Saturday, July 17, 2010

Ceria Bersamamu (2)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Bersyukur ke Hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat juga saya bersama 11 lagi mahasiswa lain yang terdiri daripada Mohd Irfan (Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC), 2 orang Mahasiswi dari Kediaman Siswa Semarak, 3 orang Mahasiswa tahun1, 3 orang Mahasiswa tahun2 serta 2 orang lagi Mahasiswa tahun3 merealisasikan Program CERIA BERSAMAMU bersama kanak-kanak Sindrom Down yang bertempat di RumahPersatuan Sindrom Down Malaysia.




Program CERIA BERSAMAMU ini diketuai oleh saya sendiri selaku Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan dibantu oleh Mohd Irfan Shah dan Mohd Amirullah. Program ini dimulakan dengan aktiviti mengemas dan membersihkan sekitar kawasan Rumah Persatuan Sindrom Down Malaysia tersebut. Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu membersihkan peralatan permainan, dapur dan ruang makan, ruang tamu serta luar kawasan Rumah tersebut. Aktiviti pembersihan ini mengambil masa selama hampir 2jam.

Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan aktiviti bercerita bersama Kanak-kanak Sindrom Down yang diketuai oleh Mohd Irfan Shah bersama Mohd Amirullah. Aktiviti ini mendapat respon yang agak memberangsangkan oleh kanak-kanak tersebut. Alhamdulillah… Aktiviti diteruskan pula dengan aktiviti menari dan menyanyi bersama mereka. Antara tarian yang kita lakukan adalah Chicken Dance dan Anak Gajah.

Sebelum aktiviti tersebut dilaksanakan, Kanak-kanak Sindrom Down ini mempersembahkan satu Tarian Musical yang agak hebat. TAHNIAH dan SYABAS kepada mereka. Tarian dan lenggok mereka itu membuatkan semua Mahasiswa bersama menari dan mengikut rentak mereka ini. Inilah yang dikatakan “Tak Kenal Maka Tak Cinta…”

Saya sekali lagi agak berbangga kerana kita masih mempunyai Mahasiswa yang sanggup dan ikhlas untuk bersama dengan Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC untuk memberi Khidmat Sosial dan Sokongan Moral kepada insan-insan istimewa seperti mereka ini. Berslogankan “Kasih Tercipta…Mahasiswa Prihatin…” ini patut terus mendapat sokongan seluruh Mahasiswa di Malaysia ini untuk bersama-sama memainkan peranan membangunkan moral dan memberikan khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling serta insan-insan istimewa yang sering kali terlepas pandang.

Mahasiswa hari ini sebenarnya perlu mengubah persepsi bahawa kita bukan hanya membantu masyarakat sekeliling sedangkan insan-insan istimewa ini terus dibiarkan serta dipinggirkan. Ingatlah wahai Sahabat-sahabatku, Rakan-rakanku, Insan-insan istimewa ini adalah makhluk Allah juga sama seperti kita.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Puan Norzakiah yang sering memberi sokongan dan menyokong penuh aktiviti seperti ini. ALHAMDULILLAH…









Sekian, sahajalah dari saya…INSYAALLAH…



“Kasih Tercipta…Mahasiswa Prihatin…”




Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

4 comments:

Anonymous said...

mengapa terlalu sedikit bilangan sukarelawan yang terlibat? Ahli2 exco sahaja ke yang terlibat? akan datang apa program yang akan dijalankan oleh exco kebajikan?

WMHMY said...

Salam n Thanks to Salman...

Sukarelawan terlalu sedikit bilangannya adalah kerana ini adalah First step Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC untuk membawa Mahasiswa berhadapan dengan masyarakat yang istimewa...

Ianya bukan dari kalangan Exco sahaja tetapi ianya melibatkan seluruh mahasiswa yang berminat...kerana pengumuman telah dilakukan semasa Minggu Transformasi Mahasiswa serta Poster telah dinaikkan 4 hari sebelum program...

Program kebajikan akan datang tengah disusunkan kembali supaya tidak bertindih dengan mana-mana program...

Insyaallah...jika Salman berminat...kamu boleh sendkan pada saya, Fullname, No.IC, No.fon serta course utk saya dapatkan data dahulu dan saya akan masukkan Salman untuk mana-mana program kebajikan akan datang...

Terima Kasih...kerana menyokong Program seperti ini... Apa-apa hal kamu boleh contact saya di talian 013-3114305 untuk maklumat lanjut...INSYAALLAH...

"Kasih Tercipta... Mahasiswa Prihatin..."

ahmadfirdausz said...

saya berasa bangga..~

azri said...

bgus ajim.....puak dikir barat KO-Q mase aq sem satu dulu pon penah mari ke tempat ni....kitorang berdikir nga adik2 yang istimewa nih....memang bgus program ni...
kalu nk wat lagi ajok la puak kami sekali....