Friday, April 30, 2010

Kisah Lawak Jenaka (3)...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kisah jenaka dengan semua pembaca blog mengenai "Menantu Hantu"...He3.. Mesti kamu semua bertanya, Kenapa saya masukkan kisah jenaka sebegini?? Tetapi tujuannya adalah untuk kamu semua berfikir disebalik kisah tersebut. Oleh itu, SELAMAT BERJENAKAN.

MENANTU HANTU

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki menonton TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua itu.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat nie? Aku belum mati lagi la..".

Wednesday, April 28, 2010

Selamat Bercuti semua...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Malam ini, tepat jam 11.30pm saya akan pulang ke Negeri Kedah Darul Aman setelah hampir 3 bulan saya berada di KSJ, KL...saya amatlah merindui ibu ayah saya, famili saya, dan semuanya...yang berada di Kedah.


Saya juga ingin mewakili Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC sesi 2009/2010 ini untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada seluruh warga kampus UTM IC dan UTM Skudai serta seluruh mahasiswa di seluruh Malaysia.

Gunakanlah masa cuti anda itu dengan sebaik mungkin. JANGAN SIA-SIAKAN MASA ANDA ITU DENGAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH. Bacalah buku ilmiah sekurang-kurangnya sebuah buku agar minda kita masih digunakan untuk berfikir.

Masa itu juga, haruslah digunakan sebaik mungkin agar kita yang bergelar mahasiswa ini tidak sesekali leka dengan perkara LAGHA yang semakin berleluasa di negara kita ini. Kita harus sedar kita ini adalah golongan yang bakal memimpin negara yang bernama Malaysia. Penuhkanlah ilmu di dada walaupun masa cuti itu amatlah panjang.

Insyaallah...saya sekali lagi ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya..



Akhir kata, SELAMAT BERCUTI...hehehe


Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia"

Tuesday, April 27, 2010

Pengalamanku...sepanjang 4 Semester di UTM IC

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sepanjang 4 semester saya belajar di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur (UTM IC) dalam penglibatan kokurikulum sehingga hari ini. Sepanjang 4 semester ini, pelbagai aktiviti yang telah saya sertai dan pelbagai aktiviti yang saya laksanakan untuk saya kutip satu persatu.

Diharapkan pengalaman ini, dapat terus membuatkan saya melangkah ke hadapan. Dan kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya juga dapat merasai pengalaman saya ini pada suatu hari nanti. Kerana apa? Pengalaman sememangnya tidak dapat dijual beli. INSYAALLAH...

Antara aktiviti yang pernah saya lakukan atau laksanakan ialah :
  1. AJK Protokol Hari Terbuka Kolej Kediaman (PERSADA) 2008 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  2. AJK Protokol Program Mimbar Syahadah 2008 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)
  3. Ketua Kokurikulum Pengucapan Awam sesi 2008
  4. Timbalan Pengarah Program Tangisan Palestin dan Kekejaman Zionis 2009 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  5. Biro Protokol Program Persidangan PEHARTA (OGM) 2009 anjuran Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA)
  6. Biro Publisiti Program Malam Jalinan Kemesraan 2009 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  7. Biro Berita dan Laporan Hari Sukan KSJ (Sport Day) 2009 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  8. Timbalan Pengarah 2 Hari Terbuka Kolej Kediaman (MAHABBAH) 2009 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  9. Timbalan Pengarah Program Valuation @ Ulu Yam 2009 anjuran Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA)
  10. Timbalan Pengarah Projek Mini Cinema KSJ (D'Panggung) 2009 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  11. Fasilitator Program UTM Aspirasiku 2009 anjuran Kelab Kauseling dan Kerjaya (KKDK) dengan kerjasama Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  12. Juruacara Majlis Tautan Ukhuwah 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)
  13. Biro Persembahan Malam Penganugerahan JKM KSJ 2009 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  14. Fasilitator Kursus Kepimpinan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) 2009 anjuran Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM)
  15. Timbalan Pengarah Persidangan PEHARTA 2010 anjuran Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA)
  16. Pengarah Program Ekspedisi 1 Mahasiswa, 1 Suara, 1 Wawasan 2010 anjuran Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) dengan kerjasama Universiti Darul Iman (UDM)
  17. Ketua Biro Protokol Malam Pra Graduan 2010 anjuran Alumni UTM

Dan antara jawatan yang pernah disandang sepanjang 4 semester ini di UTM IC ialah :

  1. Timbalan Setiausaha Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) sesi 2008/2009
  2. Pengerusi Jabatan Keusahawanan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) sesi 2008/2009
  3. Rakan Exco Kebajikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTM IC 2009
  4. Exco Jabatan Keusahawanan Jawatankuasa Kediaman Mahasiswa (JKM) 2009
  5. Presiden Persatuan Pelajar Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) UTM IC 2009/2010
  6. Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UTM IC sesi 2009/2010

Setakat ini sahajalah perkongsian saya untuk pengalaman yang pernah saya lalui sepanjang 4 semester di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur. Untuk penyertaan saya atau kursus yang pernah saya terlibat pula, INSYAALLAH nanti saya akan kongsikan pula.

Diharapkan dengan perkongsian ini, semua sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya dapat muhasabahkan kembali agar pengalaman yang tidak dapat dijualbeli ini, dapat dikutip oleh seluruh mahasiswa di IPT masing-masing.

Ingatlah, pengalaman itulah yang dapat mematangkan fikiran kita dan jadikan "Campus Life" atau gunakannya sebaik mungkin. Kerana apa? Kerana kita hidup hanyalah sekali. Setiap minit itu amatlah berguna. Oleh itu, jangan sia-sia masa anda walaupun seminit dengan perkara atau aktivti yang tidak berfaedah. Dan dengan penyertaan anda sebagai ajk inilah yang akan membuatkan diri anda itu lebih yakin dari sebelumnya.

DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN....INSYAALLAH....

Sampai Jumpa,

"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia"

Monday, April 26, 2010

Ragam Hari Ini (2)....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit ragam atau gelagat mahasiswa di Kediaman Siswa Jaya termasuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, kerana semuanya masih segar, sihat dan aktif tetapi saya sedikit kurang sihat dan ada beberapa masalah yang dialami pada hari ini.

Apa-apa pun, pertemanya saya ingin mengucapkan berbanyak ucapan TERIMA KASIH kepada saudara Luqmanul Hakim dan Ahmad Firdaus (Didi) kerana membantu saya dalam menyelesaikan sedikit masalah tadi. Hanya ALLAH yang mampu membalas budi baik kamu berdua.

Terpandang seketika tatkala melihat junior-juniorku menarik beg roda, membasuh kereta dan sebagainya lagi membuatkan diriku sentiasa terpanggil untuk dapatkan dengan segera tiket bas untuk balik ke kampung. Alhamdulillah, saya dah beli dengan saudara Luqmanul Hakim di Kaunter Bas Jelatek.

Walaupun semua berjalan dengan lancar tapi saya masih lagi berfikir dan sentiasa gementar dengan beberapa projek saya yang masih belum selesai. Antaranya, University Social Responsibility (USR) @ Melaka, USR @ Sarawak, Minggu Haluan Siswa, Ceria Bersamamu dan International Campus Games. Huhuhu...agak memenatkan tapi harapan saya agar korang semua doakan semuanya berjalan dengan lancar. INSYAALLAH.

Seterusnya, saya juga di sini mendoakan agar semua mahasiswa elektrik yang ke Pulau Pinang, mahasiswa Ukur Tanah ke Langkawi dan mahasiswa Perancang ke Perak, supaya lancar dan lindungan Allah Taala. INSYAALLAH.

Kepada yang masih belum pulang ke kampung halaman masing-masing, anda semua senasiblah dengan saya. Hehehe...moga-moga kita semua dapat bertemu semula keluarga masing-masing dalam masa terdekat ini. INSYAALLAH...

Akhir kata, SELAMAT BERCUTI, SELAMAT BERGEMBIRA dan SELAMAT KEMBALI ke pangkuan keluarga masing-masing.

INSYAALLAH...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernfas Di Era 1 Malaysia"

Kempen Kami Prihatin (2)...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pagi ini, gerak hati saya terpanggil untuk memberi satu lirik lagu yang amat mengguris hati dan perlu dihayati oleh semua pihak terutamanya kita iaitu golongan BELIA REMAJA yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Diharapkan agar lirik tersebut dapat memberi sedikit keinsafan dan kesedaran kepada kita semua. INSYAALLAH

HARAPAN TANPA SUARA (KEMPEN KAMI PRIHATIN)

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jangtungku
Irama penuh syahdu

Ku ingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu, Di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah


Dengan bait-bait lirik di atas, dapat membuka sedikit pintu cahaya agar kita tidak tergolong di kalangan seperti itu. AYUH semua, marilah kita terus kempenkan KITA PRIHATIN, agar terhindar sifat-sifat seperti di atas di kalangan keluarga kita, jiran2 kita serta rakan2 kita. INSYAALLAH...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia"

Kempen Kami Prihatin...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Tadi saya sangat tersentuh hati melihat beberapa keping gambar bayi yang dibuang oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang terdiri di kalangan belia remaja Malaysia. Saya begitu sedih dan sayu pabila masih ada dan semakin bertambah golongan manusia seperti ini.

Cuba semua sahabat2, kawan2, pembaca blog dan sebagainya perhatikan suasana pilu sering terpapar di dada-dada akhbar semenjak hari ini. Apa yang kamu semua rasai..??? Pilu??? Gembira??? atau sebagainya.... Hari ini saya terpanggil untuk bersama dengan mahasiswa, belia remaja untuk bersama-sama kempen "KAMI PRIHATIN" dan pelbagai usaha lain bagi memastikan bakal-bakal pemimpin pada masa akan datang lebih bersifat keperikemanusiaan.

Di sini juga saya ingin memberikan beberapa maklumat yang saya perolehi dari pelbagai sumber mengenai statistik pembuangan bayi ini di Malaysia. Selangor dengan jumlah tertinggi iaitu 105 kes, Johor (83), Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Perak (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). Adakah jumlah pembuangan ini akan semakin meningkat??? Itu kita semua tidak pasti, tetapi sebagai Anak Bangsa Malaysia, kita semua perlu bergerak seiring dengan Kempen Kami Prihatin agar semua pihak tampil membanteras isu ini.
Saya dan barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTMIC serta segelintir mahasiswa juga akan membuat satu projek CERIA BERSAMAMU sebagai langkah awal dalam memastikan mahasiswa kita mempunyai kesedaran dan lebih bersifat keperimanusiaan. Insyaallah, doakan projek ini berjaya.

Saya juga di sini ingin melampirkan beberapa keping gambar pembuangan bayi yang dilaporkan di akhbar harian kita. Sama-samalah kita muhasabahkan diri dan selalu mengabdikan diri serta sentiasa ingatkan ALLAH TAALA atas setiap apa yang kita lakukan. INSYAALLAH.

Diharapakan dengan gambar2 di atas, semua pembaca dapat sedikit kesedaran agar lebih bersifat kemanusiaan. INSYAALLAH... Ingatlah, walaupun orang tidak nampak perbuatan kita di atas muka bumi ini, tetapi ALLAH sentiasa perhatikan kita. Mudah-mudahan, ALLAH melindungi kita dari melakukan perbuatan seperti di atas. AMIN.

Sampai Jumpa,

"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia"

Kisah Lawak Jenaka (2)...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya mahu berkongsi sedikit kisah jenaka yang sememangnya lucu pabila dibaca. Betul atau tidak, korang semua bolehlah menilaikannya. Kisah ini adalah untuk kita semua "Release-Tension", kemungkinan disebabkan pelbagai masalah yang sering berlaku sekarang. Saya sendiri pun sentiasa berada dalam pelbagai masalah.

Tak kira masalah mahasiswa, masalah peribadi, masalah famili dan sebagainya lagi. Tapi apakan daya kita semua hanyalah manusia biasa. Bohonglah kalau anda semua tidak ada masalah. Apa-apa pun, Selamat Bergembira dengan cerita yang ringkas ini.


"Hey, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah. "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam perjanjian Badang!"

"Maaf, saya tidak tahu...Encik..."

"Apa? Tidak Tahu!! Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa Perjanjian Badang itu ditandatangani?"

"Maaf, saya tidak tahu juga...Encik..."

"Tidak tahu sama sekali??? Maklumat itukan saya sudah berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu??"

"Mahu memeriksa kabel elektrik di sini. Saya petugas TNB"


Hahahaha....diharapkan dengan kisah jenaka di atas ini dapat membuatkan kamu semua tenang seketika dari masalah. Senyum itulah yang membuatkan kamu semua "HAPPY"... INSYAALLAH....

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia"

Sunday, April 25, 2010

Kenangan Kursus BTN Langkawi...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya ketika menyertai Kursus Biro Tata Negara (BTN) yang bertempat di Langkawi. Saya pergi ketika itu atas dasar sebagai Timbalan Setiausaha Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) 2008/2009.

Gambar yang saya masukkan ini adalah beberapa keping yang saya ambil untuk kenangan bersama dengan kumpulan saya iaitu Rahimi, Abg Khairi, Raja Muzammil, Kak Farhana, Wan Ayzam dan banyak lagi. Seronok sangat berkumpulan dengan dorang ini sebab masing-masing punyai kelebihan masing-masing.
















Saturday, April 24, 2010

Kenangan di PLKN Beringin Beach Resort (1)...

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Salam 1 Tekad...

Hari ini juga saya ingin berkongsi sedikit gambar kenangan semasa saya berada dan menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bertempat di Kem Beringin Beach Resort Langkawi.

Saya tak nak lagi berkongsi cerita tetapi terlebih dahulu ingin berkongsi beberapa keping gambar kenangan ketika berada di sana yang sememangnya TERBAIK....


Selepas melakukan Up-Ceiling


Saya bersama kawan2 ketika menembak


Bersama M-16...


Ketika aktiviti luar...


Ketika aktiviti kawat kaki...


Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia"

Adikku...Marilah Belajar...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit puisi yang diciptakan oleh saya sendiri kepada adikku, Wan Mohd Aizzat dan Waheeda Amalin, junior-junior saya (Sekolah Menengah Teknik Langkawi dan Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur) serta seluruh anak bangsaku. INSYAALLAH...

Puisi ini diciptakan ketika mana saya masih menuntut ilmu di Sekolah Menengah Teknik Langkawi dengan mengambil jurusan Kejuruteraan Awam. Puisi ini diciptakan sebagai tanda sayang saya kepada adik-adikku, junior-juniorku dan anak bangsaku supaya tidak sesekali terniat di hati supaya tidak meneruskan pembelajaran kamu semua kerana ilmu yang dituntut itu adalah sebagai benteng kekuatan minda kamu dalam berfikir apa-apa perkara yang timbul. Ingatlah, dengan ilmu kita dapat melakukan segala-galanya. INSYAALLAH..

Terimalah dari saya, ADIKKU...MARILAH BELAJAR...

Adikku...marilah belajar...
Belajarlah apa saja ilmu
Untuk dipenuhkan kekosongan di dadamu...

adikku : Wan Mohd Aizzat

Adik harus ingat
Dunia sekarang penuh dengan dusta
Kilauan intan dan emas
Bagai lautan yang akan melemaskan
Hitam diseru pelapis
Putih pula ditepis
Itulah yang merisaukan abang...

Adikku...marilah belajar...
Penuhkan ilmu dalam dirimu
Kerana perjalananmu masih jauh lagi
Pelbagai onak dan duri
Harus adik tempuhi...

adikku : Waheeda Amalin

Dengan belajar...baik dan buruk dapat diketahui
Dengan belajar...minda sentiasa berfikir
Dengan belajar...hidup dapat pergi jauh
Dengan belajar...adik tidak akan sesekali lemas

Ingatlah pesan abang...wahai adikku sayang...

Sebentar lagi...abang akan pergi
Menghadap Illahi...
Meninggalkan adik selamanya...
Dengan harapan...penuh ilmu di dada
Yang dapat membentuk peribadi mulia
Insan soleh yang diimpikan
Ayah dan Bonda...

Adikku...marilah belajar
Mewarisi kemerdekaan
Nenek moyang kita selama ini
Memimpin generasi akan datang
Dengan ilmu penuh di dada...

Dengan ilmu...
INSYAALLAH...
Dapat membentuk generasi berguna...




Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Isu Lif di KSJ (3)...

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Alhamdulillah...pertamanya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya dapat juga saya kembali menulis setelah pelbagai perkara atau dugaan yang melanda saya. Itu adalah dugaan dan cabaran yang perlu juga saya tempuhi untuk kebaikan kita bersama. Alhamdulillah juga kerana keputusan peperiksaan saya setakat ini masih di tahap yang baik...

Bila berbicara dengan isu di atas iaitu mengenai "Isu Lif di KSJ". Saya amat-amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam memastikan kerosakan lif di KSJ ini dapat diselesaikan secara menyeluruh. ALHAMDULILLAH...

Berkenaan dengan surat perakuan penggunaan Mesin Angkat ini juga telah diperbaharui, dan mudah-mudahan semua mahasiswa pada masa akan datang dapat menggunakannya tanpa sebarang kemusykilan lagi.

Terima kasih saya ucapkan juga kepada Tuan Pengetua, dan semua yang terlibat dan memberi sepenuh komitmen dalam memastikan kemudahan yang terdapat di KSJ ini dapat digunakan sepenuhnya. Dan kita tahu, kerosakan lif ini berpunca daripada VANDALISME. Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa di KSJ agar bergerak bersama-sama dengan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UTMIC dalam membanteras gejala ini dan bersama-sama menghindari gejala buruk ini.

Dan pesanan saya kepada seluruh mahasiswa, berpesan-pesanlah sesama kita supaya tidak mengulangi perbuatan Vandalisme ini disebabkan perbuatan dia seorang dapat membuatkan seluruh mahasiswa menjadi sedikit susah.

Akhir kata, SALAM PERJUANGAN MAHASISWA dari saya.

INSYAALLAH...


Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Monday, April 19, 2010

Makluman Terkini...

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Hari ini saya nak menyatakan keadaan saya terhadap blog ini. Saya berasa terpanggil untuk memberi penjelasan terhadap isu-isu berbangkit yang terdapat dalam blog saya ini.

Pertamanya, tujuan utama blog ini adalah berkaitan dengan apa yang saya buat atau lakukan dalam seharian saya kerana itulah yang saya berikan tajuknya "LIKU-LIKU KEHIDUPAN".

Keduanya, saya tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak dan apa yang saya sampaikan dalam blog ini adalah sebagai satu penyelesaian yang agak sekian lamanya perlu kita semua selesaikan. Mungkin di sini ramai yang tidak senang dengan kehadiran blog saya ini tetapi saya perlu jalankan tugas saya dan perlu sampaikan semua maklumat yang sepatutnya semua orang patut tahu dalam sesuatu perkara.

Ketiganya, kenapa perlu berlakunya ketidakpuasanhati sesetengah pihak berkenaan blog saya ini? Apa tindakan salah yang telah saya lakukan sehinggakan saya mendapat kritikan yang hebat dari sesetengah pihak..??? Apa sebenarnya ini..??? Sekiranya saya salah, pihak yang terlibat itu perlu berjumpa dengan saya untuk berbincang dan bukannya bertindak melulu terhadap saya..??? Saya sendiri tahu setiap tindakan saya, saya rujuk ke pihak-pihak yang terlibat.

Keempatnya, sekiranya saya benar-benar salah, SAYA MOHON MAAF tetapi sekiranya saya tidak bersalah, kenapa saya perlu katakan bahawa saya adalah pesalah??? Jika mahasiswa bersalah, saya akan salahkan mahasiswa. Dan jika pihak yang terlibat bersalah, saya juga akan salahkan pihak yang terlibat itu. Tetapi masalahnya, kenapa saya dikatakan memandang sebelah pihak???

Baiklah, saya membuat kenyataan di sini, SAYA MOHON MAAF sekiranya saya bersalah dalam sesetengah penulisan saya ini tetapi SAYA TIDAK PERNAH MEMBUAT FITNAH ATAU TUDUHAN TANPA BUKTI YANG SAYA LAMPIRKAN!!! Harap semua pihak FAHAM keadaan saya. Tetapi saya tidak akan sesekali tunduk dengan sesuatu yang salah. Saya tahu DOSA dan saya tahu PAHALA. Saya tahu MANA YANG BAIK, dan saya tahu MANA YANG BURUK. Dan TOLONG BERIKAN SEBARANG KENYATAAN ATAU KOMEN KEPADA SAYA SEKIRANYA TINDAKAN SAYA ITU SALAH DAN KETERLALUAN. Saya hormati pendapat anda semua... INSYAALLAH.

Di sini juga, pihak-pihak yang terlibat itu, saya tidak maksudkan kepada PIHAK ATASAN atau PIHAK PENTADBIRAN saja, tetapi saya maksudkan juga kepada MAHASISWA. Harap semua FAHAM...

Diharapkan dengan kenyataan terkini daripada saya, dapat memulihkan keadaan sekarang, dan saya minta mana-mana pihak yang terlibat, TOLONG BANGKIT dan BERIKAN INFORMASI yang terlibat agar semua pihak sentiasa berhati-hati.

ALLAH AKAN BERSAMA DENGAN HAMBA-NYA YANG BENAR, DAN ALLAH AKAN BERSAMA DENGAN HAMBA-NYA YANG TERANIAYA.


SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Sunday, April 18, 2010

Isu Lif di KSJ (2)....

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Semalam bersamaan hari Sabtu (17 April 2010), ada sedikit berita atau maklumat yang amat penting perlu disebarkan kepada seluruh mahasiswa mengenai ISU LIF DI BLOK B yang hangat diperkatakannya agak sekian lama...

Setelah satu perjumpaan yang diadakan bersama Tuan Pengetua KSJ sebelum ini masih tidak mendapat jalan penyelesaian, akhirnya semalam kemungkinan besar menjadi satu penyelesaian yang harus kita semua perhatikan dan fikirkan.

Semuanya bermula apabila saya menerima panggilan daripada Naib Presiden 1, MPM UTMIC, Hariz Zakwan Bin Abu Baharim mengenai lif yang semakin uzur dan rosak disebabkan pihak-pihak tertentu. Kemudiannya, saya menerima lagi penggilan daripada beberapa mahasiswa di Blok B mengenai isu yang sama.

Langkah pertama yang saya lakukan adalah saya menghantar sms laporan sebanyak 5 kali kepada ketua Blok B, Fairuz Alhafiz dan kemudiannya terus berjumpa dengan Naib Presiden MPM untuk langkah seterusnya. Dan kami membuat satu pertemuan ringkas bersama Ketua Blok B dan Presiden JKM mengenai perkara ini. Sebelum itu, saya menelefon Pembantu Felo Blok B berkenaan dengan isu ini tetapi tidak diangkat sedangkan dalam masa yang sama Ketua Blok B menelefon pembantu Felo terbabit dan diangkatnya lalu berkata, "Biarkan mahasiswa naik guna kaki" berkenaan dengan lif ini.(Bukti pembaca semua boleh rujuk kepada Ketua Blok B)

Kemudiannya, saya dan Hariz Zakwan terus melangkah ke Pihak Pengawal mengenai perkara ini tetapi disuruh buat laporan secara bertulis dan kemudiannya kami meminta kebenaran untuk pihak pengawal lihat di CCTV tetapi tidak dibenarkan kerana Pihak yang sepatutnya adalah Pihak Pentadbiran KSJ.

Lalu kami pulang dan meminta si Fairuz ini buat laporan lalu dihantarnya bersama dengan kami ke pondok pengawal. Seterusnya kami masih tidak mengalah terus membuat panggilan kepada Staff Blok B berkenaan isu ini untuk lihat CCTV.. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang diberikan pihak Pentadbiran KSJ dapat mengesan pihak terbabit yang terlibat dengan gejala VANDALISME..

Lalu, kami meminta membuat satu pertemuan secara tidak rasmi tetapi tergempar antara Pengetua KSJ, Pembantu Felo Blok B, Naib Presiden 1 MPM UTMIC, Exco Kebajikan,Kolej&Pengaduan Awam MPM UTMIC, Ketua Blok B dan Pen.Ketua Blok B pada pukul 9.00pm bertempat di Bilik JKM KSJ.

Alhamdulillah, perbincangan yang dibuat itu dihadiri semua yang dijemput kecuali Pembantu Felo dengan alasan berada di Rumah Kakaknya. Perbincangan itu kemungkinan satu penyelesaian yang seperti dijanjikan akan berlaku secara drastik. Buktinya, pembaca boleh bertanya atau berjumpa dengan semua yang terlibat di atas.

Diharapkan dengan maklumat ini, mahasiswa dapat berfikir secara rasional keadaan yang berlaku di KSJ terutamanya berkenaan dengan isu LIF di BLOK B ini. Kerjasama yang diberikan antara MPM UTMIC dan JKM seharusnya dikekalkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan mahasiswa.

Saya selaku Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam memohon maaf sekiranya tindakan yang dibuat secara berterusan ini tidak menyenangkan mana-mana pihak. Dan saya sekali lagi meminta kerjasama dari semua mahasiswa untuk bangkit bersama saya untuk kebajikan dan kepentingan mahasiswa bersama.. Serta kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya..????

Ingatlah, ALLAH akan bersama dengan HAMBA-NYA yang BENAR dan HAMBA-NYA yang TERANIAYA...

INSYAALLAH...

SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...


Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Friday, April 16, 2010

Isu Lif di KSJ...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ada sedikit perkongsian mengenai apa yang berlaku pada hari ini terhadap saya... Saya mengharapkan agar korang semua berfikir terhadap apa yang berlaku pada saya hari ini, agar ianya menjadi satu kejadian yang dapat membuka mata semua pihak...

Pertamanya, mengenai apa yang berlaku ketika saya menaiki lif dari aras 6 ke aras G di Blok B selepas perbincangan dengan Naib Presiden 1 MPM UTM, Hariz Zakwan. Ianya bermula ketika berhenti di aras 2 iaitu ada 2 orang Cleaner (Seorang India, dan seorang lagi Warga Indonesia) yang ingin memasukkan trolinya yang berair melimpah-limpah berserta dengan tilam yang basah. Ketika itu, saya persoalkan kenapa perlu masuk juga kerana inilah antara punca lif rosak dan lif berbau. Dan dua orang tersebut hanya mendiamkan diri saja....Lalu saya mengambil gambar sebagai bahan bukti dan 3 orang saksi yang berada di tempat kejadian juga mengukuhkan fakta saya ini iaitu 1 orang Mahasiswa tahun1 dan 2 orang Mahasiswa tahun3.

Selepas itu, saya terus membuat laporan di Pejabat Blok B dan memberi penjelasan mengenai perkara ini kepada staff Blok B bersama dengan Mohd Irfan, Exco Kerohanian, Sosial dan Pembangunan Modal Insan MPM UTMIC. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang pertelingkahan yang berlaku.

Apabila dikaji semula mengenainya, apa fungsinya CCTV yang ada dalam lif tersebut. Kerana apa saya bangkitkan perkara ini??? Kerana untuk kebaikan mahasiswa bersama. Pertamanya, saya pernah membangkitkan mengenai Lif ini ketika perbincangan dengan Tuan Pengetua KSJ, En.Noh Muhamad Adlan dan alasannya ialah VANDALISME.

Ok saya terima alasan itu, tapi saya bangkitkan juga, "Kalau begitu, kita boleh buktikan la siapa yang lakukan kegiatan Vandalisme ini." Tapi dijawab bahawa CCTV itu tidak dapat kesan siapa yang lakukannya kerana CCTV tersebut ada masalah. Oleh itu, adakah pihak Mahasiswa yang bersalah??? Atau pihak Pengurusan..???

Apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa terutamanya saya sendiri selaku Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam, di mana tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan untuk kegiatan VANDALISME ini. Adakah sehingga semua lif yang terdapat di KSJ ini rosak??? Saya juga sekarang tengah merancang satu perjumpaan rasmi antara Pihak Pejabat Harta Bina, Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Wakil Mahasiswa untuk berbincang mengenai perkara-perkara berbangkit seperti ini.

Jika 100% yang dilaporkan adalah kesalahan Mahasiswa UTMIC, ialah merupakan Fakta yang salah kerana saya juga ada bukti mengatakan bahawa kemungkinan besar bukan disebabkan mahasiswa 100% terhadap masalah ini.

Oleh itu, saya menyeru kepada mahasiswa agar jangan jadikan bahawa kita ini pesalah utama dalam sesebuah masalah kerana tidak semua mahasiswa kita adalah seperti yang digambarkan. Saya akan sentiasa bersama anda jika anda semua di pihak yang benar. Saya sekarang mengumpul bukti lain antaranya mengenai keluaran SIJIL SAH PENGGUNAAN MESIN ANGKAT BERAT ini telah tamat tempoh iaitu pada 14 Julai 2009. Adakah ini salah mahasiswa??? Fikir-fikirkanlah...

Dan saya mengharapkan dari seluruh mahasiswa agar membantu saya dalam menyelesaikan masalah ini sekiranya anda semua mempunyai alasan lain atau bukti lain bagi membolehkan saya mengukuhkan lagi fakta saya ini. Ingatlah, ALLAH akan bersama dengan Hamba-Nya yang BENAR dan ALLAH akan bersama dengan Hamba-Nya yang TERANIAYA...

INSYAALLAH....

Semoga mahasiswa semua berfikir dan terus membantu memberi sokongan kepada Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTMIC ini dalam memperjuangkan HAK MAHASISWA bersama...


Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"



Thursday, April 15, 2010

Salam Perpisahan....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ingin mengucapkan salam perpisahan kepada seluruh mahasiswa Tahun3 UTMIC. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sokongan, tunjuk ajar, ilmu, buku-buku, kritikan dan sebagainya lagi yang diberikan kepada saya sampai saya boleh berdiri seperti sekarang. Saya akan hargai setiap apa yang telah diberikan abang2 dan kakak2 kepada saya.

Saya juga ingin mengimbas kembali sedikit sebanyak pengalaman yang boleh diceritakan bersama iaitu kenangan bersama senior PEHARTA, senior JKM dan Mantan MPP. Kamu semualah yang memberi nafas kepada saya untuk terus memperjuangkan suara mahasiswa dan akademik, dan saya akan gunakan semuanya itu sebaik mungkin.

Saya pun berharap agar kamu semua terus memberi sokongan terhadap saya...Insyaallah...
Terimalah dari saya..

DOA PERPISAHAN...hayatilah ia supaya kita terus tidak lupa diri di luar sana dan terus menjadi sebagai hamba Allah yang berada di Jalan-Nya...

Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku ke hadrat Ilahi di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua

Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba mu

Mencari hidayah daripada Mu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba Mu
Di atas perpisahan ini

"Teman betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini.
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama.
Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini.
Teruskan perjuangan."


Diharapkan dengan bait-bait ayat di atas memberi sedikit gambaran agar ukhuwah yang terjalin ini terus kekal ke akhirnya...INSYAALLAH...

SALAM PERPISAHAN dan SELAMAT MAJU JAYA...


Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"


Wednesday, April 14, 2010

Kisah Teladan (1)....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita teladan yang boleh menginsafkan kita tidak kira kita itu hebat atau tidak. Apa yang menariknya cerita ini, ianya adalah kisah benar yang berlaku ketika zaman Rasulullah SAW. Oleh itu, bersama-samalah kita semua menghayati cerita ini...

PAHLAWAN NERAKA

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah SAW pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah SAW itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah SAW itu. Rasulullah SAW sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda SAW berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut Rasulullah SAW lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Diharapakan dengan cerita di atas itu, sahabat-sahabat, kawan-kawan, pembaca blog dan sebagainya dapat mengambil pengajaran yang ditonjolkan melalui cerita benar itu.

Semoga korang semua terus melangkah ke hadapan...
INSYAALLAH...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Tuesday, April 13, 2010

Isu Wireless Di Kediaman Siswa Jaya UTMIC (2)....

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia & SALAM PERJUANGAN MAHASISWA....

PERHATIAN...

Terlebih dahulu saya dan Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa ingin memohon maaf berkenaan dengan isu wireless yang terjadi di Kediaman Siswa Jaya sejak hari Jumaat lagi. Semuanya ini berlaku tanpa diduga. Pada hujung minggu ketika wireless dah putus, saya telah call dan sms pada pihak yang terlibat tetapi responnya adalah menduka citakan. Kami berlima bersepakat untuk menjumpa Pihak CICT pada waktu bekerja iaitu pada Hari Isnin (12-4-2010).

Semalam (Isnin, 12-4-2010), tepat jam 8.45am saya telah pergi ke CICT untuk membuat laporan mengenai wireless di Kediaman Siswa Jaya dan dibalas pihaknya akan menghantar orang untuk ke Kediaman Siswa Jaya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pada pukul 10.30am, sekali lagi saya bersama dengan Mohamad Hazrai (Exco Sukan & Kebudayaan) pergi membuat laporan mengenai isu wireless itu dan membangkitkan isu mengenai Wimax yang telah dipasangkan di KSJ tersebut. Maklum balas dari pihak CICT ialah dorang akan hantar staff yg terlibat untuk pergi ke KSJ kerana paginya itu ada urusan sedikit katanya.

Selepas itu saya dan Hazrai terus ke Unit Sukan untuk urusan sukan dan kebajikan yang bertempat di Unit Sukan, Padang UTMIC.

Selepas itu, pada pukul 2.30pm saya bertolak pulang ke Kediaman Siswa Jaya untuk melihat dan check semula status connection wireless itu, tetapi ianya mendukacitakan lagi. So, saya terus call Hazrai untuk bangkitkan sekali lagi isu wireless di KSJ ini. Hasilnya, maklumat yang diperolehi adalah alat wireless itu terbakar dan rosak dan perlu ditukarsemula. Pihak CICT telah menghubungi supplier alat tersebut untuk tindakan seterusnya. Ianya masih belum dapat diberitahu proses itu mengambil masa yang lama atau tidak....

Diharapkan dengan maklumat di atas, seluruh mahasiswa dapat bersabar kerana Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa telah membangkitkannya. Insyaallah....

Apa-apa pun "Selamat Berjaya" untuk seluruh mahasiswa dan "Selamat Bercuti" kepada mahasiswa yang akan pulang ke kampung.

INSYAALLAH...

SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Monday, April 12, 2010

Demi Matahari.....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Hari ini saya juga ingin berkongsi sedikit lirik lagu yang diambil dari Surah Asy-Syam. Lagunya dinyanyikan oleh Kumpulan Nasyid Snada. Apa yang menariknya untuk dikongsikan di sini adalah ianya mempunyai kenangan manis buat saya apabila lagu ini berkumandang.

Semuanya adalah setelah saya sertai satu Program Kepimpinan Mahasiswa IPTA yang memotivasikan saya di bawah kelolaan ESQ. Slot ESQ memang menarik perhatian saya kerana setiap aktiviti yang diadakan akan mengundang kesayuan apabila mengenangkan sesuatu yang cuba dibangkitkan.

Ketika itu juga saya memperolehi ramai kawan dan kenalan dari seluruh Malaysia yang berlainan universiti. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Universiti kerana memilih saya walaupun saya antara yang paling junior dari 4 orang wakil UTMIC. Alhamdulillah....

Oleh itu, fahamilah dan hayatilah bait-bait ayat tersebut...



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya


Allah...Subhanallah..... Allah...Subhanallah...
Allah...Subhanallah..... Allah...Subhanallah...

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya....
Subhanallah....

Insyaallah...semoga sahabat-sahabat, kawan-kawan, pembaca blog dan sebagainya saling bersyukur, saling nasihat-menasihati....semoga kita terus berjaya....
INSYAALLAH...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"











Kisah Lawak Jenaka (1)...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini, saya terfikir untuk berkongsi satu cerita yang lawak untuk sahabat-sahabat, kawan-kawan, pembaca blog dan sebagainya lagi selepas saya terbacanya tadi ketika melayari internet di PSZ. Dengarkanlah cerita tersebut supaya kita tenangkan fikiran kita dari masalah-masalah yang timbul ketika di musim peperiksaan akhir semester kali ini....

AL-KISAHNYA BERMULA....

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta di rumah?

Mama : Boleh...boleh...nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, boleh saya ajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, nanti mama akan uruskan jemputannya.

Anak : Ma, boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh..boleh... Nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadi yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma, boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah...mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh..!! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Ala.....boleh la mama...., please...

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi.... TIDAK BOLEH, kamukan LELAKI!!!


Pengajaran :

Kita haruslah berfikir dengan setiap apa yang kita lakukan. Kita mestilah sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah Taala sama ada kita ini lelaki mahupun perempuan. Antara tanda-tanda akhir zaman ialah semakin bertambah lelaki menyerupai perempuan dan semakin bertambah juga perempuan menyerupai lelaki...

Maka, fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabat, kawan-kawan, pembaca blog, dan sebagainya...


INSYAALLAH....

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"







Friday, April 9, 2010

Isu Berbangkit Di KSJ...

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Semalam (8 April 2010), tepat jam 11.00pagi bertempat di Bilik Pengetua,Blok A, Kediaman Siswa Jaya, telah diadakan satu pertemuan rasmi antara saya, selaku Exco Kebajikan,Kolej&Pengaduan Awam MPM UTMIC, Hariz Zakwan (Naib Presiden 1 MPM UTMIC), Nur Hidayu (Exco Akademik,Inovasi&Pengantarabangsaan), Asyraf Ayub (Wakil Mahasiswa Tahun1) dan Shahril Zaabar (Presiden JKM KSJ) dengan En.Noh Muhamad Adlan, selaku Pengetua Kediaman Siswa Jaya UTMIC.



Pertemuan ini merupakan pertemuan khas yang diadakan sendiri oleh saya untuk membangkitkan beberapa isu yang saya terima dan beberapa cadangan atau usul baru yang dikemukan oleh Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTMIC untuk kemudahan Mahasiswa UTMIC.


Berikut merupakan senarai isu yang dibangkitkan oleh saya dan Barisan MPM UTMIC yang lain, iaitu :
  1. Penyimpanan Barang pada Penghujung Semester : Penyimpanan barang pada penghujung semester seringkali mengundang ketidakpuasan hati oleh mahasiswa UTMIC yg tinggal di KSJ dimana kuota utk penyimpanan barang di stor itu hanya dibenarkan kpd ahli JKM, mahasiswa Sabah & Sarawak. Hal ini adalah sepatutnya diberikan secara terbuka kpd seluruh mahasiswa (penghuni KSJ). Sebahagian besar mahasiswa yg menginap di KSJ adalah luar dari kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.
  2. Kadar Saman yang Dikenakan Tidak Releven : Kadar saman yg dikenakan adalah tidak releven terhadap kesalahan "Tertinggal kunci" dengan bayaran RM25.00. Hal ini adalah disebabkan nilai tersebut dianggap membebankan mahasiswa yg mengalami kecuaian tersebut. Kadar yg dikenakan terhadap mahasiswi di Blok A yg berkaitan dengan beberapa kesalahan seperti menyidai baju dan tidak tutup lampu juga dikenakan bayaran RM25.00.
  3. Isu Kenaikan Harga Sewa Bilik : Isu kenaikan harga sewa bilik ini terus diwar-warkan sejak setahun kebelakangan ini dan pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa berharap agar kadar sewa yang dikenakan adalah sama mengikut semester-semester sebelum ini.
  4. Sesetengah Felo yang Tidak Prihatin Terhadap Kes Kecemasan : Sejak kebelakangan ini, 3 laporan yang diterima oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa mengenai isu Felo yang tidak prihatin terhadap beberapa kes kecemasan yg berlaku. Kes Pertama, mengenai keracunan makanan. Kes Kedua, mengenai pelajar pengsan dan Kes Ketiga, mengenai pelajar perlu keluar dari KSJ kerana ada kes kecemasan yg berlaku oleh keluarga pelajar terbabit.
  5. Kerosakan Lif : Kerosakan lif kerap kali berlaku di Blok B dan Blok C KSJ. Setelah diperhatikan, Majlis Perwakilan Mahasiswa agak terkejut dengan maklumat Perakuan Kelayakan Mesin Angkat itu sudah tamat perakuannya iaitu pada 14 Julai 2009.
  6. Bilik Komputer di Kediaman Siswa Jaya : Bilik Komputer di KSJ terutamanya di Blok C sudah dilengkapi dengan komputer baru tetapi masih belum dibuka. Tetapi berlainan pula di Blok A dan Blok B yang telah dibuka.

Berikut adalah keputusan yang diperolehi :

  1. Penyimpanan barang pada penghujung semester ini akan dibuka kepada seluruh mahasiswa UTMIC dan dikenakan caj sebanyak RM10.00 (untuk 3 kotak) serta keselamatan tidak jamin.
  2. Kadar saman boleh diturunkan dengan syarat mahasiswa perlu buat surat kurangkan harga denda kepada Pengetua. Mahasiswa juga boleh dapatkan contoh surat dari Majlis Perwakilan Mahasiswa.
  3. Isu kenaikan harga sewa bilik akan terus dinaikkan juga. Majlis Perwakilan Mahasiswa akan fikirkan cara atau inisiatif utk memastikan isu ini akan dapat ditunda lagi supaya tidak membebankan mahasiswa UTMIC.
  4. Isu sesetangah felo yg tidak prihatin terhadap kes kecemasan ini akan diambil tindakan oleh Pengetua. Dan mana-mana mahasiswa yang alami mengenai isu ini boleh terus laporkan kepada Pengetua sendiri atau terus menerus kepada saya atau Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain.
  5. Kerosakan lif adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Harta Bina UTMIC. Insyaallah, Majlis Perwakilan Mahasiswa akan aturkan satu pertemuan khas dengan Pejabat Harta Bina UTMIC antara MPM UTMIC, Pejabat Harta Bina UTMIC dan wakil-wakil mahasiswa.
  6. Bilik komputer di KSJ terutamanya di Blok C belum dibuka disebabkan ketiadaan kakitangan yang cukup. Oleh itu, Majlis Perwakilan Mahasiswa akan adakan lagi satu pertemuan khas antara MPM UTMIC dengan Puan Raja Aida mengenai isu ini.

Berikut pula merupakan antara cadangan tambahan yang dikemukan sendiri oleh saya dan Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain :

  1. Tempat letak motor berbumbung untuk mahasiswa di KSJ. Ianya dilihat sebagai ada beberapa kebaikan dengan pembinaannya iaitu tempat letak motor berbumbung itu boleh dijadikan bangsal untuk apa-apa bentuk program dan seterusnya menjaga kebajikan mahasiswa iaitu kesihatan mahasiswa terutamanya ketika musim hujan.
  2. Laluan beratap ke Surau KSJ bagi muslimah.

Berikut adalah keputusan yang diberikan oleh Pengetua :

  1. Insyaallah, akan difikirkan semula dan jika dilaksanakan tempat letak motor berbumbung ini akan dikenakan caj kepada mahasiswa (mengikut peraturan yang ditetapkan oleh semua kolej di UTM Skudai) iaitu RM30 utk satu semester.
  2. Tidak boleh dilakukan disebabkan beberapa masalah yang berlaku.

Di sini, Majlis Perwakilan Mahasiswa amat berharap agar semua mahasiswa UTMIC boleh menerima secara terbuka dengan semua keputusan yang telah diberikan oleh pengetua sebarang kemusykilan atau persoalan mengenai isu-isu di atas, anda bolehlah terus berjumpa dengan saya atau Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain.

Sebarang masalah dan isu berbangkit yang lain bolehlah laporkan kepada saya, Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh selaku Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam Majlis Perwakilan Mahasiswa UTMIC atau En.Noh Muhamad Adlan (Pengetua KSJ UTMIC).

INSYAALLAH....

SALAM PERJUANGAN MAHASISWA...

Sampai Jumpa,

(Bersama Bernafas Di Era 1 UTM)


Wednesday, April 7, 2010

Kenangan Kelas Pengucapan Awam....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit kenangan ketika saya semester 1 di Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur iaitu kelas Ko-Q saya, Pengucapan Awam.

Pertamanya, saya ingin berterima kasih kepada sifu saya iaitu Puan Siti Salamah Bt Mohd Shihab selaku pensyarah bagi subjek ini. Dan terima kasih juga kepada semua mahasiswa Pengucapan Awam yang sudi melantik saya sebagai ketua selepas penarikan diri dari Mohd Hafiz. Terima kasih saya ucapkan.

Keduanya, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam mengetuai kelas ini. Saya pernah diberi cabaran dan tugasan untuk membuat satu pembaharuan dalam kelas ini tapi mestilah ada kena-mengena dengan pengucapan awam. So, saya terfikir untuk membuat satu aktiviti berkaitan dengan rakaman tv iaitu Jangan Tidur Lagi.

Alhamdulillah kerja saya berhasil dan saya nak berkongsi sedikit gambar-gambar yang telah dirakamkan ketika kelas tersebut. Semoga korang semua bergembira dan yang paling penting, Ilmu Pengucapan Awam itu perlu ada pada kita kerana ia adalah salah satu skill untuk kita terus ke hadapan. Kerana apa? Kerana ilmu itulah yang akan memberikan kita satu kekuatan ketika kita membuat pembentangan kerja untuk tugasan yang diberi di dalam kelas kita.



Ketika kuliah terakhir....

Bersama dengan semua mahasiswa lelaki pengucapan awam....


Ketika diberikan penghargaan selaku Ketua Kelas oleh Puan Siti Salamah....


Bersama kawan-kawan ketika Rakaman TV di NTV7....


Bersama Bintang Paling Popular 2009, Dato' Siti Nurhaliza dan Azim ketika rakaman Jangan Tidur Lagi.....


Semoga junior-juniorku yang akan mengambil Subjek Pengucapan Awam pada akan datang, Selamat Berjaya.... saya sentiasa menyokong anda...Insyaallah...
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Sunday, April 4, 2010

Kenangan Terindah Di Janda Baik...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...



Hari ini, saya ingin berkongsi sedikit kenangan terindah yang bertempat di Janda Baik, Pahang. Semuanya itu adalah balasan kepada ajk PERSADA yang bertungkus lumus untuk Program Pesta Hari Terbuka Kolej Kedua 2008 (Persada). Ketika itu, saya memegang jawatan sebagai Ajk Protokol Persada di bawah Kak Athirah. Korang semua bolehlah melihat gambar-gambar yang dirakamkan ketika berada di Janda Baik tersebut.



Semua ajk bersama ayahanda tercinta, En.Noh Muhammad Adlan, Pengetua KSJ.



Ketika hendak mandi...

Ok....nanti saya akan masukkan lagi pelbagai gambar lain....Insyaallah...



Sampai Jumpa...

Saturday, April 3, 2010

Mahabbah Terulung....

Selama kita bertekad...berjuang
Mencari kesempurnaan sebuah impian
Bersama-sama erat menggenggam
Lembut...kasar tangan ini...
.
Kepahitan...Keletihan...Kepayahan...
Kita redahi...harungi bersama
Hilai tawa antara kita...
Menjadi sebuah kenangan terulung...
.
Di sini...kita terjaga
Dari sebuah igauan mimpi
Untuk mencapai seribu kemenangan
Seribu harapan...
.
Mahabbah...impian bersama yang terukir
Pentas kegemilangan yang dibina
Di sinilah jua...
Terciptanya sebuah keluarga...
Terdidiknya sebuah masyarakat...
Kitalah...raja...
Kitalah...rakyatnya...
.
Di sini juga...
Keindahan...sebuah cinta...
Kejernihan...sebuah kasih dan sayang...
Mercu tanda karya bersama
Mahabbah Terulung...segala-galanya....

.
Cerita di sebalik puisi di atas:
.
Puisi diilhamkan ketika saya menjadi Timbalan Pengarah 2 bagi Pesta Hari Terbuka Kolej Kediaman Siswa Jaya yang digelarkan "MAHABBAH '09"... Alhamdulillah, program ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tetapi ada jugalah sedikit masalah yang berlaku di sebaliknya.
.
Di sini jugalah saya memahami dan mengenali insan-insan yang bergelar pemimpin dan sebagainya. Pelbagai gelagat dan ragam semua ajk pelaksana dapat disaksikan oleh saya sendiri. Saya cukup gembira apabila seluruh mahasiswa berpuas hati terhadap program ini tetapi ada jugalah yang kurang berpuas hati.
.
Di sini juga, saya ingin berterima kasih kepada Saudara Azmi Bin Abd Ghaffar (Pengarah Program) yang memberi kepercayaan kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengarahnya dan kepada semua anak buah saya yang berjaya dengan jayanya dengan program masing-masing seperti Faizul Ali Adam (Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu), Amnah Mohamad Salleh (Derma Darah), Maisarah Rosli (Pameran Ilmiah), Wan Ayzam Zulhelmey (Gerai dan Jualan), dan sebagainya lagi.
.
Kepada Kak Min dan rakan-rakannya terima kasih saya ucapkan di atas tunjuk ajar yang diberikan kepada saya dan seluruhnya. Semoga kita semua terus nasihat-menasihati antara satu sama lain....Dan kepada semua junior yang bertungkus-lumus untuk MAHABBAH '09 direalisasikan...anda juga merupakan ajk pelaksana yang terbaik....terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada korang....
.
Insyaallah...semoga kita terus bekerjasama lagi....dan kepada Afiq Bin Baharin, saya doakan anda berjaya dengan "TEMASYA" yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti...Saya akan sentiasa menyokong anda dari belakang....
.
INSYAALLAH....
.
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Aku Bersama Kepimpinan Negara (1).....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pagi ini, saya ingin berkongsi sedikit beberapa keping gambar saya bersama Menteri Kabinet sekarang di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Pertamanya, gambar saya bersama YB Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan.

Keduanya, gambar saya bersama Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Ketiganya, gambar saya dan rakan-rakan seperjuangan bersama Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Itu saja yang boleh saya kongsi pada semua...Nanti saya akan tambahkan lagi gambar-gambar saya bersama Pimpinan Negera dan Pimpinan Kerajaan Negeri...Insyaallah...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Friday, April 2, 2010

Selamat Berjaya....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....


Hari ini saya ingin mengucapkan "Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir" dan "Selamat Berjaya" kepada seluruh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur, UTM Skudai dan seluruh IPTA di Malaysia....

Semoga anda terus berjaya ke hadapan dalam akademik ini. Saya..??? Alhamdulillah...saya baru jew selesai memahami dan mengulangkaji beberapa subjek yang saya sasarkan untuk dapat "A". Insyaallah...dalam menghadapi suasana peperiksaan akhir ini, saya agak kurang sihat sedikit disebabkan beberapa masalah sedang berlaku dalam diri saya.

Insyaallah, saya pun akan terus berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dan "Study" akan terus saya "Study"... Harap korang semua mendoakan kejayaan dan kesihatan saya....

Saya juga ingin memohon maaf sepenuh hati kepada ibu dan ayah saya terutamanya, keluarga saya, sahabat-sahabat seperjuangan, rakan-rakan, mahasiswa UTMIC, pembaca-pembaca blog dan sebagainya lagi, sekiranya saya pernah terkasar bahasa, berpelakuan teruk dan sebagainya lagi... Di sini, saya hanya mampu untuk memohon maaf..semoga korang semua terus menyokong saya dan mendoakan kejayaan kepada saya. INSYAALLAH...

Kami dari Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia juga, ingin mengucapkan sekali lagi kepada seluruh mahasiswa UTMIC, "SELAMAT BERJAYA...."



Sampai Jumpa,

"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Thursday, April 1, 2010

Pelancaran Majlis Profesor Negara....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...




Hari ini iaitu tanggal 1 April 2010, saya telah menyertai satu undangan program yang dianggap sebagai satu pembaharuan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi iaitu "Pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE)" yang bertempat di PICC Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Saya serta sekumpulan mahasiswa dari UTMIC tiba di situ tepat pukul 1.30pm dan terus menunaikan solat zohor. Selepas selesai, kami berlegar di kawasan tersebut dan dapat juga la bertemu dengan beberapa kenalan MPP dari universiti lain. Kami juga berkongsi la sedikit maklumat dan aktiviti yang dilakukan.

Di sini, saya juga ingin berkongsi maklumat mengenai fungsi penubuhan Majlis Profesor Negara tersebut, iaitu :
  • Membantu kegiatan pembangunan ilmiah.
  • Menggalak & merancang pembangunan kesarjanaan & keintelektualan negara.
  • Mengadakan wacana dan juga seminar bagi bertukar pandangan dan pendapat masing-masing berdasarkan kepada bidang kepakaran di kalangan profesor di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Memupuk budaya kesarjanaan & keintelektualan dalam negara untuuk meningkatkan kemajuan minda rakyat.
  • Menggalakkan aktiviti penyelidikan & pembangunan kesarjanaan dalam dunia akademik.
  • Membina jaringan akademik dengan badan-badan luar negara yang mempunyai objektif yang sama.

Kumpulan profesor yang terdapat di dalam negara merupakan aset terpenting keilmuan negara. Usaha untuk mengumpulkan mereka secara lebih terancang mengikut bidang kepakaran melalui penubuhan Majlis Profesor Negara akan memberi peluang untuk negara mendapatkan khidmat mereka secara berterusan.

Oleh itu, kepada sahabat-sahabt, pembaca blog dan sebagainya yang mempunyai cita-cita untuk menjadi salah seorang dalam Majlis Profesor Negara ini, mulai detik ini marilah bersama mengutamakan pembelajaran dan ilmu bermanfaat untuk dipenuhkan di dada kita. Ilmu itu boleh dikutip di mana-mana sahaja. Bak kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".


INSYAALLAH....


Sampai Jumpa,


"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

Cerita Di Sebalik "April Fool"....


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembataian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? April Fool merupakan perayaan pembataian Umat Islam, semestinya tidak layak dan tidak harus dirayakan.

Umat Islam sangat tidak layak dan tidak perlu merayakan "The April Fool Day" kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembataian Umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan Muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya, "Umat Islam banyak yang "Latah" dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut."

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayaj Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal disiapkan di Pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan Umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan Umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan Kaum Muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembataian dan pengingkaran janji tersebutt terjadi pada 1 April 1487 Masihi dan dikenang sebagai "The April Fool Day".

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa "The April Fool Day" itu dipopularkan dengan "ritual" yang mempersendakan, menipu, dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

"Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas", katanya.



p/s : Diharapkan kepada semua mahasiswa, rakan-rakan seperjuangan, pembaca blog dan sebagainya mengambil iktibar di sebalik sejarah ini. Dan marilah kita bersama-sama menghalang perayaan "The April Fool Day" ini untuk terus berleluasa di sekeliling kita dan seterusnya ke semua tempat. Insyaallah...dan Nasihat-menasihati antara kita juga perlu diutamakan...

INSYAALLAH....


Sampai Jumpa...
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"


Ulasan Movie(1).....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Hari ini juga saya ingin mengulas sedikit movie yang baru ditonton oleh saya dan beberapa rakan seperjuangan saya. Apa yang menarik untuk saya kongsikan mengenai movie "Street Fighter : The Legend Of Chun-Li" adalah bukan mengenai sinematografinya, bukan juga pengarahannya tetapi mengenai semangat yang ditonjolkan oleh watak utamanya iaitu Chun-Li.

Saya agak tertarik mengenai semangat yang dipegang olehnya iaitu berani kerana benar, cintakan pada ahli keluarganya dan keyakinan yang tinggi. Bila diperhalusikan, ia amat sesuai untuk diadaptasikan semangat itu kepada diri kita sendiri yang semakin ketinggalan ke belakang akibat tidak berani tampil ke hadapan untuk memperbetulkan keadaan. Itulah yang terjadi di Malaysia kita.




Saya juga sering terbayang di minda ini, jika semua mahasiswa kita dianggap "Lesu" dan tidak ada semangat yang kuat untuk terus bernafas di tanah air. Adakah kita mahu Malaysia ini dijajah semula oleh penjajah-penjajah yang tidak berperikemanusiaan? Adakah kita ingin terus lenyap dari tanah air tersayang kita?

Apa yang membuatkan saya ingin mengulas mengenai filem ini adalah walaupun cerita yang dipamerkan itu lebih ke arah aksi dan penindasan, tetapi saya ingin mahu membuka minda dan mata pembaca blog ini mengenai nilai moral yang ditunjukkan. Nak tahu lebih lanjut, hayatilah sendiri filem ini. Jangan ambil yang keruh tetapi ambillah yang jernih dari filem.


p/s : Saya dan mentee saya, Raja Nurfarizal juga memberi 4.5 bintang terhadap filem berkenaan. Semoga terus selami kisah suka duka untuk terus berjuang ke hadapan. SELAMAT MENONTON.
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"