Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Tinggal beberapa hari saja lagi negara kita akan menyambut Hari Kebangsaan atau Sambutan Kemerdekaan Malaysia kali ke-59. Insyaallah, aku mesti dan akan turun ke Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos 2016 ini untuk bersama-sama dengan rakyat Malaysia bagi mengikuti perarakan Sambutan Kemerdekaaan dan aku dikhabarkan atlet-atlet Negara juga akan turun di sana nanti. Ada peluang, aku nak bergambar dengan ikon-ikon Sukan Malaysia nie... :)
Tadi aku ada terbaca mengenai kes-kes penceraian yang rata-ratanya berpunca akibat curang a.k.a kecurangan. Masyaallah, aku yang masih bujang nie pun takut melihat situasi penceraian di Malaysia hari ini dan aku juga ada berkawan dengan 'mereka-mereka' yang mengamalkan kehidupan yang bebas di Kuala Lumpur. Insyaallah, aku cuba kuatkan diri untuk kawal situasi macam tue terhadap diri aku. Jiwa muda, tapi jangan sengsarakan jiwa !
Kekadang aku dipertontonkan dengan gelagat mereka yang telah berkeluarga tapi sangat terbuka membicarakan mengenai 'hal kelambu'. Kekadang aku yang segan apabila orang yang bersembang pasal ini adalah di kalangan makcik-makcik. Aku pernah berdepan situasi dimana seorang makcik nie dok perhati aku di satu stesyen LRT sehinggalah dia datang kat aku dan nak tengok aku punya 'anu'. Ada juga seorang yang bekerja di bank yang ajak aku ke rumahnya. Adoyai ! Tersentap kejap, lepas kejadian tue boleh kata lama jugak aku tak turun ke bandaraya KL pada hujung minggu. Bukan apa, aku cuba mengelak dari terlanjur ke apa ka. Apa-apa pun, nasihat aku kepada pembaca-pembaca blog aku, kuatkanlah iman, jagalah maruah diri.
Ok fullstop ! Aku nak cerita bab lain sebenarnya, yang tue cuma sampingan saja sebab aku terasa sedikit terkilan apabila membaca satu berita mengenai seorang isteri yang juga seorang penyanyi yang dijatuhkan talak oleh suaminya yang merupakan seorang pelawak disebabkan kecurangan yang dibuat oleh isterinya itu sehinggakan pernah di dada akhbar dilaporkan bahawa isterinya itu ditangkap khalwat dengan suami orang. Masyaallah, takut aku lihat situasi macam ini. Aku amatlah berharap jodoh aku nanti, aku dikurniakan seorang isteri solehah yang mampu menjaga aibnya dan aib suaminya. Insyaallah.
YAYASAN SIME DARBY ARTS FESTIVAL 2016...
Minggu lepas aku berpeluang untuk menghadiri satu festival yang cukup santai dan penuh dengan aktiviti-aktiviti kesenian termasuklah persembahan nyanyian, tarian, teater, tayangan filem, simfoni muzik, lukis mural, mencanting batik, permainan tradisional, konsert, bengkel penulisan kreatif dan sebagainya lagi yang dibawakan khas oleh Yayasan Sime Darby dengan kerjasama Kuala Lumpur Performance Arts Center (KLPAC).
Yeahh... ~ |
Untung sebenarnya buat semua pengunjung kerana semua aktiviti yang dijalankan adalah dibuat secara percuma yang ditaja penuh oleh Yayasan Sime Darby bagi projek komuniti rakyat Malaysia. Itu aku puji ! Aku hanya sempat hadiri di hari kedua festival ini diadakan disebabkan hari pertamanya itu aku telah hadiri program LiteraCity Kuala Lumpur yang juga merupakan satu projek kesenian (korang boleh tengok entry aku sebelum ini yang membicarakan mengenai projek tersebut).
Apa yang menjadi kekuatan bagi Yayasan Sime Darby Arts Festival 2016 adalah ianya dipersembahkan dengan aktiviti-aktiviti yang penuh manfaat terutamanya bengkel-bengkel yang diadakan itu melibatkan semua aktivis atau mereka yang mahir dalam bidang seni yang tertentu seperti Bengkel Penulisan Kreatif oleh Fynn Jamal, dan sebagainya lagi. Aku difahamkan bengkel yang dibuat itu melibatkan hampir 60 bengkel yang diadakan secara percuma bagi aktiviti-aktiviti seni untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Lukisan Mural... |
Persembahan nyanyian solo... |
Pameran fesyen... |
Persembahan muzik audio... |
Aku mencuba gamelan... |
Bengkel tarian... |
Bengkel public speaking... |
Persembahan tradisional... |
Persembahan tradisional... |
Simfoni Drum... |
Lukisan apa entah dari Japan... |
Aku mencuba drum tradisional... |
Persembahan simfoni drum terbuka... |
Lukisan... |
Persembahan nyanyian... |
Lukisan eksotik... |
Persembahan nyanyian... |
Persembahan konsert... |
Aku juga sempat menghadiri dan melihat teater 'Bulan Separa Penuh' lakonan Bro Naqiu Ariffin, Surya Suriyani, Fandi Che Hisham dan lain-lain lagi yang menyaksikan dimana seorang gadis yang dilema samada mengejar cinta atau cita-cita. Teater ini aku lihat cukup menarik dan baik terutamanya ianya dipersembahkan dengan penuh penghayatan dan diselitkan dengan sedikit aksi komedi dan bersahaja dari barisan pelakon-pelakonnya.
Pementasan Teater Bulan Separa Penuh... |
Bersama pelakon-pelakon teater... |
Aku bersama Bro Naqiu Ariffin... |
Apa-apa pun, aku mengharapkan program seperti ini diadakan lagi di masa akan datang. Kebetulan semasa aku berada di sana, aku berselisih pulak dengan beberapa pelakon yang cukup aktif di pementasan teater dan projek-projek filem indie. Insyaallah, goodluck to Sharifah Amani dan Bro Iedil Putra untuk filem Pek4k yang akan ditayangkan pada 1 September 2016 nanti.
Aku bersama Sharifah Amani... |
Aku bersama Bro Iedil Putra... |
Aku bersama Christina Suzanne... |
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com