Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah kita bertemu sekali lagi untuk entry terbaru. Sebenarnya aku nak ceritakan / kongsikan dulu beberapa aktiviti yang sempat aku join sebelum nie seperti Citrawarna Malaysia 2016, Hari Sukan Negara, Teater Blues Hari Isnin, Tayangan Premiere Movie Inferno dan macam-macam lagi tapi aku lebih tertarik untuk kongsikan pandangan/review aku terhadap teater yang aku tengok semalam iaitu Barisan Hadapan Dunia.
Ini Teater Serius : Barisan Hadapan Dunia by Aksara Seni...
Barisan Hadapan Dunia? Apa itu sebenarnya? Kalau kita berhatikan sekarang kita ada Perdana Menteri, Barisan Menteri, Barisan Wakil Rakyat, Ketua-Ketua Kampung, Ketua-Ketua Kelas dan sebagainya lagi, tapi apa akan berlaku sekiranya ketegangan berlaku antara mereka semua sepertimana yang berlaku antara puak Baju Merah dengan Baju Kuning sehingga menyebabkan keadaan menjadi kurang stabil. Siapa yang akan memimpin?
Barisan Hadapan Dunia inilah yang akan memimpin masyarakat sepertimana Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dijadikan tempat sekiranya berlakunya ketegangan antara mana-mana negara. Siapakah yang memilih mereka ini? Persoalan-persoalan ini agak serius sebenarnya tetapi apabila diterjemahkan menerusi teater #ProjekBilikSempit , ianya berubah 360 darjah menjadi suatu teater yang begitu menarik dan penuh gelak ketawa. Itu aku puji !
Teater yang ditulis dan diarahkan oleh Bro Danial (Dan) ini menjadi teater pertama yang aku tengok berkonsepkan komedi. Sumpah ! Dari awal hingga ke akhir teater ini aku gelak tak henti-henti kerana setiap babak yang dibawakan secara sinis begitu lucu dipersembahkan oleh barisan pelakonnya yang begitu spoting, terbaek dan tak malu. Hahaha... Aku rasa, sesuai dorang ini masuk ke rancangan spontan. Hahaha...
Mula-mula aku tertanya-tanya kenapa teater ini dipentaskan semula walaupun ianya telah dipentaskan sebanyak 4 kali sebelum ini di pelbagai tempat dan akhirnya dipentaskan semula buat kali kelima. Bila aku tonton barulah aku tahu yang teater ini memang puas ! Hilang semua stress aku ketikamana menonton teater lucu ini. Hahaha...
Watak dan perwatakannya dipersembahkan dengan pelbagai latar belakang iaitu ada yang kelihatan begitu alim dan berkeinginan untuk menjadi pemimpin tetapi akhirnya tertunduk 'hilang songkok' apabila berdepan dengan perempuan seksi dan cantik, ada juga yang begitu menyanjungi bangsanya, ada juga mamat indon tetapi telah lama menetap di Malaysia, pasangan kekasih 'bucuk-bucuk' dan lain-lain lagi.
Pelbagai isu semasa dikaitkan dan disiniskan menerusi dialog dan jalan ceritanya seperti percaturan antara penyokong Baju Kuning dan Baju Merah, logikkah rm berjuta-juta di simpan di dalam almari, semua harta kerajaan disewakan seperti dewan persidangan dan pelbagai lagi yang membuatkan kita berfikir serta-merta. Konsepnya yang dipersembahkan seperti suatu persidangan dunia juga harus dipuji.
Aku sebenarnya begitu tertarik dengan konsep, jalan cerita dan dialognya yang begitu menarik dan mudah untuk dihadamkan. Dan aku juga diberikan sedikit penjelasan mengenai beberapa babak yang dipersembahkan apabila berpeluang untuk berinteraksi dengan pengarahnya sendiri iaitu, Bro Dan. Secara keseluruhannya, aku bagi 4/5 bintang untuk Barisan Hadapan Dunia dan tak mustahil aku mungkin akan tengok sekali lagi sekiranya ada masa terluang. Insyaallah...kalau ikutkan aku book tiket untuk malam nie tetapi aku terpaksa pergi tengok awal sehari kerana komitmen aku yang agak padat buat masa sekarang.
Aku cadangkan korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur, jemputlah tengok, fahami dan hayati teater komedi yang pasti korang takkan rugi. Trust me ! Kita sama-sama support karya anak muda menerusi karya-karya yang berkualiti sepertimana teater Barisan Hadapan Dunia. Tahniah to kru produksi dan semuanya... ;)
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Thursday, October 13, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment