Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...
Pertamanya sekali aku nak ucapkan sekalung ‘TAHNIAH’ buat kakak
kesayangan aku a.k.a Along yang telah selamat melahirkan anak keduanya – ‘Baby
Girl’. Waahhhh tak sabar nak balik ke Ipoh untuk tengok anak buah yang keempat
aku ni. Aku doakan agar menjadi seorang anak yang solehah, taat kepada ibu ayah
dan membawa kebaikan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Insyaallah...Amin... J
Hari ini aku nak #throwback dan kongsikan seperkara mengenai ‘Mesyuarat
Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, Johor 2014’, di mana aku diberikan satu
penghargaan yang cukup manis dan yang tidak pernah dijangkakan sebelum ini
iaitu aku tersenarai sebagai salah seorang penerima ‘Pingat Jasa Pulai bagi
Kategori Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan’.
PINGAT JASA PULAI – ANUGERAH KHAS PEMIMPIN MASA HADAPAN
Alhamdulillah ! Ini antara salah satu penghargaan terbaik yang
diberikan kepada saya oleh YB Datuk Nur Jazlan, Timbalan Menteri Dalam Negeri
(merangkap Ahli Parlimen Pulai & Ketua UMNO Bahagian Pulai). Majlis
Penyampaian Pingat Jasa Pulai itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji
Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi .
Walaupun aku sedikit kecewa apabila tidak tersenarai sebagai salah
seorang penerima Anugerah-Anugerah Pendidikan Konvokesyen UTM, tapi
Alhamdulillah ianya sedikit sebanyak mendorong aku supaya jangan berputus asa.
Apa-apa pun, sepanjang 3 tahun berada di Universiti Teknologi Malaysia bagi
pengajian aku peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pentadbiran dan Pembangunan
Tanah, aku tetap mempunyai Sijil Dekan bagi 3 semester (out of 6 semesters).
Penghargaan yang diberikan menerusi ‘Pingat Jasa Pulai – Anugerah Khas
Pemimpin Masa Hadapan’ ini sedikit sebanyak menjadi pendorong buat
sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan dan lawan-lawan seperjuangan aku pada
masa itu. Orang yang paling rapat dan banyak menyokong aku, tak lain tak bukan
; Omar Zahid, Hanifah Mazlan, Shukor, Fitri Saidi, dan sebagainya lagi yang
menjadi kekuatan aku sepanjang tempoh kepimpinan di luar jangka. Tanpa kalian, aku sendiri pun tak sekuat hari ini.
Sebagai tambahan, 'Pingat Jasa Pulai - Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan' ini merupakan kategori yang julung kali diwujudkan bagi senarai penerima Pingat Jasa Pulai. Dan aku merupakan penerima pertama bagi kategori tersebut. Alhamdulillah !
Penghargaan yang diberikan oleh YB Datuk Nur Jazlan ini menampakkan
yang beliau memberi sokongan penuh kepada golongan mahasiswa untuk terus
berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Ruang dan peluang yang
diberikan oleh beliau menerusi idea aktiviti kemasyarakatan dan pelestarian
yang disampaikan oleh mahasiswa ini, digunakan sebaik mungkin untuk bersama
mencurah bakti.
Apa-apa pun, dunia ‘Mahasiswa & Universiti’ cukup memberi aku
kekuatan untuk terus membimbing aku membina kerjaya di masa akan datang. Dan
Alhamdulillah, aku sekarang berpeluang untuk berkhidmat dalam sektor awam.
Insyaallah, aku akan buat yang terbaek untuk meneruskan impian aku untuk menuju
ke sebuah kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Insyaallah...Amin... ;)
Sekalung penghargaan buat YB Datuk Nur Jazlan, Uncle Rasman, Abang Nazlen, Abang Tengku dan
semua yang banyak memberi nasihat dan pendapat sepanjang menjalankan aktiviti
kemasyarakatan di peringkat kawasan Parlimen Pulai. Semoga ukhuwah terus
terjalin dan terus berbakti. Insyaallah... J
Sekian, Wallahua’lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
0 comments:
Post a Comment