Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Sejak kebelakangan ini, isu ‘Maruah Diri’ di kalangan Belia Remaja seakan disalah erti oleh segelintir Belia Remaja ini. Tidak tahu menilai, apa itu maruah diri! Agak sedih apabila melihat seorang hamba Allah ‘Remaja Wanita Bawah Umur’ boleh membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia sudah tidak ada dara! Masyaallah…
Sebelum saya mengulas lanjut mengenai perkara ini, ingin saya dahului berkenaan dengan takrif maruah mengikut urutan huruf.
M : Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang akan menutup muka apabila malu.
A : Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.
R : Reputasi mencerminkan maruh anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai dipijak orang.
U : Ungkapan orang terhadap kita mengambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak mengotakannya, jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah kerana tidak membuat oarang percaya kepada kata-katanya sendiri. maka jangan sesekali mungkir janji dan mengelurakan kata-kata usul periksa.
A : Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.
H : Harga diri tidak boleh di jual beli dan ia jua lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.
Berbalik kepada perbincangan kita tadi, saya merasakan cukup terkilan apabila melihat pengakuan tersebut dan saya ingin memberi sedikit pendapat berkenaan dengan perkara tersebut. Maruah diri adalah perkara utama yang perlu dipertahankan oleh golongan remaja Islam Wanita.
Kepada remaja Islam Wanita, anda perlulah sentiasa menjaga maruah diri anda, sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik. Ingatlah, janganlah terlalu mudah termakan dengan kata-kata si lelaki dan mengikut apa saja kehendak nafsu si lelaki.
Begitu juga kepada remaja Islam Lelaki, anda janganlah merosakkan gadis-gadis remaja ini dan jagalah ia sepertimana anda menjaga harta kesayangan anda. Sebelum anda melakukan perkara-perkara yang bukan-bukan, ingatlah wajah muka ibu ayah anda, wajah kakak dan adik perempuan anda. Insyaallah, anda semua mampu mengelakkan dari melakukan perbuatan yang terkutuk itu.
Maruah diri itulah harta sebenar dalam kehidupan anda. Jika anda membiarkan harta anda itu digunakan pakai sesuka hati oleh manusia-manusia durjana, harta anda itu sedikit-sedikit menyebabkan anda miskin dan terus terduduk mengenang nasib lalu. Percayalah, berubahlah sebelum terlambat. Dan kepada yang telah terlanjur, kembalilah mengenal Allah, kembalilah ke pangkuan ibu ayah. Insyaallah, Allah akan sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang insaf dan mula kembali kepada-Nya.
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH]
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com
Sunday, June 5, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
saya setuju dengan entri ini..tapi kadangkala..sikap ibubapa juga menjadi salah satu penyumbang kepada masalah remaja sekarang ini..apa yg penting ingt hukum Allah..pasti kita tahu bagaimana untuk menjalani kehidupan didunia ini pada jalan kebaikan..
ASSALAMUALAIKUM...
Syira setuju dgn pndpt abg hazem..
Maruah adalah mahkota bg seorang perempuan.. Seorang perempuan WAJIB menjaga dan mempertahankan mahkota diri nya.. Perempuan yang tidak menjaga maruah diri psti akn d'pndng serong dn kurang d'hormati... Dan sendainya maruah itu tergadai pd seorang lelaki yg bukan suaminya psti ianya akn menjd titik hitam dlm diri seorang PEREMPUAN...
salam
entry yang terbaikkk bro wan hazem....masalah sosial dikalangan orang islam seolah olah tiada penghujungnya....kesucian islam sudah tercemar dan islam seolah olah dianggap sebagai adat sahaja...nauzubillah....
Post a Comment