu sesi hantu cikgu marahkan pengunjung sebab lewat masuk ke kelas dan pelbagai hantu muncul dan mengejutkan. Hahah... 4/5 bintang ! Kat sini aku masuk dua kali sebab memang best dan seram.

7. Chaonei No. #81 in UV3D


Chaonei ini diambil dari kisah benar di rumah 81, Chouyangmen Inner Street adalah salah satu lagenda rumah berhantu di Beijing. Di sini pengunjung dibekalkan spek 3D dan kita akan dapat lihat banyak hantu muncul menerusi roh perempuan yang bunuh diri itu. Kat sini bagi aku tempat yang paling memboringkan dan kurang best. Aku bagi 1/5 bintang saja.

8. DIYU - The Journey to Judgement

DIYU merupakan antara tempat yang mesti korang lalui dan rugi sekiranya korang tak masuk kat sini kerana korang akan melalui satu tempat pengadilan itu mahkamah yang menyiksa dimana korang akan melihat pelbagai jenis orang mati disebabkan hukuman yang dikenakan. Sini pun banyak mengejutkan dan korang juga akan lalui tempat perkuburan cina. Hahaha... 3/5 bintang.

Zon-Zon Yang Menakutkan

1. Ah Wing Butcher Shop



Ah Wing Butcher Shop nie diambil kisah daripada Ah Wing yang dikenali sebagai seorang yang baik, jujur dan merupakan seorang penjual daging bermula dari kecil perniagaannya sehinggalah maju dan disebabkan itu ramailah orang yang dengki sehinggalah beliau menjadi gila. So, jemputlah datang ke sini untuk membeli daging manusia...hahaha ~

2. Tanah Perkuburan Bukit Lang


Tanah Perkuburan Bukit Lang ini diambil kisahnya mengenai tragedi kontraktor yang mana ketika membangunkan taman tema ini, beliau terjumpa kawasan perkuburan melayu lama. So, roh-roh si mati mengganggu mereka yang datang ke sini...hehehe ~

3. The London Fog





The London Fog diambil kisahnya pada tahu 1888 iaitu satu siri pembunuhan yang mengerikan dilakukan oleh pembunuh yang masih bebas sehinggalah menyebabkan ramai mayat wanita dilihat teruk dan cacat akibat penyiksaan yang dilakukannya. Nak tahu? kena datang...~

4. The Zombie Walk





The Zombie Walk ini merupakan antara laluan yang menarik kerana di sinilah terdapatnya zombie-zombie yang berkeliaran mencari daging manusia untuk diratah. Macam-macam jenis zombie ada di sini...hahah ~

5. The Clown Collective





Jangan kata badut tak kejam! Di sinilah korang akan tengok pelbagai jenis badut yang menjadikan pembunuhan itu sebagai satu permainan. Joker, Harley Quinn dan macam-macam lagi watak ada di sini. Ada berani korang?

6. Kevil Hill Township





Kevil Hill Township ini diambil kisahnya mengenai Kevill Hill Cryonic Corporation yang meletup secara tiba-tiba menyebabkan cyro-manusia yang beku dan separuh terbakar hilang secara tiba-tiba. Sekiranya korang datang ke sini, korang akan lihat macam-macam keadaan mangsanya... ~

Night Amusement Rides

1. Tomahawk



Merupakan salah satu yang agak menakutkan sebenarnya dimana ianya pusing 360 darjah. 5/5 bintang! Yang nie aku naik dua kali...yeahhh terbaek !

2. Apoche Pots

Permainan ini lebih kepada kanak-kanak style iaitu seperti kita duduk dalam gelas pastu pusing-pusing dan yang ini agak memeningkan jugak la. 1/5 bintang !

3. Pirate's Revenge

Ini merupakan antara permainan yang agak mencabar dimana korang akan duduk dalam satu kapal lanun yang boleh memuatkan hampir 50 orang dalam satu-satu masa then korang akan dipusingkan 360 darjah. Ini merupakan antara kapal lanun yang ketiga aku naik selepas di Lotte World (South Korea) dan Star City (Manila). 5/5 bintang ! Yang nie aku naik 3 kali, memang terbaek !

4. Scream Coaster


Buat pertama kalinya dalam hidupku naik roller coaster di waktu malam. Hari pertama aku tak sempat nak naik disebabkan terlalu ramai yang beratur. Hari keduanya aku naik 2 kali berturut-turut dan yang paling penting, aku naik nie dalam keadaan hand free....perghhh terbaek ! 5/5 bintang untuk roller coaster. Nie roller coaster pertama yang aku naik di dalam Malaysia ! hahaha... ~ next target nak naik genting, tapi masih mencari partner yang free utk join pergi ke sana.

5. Grand Canyon River Rapids


Nie 'kapal' pusing dalam aliran air yang deras dimana permainan nie la penyebab hampir baju, seluar dan spenda aku basah. Hari pertama tak seteruk hari kedua. Nak dijadikan cerita, aku terjumpa dengan satu kumpulan kenalan baru aku iaitu Hanafi, Hakim & Afiq, kami naek dalam satu 'kapal' then sampai satu tahap tue, air mencurah-curah masuk ke 'kapal' kami dan nie la penyebab basah habis baju, seluar dan spenda aku. Dah la malam kedua tue, aku naik permainan nie awal, kalau hanya baju dan seluar basah, ok lagi la...tapi bila spenda basah, habis tak selesa aku sepanjang malam tue... ~ 3/5 bintang untuk permainan nie. 

Grand Canyon River Rapids nie boleh kata 'ok' la, apa-apa pun kepuasan untuk permainan nie masih di Universal Singapore Studie (Singapore), Sea World (Australia) dan Ocean Park (Hong Kong).

6. Butch Cassidy Trail

Permainan nie lebih kepada kanak-kanak ribena tapi best sebab dapat naik kapal yang pusing-pusing memang laju. Dan ok la untuk hiburkan hati. Hahaha... 2/5 bintang !

7. Vultures


Vultures nie ibarat macam naik burung dinosour yang pusing-pusing macam kelopak bunga. Sekejap naik atas sekejap turun ke bawah dalam keadaan pusing-pusing yang tak terlalu laju. Yang nie pun just untuk hiburkan hati...haaha 2/5 bintang jugak !

8. Colorado Splash



Colorado Splash nie memang enjoy dan best. Aku datang sendirian so bila naik pelampung yang perlu untuk dua orang, so aku ada partner kenalan baru yang spoting. Bila sampai ja kat atas, terus join geng dorang nie dan apa lagi luncurlah kami dari atas ke bawah. Memang terbaek permainan nie. Hajatnya nak naik dua kali tapi disebabkan takdak partner dah selepas tue...huhu Apa-apa pun, 4/5 bintang untuk Colorado Splash.

Secara keseluruhannya aku amat-amat berpuas hati dan sangatlah berbaloi untuk aku rasai suasana dikelilingi hantu dan zombie ini. Walaupun aku tak pernah lagi join program seperti ini tapi ianya cukup memberikan kepuasan sepanjang aku berada di situ. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar lagi.


















Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com


0 comments: