Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Banjir besar yang melanda di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk dengan jumlah mangsa di Pusat Pemindahan meningkat kepada 17,443 petang ini berbanding 13,746 orang pagi tadi.
Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami menyatakan hal kamu.”
(Surah Muhammad, ayat 31)
TAKZIAH saya ucapkan kepada seluruh masyarakat di ketiga-tiga negeri di Pantai Timur itu. Semoga kejadian tersebut, membuatkan kita semua lebih mendekati Allah Taala, Insyaallah. Kepada sahabat-sahabat saya, rakan-rakan saya di sana, kuatkan semangat untuk menempuh dugaan ini. Yang penting jangan hilang fokus untuk peperiksaan akhir semester yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.
Selain itu saya juga sempat bertanya khabar dengan beberapa orang di sana dan saya juga difahamkan ramai sukarelawan dan ahli-ahli politik di setiap kawasan bertungkus-lumus membantu rakyat di sana. Semoga semangat tolong-menolong, bantu-membantu membuatkan rakyat kita terus bersatu. Insyaallah…
Saya juga mengingatkan agar semua masyarakat di sana sentiasa berhati-hati dari aspek keselamatan terutamanya dan saya turut dikhabarkan bahawa sudah ada kes melibatkan korban pertama dalam kejadian banjir ini iaitu Allahyarhamah Samhanim Ramli. AL-FATIHAH…
Kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah pula, tabahkan hati walaupun beberapa hari lagi sahaja akan memasuki alam persekolahan sesi 2013. Jaga kesihatan dan teruskanlah berdoa agar diberi pertolongan dari-Nya. Insyaallah..
*Credit to Sinar Harian Untuk Foto
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Setiausaha Kerja
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
wan_hazem19@yahoo.com
Wednesday, December 26, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment