Saturday, December 22, 2012

Teater '7 Gunung 9 Lautan'...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Bila Cinta Tidak Dijangka” 

Itulah ungkapan atau slogan yang diangkat bagi memperkenalkan Teater mengenai sebuah kisah cinta romantic antara dua insan yang bertajuk “7 Gunung 9 Lautan”. Persembahan yang cukup santai dan bersahaja Berjaya menghiburkan saya tatkala kesibukan yang melanda sejak akhir-akhir ini. 

Teater yang dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Citra Daksina (PETERANA) UTM ini merupakan teater ketiga yang sempat saya tonton sepanjang saya belajar di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. Dan saya amat berpuas hati dengan persembahan yang cukup santai dan menghiburkan. 

Antara watak yang Berjaya menarik perhatian saya adalah watak ‘Mak Jah’ lakonan Saudari Ratu Mas Ayu, ‘Tok Imam’ lakonan Saudara Amirul Asraf, ‘Jenab’ lakonan Saudari Nur Najwa Syazwani dan semestinya dua watak utamanya iaitu ‘Ludin’ dan ‘Milah’ lakonan Saudara Harizhakimi dan Saudari Syazwani. TAHNIAH saya ucapkan. 

TAHNIAH juga saya tujukan kepada Pengarahnya iaitu Saudara Muhd Faris Nazri dan keseluruhan kerabat kreatif produksi yang Berjaya menghiburkan para penonton dengan begitu teratur walaupun ada sedikit kekurangan. Apa-apa pun TAHNIAH saya ucapkan. 


Berbalik kepada jalan cerita yang dipersembahkan, pada mulanya saya sedikit kurang faham penceritaannya, tetapi apabila saya membaca sinopsis yang diberikan barulah saya dapat memahami situasi yang digambarkan. Dan secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan cerita yang dipersembahkan. 

Secara peribadinya, saya dapat rasakan bahawa Mahasiswa/i Universiti Teknologi Malaysia sungguh berbakat dalam bidang persembahan teater ini. Melalui persembahan teater ini juga, sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress para mahasiswa/i. Para pelakonnya pula sedikit sebanyak dapat mencari pengalaman yang cukup berharga. 

Teringat pula ketika mana saya terlibat secara langsung sebagai pelakon dan pengarah pementasan teater Hari Guru pada tahun 2007 di Sekolah Menengah Teknik Langkawi. Memang saya dapat rasakan bahawa melalui penghayatan setiap watak itu, sedikit sebanyak membuatkan kita akan bermain dengan emosi dan pergerakkan mengikut apa yang kita akan cuba sampaikan. 

Akhir kata, apa yang dapat saya katakan adalah sungguh rugi kepada mereka yang tidak menonton persembahan teater tadi yang berdurasi hampir 1 jam 30 minit ini. Sekali lagi saya ingin ucapkan ‘TAHNIAH’ kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada persembahan teater tersebut. Semoga semuanya terus Berjaya di masa hadapan. Insyaallah… =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: