Salam Sejahtera...
Salam Keluarga Malaysia...
Aku baru menghabiskan beberapa bab buku Kitab Tamadun Jepun tadi dan sesekali menonton tv di malam Raya Aidiladha ini disebabkan aku hanya bersendirian di rumah di Kuala Lumpur.
Hidup bujang seperti ini kadang kala penuh kesunyian dimana berjauhan dengan mama abah, adik-beradik aku. Apa nak buat, jodoh belum berkunjung tiba. Usaha tetap diteruskan tapi apakan daya, masih belum berjaya. Semuanya tewas di pertengahan jalan.
Tambah pula, bila satu persatu komitmen aku semakin hari semakin meningkat terutamanya dalam meneruskan kehidupan yang sedia ada, kadangkala membuatkan aku hanya memfokuskan satu perkara sahaja iaitu Kerja dan Hobi. Itu saja! Tapi harap semua pembaca blog aku dapat mendoakan agar dipermudahkan segala urusan aku untuk bertemu dengan jodoh aku. Insyaallah...
KONSERT MINGGU INI - LEGENDA NORANIZA IDRIS
Pada bulan Mac lalu atau secara tepatnya lagi pada 26.03.2022 yang lalu, aku berpeluang untuk mengikuti dan menonton siaran / secara langsung Konsert Minggu Ini - Legenda Noraniza Idris di Auditorium Angkasapuri RTM setelah hampir 2 tahun lebih aku tak pergi mana-mana konsert disebabkan Pandemik Covid-19.
*Sebenarnya, entry kali ni dah dibuat sehari selepas konsert tersebut tetapi hanya disimpan di 'draft' sahaja disebabkan belum berkesempatan untuk menulis secara menyeluruh. So, kebetulan malam nie agak free, so aku habiskan menulis untuk entry kali ni.
Apa yang aku boleh katakan adalah 'WOW' dan aku sangat-sangat berpuas hati dengan persembahan hebat dari Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris dengan barisan lagu yang semuanya menjadi kegemaran aku. Boleh kata setiap lagu yang dinyanyikan oleh Kak Ani mampu aku ikut seiringan disebabkan aku tahu setiap bait-bait lirik bagi lagu-lagu yang diperdendangkan.
Sejujurnya, aku antara peminat dan pendengar setia lagu-lagu Irama Malaysia terutamanya lagu-lagu yang didendangkan oleh Kak Ani. Aku ada semua Album-Album Fizikal Kak Ani yang original bermula dengan Ala Dondang (1997), Masyhur (1998), Seri Balas (1999 Partner dengan DS Siti Nurhaliza), Bekaba (1999), Iktiraf (2000), Aura (2002), Sawo Matang (2004) & Cintaku Satu (2010). Semua Album nie masih aku simpan dengan baik.
Apa yang menariknya adalah lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Kak Ani adalah lagu-lagu yang aku suka seperti Hatinya Tak Tahan, Manira, Dikir Puteri, Hati Kama dan pelbagai lagu lagi. Semuanya masih segar dan yang penting persembahan Kak Ani sentiasa memukau.
Jarang sebenarnya untuk aku berpeluang untuk melihat secara dekat sebuah konsert yang satu-satunya memfokuskan kepada figura hebat dalam muzik Tradisional / Irama Malaysia iaitu Noraniza Idris secara percuma. Dan peluang seperti ini seharusnya diraikan oleh para peminat seperti aku.
Sebelum nie, aku pernah untuk pergi ke Konsert Sawo Matang Special Showcase Noraniza Idris di MATIC pada 12-14 April 2019 tetapi tarikh semasa event tue berlangsung tidak bersesuaian dengan jadual aku. So, aku terlepas untuk menyaksikan persembahan hebat dari Kak Ani untuk showcase tersebut.
Sekarang, aku dapat tahu bahawa kemungkinan besar Kak Ani akan membuat satu konsert terbesar beliau, katanya di Istana Budaya. Insyaallah, aku mesti dan akan hadir untuk konsert yang jarang kali dibuat oleh Kak Ani di pentas sebesar Istana Budaya kerana aku percaya bahawa persembahan Kak Ani pasti penuh dengan kemeriahan yang sesekali membuatkan aku mendapat kepuasan yang semaksima yang mungkin dengan alunan muzik yang penuh dengan elemen budaya tradisi, ditambah dengan lenggok suara Kak Ani yang memukau serta gerak tari persembahan para penari yang penuh dengan kemeriahan.
Apa-apa pun, yang penting aku berpeluang untuk bertemu secara dekat dan bergambar dengan Kak Ani setelah berakhirnya konsert tersebut. Jom aku sharekan gambar tersebut.
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
27.03.2022 & 10.07.2022
0 comments:
Post a Comment