Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan seperjuangan saya pada saat-saat getir dalam melangkah kaki ke dunia "FINAL EXAM". Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, saya ingin memohon maaf terlebih dahulu sekiranya penulisan ini menyinggung mana-mana pihak. Tujuan utama saya berkongsi penulisan ini adalah sebagai pengajaran dan dijadikan teladan kepada rakan-rakan seperjuangan termasuk diri saya sendiri.
Pada mulanya situasi ini berlaku agak tegang antara dua pihak yang berlainan pendapat. Satu pihak menganggap dirinya ditipu "hidup-hidup" dan satunya lagi menganggap dirinya tak bersalah. Kenapa saya berkata sedemikian? Kerana dia datang pada kami tanpa mengungkap sepatah kata kemaafan walaupun ketika kejadian itu, ketua yang dilantik berada di situ. Inikah yang dinamakan sebagai pemimpin pewaris bangsa?
Berbalik kepada situasi tersebut, kenapa isu "Ditipu" ini boleh dibangkitkan? Segalanya berpunca apabila si A menelefon si B. Apabila si A bertanya, "Di mana kamu?" si B pula menjawab, "aku ada di **** *****". Si A pun membalas ucapan terima kasih. Semua kami di situ tertanya-tanya...sedangkan si A, C dan D ini telah melihat gelagat si B di kafe sejam sebelum itu. Kemudiannya, si C tidak berpuas hati dan terus menerus menelefon si B. Saya dan rakan-rakan yang lain hanya mampu tersenyum sinis melihat gelagat seorang mahasiswa seperti itu. Keadaan di situ mejadi agak kelakar dengan sandiwara yang ditunjukkan oleh si B. Apabila telefon diangkat, si C pun sergah dan persoalkan di mana kamu berada sekarang, maka si B pun secara jujurnya menjawab berada di bilik sedang settlekan masalah. Maka, berlangsunglah perbualang yang hangat seketika waktu.
Setelah beberapa adegan yang agak tegang itu berlaku, saya dan 4 orang lagi rakan seperjuangan sebulat suara dan bersepakat menghabiskan juga tugasan yang dipertanggungjawabkan itu walaupun ketiadaan dan sokongan dari si B. Alhamdulillah, tugasan itu berjaya disiapkan dengan jayanya oleh kami berlima.
Persoalan :
- Adakah perkara ini berlaku disebabkan kesilapan dari pihak-pihak tertentu?
- Adakah ianya berlaku disebabkan kesilapan pengurusan kumpulan tugasan tersebut?
- Kenapa pula perlu menipu pada saat-saat sebegini?
- Adakah tiada keserasian dalam kumpulan ini?
- Siapakah yang harus dipersalahkan sebenarnya?
Moral daripada situasi tersebut:
- Saya menyeru agar orang-orang yang terlibat ini bertemu kembali dan selesaikannya secara baik dan berhemah.
- Janganlah ego tak bertempat. Sedarlah bahawa kita semua ini hanyalah manusia biasa.
- Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.
p/s : Sedarlah wahai sahabatku sebelum terlambat kerana kami yang berada di tempat kejadian amat-amat kecewa dengan sikap dan keegoan kamu itu. Kamu adalah kawan terbaik kami. Ingatlah, ALLAH MAHA ADIL dan ALLAH jugalah YANG MAHA MENGETAHUI.
Sampai Jumpa,
Ikhlas dari sahabatmu....