Sunday, June 5, 2011

Warkah Buat Adikku...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Warkah Buat Adikku” ini ditujukan khas untuk semua junior-juniorku, adik-adikku yang masih berjuang untuk terus mendalami ilmu akademik dan pelbagai lagi jenis ilmu di Universiti Teknologi Malaysia International Campus.



Di sini juga, saya menyeru kepada korang semua lakukanlah yang terbaik untuk semester baru ini dan tentukanlah sebelum kelas bermula iaitu sasaran korang bagi semester ini. Maksudnya, apa yang korang semua hendak kecapi, hendak genggami. Adakah 4.00? atau tersenarai dalam anugerah Dekan? Atau apa-apa lagi yang diimpikan oleh korang semua. Rebutlah peluang dan masa yang diberi itu.

Sekiranya berlaku sebarang permasalahan, kongsilah dengan orang yang benar-benar anda percayai agar anda tidak mengalami tekanan ketika proses pembelajaran diadakan. Itulah antara cara untuk anda hilangkan stress dan jadikanlah setiap permasalahan itu sebagai cabaran untuk terus anda semua ke hadapan bagi mencapai sebuah kejayaan.

Percayalah pada diri, yang anda semua ini mampu untuk mencapai kejayaan. Mampu untuk menggapai impian! Dan janganlah sesekali gentar atau goyah dengan persekitaran yang kian mencabar yang bila-bila masa saja akan menghilangkan tumpuan anda untuk terus fokus dengan apa yang sepatutnya anda lakukan di UTM ini.

Sebagai seorang abang, Saya doakan agar korang semua berjaya dan terus berjuang sehingga selesai sesi diploma ini dan buktikan pada saya yang korang adalah terbaik di kalangan yang terbaik. Buktikan juga pada ibu ayah korang dan saya percaya jika korang keluar nanti, pasti ibu ayah korang akan BANGGA dengan korang semua. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: