Sunday, October 9, 2011

Bayi 23 Hari Diliwat Bapa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terkejut saya apabila membaca satu berita mengenai ‘Bayi 23 Hari Diliwat Bapa’. Kejam dan Zalim tindakan seperti itu apabila dilakukan oleh bapa kandungnya sendiri. Sifat ‘Jahiliah’ itu semakin membahayakan dunia hari ini…

Berikut adalah berita yang sepenuhnya : -

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

Sumber : MyMetro Online

P/S : Semakin kurang terkawal apabila hawa nafsu sudah seperti binatang yang tidak kenal erti kemanusiaan. Binatang lebih penyayang apabila mengasihi anaknya sendiri, berbanding manusia seperti di atas. Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

1 comments:

Blue Salvia said...

manusia hari ini semakin kekurangan nilai-nilai seorang insan... kita sebgai manusia,biarlah perlakuan kita juga menyrupai manusia...
(Kesal)
Apa agknya yang kita masyrakt boleh buat untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku lg...?