Monday, March 5, 2012

Perkongsian Baru...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Tetiba saja nak menaip untuk tulis secebis penulisan sebagai tanda luahan hati pagi-pagi sebegini. Ada yang menarik untuk dikongsikan dan ada juga yang belum sesuai untuk dikongsikan. Semuanya berkaitan dengan diriku ini.

Alhamdulillah, pertamanya sekali saya ingin ucapkan berbanyak ‘Terima Kasih’ kepada mereka-mereka yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menggalas beberapa tanggungjawab baru bagi memeriahkan lagi dunia persatuan dan kepimpinan di UTM JB ini iaitu sebagai Ketua Exco Perhubungan Awam bagi Persatuan Mahasiswa Pentadbiran dan Pembangunan Tanah (LADS).

Di tambah pula beberapa program yang akan menyusul sepanjang bulan Mac ini antaranya Unit Aktiviti bagi Program Soft Skill Development dan juga Unit Aktiviti bagi Program Motivational Camp. Dan ‘Terima Kasih’ juga saya ucapkan kepada JKM KTDI sebab memberi kepercayaan untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Sukan Tenis (Lelaki) KTDI bagi UTM GAMES 2012 yang akan diadakan bermula 10 hingga 24 Mac 2012.

Insyaallah, tanggungjawab itu akan saya cuba buat yang terbaik dan sekadar yang termampu. Insyaallah… ‘Terima Kasih’ juga saya ucapkan kepada semua pemain-pemain tenis yang dipilih (mahasiswa dan mahasiswi) yang sentiasa memberi kerjasama dengan saya dan cukup memuaskan hati saya. Best bersama korang semua, walaupun rata-ratanya saya baru kenal dengan anda semua !

*Jap, saya nak kenalkan secara tak rasmi kat blog saya ni pemain-pemain tenis KTDI lelaki adalah Farhan, Izzat, Shahrul, Khairul, Nashriq, Akmal, Sabri dan pemain-pemain tenis KTDI perempuan adalah Mala, Salihaa, Isnaini, Anis, Hafizah, Nurul, Neyda.

Seterusnya beralih pula kepada bidang akademik yang sedang dipelajari oleh saya. Alhamdulillah, setelah 2 minggu saya masuk dalam bilik kuliah mendengar dan mendalami setiap ilmu yang diperkongsikan itu ada sedikit sebanyak memberi pengetahuan baru kepada saya walaupun ada juga yang saya lebih selesa mempelajarinya sendiri. Tapi ianya cukup menyenangkan saya dan akan saya cuba membuat yang terbaik. Insyaallah… Semangat yang ada ini akan saya teruskan bagi memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyaallah…

Memang benar, kali ini persaingan cukup hebat kerana masing-masing menampakkan peningkatan yang cukup positif dari semua orang, dan Insyaallah, saya pun akan cuba membuat yang terbaik. Insyaallah… Usaha yang berterusan akan terus menampakkan hasilnya. Insyaallah… Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk diri kita dan orang di sekeliling kita. Insyaallah… =)

Pesta Buku UTM 1 Malaysia baru sahaja berlalu di UTM JB ini dan seterusnya akan menyusul pula PC Fair UTM, UTM GAMES 2012 dan UTMost Imagination : Karnival Kreativiti dan Inovasi. Insyaallah, sekali-sekala dalam merehatkan minda yang sentiasa berserabut ini, sekurang-kurang memberi satu kekuatan baru untuk terus menempuh cabaran dan dugaan yang ada di depan mata.



Apa-apa pun, saya mengharapkan dengan apa jua keputusan yang saya buat dalam pelbagai bidang yang akan saya putuskan akan mendapat sokongan dan kritikan membina dari sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang berada di sekeliling saya. Dan Insyaallah, ukhuwah antara kita semua akan terus berkekalan dan sentiasa mengamalkan perkongsian ilmu yang cukup memberi input-input yang baik. Insyaallah… =)

Sekadar tambahan, selaku Ketua Exco Perhubungan Awam Persatuan Mahasiswa Pentadbiran dan Pembangunan Tanah UTM JB, jika ada sesiapa yang ingin menjemput persatuan saya ke program anda atau badan-badan NGO atau mahasiswa-mahasiswa IPT lain yang ingin membuat diskusi bersama kami atau menjemput ke event-event anda seperti sukan ke, diskusi ke, lawatan ke, apa ke… , mantan-mantan dan Alumni LADS yang telah bekerja di Syarikat Swasta dan Penjawat Awam, bolehlah emelkan dan maklumkan kepada saya, wan_hazem90@yahoo.com . Insyaallah… =)

Sekian, Wallahua’lam… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: