Wednesday, May 18, 2011

Selamat Hari Guru 2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



“Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” merupakan tema yang dipilih oleh kerajaan bagi mengangkat martabat seorang guru atau pendidik dalam melakukan transformasi pendidikan negara sempena Sambutan Hari Guru 2011.

Guru sememangnya merupakan seorang insan yang begitu tekal dalam melahirkan generasi pewaris bangsa dan pemimpin yang berjaya. Tanggungjawab itu bukannya mudah jika diperhatikan tetapi dengan pengorbanan yang tinggi, guru itu sanggup berdepan dengan apa jua sekalipun bagi menyampaikan ilmu yang manfaat kepada muridnya.

Saya selaku seorang pelajar begitu menghargai pengorbanan yang diberikan itu, kerana tanpa mereka tidak mungkin dapat saya mengenal dan memahami ilmu-ilmu yang diberikan sehingga saya dapat menjejakkan kaki ke Menara Gading ini.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan “SELAMAT HARI GURU – Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” kepada guru-guru saya iaitu di =
•Taski ABIM Alor Star
•Sekolah Rendah Islam Alor Star
•Maahad Mahmud Alor Star
•Sekolah Menengah Teknik Langkawi
•Pusat Latihan Khidmat Negara
•Politeknik Tunku Sultanah Bahiyyah
•Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur

Dengan rasa sukacitanya, ingin saya utuskan sepucuk “Warkah Buatmu Guru”. Terimalah dari saya,

Warkah buatmu guru
Insan yang sering mengajarku
Permulaan kejayaan pasti kegagalan mendahului
Walau aku buta segala-segalanya
Engkau tetap bersama denganku

Terdampar seketika daku di dasar kehidupan
Pabila aku berduka engkaulah penawarnya
Kebijaksanaanmu memastikan aku sentiasa berilmu
Melayari kehidupan yang penuh dengan dusta
Benci dan sabar sering bergandingan ketika engkau
Di pentas ilmu yang bernama kelas tika mengajarku

Tutur bicaramu wahai guru
Penawar yang harus ku semat di kalbu
Sememangnya engkaulah permula
Tanpa penamat untukku mengingati segala-galanya

Doakan aku wahai guru budiman
Doa untukku dan seluruh anak didikmu
Maafkan kendati kekhilafan kami
Sezarah di hati,segunung melangit, seluas hamparan biru
Maafkanlah akan kami yang bertatih
Menggapai impian harapan bangsa dan negara

Untukmu warga insan bernama guru
Terimalah warkah ini dengan seadanya
Tataplah ia sebagai pengubat di hati
Saat mu mendidik dan mengajar
Penuh keikhlasan tanpa sezarah kekhilafan….


Ikhlas dari muridmu,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: