Saturday, September 3, 2022

Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Hari ini merupakan Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang julung kalinya diadakan di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur pada 03 dan 04 September 2022 anjuran Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, seperti biasa aku berpeluang untuk terlibat secara langsung dalam sambutan kali ini sebagai Sukarelawan dibawah Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan (You4WP) untuk sehari pada Sabtu (03 September 2022) yang diketuai oleh Saudara Haikal Zaini.

Bagi aku, aktiviti kali ini sebagai seorang Sukarelawan cukup berpuas hati dengan penganjuran event seperti ini dan banyak manfaat yang dapat terutamanya pengalaman untuk beraktiviti dengan orang muda. Maklumlah, aku sendiri sudah melebih 30 tahun 😅

Kali ini, aku ditugaskan dibawah kumpulan Pendaftaran dimana kumpulan ini diketuai oleh Saudari Aina dan ahlinya terdiri daripada 11 orang yang lain. Tugas utama kami adalah mendapatkan sebanyak mungkin pengunjung untuk didaftarkan dalam event kali ini termasuklah cabutan bertuah.

Tugas kali ini tidak terlalu susah sebenarnya dan aku sendiri sangat-sangat berpuas hati dengan kerjasama semua pihak.

Selain terlibat sebagai Sukarelawan, aku juga berkesempatan untuk melihat dan berkunjung ke beberapa booth yang melibatkan pameran dari Agensi Kerajaan seperti :-
i. Pemeriksaan Kesihatan - kat sini aku berpeluang untuk semak BMI, tekanan darah, kolestrol dan gula dalam badan dan bertemu dengan doktor.
ii. Fisioterapi kelolaan Hospital Kuala Lumpur - kt sini untuk buat ujian fizikal sepertimana semasa ujian fizikal SPA untuk mohon perjawatan dalam Kerajaan.
iii. Jabatan Bomba dan Penyelamat - kat sini diberi penerangan berkaitan dengan alat pemadam api dan beberapa maklumat berkaitan perlindungan semasa banjir.
iv. Angkatan Tentera Malaysia (Wataniah) - kat sini pun best sebenarnya bilamana dipamerkan beberapa alatan perang termasuklah M16 dan lain-lain.
v. Dan lain-lain lagi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengajian Tinggi dan lain-lain lagi.

Diselitkan juga aktiviti untuk sukarelawan seperti Musical Chair dan Kuiz. Alhamdulillah, aku menjadi pemenang pertama untuk Musical Chair 😀😀😀

Apa-apa pun, aku sangatlah berpuas hati dengan penganjuran program seperti ini dan yang paling penting, menjadi salah seorang sebagai Sukarelawan. Pengalaman tue takkan dapat dijual beli 😀😀😀

Terima kasih kepada pihak Sukarelawan Muda Wilayah Persekutuan (You4WP) sebab sudi beri ruang dan peluang untuk aku berbakti dan terlibat secara langsung dalam program seperti ini.

Sebelum tue, jom aku kongsikan beberapa keping gambar sepanjang program tersebut 😍😀


Sekian, Wallahua'lam... 

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
03 September 2022

0 comments: