Monday, November 30, 2015

Tempat-Tempat Menarik Di Hong Kong...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Semalam aku terlepas untuk ‘booking’ tiket untuk melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam yang pendapat aku ada tarikannya yang tersendiri. Maybe itu bukan rezeki aku lagi untuk ke sana. Hari ini aku nak kongsikan sedikit mengenai sebuah negara yang aku kunjungi iaitu Hong Kong yang terkenal dengan tempatnya yang menarik dan menjadi salah satu destinasi pilihan untuk para pelancong.

Ketika di Hong Kong, aku bersama sahabat-sahabat aku iaitu Shukor & Nurhanudin sempat berinteraksi dan berkongsi dengan pelajar2 di The University of Hong Kong mengenai pelestarian kampus. Kami juga sempat melakukan kunjungan hormat ke Konsulat General Malaysia di Hong Kong untuk mengetahui serba sedikit mengenai usahama antara Kerajaan Malaysia dan Hong Kong.  Di sini, aku nak kongsikan serba sedikit tempat-tempat menarik di Hong Kong.



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI HONG KONG

1. The Peak

Pemandangan bangunan pencakar langit yang tiada tolak bandingnya, pelabuhan yang airnya berkilauan dan kehijauan bukit-bukau di New Territories juga dapat dilihat dari puncak the Peak ini. Tempat ni sesuai untuk bergambar berlatarkan Hong Kong.




2. Ocean Park Hong Kong

Kalau ikutkan plan asal adalah untuk ke Hong Kong Disneyland. Tetapi selepas tanya pendapat ramai orang di sana, ramai yang mencadangkan untuk ke Ocean Park Hong Kong jika bercadang untuk main permainan yang ekstrems. Sangat puas hati untuk taman tema ini sebab banyak permainan yang kebanyakannya berada di atas bukit termasuklan roller coasternya.




3. Ladies Market

Tempat ini sesuai untuk membeli barang-barang cenderahati sebab di sini harganya murah sekiranya pandai tawar-menawar. Di sini pun mudah untuk dapatkan makanan halal.

4. Temple Street Night Market

Di sini lebih berkonsepkan tokong dengan adanya penilik nasib dan sebagainya. Di sini pun sesuai untuk membeli barang-barang cenderahati.

5. Hong Kong Convention & Exhibition Centre (Golden Bauhinia Square)

Merupakan salah satu daripada bangunan yang menjadi latar bagi upacara yang penting dari segi sejarah di Hong Kong.



6. Menara Jam

Merupakan satu mercu tanda dari zaman Arang Batu dan mengingatkan tentang Hong Kong sebagai warisan jajahan kolonial.



7. Tsim Sha Tsui Promenade

Ianya sesuai untuk melihat permandangan di sekeliling di sepanjang tebing sungai & pasti terpukau dengan latar langit bandaraya yang paling hebat di dunia.

8. The Avenue of Stars

Di sini merupakan tempat untuk melihat ikon-ikon filem Hong Kong dengan pemandangan menara pelabuhan yang cukup menakjubkan.



9. Madame Tussauds Hong Kong

Di sini anda boleh melihat dengan lebih 100 patung lilin dan di sini boleh lihat patung lilin dari kalangan selebriti, pemimpin negara dan sebagainya.




10. A Symphony of Lights

Ianya merupakan satu pertunjukkan multimedia, cahaya dan bunyi yang menjadikan pelabuhan ini bercahaya setiap malam. Ianya juga dinamakan sebagai ‘World’s Largest Permanent Lights & Sounds Show’ oleh Guinness World Records.




Apa yang menariknya di sana adalah apabila sampainya di Hong Kong, seharian kami mencari restoran Halal di celahan bangunan sampai hampir berputus asa dan akhirnya bertemu juga dengan restoran halal di sana. Sempat juga kami menonton wayang di sana di malam terakhir berada di Hong Kong. Di sana juga sempat mencuba ‘Dim Sum’ halal di masjid. Insyaallah, kalau ada peluang aku nak ke Macau pulak... J




Antara tempat menarik lain yang anda boleh tengok :

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com



Friday, November 27, 2015

Penerima 'Pingat Jasa Pulai - Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan'...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Pertamanya sekali aku nak ucapkan sekalung ‘TAHNIAH’ buat kakak kesayangan aku a.k.a Along yang telah selamat melahirkan anak keduanya – ‘Baby Girl’. Waahhhh tak sabar nak balik ke Ipoh untuk tengok anak buah yang keempat aku ni. Aku doakan agar menjadi seorang anak yang solehah, taat kepada ibu ayah dan membawa kebaikan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Insyaallah...Amin... J

Hari ini aku nak #throwback dan kongsikan seperkara mengenai ‘Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, Johor 2014’, di mana aku diberikan satu penghargaan yang cukup manis dan yang tidak pernah dijangkakan sebelum ini iaitu aku tersenarai sebagai salah seorang penerima ‘Pingat Jasa Pulai bagi Kategori Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan’.

PINGAT JASA PULAI – ANUGERAH KHAS PEMIMPIN MASA HADAPAN

Alhamdulillah ! Ini antara salah satu penghargaan terbaik yang diberikan kepada saya oleh YB Datuk Nur Jazlan, Timbalan Menteri Dalam Negeri (merangkap Ahli Parlimen Pulai & Ketua UMNO Bahagian Pulai). Majlis Penyampaian Pingat Jasa Pulai itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi .


Walaupun aku sedikit kecewa apabila tidak tersenarai sebagai salah seorang penerima Anugerah-Anugerah Pendidikan Konvokesyen UTM, tapi Alhamdulillah ianya sedikit sebanyak mendorong aku supaya jangan berputus asa. Apa-apa pun, sepanjang 3 tahun berada di Universiti Teknologi Malaysia bagi pengajian aku peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, aku tetap mempunyai Sijil Dekan bagi 3 semester (out of 6 semesters).

Penghargaan yang diberikan menerusi ‘Pingat Jasa Pulai – Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan’ ini sedikit sebanyak menjadi pendorong buat sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan dan lawan-lawan seperjuangan aku pada masa itu. Orang yang paling rapat dan banyak menyokong aku, tak lain tak bukan ; Omar Zahid, Hanifah Mazlan, Shukor, Fitri Saidi, dan sebagainya lagi yang menjadi kekuatan aku sepanjang tempoh kepimpinan di luar jangka. Tanpa kalian, aku sendiri pun tak sekuat hari ini.

Sebagai tambahan, 'Pingat Jasa Pulai - Anugerah Khas Pemimpin Masa Hadapan' ini merupakan kategori yang julung kali diwujudkan bagi senarai penerima Pingat Jasa Pulai. Dan aku merupakan penerima pertama bagi kategori tersebut. Alhamdulillah !

Penghargaan yang diberikan oleh YB Datuk Nur Jazlan ini menampakkan yang beliau memberi sokongan penuh kepada golongan mahasiswa untuk terus berbakti kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Ruang dan peluang yang diberikan oleh beliau menerusi idea aktiviti kemasyarakatan dan pelestarian yang disampaikan oleh mahasiswa ini, digunakan sebaik mungkin untuk bersama mencurah bakti.

Apa-apa pun, dunia ‘Mahasiswa & Universiti’ cukup memberi aku kekuatan untuk terus membimbing aku membina kerjaya di masa akan datang. Dan Alhamdulillah, aku sekarang berpeluang untuk berkhidmat dalam sektor awam. Insyaallah, aku akan buat yang terbaek untuk meneruskan impian aku untuk menuju ke sebuah kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Insyaallah...Amin... ;)

Sekalung penghargaan buat YB Datuk Nur Jazlan, Uncle Rasman, Abang Nazlen, Abang Tengku dan semua yang banyak memberi nasihat dan pendapat sepanjang menjalankan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kawasan Parlimen Pulai. Semoga ukhuwah terus terjalin dan terus berbakti. Insyaallah... J

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


Friday, November 20, 2015

Mockingjay Part 2 (2015) : Pengakhiran Sebuah 'Hunger Games'...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, hari ini genap 2 bulan aku diberikan amanah untuk berkhidmat di sektor awam. Banyak perkara baru aku belajar di sini terutamanya melibatkan bidang-bidang berkaitan dengan hartanah ini. Insyaallah, dengan kepercayaan yang diberikan, aku akan buat yang terbaek untuk kerjaya aku ini terutamanya melibatkan amanah, tanggungjawab dan integriti.

Kalau sebelum ini aku pernah berpeluang bertugas di sektor swasta di Alor Setar sebagai Eksekutif Penilaian. Di situ pun banyak benda aku belajar sebelum aku betul-betul bersedia untuk berkhidmat di sektor awam pula. Apa yang penting, kalau kita jaga amanah kita sebaiknya, rezeki sentiasa datang di depan kita. Jangan mudah berputus asa!

Stop ! Aku tak nak cerita mengenai kerjaya hari ni tetapi aku nak berkongsi sedikit mengenai movie yang aku tunggu-tunggu sebelum ini iaitu ‘Mockingjay Part 2’ adaptasi dari novel yang aku minati nukilan Suzanne Collins. Ianya adalah kesinambungan dari movie ‘The Hunger Games’, ‘Catching Fire’ & ‘Mockingjay Part 1’.

MOCKINGJAY PART 2


Apa yang boleh aku katakan untuk movie sambungan dari series yang lepas, ‘Mockingjay Part 2’ ni antara siri yang agak ‘boring’ dan ‘slow-motion’. Penceritaan untuk movie kali ini agak mendatar sebenarnya walaupun konsep ‘Hunger Games’ yang agak mencemaskan itu tetap ada terutamanya apabila mereka terperangkap di dalam serangan balas Presiden Snow apabila mengetahui pergerakkan Katniss Everdeen dengan kumpulannya menuju ke Rumah Agam.


Aku sedikit tertarik dengan watak ‘Peeta Millack’ untuk kali ini di mana permainan emosinya ‘menjadi’ terutamanya apabila dia diletakkan bersama-sama dengan Katniss ketika menuju ke Rumah Agam.


Aku sedikit pelik dan kurang faham sebenarnya mengenai pengakhirannya cerita movie ini terutamanya selepas bom dilepaskan dari udara ketika pelarian-pelarian menuju masuk ke kawasan Rumah Agam sepertimana yang ditawarkan oleh Presiden Snow. Walaupun movie ini kelihatan ‘kejam’ dan ‘zalim’, ianya sedikit sebanyak memberi mesej tertentu terutamanya apabila rakyat bawahan ditindas dengan kekejaman dan pembunuhan.


Apa-apa pun, aku berikan 3 bintang dari 5bintang ja untuk movie kali ini. Apa-apa pun, kepada sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog, aku ucapkan ‘Selamat Menonton’ !

*Aku peminat movie-movie adventure macam Hunger Games, Maze Runner dan sebagainya lagi!

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


Wednesday, November 18, 2015

Tempat-Tempat Menarik Di Manila, Filipina...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Entry kali ini, aku nak kongsikan mengenai lawatan aku ke Manila, Filipina ketikamana aku berpeluang untuk berinteraksi dengan tenaga pengajar, kepimpinan pelajar dan pelajar-pelajar di University of Philippines, Manila dan Polytechnic University of Philippines. Aku juga dikira bertuah kerana berpeluang bertemu dengan Duta Malaysia di Manila, Yang Berbahagia Datuk Mohd Zamri Mohd Kassim. Banyak juga perkongsian dari Duta Malaysia mengenai kerjasama antara Malaysia dengan Filipina. Di sini aku nak kongsikan mengenai antara tempat-tempat yang sempat aku kunjungi ketika hampir seminggu berada di Manila, Filipina.

Aku bersama dengan Y.Berbahagia Datuk Mohd Zamri, Duta Malaysia di Manila...

Aku ketika berada di depan Kedutaan Besar Malaysia di Manila...

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MANILA, FILIPINA

1. MANILA BAY

Sebuah pelabuhan semulajadi yang berfungsi sebagai Pelabuhan Manila di Filipina. Lokasinya agak strategik iaitu terletak di sekitar ibu negara Filipina.



*Di sinilah anda akan dapat lihat banyak gelandangan berada dan berkumpul sepanjang laluan di Manila Bay.

2. RIZAL PARK



Tempat ini dianggap sebagai taman urban yang pertama di Asia. Monumen Dr Jose Rizal dibina di taman ini. Taman ini sebelumnya dikenali sebagai ‘Luneta Park’.

3. INTRAMUROS

Merupakan satu daerah tang tertua dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri di Manila. Ianya juga dikenali sebagai Bandar Berdinding dan ianya adalah bandar asal Manila ketika di era Empayar Sepanyol. Di sini juga terdapat pelbagai bangunan bersejarah seperti Fort Santiago, San Agustin Church, Casa Manila, Palacio Del Gobernador, Aduana Building, Victoria Street, A statue of Queen Isabel II dan sebagainya lagi.


*Nasihat aku, berhati-hati di sini sebab di sinilah aku dan kawan-kawan aku kena tipu duit.

4. MALL OF ASIA


‘Mall Of Asia’ pernah tersenarai seabagi antara 10 kompleks membeli-belah yang terbesar di dunia. Di sekitar Mall Of Asia ini, terdapat juga Asia Arena dan SM By The Bay Amusement Park.

*Di sini anda jangan risau kerana di sini banyak juga restoran Makanan Halal.

5. SAN AGUSTIN CHURCH


Sebuah gereja Roman Katolik yang terletak di dalam Bandar Berdinding Intramuros di Manila. Ianya juga tersenarai dalam Tapk Warisan Dunia oleh UNESCO.

6. CULTURAL CENTER OF THE PHILIPPINES




Ianya merupakan Pusat Kebudayaan Filipina di mana ianya mempertunjukkan mengenai kebudayaan dan keunikan masyarakat Filipina. Di sini juga ditayangkan cerita dan mempunyai muzium antik mengenai kehidupan masyarakat filipina mengikut agama yang mereka anuti.

7. GREENHILLS


Merupakan salah satu komplek membeli-belah yang termurah di Manila di mana ianya mempunyai ribuan jenis gerai dan kedai yang menjual pelbagai barangan. Di sini sesuai untuk kita membeli cenderahati dengan harga yang murah dan berpatutan. Digalakkan untuk kita tawar-menawar di sini.

8. STARCITY


Sebuah Taman Tema yang mempunyai pelbagai interaktif yang ekstrim dan biasa. Kepada peminat Taman Tema, StarCity antara tempat yang wajib untuk anda datang dan main sendiri semua permainan yang ditawarkan.

9. OCEAN PARK MANILA


Merupakan ‘Ocenarium’ di Manila yang mempersembahkan pelbagai hidupan laut. Di sini juga anda boleh mencuba pelbagai aktiviti dan bergambar. Kepada yang teringin nak jadi ‘Ikan Duyung’ anda boleh memakai kostum duyung ini di tempat tertutup yang disediakan.

10. GREENBELT PARK & MALL



Di sini mempunyai satu kompleks membeli-belah barangan branded dan mempunyai taman yang cukup santai. Dengan suasana taman urban yang dikelilingi dengan bangunan kompleks membeli-belah yang gah.

Roomate aku ketika hari terakhir di Lokal Hostel...


*Insyaallah, kalau ada peluang untuk ke Filipina semula, tempat yang aku ingin pergi adalah Boracay!


Antara tempat-tempat menarik lain yang anda boleh tengok adalah :
1. Seoul,South Korea;
2. Gold Coast, Australia
3. Hong Kong
4. Yogyakarta, Indonesia
5. Singapura
6. Osaka, Japan
7. Kyoto dan Kobe, Japan

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH



Tuesday, November 17, 2015

Majlis Makan Malam Bersama YB Datuk Dr. Loga Balan Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hujung minggu baru ni, aku ditugaskan untuk menyertai satu bengkel iaitu Bengkel Insurans Harta Benda dan Kenderaan yang dibuat di Hotel De’ La Fern, Cameron Highland. Alhamdulillah, aku makin selesa dan gembira dengan bidang kerja aku sekarang ini terutamanya apabila diberi peluang secara langsung dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hartanah ini.

Ketika di salah satu taman Lavender di Cameron Highland...

Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki ke Cameron Highland. Pertamanya ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di mana keluarga aku memutuskan untuk beraya di luar negeri Kedah dan Ipoh & Cameron Highland menjadi destinasi pilihan kami setelah masing-masing kami mempunyai karier sendiri.

Waktu nak check-out dari apartment...

Ketika di salah satu Ladang Strawberi...

Ok, stop ! Aku tak nak cerita mengenai Cameron Highland tetapi aku nak berkongsi sedikit mengenai satu Majlis Makan Malam yang aku sertai baru-baru ini.

Majlis Makan Malam Bersama YB Datuk Dr. Loga Balan Mohan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

Alhamdulillah, aku salah seorang Alumni MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen – Batch 4) berpeluang untuk menyertai majlis makan malam ini yang dibuat di Le’ Meridien Hotel, Kuala Lumpur bersama-sama dengan tetamu kehormat iaitu YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.


Ini kali kedua aku bertegur sapa dan sempat berinteraksi dengan YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ini dimana kali pertamanya ketika aku sedang menunggu bekas bos aku, YB Datuk Mary Yap Kain Ching (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) di lobi Parlimen, YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan bertegur sapa dengan aku.

Aku bersama dengan YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan...

YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ketika berkongsi cerita...

Aku cukup tertarik dengan perkongsian yang dibuat oleh YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ini terutamanya berkaitan dengan ‘penyampaian & penyebaran maklumat’ apabila ianya dikongsikan secara santai dan mudah difahami bagi aku sebagai orang muda. Keterbukaannya dan tidak terlalu berprotokol ini membuatkan setiap individu yang mendengar ini mampu memahami setiap apa yang beliau sampaikan.

Aku masih tersentap sebenarnya apabila YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ini memberikan mikrofon kepada aku untuk berkongsi sedikit maklumbalas mengenai perkara yang berkaitan dengan kejuruteraan. Hahaha...tergagap-gagap aku ketika tue...hahaha ~


Apa-apa pun, aku ucapkan ‘TAHNIAH’ buat urusetia & pelaksana majlis ini iaitu Kumpulan MANTAP V untuk perlaksanaan dan kelancaran majlis makan malam tersebut. Insyaallah, ada umur panjang, kita bertemu lagi.

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


Thursday, November 12, 2015

Pesona Terengganu, Sayangi Terengganu...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pagi ini aku nak kongsikan mengenai satu aktiviti yang sangat menarik perhatian aku terutamanya ianya berkait rapat dengan bidang yang aku minati dan pernah mengkaji beberapa perkara melibatkan ‘Pelancongan, Pelestarian & Pembangunan’ iaitu ‘Pesona Terengganu 2015’ yang telah diadakan baru-baru ini di Dataran Merdeka & Dataran DBKL.

PESONA TERENGGANU 2015


Penganjuran Pesona Terengganu 2015 merupakan salah satu transformasi Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang dalam usaha mempromosikan pembangunan sosio ekonomi negeri menerusi sektor pelancongan.

Aku bersama Menteri Besar Terengganu...

Festival yang bakal dijadikan aktiviti tahunan ini akan memperkenalkan Negeri Terengganu melalui ‘Consumer Show’ dan ‘Trade Show’ kepada masyarakat luar. ‘Consumer Show’ ini melibatkan pameran, promosi dan jualan produk dan perkhidmatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) oleh usahawan Terengganu. Manakala ‘Trade Show’ pula memfokuskan kepada aktiviti pameran, penyampaian maklumat, seminar dan perbincangan mengenai ke semua sektor pembangunan sosio ekonomi Terengganu.

Festival yang diadakan itu menerapkan lapan segmen produk dan perkhidmatan utama yang diketengahkan iaitu berkaitan dengan IKS & Keusahawanan, Pelancongan, Pendidikan & Sains, Ekonomi & Pelaburan, Kebudayaan & Kesenian, Sumber Manusia & Sukan, dan Pertanian.

SAYANGI TERENGGANU

Aku sangat tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu yang menerapkan unsur ‘Sayangi Terengganu & Kenali Terengganu’ yang diketengahkan menerusi aktiviti seperti ini. Begitu dekat buat kaki-kaki travel.





Di situ, aku dapat lihat secara lebih dekat mengenai produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Terengganu, aktiviti-aktiviti tradisional & kebudayaan Negeri Terengganu dan sebagainya lagi. Aku tertarik dengan aktiviti menenun songket yang aku dapat lihat secara lebih dekat berserta dengan penerangan satu persatu mengenai aktiviti tersebut.

Seingat aku la, pernah sekali saja berjaya menjejakkan kaki ke Negeri Terengganu iaitu ke Kemaman untuk satu sesi pertemuan dengan YB DS Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Aku dapat merasa kenikmati makan makanan di situ.

Aku juga tertarik dengan konsep ‘Terengganu Kitchen’ di mana aku berpeluang melihat dan merasa makanan-makanan yang dibuat khas untuk para pelancong dan pengunjung-pengunjung festival tersebut. Pelbagai produk makanan Terengganu dipertunjukkan di situ.



Menerusi festival tersebut juga, aku dapat melihat komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk Tahun Melawat Terengganu 2017 yang begitu konsisten mempromosikan produk-produk Terengganu. Sebagai tambahan, ianya baik untuk pertingkatkan sumber ekonomi penduduk setempat dan rakyat Terengganu menerusi aktiviti pelancongan yang berterusan dan menjadi penarik Pelabur Asing.

KEDAH DISCOVERY 2016

Apa-apa pun, sebagai Rakyat Negeri Kedah, aku ingin mengambil kesempatan untuk mempromosikan Negeri Kedah terutamanya bagi yang gemar melancong di dalam Negeri. Mai lah ke Kedah, macam-macam ada di sini. Kita ada Gunung Jerai, Sungai Sedim, Sungai Kilim dll untuk yang minat kepada alam semulajadi, kita ada Pekan Rabu, Aman Central, Pekan Cina dll untuk yang suka membeli-belah, kita ada Menara Alor Setar, Muzium Padi, Langkawi Cable Car dll kerana semua ini tiada di negeri lain.

Yang mana suka makan, banyak makanan yang sedap-sedap di Kedah. Di tambah pula dengan ketenangan melihat sawah padi yang luas terbentang membuatkan anda tak rugi untuk ke Negeri Jelapang Padi ini. Boleh tengok kat link ni, Tempat-tempat Menarik di Alor Setar....

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH