Friday, September 9, 2016

Light Sensation : Love Series @ Maeps, Serdang, Malaysia...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah kita bertemua sekali lagi untuk entry terbaru ini. Pagi tadi aku sempat mengikuti satu ceramah yang diadakan di pejabat yang bertajuk 'Selamatkan Al-Aqsa Bebaskan Palestin' yang telah disampaikan oleh salah seorang ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Malaysia iaitu Ustazah Hashimah Salleh. 

Banyak perkara yang dikongsikan oleh Ustazah Hashimah Salleh terutamanya melibatkan pengalaman beliau sendiri yang menjejakkan kaki di sana termasuk di Syria, Damsyik dan sebagainya bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kemanusiaan seperti pemberian makanan, pakaian, perubatan dan sebagainya lagi. Insyaallah, sama-samalah kita menyokong Aman Palestin ini terutamanya keikhlasan kita memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit. Insyaallah...

LIGHT SENSATION : Love Series @ MAEPS, Serdang, Malaysia

Sejujurnya, aku tidak pernah mengetahui mengenai aktiviti Ligth Sensation ini sehinggalah ada satu hari tue, aku terpandang satu iklan mengenai aktiviti yang akan dibuat dalam Malaysia dalam jangka masa terdekat ini. Aku cuba cari maklumat sehinggalah aku melihat aktiviti-aktiviti seperti ini telah diadakan di pelbagai negara seperti Canada, Japan, Thailand dan sebagainya lagi. Kali ini ianya dibuat di MAEPS, Malaysia.

Light Sensation ini dianjurkan oleh ESCAPE Room dengan kerjasama Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dengan menyaksikan 30,000 kuntuk bunga ros LED yang dipasang dan disusun sebagai salah satu langkah untuk memecahkan rekod dunia sekaligus layak dinobatkan dalam Guinness World Record. 


Semalam iaitu 8 September 2016 aku berpeluang untuk menghadiri dan menyaksikan sendiri keindahan kuntuman bunga ros LED yang ditanam membentuk Bunga Raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia dari jam 6.30 sehingga 10.00 malam. Jangan risau, di sini kemudahan surau cukup mudah dan selesa cuma tempat wuduk saja tidak disediakan. Huhu...

Semalam juga merupakan satu sejarah tercipta dimana aktiviti ini berjaya memecahkan rekod dunia dalam Guinness World Record yang dianugerahkan sebagai 'The Most Number of People Lighting LED Lights In A Relay'. Tahniah !

Aku juga berpeluang untuk berjalan dan melihat sendiri keseluruhan tapak aktiviti dengan melihat keseluruhan Bunga Ros LED pada waktu cerah dan waktu gelap. Memang best ! Di tambah pula terdapat Love Park dan Love Zone yang menjadi salah satu tempat yang menarik untuk merakamkan gambar. Selain itu, di sini juga ada Pesta Makanan dan ESCAPE Room yang lebih besar. 



Apa-apa pun, aku suka 'Light Sensation' ini dan tak rugi dengan harga RM16 (diskaun yang aku terima semasa membeli tiket ini di MATTA Fair 2016 di PWTC baru-baru ini). Dan terima kasih juga atas gambar percuma yang diberikan. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar suasana di situ.
















Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com


1 comments:

Hayalan said...

Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

Muzium Anatomi Haiwan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

Ladang Putra Dairy Farm
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

Galeri Serdang
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

Muzium Anatomi Manusia
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

Taman Konservatori UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/taman_konservatori_upm-4381

Pusat Ekuin UPM
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/pusat_ekuin_upm-4386