Saturday, April 30, 2011

Fakta Ringkas Negeri-Negeri Di Malaysia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini terdetik di hati saya untuk berkongsi sedikit fakta ringkas mengenai Negeri-Negeri di Malaysia kerana masih banyak mahasiswa dan belia di luar sana masih tidak mengenali apa sebenarnya yang terdapat di negeri kelahiran masing-masing. Oleh itu, saya terpanggil untuk berkongsikannya bersumberkan Laman Web : Jabatan Penerangan Malaysia.

Jom pakat-pakat kita mengenali dan mengetahui fakta-fakta ringkas yang terkini berhubung dengan Negeri masing-masing.

NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak
Ibu Negeri : Alor Star
Bandar Diraja : Anak Bukit
Daerah : 11 Daerah
Parlimen : 15 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 36 Kawasan
Keluasan : 9,425 km²
Laman Web : http://www.kedah.gov.my

NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR



Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Sri Adnan bin Yaakob
Ibu Negeri : Kuantan
Bandar Diraja : Pekan
Daerah : 11 Kawasan
Parlimen : 11 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 38 Kawasan
Keluasan : 35,965 km²
Laman Web : http://www.pahang.gov.my

NEGERI KELANTAN DARUL NAIM



Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Ibu Negeri : Kota Bharu
Bandar Diraja : Kota Bharu
Daerah : 10 Kawasan
Parlimen : 14 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 43 Kawasan
Keluasan : 15,104.62 km²
Laman Web : http://www.kelantan.gov.my

NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM



Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
Ibu Negeri : Johor Bahru
Bandar Diraja : Johor Bahru
Daerah : 10 Kawasan
Parlimen : 26 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 56 Kawasan
Keluasan : 18,986.88 km²
Laman Web : http://www.johordt.gov.my

NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN



Menteri Besar : Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir
Ibu Negeri : Ipoh
Bandar Diraja : Kuala Kangsar
Daerah : 9 Daerah
Parlimen : 23 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 52 Kawasan
Keluasan : 21,005 km²
Laman Web : http://www.perak.gov.my

NEGERI PERLIS DARUL SUNNAH



Menteri Besar : Y.A.B Datuk Dr. Md Isa Bin Sabu
Ibu Negeri : Kangar
Bandar Diraja : Arau
Parlimen : 3 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 15 Kawasan
Keluasan : 795 km²
Laman Web : http://www.perlis.gov.my

NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN



Menteri Besar : Y.A.B Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim
Ibu Negeri : Shah Alam
Bandar Diraja : Klang
Daerah : 9 Daerah
Parlimen : 17 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 48 Kawasan
Keluasan : 7,930.20 km²
Laman Web : http://www.selangor.gov.my

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS



Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ibu Negeri : Seremban
Bandar Diraja : Seri Menanti
Daerah : 7 Kawasan
Parlimen : 7 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 32 Kawasan
Keluasan : 6,657.09 km²
Laman Web : http://www.ns.gov.my

NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN



Menteri Besar : Y.A.B Dato’ Ahmad bin Said
Ibu Negeri : Kuala Terengganu
Bandar Diraja : Kuala Terengganu
Daerah : 7 Kawasan
Parlimen : 8 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 32 Kawasan
Keluasan : 12,955.14 km²
Laman Web : http://www.terengganu.gov.my

NEGERI SARAWAK



Ketua Menteri : Y.A.B Tan Sri Pehin Sri (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud
Ibu Negeri : Kuching
Daerah : 11 Kawasan
Parlimen : 31 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 71 Kawasan
Keluasan : 124,449.51 km²
Laman Web : http://www.sarawak.gov.my

NEGERI PULAU PINANG



Ketua Menteri : Y.A.B Lim Guan Eng
Ibu Negeri : Georgetown
Daerah : 5 Daerah
Parlimen : 11 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 33 Kawasan
Keluasan : 1,031.04 km²
Laman Web : http://www.sukpp.gov.my

NEGERI SABAH



Ketua Menteri : Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa bin Haji Aman
Ibu Negeri : Kota Kinabalu
Daerah : 6 Kawasan
Parlimen : 25 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 60 Kawasan
Keluasan : 73,620 km²
Laman Web : http://www.sabah.gov.my

NEGERI MELAKA



Ketua Menteri : Y.A.B Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
Daerah : 3 Kawasan
Parlimen : 5 Kawasan
Dewan Undangan Negeri : 25 Kawasan
Keluasan : 1,652 km²
Laman Web : http://www.melaka.gov.my

(Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia)

P/S : Saya amatlah berharap agar setiap anak negeri masing-masing dapat mengenali dan mengetahui serba sedikit berkenaan dengan negerinya agar tidak lupa asal-usul. Insyaallah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, April 28, 2011

25 Jenama Terbaik Dunia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Malam ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan FAKTA yang diperolehi dari ‘INTERNATIONAL SUPERBRANDS’ iaitu 100 Jenama Terbaik Dunia. Tetapi saya akan tunjukkan hanya 25 yang teratas sahaja. Tujuannya untuk anda semua berfikir, ‘Bagaimana atau Apa Kelebihan yang membuatkan 25 jenama ini dianggap cukup besar di Dunia?’.

Mungkin suatu hari ini, ada di kalangan pembaca blog saya pula yang akan mencipta sejarah baru dengan menghasilkan satu jenama baru tempatan yang akan mencetuskan fenomena baru dan seterusnya berada di ranking top 100 dalam International Superbrands. Insyaallah… Apa-apa pun, selamat berfikir semua… =)

25 JENAMA TERBAIK DUNIA 2010 – SUPERBRANDS (BUSINESS)




1. MICROSOFT – Software & Computer Services


2. ROLLS-ROYCE GROUP – Aerospace & Defence
3. BLACKBERRY – Electronic & Electrical Equipment
4. VIRGIN ATLANTIC – Travel & Leisure (Airlines)
5. GOOGLE – Media – Marketing Services – Advertising Solutions
6. LONDON STOCK EXCHANGE - Financial – Exchanges & Markets
7. GLAXOSMITHKLINE – Pharmaceuticals & Biotech
8. BRITISH AIRWAYS – Travel & Leisure (Airlines)
9. VISA Financial – Credit Cards & Payment Solutions
10. PRICEWATERHOUSECOOPERS – Support Services – Accountancy & Business Services
11. BP – Oil & Gas
12. SHELL – Oil & Gas
13. BOSCH – Construction & Materials – Tools / Equipment
14. MASTERCARD – Financial – Credit Cards & Payment Solutions
15. HERTZ – Travel & Leisure – Automobile Rental
16. BT – Telecommunications – General
17. FT – Media – Content Creators / Owners
18. APPLE – Technology – Hardware & Equipment
19. NOKIA – Electronic & Electrical Equipment
20. CHUBB – Support Services – Security & Fire Protection
21. ERNST & YOUNG – Support Services – Accountancy & Business Services
22. VODAFONE – Telecommunications – Mobile & Online
23. BOEING – Aerospace & Defence
24. FEDEX EXPRESS – Industrial Transportation – B2B Delivery Services
25. THE ECONOMIST – Media – Content Creators / Owners

Sumber : International Superbrands

P/s : Tiada yang mustahil bagi kita anak watan, Anak Malaysia…Pada suatu hari nanti… Insyaallah… =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, April 26, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


Pada Ahad (24/4/2011) saya berpeluang dan berkesempatan untuk menghadiri satu pesta yang cukup manfaat buat diri saya iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Membawa tema “Buku : Dunia Tanpa Sempadan” cukup membuatkan kita terfikir dengan buku sahaja kita dapat mengenali, mengetahui, meneliti sesuatu ilmu dalam pelbagai bidang yang diingini. Mustahil sekiranya sesuatu ilmu itu tidak dikembangkan menerusi penulisan dan ini memberi gambaran bahawa bidang penulisan ini merupakan satu cara sesuatu ilmu itu dikembangkan.

Hampir 200 buah gerai yang terdapat di pesta tersebut termasuk Karangkraf Publisher, PTS Publisher dan sebagainya lagi yang turut sama memeriahkan pesta buku tersebut. Setiap gerai yang terdapat di situ, masing-masing mempunyai daya tarikan dalam penghasilan atau penerbitan yang berkualiti tinggi.

Saya bersama-sama junior saya, Muhammad Salman mengambil kesempatan untuk berkunjung hampir ke semua gerai yang terdapat di situ untuk melihat buku-buku yang dipamerkan dan kualiti sesuatu buku yang ditonjolkan.

Di kesempatan itu juga, dapat melihat barisan penulis Novel yang turut memeriahkan pesta tersebut dan pelbagai pelancaran buku baru serta bual bicara / forum berbentuk ilmiah. Ini satu kelebihan dan kelainan yang patut setiap mahasiswa merasai kehangatan dalam melihat hasil-hasil kreatif dan hasil kajian/pemerhatian barisan Penulis.

Hampir 3 jam lebih kami meredahi dalam lautan manusia untuk mencari buku-buku yang diingini sehinggalah akhirnya muncul di satu gerai yang menjual hampir kesemua produknya itu berbentuk politik iaitu satu genre buku yang paling saya minati. Satu juga turut mengambil kesempatan untuk berkunjung ke gerai Istana Budaya untuk melihat skrip-skrip teater yang dipamerkan sehinggalah terdetik di hati saya untuk memiliki buku skrip teater yang bertajuk Tun Fatimah.

Novel berbentuk fiksyen juga turut dipamerkan dan apa yang paling menarik perhatian saya adalah novel tulisan seorang penulis Jepun yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Novel penulis Jepun tersebut adalah Seram dan Penyiasatan. Ini antara genre novel yang diminati saya.

Selepas itu kami singgah makan di Sogo dan seterusnya pulang ke Kediaman Siswa Jaya. Apa yang menariknya, ketika pulang kami meredahi hujan lebat seperti meredahi lautan manusia di PWTC. Dan saya merasakan bahawa setiap mahasiswa UTM dan yang lain, patut untuk turut bersama-sama menyemarakkan budaya membaca dalam diri kita semua.

Untuk itu, saya mengambil kesempatan untuk mencadangkan agar pihak Kepimpinan Teratas Mahasiswa untuk sama-sama menyemarakkan semula budaya membaca di kalangan mahasiswa dengan kerjasama Pihak Perpusatakaan Universiti masing-masing untuk terus melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi.

Jadikan membaca satu amalan
Untuk berjuang dan terus ke hadapan
Jangan nanti tertunduk tenggelam
Dek lemas dalam fakta yang bukan-bukan

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, April 20, 2011

Persahabatan Perlu Diteruskan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setiap orang pasti inginkan seorang sahabat yang memahami, mengerti dan menerima dirinya dengan seadanya. Ada sahabat yang mampu membawa ke arah kebaikan dan ada juga yang mampu membawa ke arah kecelakaan.



Memang berat untuk saya kongsikan perkara sebegini tetapi saya abaikan juga kesangsian itu sebagai teladan dan perkongsian kepada seluruh pembaca blog yang sentiasa mengikuti perkembangan dan perkongsian di blog saya ini.

Niat saya dalam sebuah persahabatan adalah kerana Allah dan untuk membimbing dan dibimbing untuk ke arah yang lebih baik tanpa mengira umur, jantina, kedudukan dan sebagainya lagi. Banyak perkara yang berlaku termasuk berdepan dengan ‘Kawan Makan Kawan’ ini sehingga membuatkan diri saya ini serba salah jika saya tidak berkawan dengannya.

Siapa yang tidak sakit jika dipergunakan dan diperdayakan sesuka hati semata-mata untuk memastikan diri kita ini teraniaya dan ditertawakan oleh orang sekeliling. Alhamdulillah, saya menerima dugaan sebegini dan terpaksa mengharunginya untuk terus saya ke hadapan meraih kejayaan.

Keikhlasan yang cuba saya sampaikan untuk membimbing ke arah melahirkan seorang kawan yang berkualiti walaupun berlainan umur tetapi itulah tanggungjawab saya sebagai seorang ‘Senior’. Tapi disebabkan berlakunya perkara sedemikian membuatkan diri saya sungguh terkilan dengan orang sedemikian. Allah Maha Adil,

“KADANG-KADANG ALLAH HILANGKAN MATAHARI DAN DATANGKAN PETIR DAN KILAT, KITA TERTANYA-TANYA KEMANA HILANGNYA MATAHARI, RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI”

Walaupun saya belum bersedia untuk berdepan dengan semua perkara ini tapi saya akan cuba sedaya yang mungkin untuk berdepan dengan situasi ini untuk mempertahankan sebuah persahabatan yang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. Insyaallah, persahabatan itu lebih perlu untuk dikekalkan walaupun terpaksa berdepan dengan liku-liku jalan di sebuah persimpangan kehidupan.

PERJUANGAN INI SAMUDERA KEHIDUPAN,
DI TANAH GERSANG MANGATUR PENGEMBARAAN,
PENUH LIKUAN, CABARAN, JUA HALANGAN,
BERTARUNG TENAGA DI SEPANJANG PERJALANAN,
ANDAI BENAR PAHITNYA PERJUANGAN,
HARUS DIFIKIRKAN MANISNYA KEJAYAAN…

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, April 19, 2011

Musyawarah Asas Kemajuan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sebelum ini saya pernah mengenengahkan penulisan berkenaan dengan ungkapan ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’ dan hari ini saya ingin memberi kesinambungan berkenaan dengan isu ini yang saya tengok semakin parah jika kita masih takut dengan bayang-bayang sendiri.

Setiap barisan kepimpinan termasuklah Kepimpinan Negara, Kepimpinan Organisasi mahupun Kepimpinan Mahasiswa, setiap yang menunjangi kepimpinan-kepimpinan ini perlu mendengar rintihan dan luahan dari orang yang dipimpin. Inilah lumrah yang dikatakan sebagai amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin dalam menerajui kepimpinan berlandaskan keadilan dan kesaksamaan.

Agak terkilan jika dikatakan bahawa sesebuah pembentukkan organisasi mahupun kepimpinan masih ‘TAKUT’ dalam menelan kenyataan dan pandangan daripada mana-mana anak buahnya. Inilah punca yang menjadi barah kepada mahasiswa-mahasiswa hari ini iaitu masing-masing ingin menjadi ‘HERO’ di pentas masing-masing.

Sebagai seorang bekas Pemimpin Mahasiswa, saya merasakan bahawa setiap mahasiswa perlu dan diberi peluang untuk memberi pandangan terutamanya secara bersemuka atau ‘face to face’ kerana inilah yang dikatakan sebagai perbincangan. Mungkin ramai yang salah anggap iaitu menggunakan kuasa ‘VETO’ adalah lebih baik daripada berbincang (Musyawarah).

Rasulullah juga pernah bersabda, “Katakan yang benar,sungguhpun ia pahit dan tidak digemari orang.”. Sudah menjadi kebiasaan dalam setiap organisasi amat memerlukan pandangan dari setiap ahli untuk terus memantapkan dan memajukan organisasi tersebut. Bukan hanya mendengar kroni-kroni yang sentiasa akan mengampu ketuanya untuk terus menyatakan sokongan terhadapnya.

5 tahun saya memimpin pelajar dan mahasiswa iaitu bermula sebagai kepimpinan Surau Al-Huda, Persatuan Pendidikan Islam, Asrama Pelajar Lelaki, Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Tenis & JPA3 sehinggalah JKM-KSJ, Persatuan PEHARTA dan Majlis Perwakilan Mahasiswa, saya merasakan bahawa mendengar luahan atau pandangan orang bawah adalah amat perlu jika kita mahukan sebuah organisasi yang mantap dan berkualiti.



Kejujuran yang dinyatakan oleh setiap ahli itu adalah sebenarnya teguran ‘Mutiara’ yang akan terus menyinari kepimpinan tersebut. Setiap manusia berfikir dengan caranya yang tersendiri. Tidak semua manusia akan berfikir seperti mana kamu berfikir. Itulah sebenarnya yang dikatakan sebuah ORGANISASI atau KEPIMPINAN.

Sesebuah kepimpinan mahupun organisasi adalah sebenarnya medan untuk kita memahami setiap pemikiran ahli-ahlinya bukannya menjadi ‘Pak Turut’ yang akan sentiasa menjadi barah atau virus yang akan merosakkan minda dan kepimpinan generasi akan datang. Berubahlah sebelum terlambat.

Akhir kata, saya berpesan sekali lagi kepada diri saya sendiri dan seluruh pembaca blog saya, sekiranya menjadi atau menerajui sesebuah kepimpinan / organisasi, janganlah sombong atau angkuh dengan jawatan yang sementara itu dan janganlah sesekali mengenepikan pandangan dari mana-mana ahli / orang biasa yang berkemungkinan besar mereka inilah yang akan merubahkan landskap kepimpinan / organisasi ‘Kuku Besi’. Berubahlah sebelum terlambat!

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Pembentangan Latihan Industri (LI)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Hari ini merupakan hari yang paling membuat saya begitu gembira apabila tugasan terakhir saya dalam semester ini berakhir iaitu menghantar laporan penilaian latihan industri, laporan ringkasan latihan industri, buku log latihan industri dan seterusnya membuat ‘Presentation’ untuk 3 orang ahli panel yang terdiri daripada Pensyarah dari UTM Space.

Gelabah habis sebelum melangkah masuk ke Bilik Presentation, berbekalkan ungkapan ‘Bismilllahirahmanirrahim’ dan ilmu pengetahuan yang ada menguatkan lagi untuk yakin dalam setiap kata-kata yang diungkapkan. Dengan hanya 6 slide yang dipersembahkan dan saya lebih menfokuskan aspek penerangan membuatkan bilik tersebut kelihatan tenang termasuk bagi sesi soal-jawab.

Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi 6 slide yang dipersembahkan oleh saya kepada barisan Panel sebagai perkongsian ilmu ‘bagaimana mahukan persembahan yang baik dan mempunyai fokus’ yang saya pelajari ketika terlibat dalam kursus Kepimpinan Mahasiswa Cemerlang. Bersamalah melihat hasil kerja saya di Firma
Firdaus & Associates Professionals Property Sdn. Bhd.












Saya percaya sekiranya, setiap mahasiswa diberi peluang untuk membuat latihan industri semasa Diploma ini, kemungkinan besar kualiti mahasiswa Diploma akan bertambah kerana aspek Teori dan Praktikal disatukan dalam dunia realiti, dunia pekerjaa.

Pengalaman yang begitu banyak saya tempuhi hampir 4 bulan lebih di firma ini membuatkan diri saya berkobar-kobar untuk menempuh dunia realiti yang semakin mencabar dan banyak persaingan. Tidak kiralah di mana sahaja kita berada.

Akhir kata, saya ucapkan 'Terima Kasih' kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa saya menjalani Latihan Industri ini. Hanya tinggal 1 bulan lagi untuk saya tamatkan latihan industri ini. Insyaallah...

Sekian, Wallahua'lam....

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

Friday, April 15, 2011

Selamat Berjaya Semua...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



“GOOD LUCK & SELAMAT BERJAYA” untuk seluruh sahabat-sahabat, rakan-rakan seperjuangan, kawan-kawan di Universiti Teknologi Malaysia (IC & JB) dan seluruh IPTA yang akan melangkah ke minggu Peperiksaan Akhir pada minggu hadapan.

Saya juga di sini ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan Tips Menghadapi Peperiksaan iaitu :-
1. Persediaan Fizikal – Kesihatan mesti jaga
2. Persediaan Mental – Berfikiran positif
3. Persediaan Emosi – Elakkan daripada gangguan emosi
4. Persediaan Rohani – Minta restu ibu ayah, banyak berdoa / tawakkal kepada Allah

“GOOD LUCK & SELAMAT BERJAYA” juga saya ucapkan kepada semua team-team program University Social Responsibility di Bachang, Kubang Pasu, Kuala Kangsar dan Sagil. Buatlah yang terbaik sebagai Mahasiswa Prihatin Peneraju Aspirasi Negara.

Semester terakhir di UTM IC ini, saya ingin memohon maaf sepanjang hampir 3 tahun saya menuntut ilmu di bilik-bilik kuliah, sepanjang saya menjawat Exco & Presiden dalam PEHARTA, sepanjang saya menjawat JKM KSJ sehinggalah sepanjang setahun saya bergelar Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC, jika ada salah dan silap, saya menyusun 10 jari saya memohon ampun kepada anda semua.

Dan yang paling penting, doakan Kejayaan dan Kebahagiaan kepada diri saya. Insyaallah… =)

Buatlah yang terbaik untuk terus mengekalkan kecemerlangan anda di Dunia dan Akhirat… Insyaallah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, April 14, 2011

Cinta Agung...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Jom kita layan lirik lagu “Cinta Agung” kepada semua yang sedang hangat BERCINTA… Terimalah dari saya sebuah lirik yang penuh hikmah untuk anda semua terutamanya sahabat-sahabat saya di UTM IC.



CINTA AGUNG

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkau sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezkiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Wednesday, April 13, 2011

Keindahan Dalam Kehidupan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



Keindahan dalam kehidupan dapat dirasai sekiranya kita melakukan apa yang diimpikan oleh kita sendiri yang mampu untuk memberi kebaikan atau manfaat kepada orang / masyarakat sekeliling. Pelbagai cara dapat kita lakukan untuk memastikan perkara ini berlaku di dunia hari ini.

Buka saja akhbar harian pasti akan ada kebaikan yang ditonjolkan oleh kepimpinan Negara hari ini terutamanya kawasan yang sedang hangat untuk sesi Pilihanraya Kecil (PRK) atau Pilihanraya Umum (PRU). Pasti akan ada peruntukkan yang diluluskan untuk sesuatu kawasan bagi memancing undi oleh rakyat yang bijaksana ini.

“Jika kawasan kamu mahu maju, kita doakan YB kawasan tersebut meninggal kerana bila-bila saja peruntukkan wang ringgit akan dilaburkan untuk tujuan pembangunan meraih undi” itulah ungkapan yang disifatkan sesuai dengan situasi hari ini. Memang ‘Benar’ sekiranya kita mengkaji perkara ini dan ‘ambil tahu’ situasi sekeliling kita hari ini.

Mahasiswa hari ini perlu sedar dan perlu untuk bersama-sama memerhati, mengkaji dan menyedari lakonan dan drama yang sedang dimainkan untuk mengaburi kita terutamanya golongan mahasiswa yang sedang bertarung dalam bidang akademik.

Kepekaan / ketelitian dalam mencorakkan kehidupan kita sendiri adalah langkah terbaik supaya kehidupan kita tidak terbabas atau tergelincir dari landasan sebenar sebagai hamba-Nya yang sementara di persinggahan ini. Ingatlah ALLAH sebelum membuat sesuatu keputusan kerana setiap tindakan yang kita lakukan ada baik dan buruknya.

Perjalanan hidup dalam mencari keindahan yang diimpikan amat penuh dengan cabangnya. Ada madu yang perlu diisi kadang kala hempedu yang berhasil. Dan inilah yang dinamakan ketentuan Ilahi atau Qada’ dan Qadar. Setiap yang berusaha pasti aka nada hasilnya. Tak kiralah berapa lama sekalipun. Pendakian anak tangga satu persatu akan terhasilnya kesabaran yang menggunung dan akhirnya menjadi mercu tanda sebuah kejayaan.

Perkongsian ilmu hari ini membawa erti satu yang diimpikan iaitu mencari kebahagiaan dalam sebuah kehidupan yang hakiki. Saya percaya jika setiap antara kita mempunyai jati diri yang tinggi, keberanian/ kepercayaan kepada diri sendiri, Insyaallah… Anda adalah Sang Juara.

Keindahan dalam sebuah kehidupan ini sudah menjadi resmi untuk kita semua menggapai impian dan membawa obor-obor kejayaan untuk dipersembahkan kepada ibu ayah anda. Percayalah, jika kita tidak mengerti atau mencari kejayaan tersebut, kitalah antara orang rugi.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, April 11, 2011

Mencari Kebahagiaan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Mencari Kebahagiaan” itulah yang sentiasa terngiang-ngiang di fikiran kita untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tapi adakah kita tahu bahawa kebahagiaan itu takkan datang sekiranya kita tidak mencarinya?



Saya termenung seketika tatkala menghayati sebuah kehidupan yang sementara ini dalam mengecapi kebahagiaan yang diimpi. Melihat kasih sayang antara ibu ayah dan anak, kasih sayang seorang abang/kakak kepada adiknya, kasih sayang sebuah persahabatan dan sebagainya lagi, membuatkan diri saya begitu teguh berdiri untuk mencari sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

Apa-apa pun, saya terjumpa sebuah lirik yang cukup membuatkan saya terfikir panjang dalam menghayati bait-bait lirik yang diilhamkan ini oleh Kumpulan Nasyid, Brothers. Terimalah dari saya, MENCARI KEBAHAGIAAN…

MENCARI KEBAHAGIAAN…

Untuk apa kau mengejar kemewahan
Apakah kau mencari kebahagian?
Mengapa kau berduka ketika kegagalan?
Apa kau tak terima takdir dari Tuhan?

Mencari kekayaan, Temui kedukaan
Kekayaan tak menjanjikan kebahagian
Adakala ia membawa kedukaan
Bersyukurlah dengan apa yang ada

Itulah kunci kebahagian Sebenarnya
Perlukan keimanan
Jua ketaqwaan
Agar bahagia
Dunia akhirat

Berusahalah untuk berjaya
Bersyukur dengan apa yang ada
Jika kau gagal tak perlu kecewa
Itukan takdir dari Tuhan


p/s : Carilah sinaran kebahagiaan itu selagi roh dan jasad masih disatukan… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Semangat Berpasukan Satu Amalan…

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi saya kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan kehidupan saya sebagai seorang mahasiswa dan hamba-Nya. Kesibukan yang dihadapi dalam mengerjakan 3 kerja dalam 1 masa membuatkan diri saya perlu lebih menyeimbangkan masa yang ada untuk menyelesaikan ketiga-tiga perkara tersebut.

Apa yang ingin saya kongsikan pada penulisan kali ini adalah semangat berpasukan atau semangat berkumpulan dalam kehidupan seharian kita. Setiap pasukan / kumpulan pasti akan ada ketua atau kaptennya dan ada ahli kumpulannya. Jika sesebuah pasukan / kumpulan itu hebat ini bermakna kehebatan itu datangnya dari kerjasama yang diberikan antara kapten dan anak buahnya.

Saya ingin kaitkan perkara ini dengan 2 buah program yang akan saya jalankan sebagai rasa tanggungjawab saya untuk mengangkat martabat ‘Mahasiswa’ sebagai agen transformasi masyarakat. Saya beranggapan sedemikian kerana saya melihat mahasiswa sememangnya perlu mendepani masyarakat luar sebagai salah satu cara mengembangkan ilmu / kemahiran yang diperolehi dari universiti.

Program Universiti Social Responsibility di Kampung Baroh. Bachang Melaka 2011 (USR-YPM-UTM@Bachang ‘11) dan Program Khidmat Pendidikan University Social Responsibility di Kubang Pasu 2011 (USR-UTM@Kubang Pasu 11) merupakan 2 buah program yang akan saya jalankan bersama-sama sekumpulan mahasiswa yang dipilih untuk ‘turun padang’ bersama-sama mendepani masyarakat kampong.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan berbanyak ‘Terima Kasih’ kepada 2 orang Timbalan Pengarah saya yang begitu memberi komitmen yang tinggi dan tidak jemu-jemu sepanjang hampir 3 bulan lebih menjalankan gerak kerja yang begitu rumit. Tapi saya bangga dengan anda berdua kerana anda masih mampu bertahan dalam cubaan merealisasikan 2 buah program dalam 1 masa.

Saya juga mengalu-alukan kedatangan beberapa ajk baru yang dikenal pasti mempunyai kekuatan masing-masing bagi meneruskan semangat berpasukan dalam mendepani 2 buah program berbentuk kemasyarakatan ini iaitu Saudara Mohd Hafiz dan Saudara Muhammad Salman. Saya amatlah berharap agar anda berdua terus bersemangat dalam pasukan kita ini.

Walau apa jua yang melanda, sifat ‘Sabar’ itu masih menjadi kekuatan untuk pasukan ini dalam meneruskan aktiviti seperti ini. Saya yakin dengan kekuatan ajk saya yang masing-masing mempunyai kekuatan dan kemahiran yang berbeza mampu disatukan bagi membentuk sebuah pasukan yang kuat.

Semangat Berpasukan atau kerjasama setiap ahli kumpulan itu merupakan satu rahsia sesebuah pasukan dalam mengecapi kejayaan yang diimpikan. Semangat berpasukan ini adalah simbolik pemikiran yang berbeza antara ahli kumpulan dan disimpulkan menjadi satu ramuan yang mantap untuk dipersembahkan kepada khalayak.

Sebagai contoh, sesebuah kerajaan itu mantap atau hebat kerana pemimpinnya mempunyai pemikiran yang hebat dan rakyatnya pelaksana yang hebat dalam melakukan kerjanya. Pemimpin dan rakyatnya saling memerlukan antara satu sama lain bagi merealisasikan impian yang diharapkan. Kedua-dua ini (pemimpin & rakyatnya) digabungkan menjadi satu pohon pokok yang kuat dan mampu melahirkan hasil-hasil yang memberi keuntungan kepada seluruh manusia sekeliling.

Kehebatan berpasukan inilah yang perlu kita amalkan sebagai perbincangan atau musyawarah dalam pembentukkan pembangunan jati diri yang mampu melakukan perubahan bagi mendepani hari yang mendatang. Percaya atau tidak, anda sendiri dapat memikirkannya.

Kekuatan dalam sesebuah pasukan bukan datangnya dari wang atau ganjaran tetapi ‘kerjasama antara kumpulan’ yang menjadi kekuatan utama dalam melahirkan sebuah pasukan yang hebat. Dengan berpasukan juga, sedikit sebanyak kita dapat berkongsi pendapat dan pandangan serba membaca apa sebenarnya yang difikirkan oleh orang lain.

Akhir kata, saya amatlah berharap agar seluruh mahasiswa Malaysia menjadikan semangat berpasukan itu sebagai salah satu cara untuk kita semua bersatu dalam melahirkan generasi pelapis yang berwawasan dan berkualiti pada masa hadapan.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Friday, April 8, 2011

"2 ALAM" penuh pengajaran...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



Semalam saya berkesempatan menonton filem “2 ALAM” arahan Hairie Othman & Ed Zarith Lokman bersama rakan seperjuangan saya, Darren Lai dan beberapa orang lagi. File mini dapat saya katakan antara filem yang sarat dengan pengajaran dan teladan.

Jika dilihat dari segi plot penceritaannya, cerita ini sungguh baik tetapi penggunaan konsep ‘Flash-Back’ menyebabkan filem ini tampak kurang menarik. Anda semua boleh menilai sendiri penceritaan filem ini, nilai-nilai moralnya dan sebagainya lagi.

Filem sebegini ‘berat’ untuk menarik penonton semua sepertimana filem-filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad. Walaupun mendapat kritikan yang hebat, file mini sendiri mampu berdiri sebagai sebuah filem yang cukup memberi kesan kepada penontonnya.

Jika ditanya berapa bintang yang ingin saya berikan kepada filem ini, 3.5bintang yang akan saya berikan. Walaupun banyak kecacatan yang berlaku tetapi filem ini masih releven untuk anda semua menontonnya kembali.

Apa-apa pun, saya sentiasa menyokong filem-filem Melayu yang penuh pengajaran dan teladan yang sememangnya perlu untuk diadaptasikan ke sebuah naskah layar perak sebagai perkongsian kepada seluruh masyarakat umum supaya kita tidak terlambat dan sentiasa berhati-hati dengan hari yang mendatang. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, April 4, 2011

TAHNIAH, Prof. Datuk TNC (HEMA) UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan ‘TAHNIAH’ kepada Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin bin Hj Ninggal, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) Universiti Teknologi Malaysia di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang daripada Persekutuan Pengakap Malaysia sempena Hari Pengakap Malaysia 2011.





Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah diperkenankan dan disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ini menjadi satu penghargaan yang cukup tinggi kepada Y.Bhg Prof. Datuk.

Penghargaan ini menjadi satu semangat baru kepada seluruh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam menyemarakkan lagi ramuan akademik dan kepimpinan untuk terus cemerlang dalam kehidupan kita. Insyaallah…

TAHNIAH juga diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin B. Hj. Ninggal di di atas perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia (Kelana Siswa) seluruh IPTA.

“Bersama Menggapai Kecemerlangan Diri”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berikut adalah ‘Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011’ yang telah disenaraikan oleh ‘topstudylink’. Tahniah kepada semua Universiti yang tersenarai. =)

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.
1. Universiti Sains Malaysia
2. Universiti Teknologi Malaysia
3. Universiti Kebangsaan Malaysia
4. Universiti Putra Malaysia
5. University of Malaya
6. Universiti Malaysia Perlis
7. Multimedia University
8. Universiti Teknologi Mara
9. Universiti Malaysia Pahang
10. International Islamic University of Malaysia
11. Universiti Utara Malaysia
12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
13. Universiti Tenaga Nasional
14. Universiti Malaysia Sabah
15. Open University Malaysia
16. University of Nottingham Malaysia
17. Universiti Teknologi Petronas
18. Universiti Sains Islam Malaysia
19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
20. Taylor's University College
21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
22. Universiti Tunku Abdul Rahman
23. Universiti Malaysia Terengganu
24. Universiti Malaysia Sarawak
25. Universiti Tun Abdul Razak
26. Monash University Malaysia
27. Universiti Industri Selangor
28. Wawasan Open University
29. UCSI University
30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
31. Asia Pacific Institute of Information Technology
32. International Medical University
33. Help University College
34. Tunku Abdul Rahman College
35. Al Madinah International University
36. Universiti Kuala Lumpur
37. National Defence University of Malaysia
38. Segi College
39. Universiti Sultan Zainal Abidin
40. Universiti Malaysia Kelantan
41. Limkokwing University of Creative Technology
42. KDU College
43. Selangor International Islamic University College
44. Sunway University College
45. Malaysia Theological Seminary
46. Malaysia University of Science & Technology
47. Olympia College Malaysia
48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
49. Malaysian Institute of Management
50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
51. INSANIAH University College
52. Taman Pertanian University
53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
54. International Centre for Education in Islamic Finance
55. Majlis Peperiksaan Malaysia
56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
57. Disted-Stamford College
58. Berjaya University College of Hospitality
59. Asia e University
60. KBU International College
61. New INTI College
62. TATI University College
63. Nilai International College
64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
65. AIMST University

INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.

Sumber:topstudylink

Sunday, April 3, 2011

'Mahasiswa Prihatin' Turun Ke Rembau...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Kasih Mesra Bersama Kanak-Kanak Rembau” merupakan suatu program yang cukup memberi makna dan cukup bermanfaat kepada diri saya. Program ini merupakan simbolik kepada keprihatinan mahasiswa terhadap masyarakat luar terutamanya kanak-kanak yang teraniaya dan tersisih.

Program anjuran Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) ini adalah permulaan yang baik yang perlu dicontohi oleh persatuan lain terutamanya yang ‘Bukan Akademik’ sebagai menyahut cabaran dan saranan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia agar golongan mahasiswa turun ke kawasan luar Bandar untuk membantu mempercepatkan proses pembangunan Masyarakat Berilmu (Knowledge Society).

Tahniah juga kepada Pihak PEHARTA kerana berjaya menyumbangkan RM1,000 melalui hasil kutipan sumbangan dari pihak pensyarah, kakitangan UTM dan seterusnya mahasiswa yang lain kepada Pihak Rumah Kanak-Kanak Rembau, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Antara aktiviti yang dilakukan oleh mahasiswa UTM adalah Perlawanan Bola Jaring antara Mahasiswi UTM dan Kanak-Kanak Rembau, Gotong-Royong, Tanam Pokok Perhiasan, Latihan Dalam Kumpulan, Mengecat Bilik Vokasional dan sebagainya lagi.

Program ini mendapat perhatian yang baik oleh Puan Wan Zaleha Bt Wan Mohamed, Timbalan Pengetua Rumah Kanak-Kanak Rembau dan beliau mengatakan bahawa UTM IC merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam ‘PERTAMA’ yang menjalankan aktiviti sosial sedemikian.

Penglibatan mahasiswa tahun 1 dan tahun 2 PEHARTA serta saya seorang sahaja dari tahun 3, sedikit sebanyak mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Walaupun saya kepenatan kerana baru pulang dari Johor dan Melaka, saya masih meneruskan aktiviti ke Rembau ini kerana aktiviti seperti sememangnya dinanti-nantikan oleh saya sendiri.

‘Keprihatinan Mahasiswa’ terhadap isu sosial dan kebajikan masyarakat luar patut kita hayati supaya sifat ‘Kemanusiaan’ itu terus mengalir dalam diri kita yang sedang meningkat dewasa. Penghayatan kesedaran seperti ini merupakan langkah terbaik bagi membantu masyrakat luar yang tersisih dan terpinggir.

Saya juga di sini ingin mengucapkan jutaan ‘Terima Kasih’ kepada Nur Sabrina Bt Mohamad Fuzi (Pengarah Program) dan Mohamad Shahmi Zabidi (Presiden Peharta sesi 10/11) kerana menjemput saya untuk bersama-sama turun padang bermesra dengan kanak-kanak Rembau.

Langkah aktiviti sebegini patut diteruskan oleh persatuan lain supaya kita semua bersama-sama dapat membudayakan sifat keprihatinan kita terhadap isu-isu sosial sedemikian. Saya percaya jika kita masih mempunyai ‘Keprihatinan’ terhadap kelompok ini, Insyaallah, masyarakat akan datang akan terus ‘Kaya’ dengan sifat Kasih sayang dan kemanusiaan sesama insan.

‘Kes Penderaan Fizikal’, ‘Anak Yatim’ dan sebagainya lagi merupakan antara punca kanak-kanak tersebut ditempatkan di sini atas perintah mahkamah. Sayu diri ini ketikan dikongsikan oleh beberapa kakitangan JKM kepada saya. Terkelu diri ini melihat keceriaan kanak-kanak di sini yang masih mampu tersenyum tetapi dalam hatinya menahan 1000 kepahitan.

Akhir kata, saya menyeru agar seluruh mahasiswa terus cakna dengan isu-isu sedemikian kerana di usia sebeginilah, sifat ‘Kemanusiaan’ itu perlu kita suburkan agar tidak leka dengan kemeriahan hiburan yang lagha semata-mata.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com