Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada barisan Majlis Tertinggi Program kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai AJK Aktiviti dan Modul bagi program tersebut. Banyak juga perkongsian dan ilmu baru yang saya dapat sepanjang bekerjasama dengan semua yang terlibat.
Selain itu, saya ingin mengucapkan juga jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada para mahasiswa LADS yang hadir dari pelbagai tahun termasuk Tahun 1, 2, 3 dan 4. Melihatkan kerjasama yang diberikan membuatkan barisan pelaksana program terus bersemangat dalam merealisasikan program yang cukup bermakna itu.
Antara aktiviti yang dianjurkan adalah Ice-Breaking & Pembahagian Kumpulan, Explorasi Minda, Latihan Dalam Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan), Sharing Is Caring dan Majlis Penutup. Walaupun pada mulanya cuaca agak elok tetapi di sebelah petangnya, kilat sudah sabung-menyabung. Tetapi semuanya berjalan lancar. ALHAMDULILLAH.
Sepanjang melaksanakan program ini, banyak kenalan baru yang saya dapat terutamanya dari mahasiswa Tahun 3. Dan yang paling best adalah semasa bergandingan dengan Sheila Zeamar semasa menjaga Checkpoint 3 bagi Explorace yang cukup spoting dan happy go lucky. Dan best juga bekerjasama dengan Kila, Qam, Farah, Umpi dan semuanya yang lain.
Program ini merupakan program kedua saya sebagai pelaksana pada semester pertama saya menjawat jawatan sebagai Ketua Exco Perhubungan Awam bagi Persatuan Mahasiswa Pentadbiran dan Pembangunan Tanah (LADS) yang pada mulanya ingin saya lepaskan disebabkan saya belum bersedia untuk menerima apa jua jawatan di UTM JB ini dan atas alasan masalah-masalah tertentu.
Tetapi saya meneruskannya disebabkan pelantikan saya ini adalah berdasarkan undian dan sokongan semasa sesi pemilihan dilaksanakan. Apa-apa pun, saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi persatuan saya ini. Insyaallah…
Dalam kesibukan mendepani pelbagai tugasan akademik dan komitmen lain, saya akan tetap cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa dalam menyeimbangkan antara akademik dan bukan akademik. Dan hari ini iaitu 27 Mac 2012, saya telah membuat keputusan menolak satu tawaran kerja dari Encik Sulaiman dari syarikat swasta yang beribu pejabat di Kuala Lumpur disebabkan saya ingin menggenggam segulung ijazah dalam kehidupan saya.
Semoga keputusan yang saya buat ini, dapat membuatkan diri saya untuk terus bersemangat memperolehi kejayaan yang mendatang. Insyaallah.. Jom sama-sama tengok beberapa keping gambar yang diambil…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
1 comments:
owh baru tahu kat mutiara rini ada hutan bandar camnih =__=
Post a Comment