Saturday, March 31, 2012

Mayat Bayi Tanpa Kepala Ditemui Dalam Takungan Najis...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ASTAGHFIRULLAHALAZIM… Itulah ungkapan terukir di bibir tatkala terbaca berita mengenai ‘Mayat Bayi Lelaki Tanpa Kepala Ditemui Dalam Takungan Najis’. Satu persatu Negara kita Malaysia digembarkan dengan pelbagai kisah tanpa sifat kemanusiaan yang dilakukan oleh sebilangan kecil rakyat Malaysia yang masih kurang sifat kemanusiaan. Jom ikuti beritanya… 

KUALA LUMPUR - Mayat bayi lelaki tanpa kepala ditemui di tempat takungan najis di Jalan Thong Shin di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata mayat bayi yang ditemui pada pukul 11 pagi oleh pekerja pembersihan itu dipercayai dibuang kira-kira dua hari lepas. 

"Sungguhpun dijumpai tanpa kepala, anggota lain pada mayat bayi lelaki itu sempurna dan kita akan mencari siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. 

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Bernama 

Sumber : Sinar Harian 

*Mendoakan agar diri saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya jauh dari sifat sedemikian… AMIN… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, March 28, 2012

Remaja Upah Seks Untuk 'Tutup Mulut'...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Seks dan Remaja sering dikaitkan bersama dalam isu-isu yang melibatkan Belia Remaja di Malaysia. Kesedaran tentang maruah diri masing lagi kurang dalam kalangan segelintir belia remaja Malaysia hari ini. Terlalu mudah termakan dengan pujuk rayu ular sawa lidah bercabang. Sedih-sedih saya melihat generasi bawah saya yang semakin kembali ke zaman jahiliah dahulu kala. Jom ikuti berita terkini mengenai belia remaja lagi… 

TEMERLOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang bimbang rakaman aksi hubungan seks bersama kekasihnya disebar dalam internet terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya yang merakam aksi itu sebagai upah ‘tutup mulut’. 

Dalam kejadian 28 Februari 2012, mangsa keluar bersiar-siar bersama kekasihnya berusia 18 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai, Triang, Bera.

Mangsa kemudian diajak teman lelakinya melakukan hubungan seks dan dalam terpaksa mangsa menurutinya. 

Tanpa mangsa sedari aksi hubungan seks itu dirakam seorang rakan mangsa berusia 19 tahun yang kemudiannya mengugut untuk menyebarkan rakaman tersebut. 

Mangsa yang ketakutan akhirnya terpaksa pula melayan nafsu rakan kekasihnya sebagai upah tutup mulut. 

Namun akibat ketakutan, mangsa akhirnya membuat laporan polis berhubung kejadian. 

Susulan kejadian, dua remaja lelaki yang masih menganggur berdepan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan sebat selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur. 

Tertuduh Mohd Kamarul Zaman Muhamed 19 dan rakannya yang berusia 18 tahun, kedua-duanya dari Felda Kumai, Triang bakal berdepan hukuman tersebut selepas didakwa di mahkamah pagi semalam. 

Kedua-dua remaja terbabit dituduh merogol seorang remaja perempuan berumur 15 tahun di kawasan air terjun Bukit Bertangga, Felda Kumai kira-kira jam empat petang 28 Februari lalu. 

Kedua-dua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (1) mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. 

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali kemudian memutuskan kes disebut semula pada 25 April 2012 untuk mendengar keputusan dan kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin serta dihantar ke penjara Penor untuk ditahan. 

 Sumber : Sinar Harian 

*Berfikir dahulu sebelum membuat keputusan ! 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, March 27, 2012

Motivational Camp LADS 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pertama kalinya saya ingin ucapkan ‘ALHAMDULILLAH’ apabila berakhirnya satu lagi program iaitu ‘Motivational Camp LADS’ pada 25 Mac 2012 yang bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini, Johor anjuran Persatuan Mahasiswa Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.


Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada barisan Majlis Tertinggi Program kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai AJK Aktiviti dan Modul bagi program tersebut. Banyak juga perkongsian dan ilmu baru yang saya dapat sepanjang bekerjasama dengan semua yang terlibat. 

Selain itu, saya ingin mengucapkan juga jutaan ‘TERIMA KASIH’ kepada para mahasiswa LADS yang hadir dari pelbagai tahun termasuk Tahun 1, 2, 3 dan 4. Melihatkan kerjasama yang diberikan membuatkan barisan pelaksana program terus bersemangat dalam merealisasikan program yang cukup bermakna itu. 

Antara aktiviti yang dianjurkan adalah Ice-Breaking & Pembahagian Kumpulan, Explorasi Minda, Latihan Dalam Kumpulan (Perancangan dan Pembangunan), Sharing Is Caring dan Majlis Penutup. Walaupun pada mulanya cuaca agak elok tetapi di sebelah petangnya, kilat sudah sabung-menyabung. Tetapi semuanya berjalan lancar. ALHAMDULILLAH

Sepanjang melaksanakan program ini, banyak kenalan baru yang saya dapat terutamanya dari mahasiswa Tahun 3. Dan yang paling best adalah semasa bergandingan dengan Sheila Zeamar semasa menjaga Checkpoint 3 bagi Explorace yang cukup spoting dan happy go lucky. Dan best juga bekerjasama dengan Kila, Qam, Farah, Umpi dan semuanya yang lain. 

Program ini merupakan program kedua saya sebagai pelaksana pada semester pertama saya menjawat jawatan sebagai Ketua Exco Perhubungan Awam bagi Persatuan Mahasiswa Pentadbiran dan Pembangunan Tanah (LADS) yang pada mulanya ingin saya lepaskan disebabkan saya belum bersedia untuk menerima apa jua jawatan di UTM JB ini dan atas alasan masalah-masalah tertentu. 

Tetapi saya meneruskannya disebabkan pelantikan saya ini adalah berdasarkan undian dan sokongan semasa sesi pemilihan dilaksanakan. Apa-apa pun, saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi persatuan saya ini. Insyaallah… 

Dalam kesibukan mendepani pelbagai tugasan akademik dan komitmen lain, saya akan tetap cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa dalam menyeimbangkan antara akademik dan bukan akademik. Dan hari ini iaitu 27 Mac 2012, saya telah membuat keputusan menolak satu tawaran kerja dari Encik Sulaiman dari syarikat swasta yang beribu pejabat di Kuala Lumpur disebabkan saya ingin menggenggam segulung ijazah dalam kehidupan saya. 

Semoga keputusan yang saya buat ini, dapat membuatkan diri saya untuk terus bersemangat memperolehi kejayaan yang mendatang. Insyaallah.. Jom sama-sama tengok beberapa keping gambar yang diambil…

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

Bekas Pelajar Universiti Tempatan Mengaku Meliwat...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘Remaja Lelaki Mengaku Liwat’ itulah berita yang say abaca pada pagi ini mengenai permasalahan atau salah satu lagi isu yang sedang hangat di Negara kita. Sebelum ini saya sering mengupas mengenai isu-isu yang melibatkan wanita, tetapi pada pagi ini saya ingin kongsikan mengenai satu lagi jenayah yang hangat yang melibatkan lelaki pula. Jom ikuti bersama…

GEORGETOWN - Bekas pelajar sebuah universiti tempatan dipenjara 21 tahun dan 11 kali sebatan selepas didapati bersalah melakukan persetubuhan luar tabii dengan dua mangsa berusia 14 dan sembilan tahun, antara Oktober 2010 hingga Mac 2011.

Muhammad Mustakim Mohamad, 23, dari Taman Bukit Gambir, yang sebelum ini mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Mustakim didakwa melakukan perbuatan di luar tabii dengan memaksa mangsa berusia 14 tahun memasukkan zakar ke dalam mulutnya, kira-kira jam 5.30 petang, 30 Mac tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam duburnya kira-kira jam 9.15 pagi, 19 Mac tahun lalu.

Pertuduhan ketiga, Muhammad Mustakim didakwa memaksa mangsa yang sama memasukkan zakar ke dalam mulutnya kira-kira jam 7.05 petang, 13 Mac tahun lalu.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Gambir, Gelugor di sini dan didakwa di
bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa merangsang seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun untuk melakukan sesuatu perbuatan melampau di tandas tingkat bawah perumahan yang sama pada 15 Oktober 2010.

Berdasarkan pertuduhan kelima,dia didakwa melakukan kesalahan yang sama pada keesokan hari, kira-kira jam 3 petang terhadap mangsa yang sama.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 337E yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sitarun Nisa ketika membacakan keputusannya memutuskan tertuduh dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan untuk pertuduhan pertama hingga ketiga manakala tiga tahun penjara dan satu sebatan untuk setiap kesalahan bagi pertuduhan keempat dan kelima.

Mahkamah mengarahkan semua hukuman penjara dijalankan serentak bermulahari ini.
Tertuduh diwakili peguam bela Rosli Ismail dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail.

Sumber : Sinar Harian

*Jauhilah perbuatan zina… Terutamanya hubungan sejenis… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, March 26, 2012

Remaja Perempuan Dilanggar, Diculik dan Dirogol

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Lagi remaja perempuan, diculik dan dirogol. Sungguh menakutkan bagi kalangan remaja perempuan hari ini disebabkan satu persatu jenayah berlaku membabitkan mangsanya rata-ratanya adalah kalangan perempuan. Jom ikuti beritanya…

SABAK BERNAM – Seorang gadis bukan sahaja dilarikan secara paksa malah dirogol oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Panjang, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian itu, mangsa berumur 17 tahun itu bersama adiknya menaiki motosikal diekori suspek dari sebuah stesen minyak di Pekan Sungai Besar.

“Setibanya di Sungai Panjang, suspek melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan adiknya menyebabkan motosikal itu jatuh.

“Suspek kemudiannya membawa lari mangsa secara paksa dan membawanya ke sebuah kebun di Parit 15, serta merogol mangsa,” katanya adik mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kepada bapanya serta penduduk kampung serta laporan polis dibuat.

Menurutnya, suspek sempat menghubungi rakan-rakannya dan mengugut untuk merogol mangsa beramai-ramai jika mangsa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa.

“Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kebun berkenaan dan diturunkan di tepi jalan selepas berjanji menyembunyikan kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, penduduk yang sudah dimaklumkan tentang kehilangan mangsa terlihat suspek menurunkan mangsa dan bertindak mengejar suspek.

“Menyedari dirinya diburu, suspek memecutkan kereta yang dipandunya sehingga terbabas masuk ke dalam kebun.

“Suspek yang panik meninggalkan kenderaan itu dan menyembunyikan diri di rumah majikannya di Parit 13,” katanya.

Noor Mushar berkata, polis berjaya menjejaki mangsa berdasarkan kenderaan yang ditinggalkan mangsa, kereta Proton Saga berwarna putih itu adalah milik majikan mangsa.

“Suspek yang berusia 19 tahun akhirnya menyerah diri kira-kira jam 10.30 pagi semalam apabila majikan membawanya ke IPD bagi membantu siasatan,” katanya mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang

Menurutnya, pihaknya menghargai kerjasama yang diberikan masyarakat setempat sehingga suspek dapat dikesan.

“Kita juga memuji tindakan adik mangsa yang dapat mengingati dengan pantas nombor kenderaan, jenis dan warna kenderaan yang banyak membantu kepada menyiasat kes ini.

“Kita juga menasihatkan ibu bapa atau penjaga memantau dan memastikan anak sentiasa dalam kawalan terutamanya perempuan,” katanya

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (jenayah rogol) dan Seksyen 363 (menculik daripada jagaan sah).

Sumber : Sinar Harian

*Sentiasalah berhati-hati ke mana sahaja anda pergi. Baik mencegah dari merawat…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Saturday, March 24, 2012

Malam Akustika, Malam Bersama Mahasiswa UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… Maka berakhirlah program saya iaitu MALAM AKUSTIKA yang diadakan pada malam tadi bertempat di Tasik Ilmu UTM. TAHNIAH juga saya ucapkan kepada semua AJK saya yang rata-ratanya memberikan komitmen yang tinggi dan sentiasa bersama-sama dengan saya dalam merealisasikan program seperti ini.



Sebelum itu, saya nak ucapkan TERIMA KASIH kepada Abg Khairul Nizam dan Abg Azri Marzen kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya sebagai Pengarah Program dan seterusnya mengetuai MALAM AKUSTIKA mengikut kreativiti saya sendiri tanpa melibatkan campurtangan pihak lain. TERIMA KASIH saya ucapkan.

Seterusnya, JUTAAN TERIMA KASIH kepada semua AJK saya yang hampir 20 orang yang bertungkus-lumus dalam merealisasikan MALAM AKUSTIKA ini dengan penuh jayanya. Saya bangga dengan anda semua sebab saya tahu rata-rata AJK saya adalah terdiri dari mereka yang masih baru dalam aktiviti seperti ini. Korang semua memang TERBAIK.



TERIMA KASIH juga saya ucapkan kepada Barisan Mahasiswa yang membuat persembahan yang sangat baik dan menghiburkan. Persembahan yang penuh variasi yang ditampilkan pada malam tersebut cukup mengujakan sehinggakan Yg.Berbahagia Prof.Datuk Dr. Mohd Tajudin Ninggal, Timbalan Naib Canselor (HEMA) pun turut ingin beraksi pada malam tersebut dengan sebuah persembahan Puisi yang cukup puitis. Memang terbaik… =)

Apa yang menariknya untuk dikongsikan adalah mengenai persediaan untuk MALAM AKUSTIKA ini hanya dibuat dalam masa kurang dari 6 hari. Ianya cukup sukar untuk direalisasikan pada mulanya tetapi melihat kepada komitmen masing-masing dalam melaksanakan MALAM AKUSTIKA ini membuatkan saya sendiri bersemangat sehinggakan 2-3 hari tak tidur dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. ALHAMDULILLAH, kesihatan saya juga agak baik…

Mengenai sasaran peserta pula, pada mulanya saya hanya menganggarkan hanya 200-300 perserta sahaja yang akan menghadiri MALAM AKUSTIKA tersebut. Tetapi pada MALAM AKUSTIKA sedang berlangsung, peserta yang hadir diluar jangkaan sehinggakan penuh kerusi yang disediakan iaitu sebanyak 500 buah kerusi serta masih ramai yang berdiri di belakang dan ianya cukup melegakan hati saya. TERIMA KASIH kepada semua mahasiswa UTM yang hadir memberi sokongan kepada MALAM AKUSTIKA ini.

Apa-apa pun, saya cukup berpuas hati dengan merealisasikan MALAM AKUSTIKA ini walaupun banyak kekurangan yang berlaku dari segi teknikal dan protokol. Tapi dengan respon yang cukup positif dari mereka-mereka yang hadir membuatkan kekurangan itu tidak memberi kesan kepada mereka yang hadir. Dan saya juga mohon maaf atas segala kekurangan yang berlaku pada MALAM AKUSTIKA tersebut.

Insyaallah, jika diberi peluang lagi, kita semua akan dapat berjumpa lagi pada masa akan datang. Cuma saya masih mengimpikan program Berbentuk Forum Anak Muda dan IKON Mahasiswa serta Program Bedah Buku dapat dijalankan oleh mana-mana pihak di UTM ini. Insyaallah… =)

TERIMA KASIH juga saya ucapkan kepada wakil-wakil media dari TV Al-Hijrah dan Astro Awani yang turut membuat liputan pada MALAM AKUSTIKA tersebut... =)

TERIMA KASIH sekali lagi kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Program MALAM AKUSTIKA ini. Ada jodoh kita berjumpa lagi di masa hadapan. Insyaallah… Doakan saya untuk Berjaya di dunia dan di akhirat. Insyaallah… =)









Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Pengarah Malam Akustika
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, March 21, 2012

Ulang Tahun Kedua Blog "Dari Duniaku Wan Muhammad Hazem"...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“20 Mac 2012” maka genaplah DUA TAHUN penghasilan blog “DARI DUNIAKU WAN MUHAMMAD HAZEM” yang sebelum ini lebih dikenali dengan nama “LIKU-LIKU KEHIDUPAN” yang diterajui oleh saya sendiri.

Selama dua tahun berkecimpung dalam ber‘bloging’ ini, dengan pertambahan mendadak dari 132 orang pengikut blog (di tahun pertama), kini bertambah kepada 400 orang pengikut blog tersebut dan mengikut statistik dari pihak blogspot sendiri, hampir 80,000 (pembaca blog) yang pernah singgah atau membuka blog ini berbanding 17,000 sahaja di tahun pertama dan kedua. TERIMA KASIH saya ucapkan.



Penggunaan nama blog “DARI DUNIAKU WAN MUHAMMAD HAZEM” ini digunakan setelah saya sendiri mengambil inisiatif untuk menukarkan nama blog asal saya kepada nama blog yang terkini dengan ubahsuai layout dan pelbagai lagi demi kepuasan para pembaca blog saya.

Insyaallah, saya akan berusaha dengan lebih keras dalam menyampaikan kritikan, pendapat serta berita yang melibatkan kemanusiaan, masalah sosial, masalah belia remaja, jenayah kanak-kanak, politik, hiburan dan sebagainya lagi atas dasar saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang Mahasiswa.

“DARI DUNIAKU WAN MUHAMMAD HAZEM” juga menjadi tempat luahan apa yang dirasa, perkongsian ilmu, pemerhatian semasa dan sebagainya berkaitan dengan sekeliling saya. Saya juga menjadikan blog ini sebagai medan perjuangan dan medan dakwah saya berkonsepkan penulisan atau cebisan pendapat dan kajian yang dilakukan.

Saya amatlah berharap agar pembaca-pembaca blog saya ini sentiasa berkongsi pendapat dan berkongsi pengalaman bersama saya sebagai penyatuan untuk bersama-sama mencari penyelesaian dan membimbing rakan-rakan sekeliling bagi mengembalikan semula mertabat pemikiran Belia Remaja bagi merubah menjadi yang lebih baik.

Sasaran dan impian saya pada tahun yang ketiga ini adalah dapat kongsikan temubual saya dengan ahli-ahli politik dan ahli-ahli akademik serta IKON Belia Remaja sekiranya saya berkesempatan. Dan amatlah berharap agar impian ini dapat dicapai. INSYAALLAH… =)

Akhir kata, saya amatlah berharap kepada sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog menyokong terus akan blog “DARI DUNIAKU WAN MUHAMMAD HAZEM” dan sekiranya ada permasalahan dari segi artikel yang dipostkan, anda semua bolehlah terus menghubungi saya. Insyaallah. Diharapkan agar blog “DARI DUNIAKU WAN MUHAMMAD HAZEM” ini terus dikunjungi dan dilayari anda semua. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, March 18, 2012

Lari Dari Asrama, Gadis Dirogol Kekasih...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Satu lagi kejadian yang membuatkan saya tertanya-tanya adakah ianya dirogol? Atau suka sama suka? Kedua-dua persoalan ini timbul tatkala membaca berita di bawah ini.

Firman Allah di dalam surah yang sama, Surah al-Israa’ di ayat yang ke 32:
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]

Saya sendiri pun terkedu sebenarnya membaca berita ini. Apa-apa pun, jom baca bersama…

BESUT – Gara-gara melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan menyebabkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dirogol teman lelakinya sendiri.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pelajar perempuan yang berasal dari Kemahang, Tanah Merah Kelantan itu telah melarikan diri dari asrama tersebut bersama kekasihnya.

Menurutnya, mangsa menaiki sebuah kereta Perodua Viva yang disewa lelaki itu kemudian dibawa ke rumah kekasihnya di Kampung Gong Pasir, Kerandang dekat Jabi.

“Suspek membawa mangsa ke rumahnya pada 4 Mac lalu pada jam 7 petang dan pada petang esoknya suspek dikatakan telah memujuk mangsa kemudian merogolnya di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya.

Kamaruddin berkata, keluarga mangsa yang melihat perubahan pada mangsa telah bertanya kepadanya, menyebabkan mangsa menceritakan apa yang berlaku.

Mangsa kemudiannya ditemaninya keluarganya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja kelmarin.

Sumber : Sinar Harian

*Segelintir wanita di bawah umur terlalu mudah diperdayakan lelaki. Pesan saya, sebelum membuat apa-apa tindakan, ingat Allah, ingat Rasulullah, ingat Ibu dan Ayah…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Pelajar Tawar Seks Cari Modal Gugur Janin...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Suasana UTM GAMES 2012 cukup meriah dengan pelbagai acara sukan yang dipertandingkan pada hujung minggu ini. Ada yang menang dan ada juga yang kalah. Tapi semuanya sudah melakukan yang terbaik dan itulah ‘Tuah’ dan ‘Rezeki’ kepada mereka yang memenanginya pada kali ini. TAHNIAH

Selesai saja dari menjadi penyokong Pasukan Sepak Takraw KTDI di Kompleks Sukan UTM, saya terbaca satu berita yang cukup perlu kita semua beri perhatian kerana ianya melibatkan belia remaja Malaysia iaitu ‘Pelajar Tingkatan Lima Tawar Seks Cari Modal Gugur Janin’.

Pada pandangan saya, isu seperti ini cukup serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib. Isu sosial seperti ini semakin menjadi-jadi seolah-olah menggambarkan segelintir anak muda, belia remaja hari ini tidak terlalu mementingkan maruah diri, batas pergaulan dan ilmu agama. Jom kita pakat-pakat baca beritanya…

KULIM - “Untuk mendapatkan pil menggugurkan kehamilan, saya terpaksa melakukan hubungan seks dengan beberapa kenalan lain bagi mendapatkan modal,“ itu kata seorang pelajar tingkatan lima di sini yang terpaksa menawarkan khidmat seks.

Pelajar tingkatan lima yang hanya mahu dikenali dengan nama Shasha berkata, dia terpaksa bertindak sedemikian selepas teman lelakinya ketika itu bersikap lepas tangan sehingga dia terpaksa menempuh pelbagai masalah seorang diri.

Menurutnya, selain disahkan hamil dia juga hampir dibuang sekolah gara-gara sikap teman lelakinya ketika itu.

“Pil itu (gugurkan kandungan) terbahagi kepada dua jenis. Empat biji dimakan serta-merta manakala empat biji lagi dimakan selepas 12 jam. Harga pil ini sekitar RM350 hingga RM400.

“Untuk mendapatkan wang saya akan berjumpa seorang rakan lain dan meminta dia memperkenalkan diri saya kepada beberapa pelanggan atau kenalannya," katanya.

Shasha berkata, dia akan mengenakan bayaran sekitar RM100 setiap kali bersama mereka. Dengan duit itulah dia akan membeli pil.

Menurutnya, pil itu hanya berkesan bagi kandungan bawah tiga bulan. Setelah memakan pil, dia akan berasa sakit perut dan memulas untuk beberapa jam dan akan datang haid semula seperti biasa selepas itu.

Segala kesengsaraan itu terpaksa dialaminya sendiri dan bermula dari detik itu, dia menjadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki dan mengubah selera kepada kaum sejenis.

Shasha berkata, dia menjalinkan hubungan cinta sejenis sejak setahun lalu. Namun sehingga kini keluarganya tidak mengetahui perkara itu.

Menurutnya dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz akan tidur di rumahnya setiap hujung minggu.

“Cara ini lebih senang, ibu bapa tidak tahu kami sedang bercinta. Mereka akan menyatakan kami perempuan dan adalah lebih baik saya melepak dalam bilik dengan seorang kenalan perempuan dari keluar bersama teman lelaki. Saya jadi fobia untuk berkawan dengan lelaki kerana banyak keburukannya.

“Bagi saya bercinta sesama jenis lebih baik kerana ibu bapa tidak akan dapat mengesan perlakuan atau hubungan seks yang kami lakukan selain itu, ia tidak akan mengakibatkan saya hamil seperti dulu,” katanya.

Sumber : SInar Harian

*Saya menyeru kepada seluruh belia remaja, anak muda Malaysia untuk kembali kepada nilai-nilai agama dan menjauhi pergaulan bebas sehingga menyebabkan peningkatan anak luar nikah dan isu-isu yang kritikal seperti seks bebas dan seks terbuka.

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, March 16, 2012

UTM GAMES 2012 : Pasukan Tenis Kolej Tun Dr Ismail UTM JB...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Esok merupakan saat getir bagi aku sebagai Pengurus Sukan Tenis Lelaki bagi Kolej Tun Dr Ismail UTM untuk mempersembahkan barisan Atlit Lelaki dan Atlit Perempuan bagi Sukan Tenis yang mewakili Kolej Tun Dr Ismail untuk UTM GAMES 2012.

“Kita Bergabung, Berjuang Mencapai Kegemilangan”

Itulah tema yang diangkat untuk manyatakan perjuangan sukan yang ditonjolkan bagi mewakili Kolej Tun Dr Ismail. Beberapa sukan lain seperti Bola Jaring, Bola Sepak dan sebagainya sudah menampakkan hasilnya satu persatu. Alhamdulillah….

Bagi Sukan Tenis pula, saya amat berpuas hati dengan latihan yang ditunjukkan oleh Atlit-atlit Tenis saya yang konsisten. Sebagai Pengurus Sukan Tenis Lelaki KTDI, saya akan sentiasa menyokong atlit-atlit saya dan akan terus memberi saingan kepada Team Tenis dari kolej lain… Hehehe… Insyaallah…

“Kalah Menang, Adat Pertandingan”

Jika ditakdirkan ada mana-mana Atlit dari Team Tenis KTDI ini Berjaya merebut mana-mana pingat yang dipertandingkan. ALHAMDULILLAH dan itu adalah satu rezeki untuk atlit-atlit saya dan warga KTDI. Tetapi sekiranya perkara sebaliknya berlaku, saya redha dan bersiap sedia menerimanya. Apa-apa pun, saya akan tetap di belakang Atlit-Atlit Tenis saya. Insyaallah…

Saya yakin dan percaya dengan bakat-bakat Atlit-Atlit Tenis saya. Insyaallah…

Mengambil kesempatan di sini juga, saya ingin menjemput ramai-ramai warga UTM untuk bersama-sama turun melihat aksi-aksi perlawanan Sukan Tenis bersama saya pada esok hari dan lusa (17 & 18 Mac 2012) bertempat di Gelanggang Tenis Kolej Tuanku Canselor (KTC).

Dan di sini juga, saya ingin memperkenalkan barisan Atlit Tenis yang mewakili Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) UTM. Jom sama-sama memberi sokongan dan mendoakan kemenangan untuk barisan Atlit Tenis KTDI saya ini.

PEMAIN SINGLE LELAKI

Muhammad Farhan Bin Kamarunsaman


Ahmad Sabri Bin Abdul Razak


Muhamad Shahrul Bin Azaman


PEMAIN DOUBLE LELAKI


Mohd Khairul Anuar Bin Zulkefli


Mohamad Akmal Bin Ghazali


Izzat Amir Bin Mohamad Puzi


Ahmad Nashriq Ferdaus Bin Ahmad Nasaruddin


PEMAIN TENIS PEREMPUAN




Noor Nabilah (Pengurus Wanita)
Noorhanida Saman
Siti Normala Salleh
Isnaini Farrahin Bt Samsurijan
Anisereena Ramlee
Nur Salihaa Bt Abd Majid
Nor Hafizah Bt Yusof
Nurul Naziha Bt Alwi

*Pakat-pakat sokong Team Tenis KTDI… Go Go KTDI, Go Seladang, Go Oren… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, March 14, 2012

Lawatan Kerja Ke DUN Nusajaya...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi tadi saya berpeluang untuk bersama-sama dengan Sekretariat Al-Falah UTM untuk bersama-sama bersoal-jawab, berdialog dengan YB Datuk Haji Aziz Sapian, Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya dalam Program Lawatan Kerja Ke ADUN Nusajaya yang bertempat di Pusat Khidmat ADUN Nusajaya.

Sebelum itu, inilah pertama kali saya berprogram dengan semua pesertanya wanita hanya saya seorang sahaja lelaki bertuah yang berada di situ selain seorang Pegawai Pengiring dari Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM Johor Bahru.

Dengan suasana yang santai dan perkongsian yang menarik dari pelbagai aspek mengenai kawasan di Nusajaya dan saya sendiri cukup berpuas hati dengan penerangan yang diberi. Apa yang dapat saya simpulkan mengenai Nusajaya ini adalah ke arah pembangunan yang mampan dan pesat dengan pelbagai aktiviti pembangunan sedang giat dijalankan di kawasan tersebut.

Antaranya adalah pertambahan kawasan perumahan, pusat pentadbiran juga di situ termasuk dengan Puteri Harbour dan pembinaan Legoland Malaysia yang bertaraf antarabangsa. Pembangunan pesat ini juga memberi kesan yang sangat baik dalam sektor ekonomi penduduk di kawasan Nusajaya ini.

Seperti biasa, saya juga berkesempatan untuk menanyakan 2 soalan yang bermain di fikiran saya iaitu:

• Nusajaya sekarang boleh dikatakan sebagai Pusat Pentadbiran dan Kawasan Pelaburan. Bagaimana atau apa strategik dan penglibatan Datuk sendiri dalam menarik pelabur asing untuk di bawa ke kawasan Datuk?
• Rasuah sering dikaitkan dengan ahli politik dan orang-orang atasan dalam sesebuah parti, organisasi dan sebagainya. Apa yang dilakukan oleh Datuk sendiri dalam menangani masalah ini dan membuatkan kawasan Nusajaya agak bersih dalam isu Rasuah ini?

Antara jawapan ringkas yang diperkatakan oleh YB Datuk Hj Aziz dan dapat saya simpulkan sendiri adalah, penarikan pelabur asing bukannya dibuat oleh beliau tetapi ianya melibatkan pihak-pihak pembangunan seperti GLC dan sebagainya. Pihak ADUN hanya bersedia dalam membuat surat sokongan terhadap sesuatu pembangunan dan sebagainya.

Mengenai isu kedua yang berkaitan dengan rasuah pula, isu ini agak bersih di kawasan Nusajaya sebab semuanya bukan melibatkan hal-hal politik dan sebaliknya adalah kesediaan seseorang itu dalam menggalas sesebuah tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Jika kita amalkan sesuatu kerja dengan ikhlas dan sebagainya, isu rasuah tinggal akan berlaku melainkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengamalkan sistem rasuah ini dalam sesebuah organisasi dan sebagainya.

Terima Kasih saya ucapkan kepada YB Datuk Haji Aziz Sapian kerana memberi peluang kepada mahasiswa/i dari UTM untuk berinteraksi secara dua hala dalam bentuk yang santai walaupun kesibukan YB Datuk sendiri dengan pelbagai program serta persidangan DUN yang akan berlangsung esok tetapi tetap memberi ruang kepada kami untuk berinteraksi.

Semoga YB Datuk terus cemerlang dan menjaga amanah sebagai wakil rakyat dengan sebaiknya. Insyaallah… Di sini juga, saya ingin kongsikan beberapa keping gambar semasa program berlangsung… =)






Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

'Dia Ni Bapak Hang', Anak Pura-Pura Tak Kenal Ayah Kandung...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

MASYAALLAH…sayu jew baca berita mengenai sikap seorang anak yang tidak kenang budi dan jasa ayahnya. Satu persatu, sehari demi sehari kita dipertontonkan dengan pelbagai masalah di akhir zaman ini. Dan yang terbaru kisah ini. Jom baca sama-sama…

KULIM - “Kalau hang tak mahu pada orang tua ni, hang bunuh dia. Bagi aku tanam. Dia ni bapak hang,” antara ungkapan kecewa diluahkan penjaga seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun yang merupakan anak saudara kepada mangsa ketika berlaku pertengkaran di hadapan rumah anak perempuan mangsa di sini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Kejadian berlaku apabila mangsa menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah anak perempuan tunggalnya kerana setelah sekian lama dijaga adik-beradiknya.

Waris yang juga anak saudara mangsa buntu dan membawa mangsa ke Balai Polis Kulim apabila mangsa tidak mahu lagi tinggal di rumah mereka.

Seorang waris berkata, mangsa berada bersama keluarganya lebih 30 tahun lalu tetapi berhasrat untuk tinggal bersama anaknya di sebuah taman perumahan di sini dan untuk memenuhi hasratnya, mereka menghantar mangsa ke rumah anak kandungnya.



Menurutnya, sebelum menyerahkan mangsa kepada keluarganya, mereka meminta nasihat polis untuk mengiringi kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Apabila tiba di rumah anak mangsa, polis terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum pintu rumah dibuka. Malang bagi mangsa apabila anaknya itu berpura-pura tidak mengenalinya.

“Perkara ini menimbulkan tidak puas hati dan kemarahan anak saudara mangsa dan berlaku pertengkaran mulut. Anak mangsa terus mendesak supaya bapanya itu tidak ditinggalkan di rumahnya kerana dia tidak mahu menjaganya,” katanya.

Waris mangsa berkata, sejak dulu lagi anak mangsa tidak pernah menjaga kebajikan bapanya itu sebaliknya segala tanggungjawab itu diberikan kepada keluarganya.

Katanya, memandangkan kasi¬han¬ dengan nasib menimpa mangsa, mereka setuju untuk menjaganya sejak 30 tahun lalu.

“Tok sudah tidak mahu tinggal bersama kami dan meminta kami menghantarnya ke rumah anak perempuannya. Kami semua sudah berkahwin tetapi masih boleh menjaganya. Seingat saya, sekarang saya sudah berusia 28 tahun. Sebelum itu pun tok sudah tinggal bersama kami. Sejak akhir-akhir ini, tok memberontak mungkin kerana dia nyanyuk.

“Dia sering mencederakan dirinya sendiri. Bagaimanapun kami terus menjaganya walaupun bersikap keanak-anakan. Memandangkan dia mahu tinggal bersama anak perempuannya maka kami setuju untuk menghantarnya ke sana. Malangnya anak tok enggan menerimanya,” katanya.

Sebelum itu, jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah anak mangsa memaklumkan kepada waris berkenaan bahawa bapanya telah meninggal dunia. Waris yang mendengar pengakuan dibuat jiran terpinga-pinga dan memperkenalkan kepada mereka bahawa warga emas itu merupakan bapanya.

Polis yang mengiringi waris mangsa kemudiannya memapah mangsa keluar dari kereta dan menunjukkan kepada anaknya, namun anaknya itu masih tidak membuka pintu pagar dan membenarkan bapanya masuk ke dalam rumah.

Atas sikap prihatin, polis meminta anak mangsa untuk memberikan kerusi kepada bapanya kerana mangsa tidak tahan berdiri lama kerana sudah tua.

Pertengkaran antara keluarga itu berterusan di mana anak mangsa tetap tidak membenarkan bapanya masuk ke rumah. Polis kemudiannya menasihatkan supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan secara aman kerana ini merupakan permasalahan keluarga.

Polis memaklumkan, anak mangsa datang ke Balai Polis Sungai Kob kira-kira jam 9 malam untuk mencari rumah sepupunya bertujuan menghantar mangsa kepada mereka.

Sinar Harian kemudiannya menghubungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia mengarahkan supaya anak mangsa menyerahkan mangsa ke JKM sebelum dibawa ke mahkamah untuk arahan penempatan tinggal di rumah orang tua.

Sumber : Sinar Harian

*Semoga aku, adik-beradikku, sahabat-sahabatku, rakan-rakanku, dijauhkan dari sifat dan sikap sedemikian. AMIN…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Antara Tragedi Tragis Menimpa Kanak-Kanak di Malaysia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semakin ke arah kita mengejar pembangunan yang pesat dan mampun, tidak kurang juga isu yang melibatkan jenayah ke atas kanak-kanak juga semakin menjadi-jadi. Sehinggakan seakan tiada kesudahan. Di mana silapnya?

Pendapat saya, kesedaran terhadap isu ini harus dipertingkatkan agar setiap ahli masyarakat itu memainkan peranannya masing-masing. Jenayah atau perbuatan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa ini lebih teruk dari binatang yang tiada akal fikiran.

Nafsu yang dilihat seakan tidak tertahan seperti binatang yang kelaparan ini seolah-olah menunjukkan bahawa akal fikiran yang diberi Allah Taala ini bukan digunakan untuk kebaikan masyarakat sekeliling tetapi digunakan pada kepala lutut.

“Bila manusia kembali ke zaman jahiliah, maka banyaklah pembunuhan dan perkara-perkara yang tidak berperikemanusiaan berlaku ke atas kanak-kanak dan wanita”.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa Tragedi Tragis Menimpa Kanak-Kanak di Malaysia

21 OKTOBER 2000

Norshuhada Burak, 6 dibunuh selepas dipercayai diperkosa oleh seorang lelaki yang tinggal berjiran dengannya di Selayang Baru. Mayatnya dijumpai terlentang dan separuh bogel dalam tong air di loteng tingkat atas rumah tiga tingkat jenis bandaran (townhouse). Kemaluan Norshuhada koyak dan ada lebam di muka dan tangannya. Dia keluar dari rumah selepas makan malam untuk membeli keropok.

6 NOVEMBER 2002

Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi diculik, dirogol dan dibunuh. Mayatnya dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

17 JANUARI 2004

Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal dalam keadaan mencangkung. Dia hilang dalam perjalanan pulang dari kedai dengan basikal.

20 OGOS 2007

Nurin Jazlin Jazimin hilang selama 27 hari dan mayatnya ditemui dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya dan hasil bedah siasat mengesahkan kanak-kanak itu mati akibat didera secara seksual. Dia dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

9 JANUARI 2008

Sharlinie Mohd Nashar, 5 hilang selepas bermain bersama kakaknya di padang permainan kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya. Sehingga kini masih belum ditemui.

9 MAC 2008

Asmawi Jalaludin, 11 hilang ketika pulang dari kafe siber di Lembah Pantai. Sehingga kini masih belum ditemui.

1 MAC 2012

Nurul Nadirah Abdullah, 5 atau lebih dikenali sebagai Dirang hilang ketika keluar membeli mee di kedai runcit Flat Seri Delima Jalan Suria Bandar Seri Alam, Johor dan mayatnya ditemui dibakar dalam sebuah lading.

8 MAC 2012

Wan Hazim Mohd Khadir, 7 dilaporkan hilang jam 6 petang. Dia dipercayai keluar dari rumahnya di Petaling Jaya. Bagaimanapun dijumpai warga emas di Lebuh Raya Shah Alam jam 1 pagi, Sabtu lalu.



Sumber : Sinar Harian

*Sama-samalah kita berusaha untuk menangani masalah ini. Insyaallah… AL-FATIHAH untuk semua adik-adik ini. Semoga tenang di sana. AMIN... Insyaallah... =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Monday, March 12, 2012

Malam Perasmian UTM GAMES 2012...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… Selesai sudah Malam Perasmian UTM GAMES 2012 yang diadakan di Stadium UTM. Malam Perasmian UTM GAMES 2012 itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Prof. Mohd Tajuddin bin Hj Ninggal, Timbalan Naib Canselor (HEMA) UTM.

Kejohanan UTM GAMES 2012 adalah julung kali diadakan dengan melibatkan semua Kolej Kediaman, Pasukan Staf, PELUAS (Pasukan Mahasiswa Antarabangsa) dan UTM International Campus Kuala Lumpur. Kejohanan UTM GAMES 2012 merupakan anjuran Pusat Sukan UTM.



Penganjuran UTM GAMES 2012 ini mempunyai objektif seperti berikut :
• Menggiat dan menggalakkan penglibatan mahasiswa dan staf agar lebih berketrampilan dalam pengurusan sesuatu kejohanan sama ada di peringkat kolej dan Universiti, khususnya bagi Pengurus Pasukan Universiti dan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JKM) dan pemain-pemain Universiti serta penglibatan staf di UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur.
• Mengasah bakat-bakat dan kemahiran pelajar dan staf yang sedia ada untuk dinilai dan dipilih bagi mewakili pasukan Universiti pada tahun berikutnya.
• Melatih pelajar ‘student athlete’ dan staf sukan konsep pengurusan dan pengelolaan pasukan dan penggendalian sesuatu kejohanan peringkat yang tinggi.
• Mewujudkan budaya sukan di kampus dengan secara tidak langsung dapat memperkasakan modal insan seperti mana kehendak Dasar Sukan KPT.

Kejohanan UTM GAMES 2012 melibatkan 14 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Tampar, Bola Sepak, Futsal, Skuasy, Tenis, Badminton, Bola Keranjang, Bola Jaring, Sepak Takraw, Tenpin Bowling, Boling Padang, Ping Pong, Kayak dan Basikal. Kesemua keempat-empat belas sukan ini diadakan hampir ke setiap genap pelusuk UTM serta ada 2 acara sukan iaitu Boling Padang dan Tenpin Bowling diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Larkin dan Danga City Mall.

Berbalik kepada Malam Perasmian UTM GAMES 2012 yang berlangsung malam tadi, apa yang dapat saya katakan adalah cukup meriah dengan kehadiran 14 Kontinjen termasuk Kontinjen UTM IC, PELUAS, Atlit UTM dan sebagainya lagi. Dan TAHNIAH saya ucapkan kepada Kontinjen Kolej Tun Fatimah (KTF) yang telah menjuarai acara Perbarisan dengan memenangi hadiah wang tunai RM1,000.

Malam itu juga saya menyaksikan pertunjukan Bunga Api, Persembahan Kebudayaan serta Pancaragam. Kelihatan juga beberapa maskot dari pelbagai kontinjen yang menarik perhatian saya terutamanya Beruang Jantan dan Betina. Antara maskot lain adalah rama-rama, seladang, singa, harimau dan sebagainya lagi.

Cuma saya sedikit terkilan apabila kehadiran penonton di kalangan mahasiswa UTM sendiri yang tidak seramai seperti keempat-empat belas kontinjen yang secara rawaknya menghampiri atau melebihi ke angka seribu orang. Saya merasakan kesedaran di kalangan mahasiswa UTM terhadap acara sebegini adalah kurang. Tapi Wallahua’lam…

Apa yang dapat saya rasakan adalah Pusat Sukan UTM dengan kerjasama pelbagai pihak sudah melakukan dan membuatkan UTM GAMES 2012 ini cukup meriah, terbaik dan hebat dari segi pelaksanaannya dan susun aturnya tetapi di pihak segelintir mahasiswa UTM pula seakan tidak memberi sokongan dan penglibatan secara langsung sebagai penonton terhadap acara hebat sedemikian. Dan rasanya rugi kepada mereka yang tidak menghadiri acara sedemikian pada malam tadi.

Bak kata orang, “Yang ada depan mata tidak diambil, yang tiada terhegeh-hegeh meminta”, lebih kurang maksudnya begitulah kata hati saya ini. Dan saya juga akan sentiasa menyokong acara, aktiviti dan sebagainya yang memberi manfaat kepada mahasiswa seperti UTM GAMES 2012. Dan saya juga akan terus bersama-sama dengan Kontinjen Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) untuk sama-sama memeriahkan UTM GAMES 2012 ini. Terutamanya tumpuan saya adalah Sukan Tenis (Lelaki dan Perempuan).

Saya juga mengharapkan seluruh mahasiswa UTM memberi sokongan terhadap Atlit Tenis saya iaitu Farhan, Shahrul, Sabri, Izzat Amir, Nashriq, Khairul, Akmal, Isnaini, Normala, Neyda, Anis, Salihaa, Nurul dan Hafiza. Dengan tema KTDI iaitu ‘Kita Bergabung, Berjuang Mencapai Kegemilang’ serta maskotnya Seladang akan terus memberi saingan kepada seluruh Kontinjen lain. Insyaallah.

Apa-apa pun, rebutlah peluang yang ada dalam bidang sukan yang telah disediakan oleh Pusat Sukan UTM ini sebaik mungkin. Buktikan yang kita juga mampu untuk memberi saingan dalam bidang sukan ini. Insyaallah… Dan jangan lupa, jumpa saya pada 17 dan 18 Mac 2012 bertempat di Gelanggang Tenis Kolej Tuanku Canselor (KTC) bagi Acara Sukan Tenis Lelaki. Insyaallah… Jumpa di sana nanti… =)

Sekian, Wallahua’lam…

*Maaf, gambar pada Malam Perasmian UTM GAMES 2012 tak sempat saya nak ambil disebabkan terlalu memberi perhatian kepada persembahan yang ada… Hahahah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Sunday, March 11, 2012

Rakyat Malaysia Prihatin : Tabung Adik Nur Suhaila Tukijan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terpanggil untuk saya sebagai seorang mahasiswa mewar-warkan dan bersama-sama berkongsikan makluman mengenai Adik Nur Suhaila Tukijan yang menghidap ‘Congenital Disorder’ dan perlu menjalani pembedahan rahim yang memerlukan kos sekitar RM 60,000. Jom baca kisah yang selanjutnya…

SHAH ALAM - Nur Suhaila Tukijan, 15, yang memerlukan RM60,000 untuk pembedahan rahim, menerima sumbangan RM5,000 daripada Kerajaan Melaka.

Ibu Nur Suhaila, Hanita Mohd Tahir bersyukur menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri, melalui Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

“Saya berkesempatan menemui beliau dan menunjukkan keratan akhbar mengenai anak saya.

“Terima kasih semua rakyat Malaysia yang menghulurkan sumbangan untuk pembedahan ini,” katanya, semalam.

Setakat ini, RM28,778 sudah dikumpulkan untuk pembedahan yang perlu dilakukan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai. Lebih RM30,000 lagi diperlukan untuk menampung kos pembedahan itu. Hanita dan Suhaila dijadual berangkat ke Dubai, 19 Mac ini.

Sumber : Sinar Harian (11 Mac 2012)

SHAH ALAM - Sejak kisah adik Nur Suhaila Tukijan, 15, yang menghidap ‘Congenital Disorder’ dipaparkan dalam Sinar Harian 22 Februari lalu, sumbangan orang ramai meningkat kepada RM13,000 hingga petang semalam.

Keprihatinan orang ramai yang menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos perubatan Nur Suhaila menyentuh perasaan ibunya, Hanita Mohd Tahir.

Ternyata ucapan terima kasih yang tidak terhingga tidak cukup baginya bagi menghargai sumbangan orang ramai demi menyelamatkan nyawa anaknya.

Hanita berkata, orang ramai terus menyumbang selepas kisahnya dipaparkan iaitu memerlukan RM60,000 untuk menampung kos rawatan keseluruhan.

“Saya amat terharu atas keprihatinan orang ramai yang simpati dengan nasib anak saya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang membantu. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki.

“Hasil sumbangan orang ramai juga, saya telah mendapatkan tiket kapal terbang, penerbangan pada 19 Mac ini, bagi membolehkan Suhaila menjalani pembedahan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai,” katanya.

Pembedahan dijadual pada 22 Mac ini.

Hanita berharap ada cahaya bagi anaknya meneruskan kehidupan seperti anak-anak lain.

Sinar Harian difahamkan, Lembaga Zakat Selangor juga dalam proses mempertimbangkan dana RM35,000 bagi menampung kos rawatan Nur Suhaila.

Nur Suhaila, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam menghidap ‘Congenital Disorder’.

Nur Suhaila mempunyai dua rahim, dengan salah satunya tidak berfungsi dan satu buah pinggang sahaja.

Pembedahan di Dubai akan membuang rahimnya yang gagal berfungsi tetapi terus membengkak.
Bagi yang ingin terus memberi sumbangan, boleh berbuat demikian menggunakan akaun Maybank milik Hanita: 112101581281.



Sumber : Sinar Harian (6 Mac 2012)

*Saya doakan agar Allah Taala terus melindungi Adik Nur Suhaila Tukijan dan saya mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia prihatin dengan masalah yang menimpa Adik Nur Suhaila ini. Insyaallah…Dan membantu meringankan beban yang dialaminya sekarang ini... Insyaallah... =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Soft Skill Development Training - Khas untuk Mahasiswa dan Pelajar...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan mengenai satu program yang saya sertai dan juga terlibat secara langsung dalam program tersebut sebagai AJK Unit Aktiviti iaitu Program Soft Skill Development Training anjuran Land Administration and Development Society (LADS) yang diadakan pagi tadi (10 Mac 2012) bertempat di P19, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UTM JB.

Sebelum itu, saya ingin ucapkan ‘TAHNIAH’ kepada Saudari Nur Hidayu Ahmad selaku Pengarah Program Soft Skill Development Training yang merupakan program pembukaan semester ini bagi LADS. ‘TAHNIAH’ juga saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta peserta program ini kerana memberi sokongan dan menghadirinya. TAHNIAH untuk semua.

Program ini diadakan berbentuk ceramah dan berkonsepkan santai yang diterajui oleh 2 orang panel jemputan iaitu Cik Nurzima Zaihan Pi’I (Pegawai Psikologi UTM) dan Encik Mohammad Rizashsyam Shohadi (Pegawai Psikologi UTM) dari Pusat Kaunseling UTM dengan masing-masing tajuk ceramahnya iaitu ‘Stress Management’ dan ‘Mengenal & Membangun Personaliti Pemimpin’.

“13% Penduduk Malaysia mengalami penyakit jiwa & 10,000 warga Johor Bahru sakit mental – schizophrenia@bipolar (Utusan Malaysia, 6 Ogos 2005)”

“400,227 pesakit mental menjalani rawatan di hospital kerajaan (2010), 15.6 % daripada tahun 2007; 346,196 pesakit.”

Lihatlah betapa bertambah dan meningkatnya masalah penyakit jiwa di kalangan penduduk Negara kita yang rata-ratanya berpunca daripada stress. Ini yang membuatkan LADS mengambil inisiatif untuk menanganinya dan mencegah awal daripada berlakunya stress yang melampau di kalangan mahasiswa hari ini.

“Keupayaan untuk menangani tekanan dianggap sebagai perkara penting dalam proses tekanan keseluruhannya. (Cox - 1993)”

Kerana di peringkat pembelajaran inilah yakni zaman mahasiswa inilah, pelbagai stress berlaku secara sedar dan tidak sedar. Ianya cukup memberi kesan terhadap diri kita, akademik dan pemikiran kita. Dan saya ingin berkongsikan mengenai sumber-sumber tekanan itu sendiri.

• Persekitaran - Bunyi, pencemaran, terperangkap di jalanraya, orang ramai, binatang, tempat kerja dan sebagainya.
• Fisiologikal – Sakit, kecederaan, perubahan hormone, kurang tidur, diet tidak seimbang.
• Kognitif – Perfectionism, negative self-talk, personality individu (type A, B & C) = kecenderungan kepada penyakit.
• Sumber social – kewangan, tuntutan kerja, peristiwa social, kematian orang yang disayangi.

Kepada mereka yang beragama Islam, anda semua bolehlah mengamalkan surah al-Insyirah (Alam Nasyrah) ayat 1 – 8 untuk menghilangkan tekanan dan bertawakkal kepada-Nya. Dan antara teknik penyelesaian masalah sekiranya kita mengalami tekanan atau stress ini adalah :

• Stop : Berhenti untuk kenalpasti masalah
• Options : Senaraikan semua penyelesaian
• Decide : Pilih senarai terbaik dan tulis perancangan
• Act : Bertindak

Untuk slot yang seterusnya pula iaitu ‘Mengenal & Membangun Personaliti Pemimpin’ , apa yang dapat saya kongsikan di sini adalah :

“Tuhan menciptakan manusia dengan kepandaian dan potensi yang berbeza-beza. Tiada istilah ‘BODOH’ dalam diri kita dan kita sendiri yang perlu mencari kelebihan kita itu.”

“Leadership is influence, nothing more, nothing less” – John C. Maxwell

Tiga (3) kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pemimpin adalah :
• Kemahiran Konsepsual – Menganalisis, berfikir secara logic, kreatif dalam pengeluaran idea & masalah.
• Kemahiran Hubungan Kemanusiaan – Kemahiran berhubungan dengan orang lain serta boleh memahami perasaan dan sikap orang lain.
• Kemahiran Teknikal – Pengetahuan mengenai kaedah, prosedur dan teknik untuk menjalankan aktiviti khusus.

Kita semua adalah pemimpin. Pemimpin untuk diri kita sendiri, Pemimpin untuk isteri, Pemimpin untuk Keluarga dan sebagainya lagi. Dan memimpinlah melalui teladan dan bukannya memimpin secara ‘tin kosong’.

Perubahan yang kecil mendorong perubahan yang lebih besar. Insyaallah, setiap manusia boleh berubah menjadi lebih baik dari hari semalam. Insyaallah.

Akhir kata, saya amatlah berpuas hati dengan program seperti ini yang dapat saya katakan cukup memberi input dan kebaikan untuk diri saya dan peserta yang menghadiri program seperti ini. Dan sebelum itu, saya juga ingin kongsikan beberapa keping gambar yang diambil. Jom sama-sama tengok.












Credit to Mohd Farid Zulkipli untuk semua gambar ini.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com