Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Sejak awal perkembangan psikologi, seks telah dipandang sebagai suatu kuasa dalaman yang utama dalam mengarah dan mempengaruhi gaya hidup seseorang. Ini dapat dikesan melalui penekanan Sigmunt Freud, pelopor psikologi dalam aliran psikoanalisis terhadap tenaga libido. Namun begitu sehingga kini seks masih merupakan suatu isu yang penuh dengan kontroversi dan sukar dibincangkan. Ini mungkin kerana norma-norma masyarakat timur telah diajar begitu.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”
(Surah Isra’ : Ayat 32)
Seks di kalangan belia remaja juga merupakan satu isu yang hangat diperkatakan hari ini sama ada di dada akhbar atau elektronik. Hal ini seolah-olah menggambarkan bahawa belia remaja yang segelintirnya bukan sahaja cerdik pandai dalam bidang akademik malahan turut bijak mencari keseronokan dunia. Ada juga segelintirnya mengamalkan perbuatan seks bebas. Seks seolah-olah kewajipan mereka walaupun tidak melalui perhubungan yang sah.
Itulah belenggu yang sedang kita semua lalui bagi masyarakat Melayu, masyarakat Timur hari ini. Buang bayi, lari dari rumah, remaja hilang, pelacuran, pencabulan, seks luar tabii, gay dan sebagainya lagi semuanya mempunyai kaitan dengan perbuatan seks ini. Apa sebenarnya yang difahami oleh golongan ini berkenaan dengan seks? Siapakah dalang sebenarnya yang menarik golongan ini untuk terjebak dengan seks luar nikah ini?
Dari sehari ke sehari, golongan belia remaja ini terdedah kepada pelbagai bentuk maklumat yang diperolehi di seluruh dunia. Maklumat yang diperolehi dari bahan lucah, media cetak serta media elektronik kadang kala mempunyai nilai-nilai yang bertentangan dengan kebudayaan dan norma hidup masyarakat timur. Semuanya ada di hujung jari anda, itulah yang dinamakan dunia sekarang tanpa sempadan !
Kejahilan dan kekurangan pengetahuan seks yang tepat adakalanya menyebabkan golongan remaja yang masih mentah ini mudah terjerat ke dalam pelbagai perangkap seks. Semuanya gara-gara terpengaruh dengan budaya Barat yang semakin berleluasa di negara kita. Sebut sahaja sekarang remaja mana yang tidak mengetahui tentang seks ! Inilah hakikat yang perlu kita semua tahu !
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan belia remaja ini boleh terjebak dalam masalah seksual ini. Yang pertamanya adalah kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. Hal ini dapat dilihat apabila ibu bapa hanya sibuk untuk melengkapkan keperluan anak-anak dengan keperluan fizikal tetapi seakan-akan terlupa untuk melengkapkan anak-anak dengan pegangan agama yang akan menjadi benteng ke arah perkara yang tidak bermoral.
Keduanya pula ialah keinginan kepada seks yang membuak-buak dan perasaan ingin mencuba. Ini terjadi apabila belia remaja ini tidak dibekalkan dengan pengetahuan yang sewajarnya mengenai pendidikan seksual supaya belia remaja ini tidak mencari ilmu di tempat atau dari sumber yang tidak betul. Ini ditambah lagi apabila dilihat daripada gaya hidup belia remaja sekarang yang hidup bebas tanpa dikawal oleh ibu bapa. Jadi ini bergantung pada pegangan remaja itu sendiri dalam menentukan yang baik dan buruk sesuatu perkara itu.
Pengaruh rakan juga merupakan faktor seseorang belia remaja itu boleh terjebak dalam masalah seksual. Ini terjadi apabila dilihat daripada situasi hari ini percintaan itu dianggap perkara yang wajib dalam kehidupan belia remaja sekarang. Situasi ini tidaklah menjadi masalah sekiranya belia remaja itu dapat menjaga batas-batas agama tetapi apa yang berlaku di kebanyakan tempat adalah sebaliknya.
Media massa juga merupakan salah satu faktornya. Hari ini media massa sudah tidak ada tapisan dari segi maklumat yang diberikan serta drama-drama yang dipaparkan juga semakin hari semakin mengghairahkan. Perkara wajib yang perlu ada dalam setiap drama adalah wanita seksi, wanita penggoda, babak berpelukan, babak diranjang dan sebagainya lagi. Apa yang dipentingkan hanyalah dari segi keuntungan tanpa memikirkan apa kesan negatif yang akan diperolehi oleh anak bangsa kita suatu hari nanti.
Perkembangan teknologi sekarang seperti kecanggihan bidang perubatan juga turut memainkan peranan penyumbang kepada peningkatan isu ini dengan penggunaan kondom, pengguguran, pil-pil khayal dan lain-lain lagi juga merupakan faktor yang menyebabkan belia remaja ini boleh terjebak dalam permasalahan seksual ini.
Oleh itu, siapakah yang harus kita persalahkan? Semua pihak seharusnya memainkan peranan dalam menangani isu ini supaya ianya tidak menjadi lebih kritikal seperti isu “Bersih” yang dianggap sangat kritikal tetapi isu yang melibatkan generasi akan datang ini dianggap seperti hujan gerimis yang turun sebentar selepas panas terik sebentar tadi.
Akhir kata, saya sekali menyeru agar kita semua kembali memuhasabahkan diri dan seterusnya cuba memperbaiki kelemahan masing-masing supaya isu ini dapat ditangani sebaik mungkin. Insyaallah… Kepada adik-adikku, junior-junior lelaki dan perempuanku, saya nasihatkan agar anda semua berfikirlah dahulu sebelum bertindak mempergadaikan maruah anda semata-mata untuk mengikut hawa nafsu anda yang sementara itu. Insyaallah…sekiranya anda berfikir secara waras anda semua mampu untuk mengelak dengan melakukan perkara terkutuk itu. Insyaallah…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com
Friday, July 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wauuu...artikel yang menarik....penulisan anda semakin lama semakin meningkat...teruskan usaha anda.......alangkah bagusnya islam diamalkan dalam kehidupan seharian....mencegah lebih baik dari mengubati.....
salam alaik akh hazem, kaifa hal ? ckup tertarik dgn isu yg diketengahkan. juga acap kali dibincangkan dimana2 forum islamik. namun, pndpt saya, pkara ini terjadi krn berleluasaya wabak penyakit hati yg timbul dr hubungan 'couple' antara remaja. tiada ilmu agama yg cukup untuk dijadikan pegangan serta lebih memandang nikmat dunia dr akhirat. apa pndapat saudara? :)
Post a Comment