Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Apa itu hari Sukan Negara?
Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu
minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri
Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015.
Sambutan ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di
mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah
mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting
Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang
selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
Sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan
riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam
meraikan sambutan ini yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah
air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat
keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti
sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.
10.10.2015 : Orchid Fun Run & Ride 2015
Aku turut meraikan sambutan Hari Sukan Negara ini menerusi penyertaan
aku dalam Orchid Fun Run & Ride 2015 yang diadakan di Esplanade KLCC
anjuran Petronita & Petronas ini. Dalam meraikan Hari Sukan Negara ini,
larian ini juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional, Yayasan
Institut Jantung Negara dan Unit Pediatrik HUKM.
Aku bersama-sama dengan sahabat baik aku, Ahmad Hasif telah berjaya
menghabiskan larian ini sejauh 3.7KM dan ini adalah penyertaan pertama aku
selepas berkhidmat dalam sektor awam. Larian ini sedikit sebanyak menunjukkan
sokongan aku kepada Hari Sukan Negara 2015.
Tak banyak nak cerita, apa-apa pun kita jumpa semula pada Hari Sukan
Negara 2016. Insyaallah...
Sekian, Wallahua’lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
0 comments:
Post a Comment