Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...
Alhamdulillah kita bertemu sekali lagi dalam entry terbaru aku berkenaan perkongsian aku mengenai satu teater interaktif yang aku ikuti setelah bergelut dengan kesibukan kerja di pejabat yang semakin hari semakin bertambah dengan pelbagai perkara baru yang aku diamanahkan antaranya menguruskan bajet pembelian bangunan dan penyelenggaraan bangunan, menguruskan sebutharga untuk kerja-kerja berkaitan hartanah dan semestinya mengemaskini portfolio aku dengan tugas-tugas hakiki perjawatan aku.
Dan Alhamdulillah, 21 September 2016 baru genaplah setahun aku bekerja mencari rezeki di kota metropolitan Kuala Lumpur dan membantu meringankan beban keluarga aku di Alor Setar. Aku masih meneruskan usaha untuk dapat ditukarkan dari Kuala Lumpur ke Negeri Kedah dan yang penting aku tak boleh mengalah. Seperkara lagi aku masih meneruskan cita-cita aku supaya dapat disahkan jawatan aku secepat mungkin tetapi apakan daya aku tersungkur satu paper, Insyaallah aku akan ulang paper tersebut bulan depan. Doakan yang terbaek untuk aku. Insyaallah...
ZOMBI SERANG BAS : Teater Interaktif Pos-Apokalips Dalam Bas...
Pernah dengar teater Zombi Serang Kolumpo? Zombi Serang Penang? dan Zombi Serang Joho? Pernah atau tidak? Sebelum tue, aku nak kongsikan mengenai 'cerita belakang' mengenai Zombi Serang Bas ini dimana Sisi Seni memulakan siri interaktif teater zombi sejak 2013, dengan Hari-Hari Terakhir Pembunuh Zombi Malaysia diikuti Zombi Serang Panggung, Zombi Serang Kolumpo, Zombi Serang Penang, Zombi Serang Joho dan Zombi Serang Bas; yang ditambah 'benda' baru iaitu 'teater persekitaran'.
Idea naskah baru ini adalah untuk menggabungkan semula semua pelakon-pelakon pementasan yang sebelumnya yang mana setiap cerita terakhir dengan pencarian menuju ke sebuah bas untuk ke destinasi selamat.
TAHNIAH aku ucapkan kepada Saudara Nawfal Zamri, Pengarah Teater yang aku kagumi dengan idea yang kreatif, simple, fresh dan menarik untuk setiap naskahnya menjadi faktor aku mengikuti persembahan teater interaktif ini dimana ianya menjadi kali pertama yang aku ikuti dengan dapat merasai situasi sebenar sepertimana seorang pelakon yang berada di dalam bas yang dikelilingi oleh zombi. Tahniah itu satu pengalaman yang seharusnya dirasai oleh setiap pembaca blog aku.
Projek Sisi Seni, Universiti Malaya dan Bleenk Media dalam menghasilkan Zombi Serang Bas merupakan satu usaha yang menarik dan perlu diberi perhatian kepada semua pihak bagi menghargai idea kreatif orang muda sepertimana yang diperkatakan oleh Dekan Jabatan Drama UM dimana teater ini cukup menarik. TAHNIAH juga pada para pelakonnya iaitu Bro Atiq Taki, Bro Han Zalini dan lain-lain lagi.
Sejujurnya, aku begitu teruja untuk mengikuti teater interaktif Zombi Serang Bas ini setelah melihat satu persatu perkembangan Zombi Serang Joho di media sosial yang diadakan di Johor. Bila aku dapat tahu, tiket mula dijual aku terus beli supaya menjadi antara penonton terawal yang dapat mengikuti teater interaktif Zombi Serang Bas ini.
Mulanya, seorang pemandu bas datang kepada kami dan mengatakan tempat itu diserang dengan zombi dan aku serta yang lain terus berlari ke arah bas dan menyelamatkan diri masing-masing. Kisahnya bermula di mana ada seorang lagi yang masih berada di luar yang dipenuhi dengan darah meminta untuk naik ke bas tersebut untuk menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa zombi dan keadaan di dalam bas menjadi tegang dimana ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju untuk membenarkan 'Rais' naik ke bas tersebut. Korang rasa 'Rais' dapat masuk ke tidak?
Apabila keadaan di luar bas agak tenang, keadaan di dalam bas pulak agak panas dengan haba dan boleh kata semuanya berpeluh dan dahaga, dan salah seorang dari penumpang meminta dan membenarkan untuk bukak cermin untuk dapatkan udara luar dan secara tiba-tiba salah seorang daripada penumpang terkena gigitan zombi ketika sedang leka membuka tingkap bas tersebut.
Keadaan menjadi kembali tegang apabila mangsa tersebut meracau dan akhirnya menyerupai zombi. Aku antara orang yang berlari ke depan menyelamatkan diri dari menjadi mangsa gigitan zombi terbaru tue. Hahaha... Para penumpang berbincang samada kita nak teruskan duduk di dalam bas atau lari ke luar atau ada idea lain yang boleh menyelamatkan diri? Korang rasa apa yang patut dilakukan kalau keadaan cemas berlaku secara tiba-tiba?
Aku stop kat situ dulu sebab aku mengharapkan korang dapat turun, ikuti dan merasai sendiri pengalaman teater interaktif Zombi Serang Bas ini. Secara keseluruhan, aku puji dan ucapkan tahniah dengan persembahan teater tadi tue dan aku bagi 8 dari 10 bintang untuk keseluruhan teater interaktif Zombi Serang Bas.
Cuma pandangan dan pendapat aku, lebih menarik sekiranya persekitaran luar bas digunapakai bagi menambahkan durasi masa bagi para penonton mendapat feel yang 'lebih' dan 'umppphhh' sebab persekitaran di luar bas cukup menarik seperti di dalam filem tetapi hanya babak pertama sahaja digunapakai dan aku mencadangkan agar di babak terakhir tue menampilkan keadaan yang lebih agresif dari watak-watak zombi supaya klimaks di pertengahan penceritaan terus memuncak hingga dipengakhiran cerita. Apa-apa pun, Tahniah dari aku sekali lagi.
Insyaallah, aku menanti dan menunggu projek seterusnya dari team Sisi Seni dan semestinya pengarah teater kegemaran aku iaitu Bro Nawfal Zamri. Kalau diberi kesempatan untuk berkongsi idea, aku ada satu idea yang aku pernah terfikir ketika aku menonton teater dari para pelajar korea ketika belajar di Jeju National University, Jeju Island iaitu mengenai virus jangkitan yang mempertembungan antara keegoan ibu ayah yang tidak sanggup menerima hakikat dan masyarakat (jiran) yang mempertahankan mangsa untuk terus diberikan perhatian oleh ibu ayahnya. Entah, aku tak ingat tajuk...huhu ;(
Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketika persembahan teater interaktif Zombi Serang Bas berlangsung tadi.
Aku bersama pelakon-pelakon teater nie... |
Aku bersama dengan zombi-zombi... |
Keadaan cemas semasa di dalam bas... |
Masing-masing mencari lampu, telefon untuk dapatkan cahaya,,, |
Pemandu bas cuba menenangkan para penumpang... |
Budak lelaki yang diberi pilihan samada untuk bantu atau tidak... |
Salah seorang penumpang menceritakan mengenai virus zombi... |
Salah seorang penumpang terkena gigitan zombi... |
Salah seorang penumpang cuba memberikan cadangan untuk bergerak ke luar bas... |
Taklimat dari tuan pengarah dan wakil produksi Sisi Seni... |
Comey ja tiket teater nie... |
Sekian, Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment