Monday, October 10, 2011

Nasi Lemak 2.0 : Kontroversi atau Kebanggaan?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘Nasi Lemak 2.0 : Kontroversi atau Kebanggaan?’

‘Nasi Lemak 2.0’ dapat saya katakan sebuah filem yang cukup kontroversi. Bukan disebabkan filemnya atau penceritaannya tetapi ‘pengarahnya’ yang cukup kontroversi. Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee itulah empunya cerita. Ramai yang suka akan filemnya ini dan ramai juga yang mencemuh filemnya.



‘Ehhh, Namewee yang buat filem nie?’
‘Macam mana dia boleh jadi pengarah filem nie?’
‘So, dia dah jadi ARTIS terkenal sekarang…’

Itulah ungkapan-ungkapan yang timbul difikiranku ketikamana terpandang poster filem ini semasa membuat persiapan untuk sambung belajar baru-baru ini. Fullstop. Tak nak komen pasal pengarahnya !

Berkenaan dengan filem ‘Nasi Lemak 2.0’ ini, hanya dapat saya katakan ‘OK’ saja. Walaupun saya belum pernah merasai kenikmatan Nasi Lemak ini, tetapi dengan menonton filem ini, dapat saya katakan Nasi Lemak antara menu masakan dan makanan utama di Malaysia.

Apa yang menariknya dalam filem ini adalah lakonan Adibah Noor yang cukup hebat. Perwatakannya juga menampakkan peningkatan yang amat baik. Penggunaan bahasa dalam filem ini juga lebih menggunakan bahasa Cina sebagai pengantaranya.

Memang hebat sekiranya dengan hanya karya ‘Nasi Lemak 2.0’ ini, empunya filem ini mampu diangkat menjadi IKON sedangkan banyak lagi kelihatan pengarah-pengarah filem yang menghasilkan filem menggunakan tema perpaduan seperti Saudara Mamat Khalid dan Allahyarhamah Yasmin Ahmad tidak diangkat sedemikian rupa.

Saya hanya ingin berikan 1 bintang sahaja terhadap filem ini, walaupun penceritaannya menarik, disebabkan kekecewaan saya terhadap apa yang berlaku sebelum ini cukup membuatkan saya agar mencampakkan 4 bintang lagi bukan untuk filem ini tetapi pada blog saya sendiri.

Saya tak nak ulas panjang mengenai filem ini.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: