Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Pagi ini saya berpeluang untuk mencipta sebuah puisi yang penuh dengan pengertian tersirat dalam perjuangan menuntut ilmu, hidup berdikari, ikatan persahabatan dan sebagainya. Puisi ini saya ciptakan sebagai gambaran bahawa perjalanan yang hampir dipertengahan jalan ini cukup bermakna dan patut diteruskan.
Puisi ini saya tujukan khas kepada semua sahabat-sahabat, senior-senior, junior-junior dan sebagainya lagi sebagai rasa tanggungjawab saya untuk terus berusaha dan bergandingan dengan anda semua dalam meneruskan kehidupan yang kian mencabar. Hanya yang berani sahaja mampu untuk meneruskan perjalanan tersebut.
Cukup terasa apabila mengenangkan saat-saat lalu ketika mana masih menuntut di Maahad Mahmud, Sekolah Menengah Teknik Langkawi sehinggalah berjaya melangkah ke Universiti Teknologi Malaysia yang bagi saya, cukup memberi kekuatan kepada saya untuk terus mengenali 1001 ragam manusia ciptaan Allah Taala ini.
Kepada mereka yang masih muda iaitu junior-junior, adik-adik saya, rebutlah peluang yang sementara ini, buktikanlah bahawa kejayaan pasti digenggam erat tatkala pengalaman yang diperolehi itu masih cetek untuk kita mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Noktah! Jom kita ikuti bait-bait puisi ciptaan saya untuk anda semua. Terimalah dari saya,
BAHTERA KEHIDUPAN…
Sekian lama kesepian
Aku merangkak di awalan
Mencari sinaran bintang
Mencari kilauan intan
Di sebalik tembok sana
Yang penuh tanda Tanya
Aku bertatih perlahan
Tanpa menghiraukan kiri kanan
Aku mencuba melangkah
Perlahan-lahan
Memegang bahu-bahu jalan
Terlihat seribu satu harapan
Mencuba menggapai kerdipan bintang
Aku terus menongkah
Redah…arus gelora
Memecah tembok cabaran
Terlihat bahtera yang penuh cahaya
Aku cuba menghampiri
Merasa adakah ini yang ku cari?
Kini…aku terus melonjak
Menghampiri bintang kehidupan
Yang berwarna-warni
Lalu aku berdiri di bahtera ini
Melihat sekeliling
Menoleh kiri kanan
Dan kini menjadi sebuah realiti
Inilah bahtera impianku…
Inilah Diriku…
p/s : Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..
Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com
Wednesday, June 8, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment