Tuesday, August 16, 2016

Teater Amal Mayang oleh Rhythm Arts Production...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, baru-baru nie aku berpeluang menyaksikan sebuah teater amal yang bertajuk 'MAYANG' bersama-sama dengan sahabat aku, Hasif & Shaharuddin tapi burn satu tiket sebab seorang kawan lagi tak dapat hadir. Aku begitu tertarik dengan poster dan sinopsisnya yang membuatkan aku terfikir adakah berbaloi aku datang ke DPAC semata-mata untuk layan teater ini.

TEATER AMAL MAYANG by Rhythm Arts Production...

Teater Amal Mayang yang dibawa oleh Rhythm Art Production (RAP) diadakan bertujuan untuk memberi sokongan bantuan kepada 50 kanak-kanak cacat penglihatan di bawah naungan Supporting Early Education Development (SEED) Malaysia. Teater ini diadakan di Black Box, Damansara Performance Arts Centre (DPAC).


Mayang mengisahkan percaturan watak utamanya, Ali yang turun ke laut bersama-sama dengan rakannya dan itu merupakan satu kesilapan besar. Mayang juga menyajikan sebuah perjalanan kisah lagenda di luar minda sedar manusia menerusi kehadiran persoalan entiti masa.

"Kadang kala apa yang berlari di minda manusia tidak akan pernah sama jika diterjemahkan di pentas kenyataan."

Benar! Menerusi teater Mayang ini, aku terfikir benda yang sama di mana jangkaan aku mengenai Mayang adalah berbeza dengan apa yang dipentaskan. Melibatkan dua dunia yang berbeza membuatkan kita terfikir apa yang cuba disampaikannya.

Penceritaannya yang tidak terlalu berat membuatkan aku mudah mengikuti setiap babak yang dipentaskan dan diselitkan dengan elemen komedi dan bersahaja dari barisan pelakon teaternya membuatkan permentasan teater ini menjadi menarik.

Sebenarnya aku lebih tertarik dengan watak Mimiana yang digambarkan dengan tanggapan perspektif yang berbeza mengenai apa yang kita fikirkan ketika menonton teater ini. Di tambah dengan lagak ego dan tegangnya dalam berkata-kata, sedikit sebanyak membuatkan aku sakit hati apabila dia cuba mengubah perspektif aku ketika menonton. Aku ucapkan syabas kepada pemegang watak 'Mimiana' ini.

Lagi satu watak yang membuatkan aku tertarik adalah watak Mak Ton dimana perwatakan beliau digambarkan sebagai insan yang sentiasa 'ambil tahu' dengan keadaan sekeliling termasuk menjaga tepi kain orang. Perwatakannya disempurnakan dengan sangat baik dan kadang-kala membuatkan aku sakit hati juga dengan watak 'antagonis' yang disampaikan beliau. Syabas Kak Ton!

Di permulaan cerita digambarkan seorang penglipur lara dengan jubah dan topinya yang hitam, dengan lagaknya yang bersahaja, sepatah demi sepatah dia berbicara untuk menyampaikan kisahnya. Aku terdiam seketika. Meneruskan sahaja babak demi babak. 

Apa yang menariknya, adalah lagu OST Teater Mayang ini yang bertajuk 'Aku Penglipur Lara'. Sampai sekarang masih terngiang-ngiang muzik serulingnya yang begitu tenang dan damai sehinggalah aku download OSTnya di youtube. Hahaha... memang terbaek la pencipta lagu ini. Lagu yang mampu memberikan aku ke satu dimensi lain untuk berkhayal dan menghayati kehidupan.

Secara keseluruhannya, aku rasa sangat berbaloi dan sangat berpuas hati. Walaupun berkesempatan menyaksikannya di malam terakhir pementasan teater tersebut tetapi ianya cukup memberi satu kepuasan yang maksimum kepada aku untuk menyaksikan dari satu babak ke satu babak yang lain sehinggalah ke pengakhirannya. Aku boleh bagi 8/10 bintang untuk teater ini. Tahniah !






*Sorry, gambar tak berapa clear...huhu ~

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: