Friday, December 21, 2012

Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Melangkaui 2020 : Mahasiswa Peneraju Transformasi Negara” itulah tema yang diangkat bagi Konvensyen Pemimpin Pelajar Institusi Pengajian Tinggi 2012 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) yang diadakan pada 14 hingga 16 Disember 2012 bertempat di Seri Kembangan, Putrajaya, Universiti Putra Malaysia dan PWTC. 

Secara ringkas apa yang dapat saya kongsikan berhubung dengan Konvensyen ini adalah berkenaan dengan beberapa resolusi yang dibawa terus kepada Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu : 

• Mengutarakan permasalahan penempatan mahasiswa/I di IPT dan cadangan bagi mewujudkan perumahan tambahan kepada mahasiswa/i.
• Permasalahan yang kerap kali menjadi bualan siswa/I di seluruh Malaysia berkenaan dengan WIFI di setiap universiti 
• Menyatakan bersama-sama Kerajaan Malaysia dalam memperjuangkan isu-isu antarabangsa dan serantau 

Resolusi ini disampai secara terus kepada Y.A.B Perdana Menteri oleh Pengerusi MPPK, Saudara Hafiz dan turut diadakan juga penyampaian Replika Cek Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) kepada Saudara Hafiz bagi mewakili 1.3 juta mahasiswa/I seluruh Malaysia yang bakal menerima setiap seorang Baucer Buku RM250 mulai tahun 2013 sepertimana yang dibentangkan dalam Belanjawan 2013. 

Turut diadakan juga adalah perkongsian dari beberapa orang tetamu jemputan seperti YM Datuk Raja Arif bin Raja Ali (Ketua Pengarah Biro Tatanegara) dan Y.Bhg Dato’ Shahlan Bin Hj Ismail (Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia) yang dipengerusikan oleh bekas Pensyarah saya iaitu Encik Amin Idris yang sekarang ini merupakan salah seorang personaliti TV Al-Hijrah. 

ALHAMDULILLAH, niat saya untuk saya bangkitkan beberapa perkara dalam permasalah berhubung Masalah Sosial yang kian runcing dalam Negara kita hari ini seperti Anak Ikan, Seks Bebas, Call Girl dan sebagainya lagi mendapat perbahasan hangat ketika sesi perbincangan yang melibatkan beberapa buah IPT Zon Selatan. 

Perkara paling yang tidak pernah saya terfikir adalah Bergambar Secara Eksklusif dengan Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama-sama dengan YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi), YB Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (Yang Di-Pertua Dewan Negara) dan Barisan Pemimpin Pelajar IPT. 


ALHAMDULILLAH, banyak juga kenalan yang saya dapat dari beberapa buah universiti lain seperti UKM, UUM, USM, UPNM, UTHM, Unisza, UiTM Shah Alam, Binary University, KLIUC, UTeM, USIM dan sebagainya lagi. Dan penyertaan dari UTM sendiri adalah seramai 10 orang (6 Mahasiswa dan 4 Mahasiswi). Dan saya ditempatkan bersama-sama dengan MPP UTHM di Akademia South City Plaza. 

Akhir kata, semoga ukhuwah antara kita semua akan terus berkekalan. Dan ilmu dan hasil yang saya dapat dari konvensyen tersebut sedikit sebanyak membuatkan saya sendiri berfikir untuk terus mencapai satu transformasi baru yang dibawa oleh Mahasiswa/I IPT Seluruh Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020. Insyaallah… =) 

Sekian, Wallahua’lam… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: