Tuesday, October 25, 2011

'Nur' Ustazah Pilihan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


Ustazah Pilihan ialah sebuah program realiti terbaru dari Astro Oasis yang memaparkan pencarian Muslimah – Muslimah yang boleh dibentuk untuk menjadi seorang Ikon Muslimah yang sejati. Ikon Muslimah yang dimaksudkan merangkumi segala aspek kehidupan dari seorang pendidik, pembimbing dan juga pemimpin masyarakat. Ustazah Pilihan akan memaparkan bagaimana pentingnya untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang wanita Islam yang bukan sahaja berperanan sebagai seorang isteri atau ibu, malahan lebih dari itu, Muslimah dilihat sebagai pendidik, pembentuk, pemimpin generasi akan datang,serta perlu mempunyai kebolehan berkomunikasi, pengucapan, pertuturan serta dayafikir yang cukup baik dan matang.



Menerusi konsep program Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah terpilih menerusi beberapa siri ujibakat di beberapa negeri, akan ditempatkan di sebuah lokasi tertentu di ibukota untuk menjalani kursus melalui silabus yang telah ditentukan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dari aspek keugamaan yang juga merangkumi hal ehwal yang lain seperti teknologi, kewangan, kemasyarakatan, kekeluargaan dan lain-lain.

Setiap minggu, mereka akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu yang berlandaskan format Piramid Tangga Kehidupan. Tugasan-tugasan ini dipilih berdasarkan isu – isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekata, isu – isu ini adalah 'benar' (real) dan relevan dengan realiti wanita di zaman moden.




Setiap minggu, mereka akan dipecahkan kepada kumpulan dan akan dibimbing/dipantau oleh para Mursyidah yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).

Markah akan diberi kepada kumpulan dan juga individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang telah mereka laksanakan setiap minggu. Kumpulan terbaik akan menerima ganjaran setiap minggu yang berupa galakan-galakan yang akan memotivasikan mereka lagi, manakala kumpulan yang satu lagi akan diberi tugasan tambahan yang juga boleh menmabhakan motivasi serta keyakinan untuk menjadi lebih baik lagi di tugasan akan datang.

Sumber : Astro Oasis

Saya cukup tertarik dengan Program berbentuk realiti TV seperti Imam Muda dan Ustazah Pilihan ini kerana banyak sebenarnya manfaat dan kebaikan yang ditunjukkan walaupun ada segelintir perkara yang menyebabkan ianya menjadi agak ‘pelik’. Nak tahu, apa yang pelik? Anda semua kena tonton dahulu siri Ustazah Pilihan ini.

‘Muslimah itu anugerah terindah di dunia, dia lembut tetapi tidak lemah…’

Itulah bait-bait kata yang diungkapkan oleh Ustazah Siti Fatimah, Calon Ustazah Pilihan yang cukup menarik perhatian saya. Apa yang dapat saya katakan adalah program seperti ini wajar dijalankan dan nilai-nilai murni dan adab-adab wanita itu sendiri sebenarnya perlu dijaga supaya tidak menjadi tontonan umum terutamanya berkenaan dengan aurat wanita.

Jika ada segelintir pihak yang mempertikaikan mengenai program Ustazah Pilihan ini, kenapa pihak-pihak tersebut berdiam diri ketikamana kelompok artis baru wanita yang semakin hari semakin berlambak-lambak. Dengan gaya penuh mengghairahkan dibenarkan beraksi di filem dan sebagainya. Akan tetapi Program Ustazah Pilihan yang mula menapak dan perlu dikembangkan ini dipertikaikan. Kenapa?

‘Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui’

Akhir kata, saya ingin tampilkan beberapa info mengenai calon-calon Ustazah Pilihan termasuk 2 calon yang tersingkir. Diharapkan program seperti ini dapat menarik minat seluruh remaja wanita Islam untuk terus menegakkan Agama Islam di Malaysia… Insyaallah…



Ustazah Nurul Hidayah, Ustazah Yang Paling Konsisten Pilihan Saya...










Ustazah Pilihan yang telah TERSINGKIR...



Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: