Saturday, October 1, 2016

KL Tower International Jump Malaysia 2016...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah bertemu kembali kita untuk entry yang seterusnya di awal Oktober 2016 ini. Semakin hampir ke tarikh lahir aku iaitu di bulan Oktober juga. Insyaallah, doakan la agar aku terus diberikan keberkatan dalam kehidupan aku, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala kerja dan tugasan, dijauhi hasad dengki dan sifat-sifat mazmumah, dan didekatkan jodohku. Insyaallah... terima kasih atas doa kalian... ;)

KL Tower International Jump Malaysia 2016

Tadi aku berpeluang untuk melihat secara dekat aktiviti tahunan Malaysia iaitu 'KL Tower International Jump Malaysia 2016' yang diadakan di Menara Kuala Lumpur dan dirasmikan pagi tadi oleh YB Datuk Hajah Mas Ermieyati, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sebelum nie di MATTA Fair 2016, aku berkesempatan untuk membeli tiket 'Sky Deck @ KL Tower' yang secara kebetulan memang aku nak pergi ke Menara KL sebab tak pernah lagi jejakkan kaki kat situ.

Semalam la aku rancang untuk tebus aku punya tiket tue untuk ke Menara Kuala Lumpur pagi ini untuk menyaksikan keindahan Kota Metropolitan Kuala Lumpur di puncak tertinggi di bandaraya ini. Bila tiba di sana, aku melihat ramai mat-mat salleh terjun dari puncak atas siap sekali dengan payung terjun. Dan kebetulan ada dipromosikan untuk 'KL Tower Base Jump' untuk duduk di tepi tebing yang berdekatan dengan penerjun-penerjun dan aku terus bersetuju untuk sertainya.

Yeahhh, bagaikan mimpi bila peluang ini aku gunakan sebaik mungkin untuk merasai saat-saat berada di tepi tebing Menara Kuala Lumpur yang setinggi 300 meter dari paras bawah. Baru ja sebelum nie aku ter'post'kan di facebook yang aku nak naik Menara KL dan terjun dari atas untuk hilangkan stress dan tekanan kerja, sekali bila ada di situ, memang gayat dan kecut perut. Hahaha...

Petugas Menara KL maklumkan pada aku yang aku boleh naik pada pukul 2.15petang setelah isi borang berkaitan keselamatan dan diberikan cenderahati kenang-kenangan yang pada ketika aku sampai jam masih dalam pukul 1.00petang. Aku diberi pilihan untuk memilih mana-mana aktiviti tambahan dan aku tertarik untuk memilih aktiviti ke Upside Down House Menara KL dan Mini Zoo Menara KL berbanding aktiviti lain yang aku pernah rasainya. 

Fokus semula pada aktiviti KL Tower Base Jump ini di mana rata-rata yang aku lihat kebanyakkan pesertanya adalah di kalangan warga asing terutamanya geng-geng Mat Salleh, Thailand, China dan sebagainya lagi. Bila sampai di puncak aku diberikan taklimat ringkas mengenai pemakaian alatan keselamatan dan seterusnya diberikan taklimat sekali lagi ketika berada di luar. 

Mula-mula bila aku berada di tepi tebing, aku hanya duduk sahaja di mana kedua-dua belah kaki aku letak di bahagian dalam sebab masa tue memang gayat gila sehinggalah ada petugas keselamatan cuba menenangkan aku untuk letakkan sebelah kaki lagi di luar tebing Menara KL dan aku juga dibenarkan untuk melihat ke bawah dari puncak tepi tebing Menara KL setinggi 421 meter yang menghala pemandangan ke arah Time Square Kuala Lumpur.

Apabila keadaan dah tenang dan aku 'boleh' melawan gayat aku tue, apa lagi terus aku mengambil beberapa keping gambar dan dapat kenalan baru yang kebetulan berada di belakang aku iaitu Saudara Ashman, Graduan Universiti di Perth, Australia yang kebetulan cukup teruja berada di tepi tebing Menara KL tue. Kami sempat bergilir-gilir mengambil gambar ketika berada di situ yang ditetapkan selama 45 minit untuk kami melihat secara dekat penerjun-penerjun profesional terjun dengan pelbagai aksi dari tepi tebing Menara KL yang kami duduki itu.

'Hanya yang berani saja, mampu untuk berada di situ'

Benar ! Aku lawan perasaan gayat aku untuk yakinkan diri dan duduk dengan keadaan sebelah kaki di luar tebing Menara KL itu dengan penuh keseronokan. Cewaahhhh.... Bak kata petugas Menara KL, hanya yang berani saja mampu untuk berada di situ yang dibuat setahun sekali saja di Menara Kuala Lumpur. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketika berada di situ.


















Sky Box, Sky Deck dan Observation Deck Menara KL

Selepas hampir 45 minit berada di tepi tebing Menara Kuala Lumpur tue, aku menggunakan peluang yang ada di Menara KL dengan pergi melihat sekeliling pemandangan di luar Menara KL di Sky Deck dan seterusnya aku berpeluang untuk berada di Sky Box yang secara kebetulannya kosong ketika itu dan aku gunakan kesempatan yang ada itu dengan aktiviti bergambar dengan pelbagai aksi. Hehehe...selepas tue, aku ke Observation Deck setinggi 276 meter dari paras bawah. Di situ aku hanya pusing-pusing dan minum mineral water saja. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar...







Upside Down House Menara KL 

Di sini, perasaan aku tak seteruja ketika ingin berada di tepi tebing Menara KL tapi apa-apa pun aku gunakan kesempatan yang ada dengan mengambil gambar saja ketika berada di sini. Rumahnya hanya sebuah dan dibenarkan berada di dalam rumah untuk melihat di setiap genap ruang yang ada di dalam rumah tersebut.








Mini Zoo Menara KL

Di sini pun aku habiskan masa aku untuk melihat pelbagai jenis haiwan yang ada di situ seperti burung-burung, ular, kanggaru, arnab, kura-kura, monyet dan pelbagai lagi. Tapi Zoo Negara tetap menjadi zoo yang terbaek untuk dilawati. 




Keseluruhannya, aku berpuas hati dan pengalaman ini adalah satu pengalaman yang memang tak dapat aku lupakan. Kepada sahabat-sahabat aku, pembaca-pembaca blog aku yang ingin sertai di KL Tower Base Jump bolehlah beli tiket dengan harga RM158 sehingga 3 Oktober 2016 sahaja. Sekiranya tak berkesempatan, Insyaallah, boleh sertainya di tahun hadapan. Apa-apa pun, aku enjoy dan aktiviti nie memang sempoi, best dan terbaek....

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com



0 comments: