Tuesday, August 13, 2013

Beraya di Kelate Darul Naim...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin

Saya ucapkan kepada seluruh saudara-saudara saya, sahabat-sahabat saya, kawan-kawan saya, rakan-rakan saya, pembaca-pembaca blog saya dan seluruhnya yang mengenali diri ini. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan satu keriangan dalam menjadi hamba-Nya yang terus mengingati-Nya… Insyaallah… =)

PULANG BERAYA KE KELANTAN DARUL NAIM

ALHAMDULILLAH, raya kali ini cukup meriah dan bermakna buat diri saya kerana dapat beraya lagi di Kelantan Darul Naim walaupun pada mulanya ikut perancangan akan turut ke Terengganu tetapi terpaksa dibatalkan disebabkan masalah-masalah tertentu. Raya kali ini juga bercuti beraya bersama Keluarga Mertua Akak saya dari Ipoh, Perak.

Raya kali ini berpeluang untuk menziarahi dan bertemu dengan ramai saudara-mara di Kelantan seperti Mok Nah, Mok Mas, Mok Noh, Mok Ti, Poksu, Abe Stopa, Kak Fauziah, Mek Jah, dan ramai lagi. Dan turut berpeluang ke kenduri perkahwinan anak sepupu saya iaitu Izzati. Cukup meriah dengan sanak-saudara di Kelate.

Untuk raya kali ini, dapat juga menziarahi, beraya dan solat Zohor berimamkan Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Bekas Menteri Besar Kelantan dan juga antara Ulama yang terkenal dunia. Sudah 3 tahun berturut-turut nak beraya bersama beliau tetapi kali ini ruang terbuka luas. Alhamdulillah… =) Seterusnya saya juga sempat beraya di rumah kawan saya iaitu Saudari Nur Munirah di Pasir Mas, Kelate.

MAKAN-MAKAN DAN MEMBELI-BELAH DI KELANTAN

Antara makanan kegemaran saya di Kelantan adalah AKOK. Saya berpeluang merasai AKOK PANAS di Tanah merah yang cukup sedap dan paling TERBAEK… =) Kalau balik kelate, antara makanan pertama yang akan dicari adalah AKOK. Heheh =) Kami turut berpeluang untuk membeli-belah di beberapa tempat seperti Pasar Siti Khadijah, KB Mall dan Wakaf Cek Yeh. Mencari keropok kelate, colek a.k.a air lada, makanan-makanan kelate dan pelbagai lagi. Semuanya mama abah sponsored. Hahahah =)

Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil… =)


*Insyaallah, tahun depan jumpa lagi…hehehe Insyaallah… =) 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: