Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Jangan sesekali cuba memecahbelahkan Persahabatan kami!”, itulah AMARAN saya kepada mereka yang cuba melihat persengketaan saya dengan sahabat-sahabat saya terutamanya, Faiznur. Saya berasa cukup terkilan dengan tindakan seseorang yang diibarat sangat BODOH! SANGAT TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN!
FITNAHAN yang cuba disampaikan kepada saya yang cukup menyakitkan dan bermotifkan ‘hasad dengki’. Cukup terasa di lubuk hati ini kesakitan menahan permainan yang dianggap cukup tidak wajar dilakukan ke atas diri saya. Cubaan yang dianggap cuba memecahbelahkan persahabatan antara aku dengan Faiznur akhirnya tidak berjaya!
Alhamdulillah, berkat doa kepada Allah, akhirnya di atas pertolongan sahabat aku sendiri, Irfan Shah yang menjadi orang tengah untuk menyelesaikan permasalahan ini akhirnya terbukti bahawa itu adalah suatu permainan yang amat menakutkan dan melucukan yang singgah dalam kehidupan aku.
Dan Alhamdulillah, ukhuwah persahabatan antara aku dan sahabat aku, Faiznur masih dapat diteruskan hasil daripada pertemuan yang dilakukan oleh Irfan Shah dan aku anggap perkara ini sebagai suatu yang amat keterlaluan yang dilakukan oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan.
Aku kecam tindakan anda itu!
Mujurlah aku ini masih waras dan dapat berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Selagi iman ada di dada ini, aku tidak akan sesekali melakukan kerja BODOH seperti anda yang tidak habis-habis cuba membuat onar untuk melihat aku jatuh dan terus lemas dengan persekitaran yang ada ini.
Ok, Fine! Aku tidak akan sesekali termakan dengan kata-kata anda lagi! Dan mana-mana orang yang berniat jahat seperti anda untuk melihat persengketaan antara aku dengan mana-mana sahabat baik aku lagi! Jika anda masih mengganggu ketenteraman aku, aku tidak teragak-agak memperkenalkan anda di blog aku ini, Wahai si manusia yang busuk hati!
Sedarlah wahai kawan, apa sebenarnya yang anda tidak puas hati dengan aku? Apa yang aku buat hingga anda sanggup cuba memecahbelahkan antara aku dengan sahabat baik aku sendiri? Tak puas hati pasal apa? USR? Atau sebab yang aku sendiri pun tak boleh fikir?
Dan di sini juga, saya hendak beritahu bahawa tujuan saya menulis penulisan kali ini adalah sekadar berkongsi yang sekarang berlaku sesuatu yang diluar jangkaan bahawa ada manusia yang busuk hati yang ingin lihat persahabatan antara aku dengan bekas MT USR aku iaitu, Faiznur putus disebabkan FITNAHAN yang cuba dilemparkan.
Dan saya ingin menyatakan di sini, bahawa persahabatan antara saya, Irfan Shah, Faiznur dan Nazriah akan sentiasa utuh dan kami tidak akan sesekali terpedaya dengan FITNAHAN yang cuba dilakukan untuk kali kedua. Insyaallah… Saya percaya Allah Maha Adil!
Akhir kata, saya doakan agar ‘Si Busuk Hati’ ini kembali ke pangkal jalan dan mohon maaf secara bersemuka dengan saya semula. Dan saya sedia memaafkan anda sekiranya anda betul-betul ingin memohon maaf!
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dan Amaran dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com
Wednesday, June 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
sabar, sabar dan sabar...
itu kunci kejayaan, kalau kita terllu ikutkan emosi, nescaya kita akan menjadi orang yang tidak berpendirian..
ingat itu sahabat :-)
Post a Comment