Wednesday, June 15, 2011

Luahan Hati (1)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sekejap sahaja dunia berubah ! Sekelip mata sahaja manusia berubah sikap ! Itulah resam hidup manusia yang bila-bila saja boleh berubah. Berubah arah ! Berubah rasa ! Berubah hati ! Beralih angin ! Tapi saya tetap dengan pendirianku iaitu mempertahankan prinsip hidup saya supaya tidak tunduk dengan perilaku orang sedemikian.

Memang benar ! Amat berat untuk aku membuat sesuatu keputusan dengan mempergadaikan arah tuju hidup saya. Dan “TERIMA KASIH” kerana banyak membantu saya. Itu sahaja yang dapat saya katakan pada anda yang saya rasa cukup baik dan cukup bagus perilaku anda. Saya sendiri pun dah memaafkan anda dan ingatlah bahawa saya tidak akan sesekali tunduk dengan cara anda itu.

Walaupun anda masih ‘Muda’ dari saya, jangan ingat yang anda boleh memperbodohkan saya sesuka hati dan saya akan ingat sentiasa peristiwa yang berlaku ini. Dan saya tahu dipihak anda tidak merasa apa-apa seperti saya tetapi di pihak saya, ianya cukup ‘Menyakitkan’. Anda faham?

Noktah !

Beralih pula cerita mengenai saya berkenaan dengan Misi saya di Bandaraya Metropolitan, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kedua-dua misi saya di sini semakin membuahkan hasil dan saya minta korang semua iringi perjalanan saya di sini dengan doa kalian. Insyaallah…

Tapi, agak menyedihkan, setelah 2 hari saya di sini, Pejabat Belia Kota Setar telah beberapa kali menjemput saya bagi mewakili Belia Alor Star ke pelbagai acara menarik sekitar Luar dari Negeri Kedah. Tapi sayangnya saya terpaksa melepaskannya kerana saya dah membuat keputusan untuk berada di Kuala Lumpur ini.

Insyaallah, saya mengharapkan yang terbaik dengan keputusan yang telah dibuat ini. Dan saya amatlah berharap agar kepercayaan yang telah diberikan oleh Pejabat Belia Kota Setar terhadap saya akan sentiasa berterusan walaupun saya terpaksa menolak beberapa jemputan yang telah diberikan. Insyaallah…

Akhir kata, Selamat Berjaya juga untuk semua…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: