Thursday, January 14, 2016

Langit Cinta (2016) : Layan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

“Cinta... Jadilah saksi kebahagiaan kami berdua”

Perghhh...layan ja tagline filem melayu, ‘Langit Cinta’ lakonan Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Nadzmi Adhwa, Dato’ Jalaludin Hassan dan ramai lagi. Movie Melayu pertama yang aku tengok pada Tahun 2016 dan kali terakhir aku layan Filem Melayu adalah Filem Kapsul dan Ombak Rindu.



Pertamanya aku nak ucapkan berbanyak ucapan TERIMA KASIH buat Era.FM sebab sudi hadiahkan 4 keping tiket filem ‘Langit Cinta’ kat aku kali ini di Golden Screen Cinemas, Mid Valley KL. Aku pilih filem ‘Langit Cinta’ walaupun dalam masa yang sama aku terima jemputan untuk tayangan perdana Filem ‘The 5th Waves’ di One Utama KL.

So, aku berbesar hati nak kongsikan sedikit kepuasan aku menonton filem ini terutamanya melibatkan watak Khadeeja lokanan Nur Fazura yang cukup menjadi sebagai gadis kampung dari negeri Kedah. Beliau tunjukkan yang gadis Kedah cukup cantik, beradab dan mempunyai pesona aura yang cukup manis bagi pandangan seorang lelaki.

Nur Fazura merupakan salah seorang pelakon wanita Malaysia yang cukup aku minati dan sebelum terlambat aku nak ucapkan TAHNIAH buat Nur Fazura sebab telah memenangi Pelakon Wanita Terbaek menerusi filem ‘Manisnya Cinta’ menerusi watak Ifti di Festival Filem Malaysia Ke-27 pada tahun lepas dan tak mustahil lakonan bersahaja yang penuh jiwa menerusi watak Khadeeja ini, Nur Fazura bakal meneruskan kegemilangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaek di festival-festival filem akan datang. Nak tengok gambar aku dengan Nur Fazura pada tahun 2005 (11 tahun yang lalu)? Hehehe... len kali la aku upload k...hahaha

Filem ‘Langit Cinta’ arahan Saudara Osman Ali ini cukup menyentuh jiwa menerusi perjalanan cerita yang cukup bersahaja dan plot-plot & babak-babak yang sedikit sebanyak menyentuh isu kekeluargaan, ambil kesempatan dan sebagainya lagi. Filem adaptasi dari Novel ini mampu memberi saingan kepada filem Osman Ali yang terdahulu iaitu Ombak Rindu.

Cuma apa yang aku nampak, kesudahan filem ini seperti sudah dijangka dan tidak terlalu suspen untuk kita melihat kebahagiaan yang mendatang buat pasangan suami isteri (Aliff Zulkarnain & Khadeeja).

Apa yang menariknya lagi untuk filem ini adalah latar tempat bagi filem ini dilakukan di negeriku, Negeri Kedah Darul Aman yang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan pulau-pulau yang indah dan masanya sangat sesuai untuk menyokong penuh produk Kedah sempena Discovery Kedah 2016. Hidup Kedah !

Secara keseluruhan, aku bagi 3 dari 5 bintang untuk filem ‘Langit Cinta’ ini. 2 bintang lagi aku tak nak bagi sebab jalan ceritanya sudah dijangka. Hahaha... Apa-apa pun, kepada yang bakal menonton filem ‘Langit Cinta’ ini, aku ucapkan selamat menonton... ;)

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Friday, January 1, 2016

Selamat Datang 2016 ! Selamat Tinggal 2015 !

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

2015 : PENUH BERLIKU

Bina Kerjaya

Setahun satu jangka masa yang aku perlukan untuk bertapak dalam membina kerjaya aku yang berlatarkan bidang Hartanah. Mulanya aku ditawarkan bekerja dalam bidang politik, tapi aku masih menagih dan mengharapkan diberikan peluang untuk aku masuk dalam bidang yang aku belajar dan habiskan masa selama 6 tahun di Universiti Teknologi Malaysia.

Dari Kuala Lumpur, aku kembali ke Alor Setar mencuba nasib untuk mencari kerja di sini, tempat aku membesar dan dekat dengan ibu ayah aku. Ditakdirkan aku terbaca mengenai kekosongan jawatan di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk jawatan Penolong Pegawai Penilaian (W27) dan Penolong Pegawai Tadbir (N27). Aku mencuba tetapi menghampakan apabila aku dimaklumkan bahawa kekosongan tersebut telah tersedia untuk orang-orang tertentu. Aku frust ! Aku kecewa ! Mana adil untuk aku sebagai orang biasa yang tiada ‘kabel’ untuk mencuba nasib rebut jawatan tue.

Ditakdirkan sekali lagi, aku diberi peluang untuk menghadiri sesi temuduga ke sebuah Syarikat Swasta Penilaian & Hartanah di Bandaraya Alor Setar. Alhamdulillah ! Itulah ungkapan aku pada mulanya ketikamana aku menerima panggilan untuk menghadiri sesi temuduga tue. Aku akan cuba ! Dan akan cuba yang terbaek !

Alhamdulillah ! Sesi temuduga pertama aku berjaya, aku diterima TETAPI aku ditempatkan di Bayan Baru, Pulau Pinang. Perghhhh...beratus kali aku berfikir samada nak terima atau tak tapi aku percaya pada takdir aku dan ikut pada gerak hati aku, aku tolak tawaran tersebut dan aku bersedia berkhidmat sekiranya diberi peluang untuk bertugas di Alor Setar. Dan Alhamdulillah, aku diterima untuk bertugas di Alor Setar sebagai Eksekutif Penilaian Harta.

Bulan pertama aku bertugas di situ, aku menerima panggilan untuk hadiri sesi temuduga sebagai Penolong Jurutera (JA29) di Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Penguasa Bomba (KB41) di Suruhanjaya Perkhidmata Awam Malaysia. Mindset aku lebih ke arah Penolong Jurutera dan aku betul-betul fokus dan membuat persediaan yang cukup rapi untuk menghadiri sesi temuduga tersebut dan aku mengabaikan panggilan temuduga bagi Penguasa Bomba.

Dari Alor Setar aku kembara bersama sahabat aku, Mat Hanif Hafiz Ching ke Pulau Pinang semata-mata menghadiri sesi temuduga tersebut. Nak dijadikan cerita, aku dimalukan oleh panel tersebut disebabkan aku tiada kelayakan untuk jawatan tersebut. WTH ! Aku tak mau cerita panjang mengenai kes ni. Aku kecewa ! Aku terasa gila ! Aku terkilan gila ! Aku pulang dalam keadaan yang cukup memalukan dan menghampakan. Di situ sekali lagi aku dipertontonkan dengan gelagat para kroni bertemu dengan calon-calon tertentu ! Sekali lagi, tiada keadilan untuk aku sebagai orang biasa yang tiada ‘kabel’ untuk mencuba nasih rebut jawatan tue.

Bulan Ogos, aku menerima mesej tentang panggilan sesi temuduga untuk bidang aku dalam sektor awam under Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Berat hati mulanya untuk aku terima dan menghadirinya di Kuala Lumpur disebabkan aku takut sejarah berulang semula. Aku menghabiskan duit semata-mata untuk hadiri temuduga tetapi kekosongan tue telah tersedia untuk orang-orang tertentu.

Mak ayah aku, nasihatkan aku untuk aku mencuba sesi temuduga tersebut. Aku ikut saja apa yang mak ayah aku katakan itu. Dari Alor Setar, aku kembara seorangan ke Kuala Lumpur untuk hadiri sesi temuduga tersebut. Ketika di luar bilik temuduga tue, aku sempat bersembang dengan calon-calon yang masing2 mempunyai pengalaman 2-3 tahun dalam bidang hartanah ini. Aku berdebar ! Aku tergugat ! Sebab pengalaman aku hanya 5 bulan saja dalam bidang ni.

Berkat kesabaran dan doa ibu ayah aku, Alhamdulillah, aku menerima mesej dan surat tawaran untuk perlantikan aku berkhidmat di sini untuk jawatan tetap. Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Penat usaha aku mencuba tanpa menggunakan ‘tangan-tangan ghaib’ ni berhasil dan dibuktikan dengan kepercayaan aku memohon pada Yang Maha Esa. Syukur pada-Mu Ya Allah ! Kau memakbulkan doaku, doa ibu ayah aku ! 21 September 2015, tarikh keramat aku lapor diri untuk berkhidmat di sektor awam ini ! Aku selesa bekerja di sini sehingga ke hari ini. Harini, aku mampu senyum sebab hampir setahun aku mencuba nasib untuk berkhidmat dalam sektor awam untuk jawatan tetap. Alhamdulillah sekali lagi.

Cinta, Bina Masjid Keluarga

Hahaha...aku belum bersedia lagi la nak bercerita mengenai Cinta Cintun ni secara terbuka kat blog aku ni ! Hahaha... ~

2016 : AKU BERSEDIA

Insyaallah, tahun 2016 ini aku dah bersedia mengharungi kehidupan di Kota Metropolitan ini. Ada beberapa perkara yang aku impikan untuk dicapai pada tahun 2016 ni. Ianya melibatkan banyak benda yang aku fikirkannya pada tahun lepas. Aku masih mencari masa yang sesuai untuk aku mencuba nasib dalam beberapa benda baru yang akan aku cuba ceburi untuk mengisi kekosongan masa.

Tahun 2016 juga aku mengharapkan agar aku terus diberi kepercayaan dalam melaksanakan amanah & tanggungjawab dan aku bersedia untuk memastikan agar aku dapat SAHKAN JAWATAN aku disini. Insyaallah. Yang paling penting, sokongan dari semua pihak terhadap aku untuk aku terus mengorak langkah mencapai impian aku. Insyaallah... J

Jodoh ? Insyaallah... ~

Selamat Datang 2016 ! Selamat Tinggal 2015 !

Apa-apa pun, aku mendoakan agar Tahun 2016 ni, kita semua perolehi keberkatan dalam mencari rezeki yang halal dan diredhai-Nya. Mendoakan juga akan kita semua dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik. Tahun 2016 ni juga, aku mengharapkan agar Malaysia kita terus aman dan makmur. Tutup buku lama, kita bukak buku baru !

Untuk semua pembaca blog, aku mengharapkan semua dapat menyokong penuh dengan produk pelancongan yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman sempena #DiscoveryKedah2016. Mai cek mai ke Negeri Kedah ! Kita ada Langkawi, Masjid Zahir, Gunung Jerai, Pantai Merdeka, dan macam-macam lagi la... ;)

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


Thursday, December 24, 2015

Tempat-Tempat Menarik Di Singapore...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pagi tadi kali kedua aku terlibat secara langsung sebagai peserta perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2015 di MAEPS. Sebelum ni, aku terlibat di Zon Langkawi mewakili SMT Langkawi dan Alhamdulillah, kumpulan aku dapat johan. Salam Maulidur Rasul buat semua !

Hari ni aku terlintas nak kongsikan pula beberapa tempat menarik yang sesuai untuk anda lawati sekiranya pergi ke Kota Singa, Singapura. Kalau ikutkan aku dah 3 kali pergi ke sana dengan pelbagai tujuan dan semuanya aku menyinggah ke beberapa tempat yang aku akan cadangkan pada korang untuk korang try pergi. 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SINGAPORE...

1. Universal Studios Singapore (USS)



Sebuah taman tema permainan yang terkenal di Singapura. Terdapat 7 zon di USS iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away dan Madagascar.

2. Marina Bay



Marina Bay adalah teluk berhampiran kawasan pusat di bahagian Selatan Singapura.

3. Merlion Park



Merlion Park adalah mercu tanda Singapura. Ianya adalah satu tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Singapura.

4. Esplanade Park


Esplanade Park ni dibina pada tahun 1943. Ia merupakan salah satu yang tertua di Singapura dan dibangunkan semula pada tahun 1991. Terdapat banyak mercu tanda bersejarah yang terletak di situ dan antaranya adalah Queen Elizabeth Walk, The Tugu dan lain-lain lagi.

5. Masjid Sultan



Masjid Sultan di Kampung Glam ini merupakan masjid pertama yang dibangunkan di republik itu.

Nanti kalau ada masa, aku akan kongsikan lebih lanjut mengenai USS ni. Sebab tak rugi pergi taman tema tue. Apa-apa pun, yang akan melancong, selamat melancong !

Antara tempat lain yang menarik untuk korang tengok yang pernah aku lawati :-
1. Seoul, South Korea
2. Gold Coast, Australia
3. Manila, Filipina
4. Hong Kong
5. Yogyakarta, Indonesia
6. Osaka, Japan
7. Kyoto dan Kobe, Japan

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, December 23, 2015

Tempat-Tempat Menarik Di Yogyakarta Indonesia...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Perghhh seminggu dua ni sangat busy dengan kerja-kerja dan tugasan-tugasan luar melibatkan hartanah di beberapa negeri semenanjung Malaysia. Sebelum tue, aku nak ucapkan TAHNIAH dan Selamat Pengantin Baru buat ex-dormate aku, Chef Fikree Aznan dan pasangannya, ex-classmate aku, Syarifah Zuriehan yang selamat diijabkabulkan baru-baru ini.

Kalau entry sebelum ini aku pernah kongsikan mengenai beberapa tempat menarik di Seoul (South Korea), Gold Coast (Australia), Manila (Filipina) dan Hong Kong. Hari ni, aku nak kongsikan pula mengenai tempat-tempat menarik di Yogyakarta, Indonesia yang penuh dengan elemen sejarah. Waktu aku pergi di sana, cuaca di situ agak panas sebenarnya berbanding suhu di Malaysia.

Aku juga sedikit bersyukur kerana berpeluang untuk berkenalan dengan beberapa sahabat baru saya di sana yang juga merupakan antara Pemimpin Mahasiswa di sana iaitu Adhitya Herwin (Universitas Gadjah Mada dan Saudara Fikcriey (Universitas Negeri Yogyakarta). Thanks ya sebab sudi belanja 'Bakso' dan makanan tradisional di sana.

Ketika di Yogyakarta, aku dengan sahabat baik aku, Saudara Omar Zahid menginap di Tiga Lima Homestay, Gondokusuman, Yogyakarta. Tempat ni ok la sebab sewanya semalaman bawah RM50. Maybe murah sebab promosi rasanya masa tue. Siap dengan sarapan pagi. Cuma apa yang kurang sikit adalah tempat mandi dan tandas terbuka. Hahaha... Ok, jom layan Yogyakarta, Indonesia... ~

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI YOGYAKARTA, INDONESIA...

1. Candi Borobudur





Candi Borobudur terletak 50km dari Utara Yogyakarta dan terletak di Provinsi Jawa Tengah (Magelang). Candi ni merupakan candi terbesar di Indonesia. Untuk ke sini, aku naik teksi saja dan tambangnya berbaloi dan tak mahal.

2. Candi Prambanan




Candi Prambanan ni terletak di perbatasan Provinsi Diy & Jawa Tengah. Merupakan candi Hindu terbesar di Indonesia dan candi ini selalu dikaitkan dengan cerita Roro Jonggrang. Kat sini apa yang best, aku berpeluang mendengar persembahan 'live' dari penduduk tempatan iaitu persembahan 'Campursari Jonggrang Laras'. Layan suara penyanyi utama ni boleh terpukau dengan lenggok suaranya sekali dgn muziknya. Apa-apa pun, terbaek !

3. Candi Istana Ratu Boko



Candi Istana Ratu Boko ini terletak pula 5km dari timur Candi Prambanan. Candi Istana Ratu Boko ini merupakan Istana Kerajaan Mataram Kuno. Terletak di atas bukit dan pengunjung perlu melaluinya beberapa fasa. Kat atas dia cukup cantik dan dikatakan waktu yang senja adalah waktu yang paling sesuai untuk bergambar dengan pemandangan yang begitu cantik. Tapi aku nasihatkan awal-awal, kat sini aku kena tipu dengan penjual tiket masuk. Aku diminta bayar ikut harga Dolar Amerika sedangkan ditempat laen aku dikenakan bayaran ikut matawang Rupiah sebab aku dikategorikan sebagai serumpun.

4. Jalan Malioboro



Jalan Malioboro ini merupakan satu jalan yang dipenuhi dengan gerai dan kedai yang menjual pelbagai barangan dan cenderahati Yogyakarta. Kat sini aku cadangkan korang try makan Mee Ayam dia, perghhhh sedap siot! 

Antara makanan yang sempat aku cuba rasa :-






Keempat-empat tempat di atas saja yang sempat aku jejaki disebabkan pergerakan yang agak terbatas dan asyik kena tipu ja kat sana. Ada sekali tue, aku kena pukau di semasa jalan-jalan dan sedar-sedar, semua duit aku dalam dompet hilang. So, aku nasihatkan berhati-hatilah di tempat orang ! Insyaallah, nanti aku kongsikan mengenai tempat-tempat menarik di Busan & Pulau Jeju pula. Insyaallah... ;)

Antara tempat lain yang menarik untuk korang tengok yang pernah aku lawati :
1. Seoul, South Korea
2. Gold Coast, Australia
3. Manila, Filipina
4. Hong Kong
5. Singapura
6. Osaka, Japan
7. Kyoto dan Kobe, Japan

Sekian, Wallahua'lam...


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com


Saturday, December 12, 2015

Majlis Ramah Mesra Bersama YAB DS Mukhriz Tun Mahathir...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Minggu ini, hampir setiap hari aku membaca berita-berita di dada-dada akhbar, berita di televisyen serta lintas langsung dari Pusat Dagangan Putra (PWTC) mengenai Perhimpunan Agong UMNO 2015. Ada yang aku setuju, ada juga yang aku kurang setuju serta ada yang aku tak setuju terus terutamanya apabila melibatkan beberapa perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang diperbahaskan oleh para perwakilan.

Tahun lepas aku berpeluang untuk menjadi salah seorang petugas sukarelawan di dewan utama dan berpeluang mendengar satu-satu perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO tetapi kali ini aku tak berpeluang untuk ke Perhimpunan Agong UMNO 2015 kerana terikat dengan kerja dan tugas aku di pejabat.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YAB DS MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Pertamanya sekali aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih buat sahabat seangkatan aku di MANTAP IV iaitu Saudara Ezzuddeen yang sudi ambik aku di rumah untuk ke majlis tersebut. Kalau ikutkan memang dah tak pegi sebab cuaca hujan ketika tue.

Aku bersama YAB DS Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah...

Aku cukup tertarik dengan ucapan dari YAB DS Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah (Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah) di Saloma Bistro terutamanya apabila berkaitan dengan #BeraniBerubah dan #Helang . Beliau turut mengingatkan bahawa setiap jawatan yang kita dapat di muka bumi ni memang takkan boleh bawak ke kubur. 

'Membujur lalu, melintah patah!'

Itulah yang diperkatakan oleh YAB DS Mukhriz Tun Mahathir dan mengingatkan kita bahawa supaya jangan takut untuk menyatakan kebenaran dan kita mesti #BeraniBerubah. Apa yang aku lihat, rata-rata tetamu yang hadir adalah dari pelbagai negeri. 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, YABhg Tun Dr Siti Hasmah, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, YB DS Shafie Afdhal dan serta pelbagai lagi ahli-ahli yang berhormat, perwakilan2 dari pelbagai negeri, ahli-ahli UMNO, pemerhati-pemerhati dan para penyokong YAB DS Mukhriz Tun Mahathir.

 Aku bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad...

 Aku & Ezzuddeen bersama YB DS Shafie Afdhal, YAB DS Mukhriz Tun Mahathir & YB TS Muhyiddin Yassin...

Aku & Ezzuddeen bersama YB DS Shafie Afdhal...

Aku sebagai salah seorang rakyat dan anak jati Kedah menyatakan sokong penuh terhadap kepimpinan YAB DS Mukhriz Tun Mahathir atas sebab kewibawaannya dalam memimpin negeri Kedah dengan penuh integriti dan mesra rakyat. Ikut kepada sejarah kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, kepimpinan YAB DS Mukhriz Tun Mahathir antara yang paling bersih dan mempunyai kebaikan kepada setiap lapisan rakyat Negeri Kedah.

 Aku bersama Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Tuan Aminuddin Omar & YB Dato' Norsabrina Mohd Noor...

Aku bersama YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman, Exco Kerajaan Negeri Kedah...

Apa-apa pun, sebagai orang muda dan rakyat Negeri Kedah, aku sentiasa mendoakan kebaikan untuk negeriku, Negeri Kedah Darul Aman, barisan kepimpinan negeri dan seluruh rakyat Kedah dan semoga Negeri Kedah terus dirahmati Allah. Insyaallah...Amin...

Malam ni sama-sama kita doakan agar Skuad Helang Merah memperolehi kejayaan dalam meraih kemenangan Perlawanan Akhir Piala Malaysia menentang Selangor. Aku target 2 - 0 dan rata-rata penyokong Kedah memberi sokongan penuh kepada barisan Pemain. Goodluck Skuad Helang Merah !

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

Thursday, December 10, 2015

In The Heart Of The Sea (2015) : Satu Pengembaraan Di Tengah Lautan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, bertemu kembali untuk entry aku kali ini setelah menempuh hari-hari yang cukup busy untuk aku menjalankan tugas sebagai penjawat awam. Johor, Terengganu & Perak antara 3 negeri yang aku pergi untuk menyelesaikan tugasan yang diamanahkan kepada aku melibatkan hartanah.

Terniat di hati untuk aku kembali meneruskan pengajian aku di peringkat Ijazah (Master) dalam bidang Hartanah tetapi aku belum bersedia untuk kembali melangkah menjadi seorang mahasiswa. Apabila melihat kepada sektor pekerjaan sekarang yang lebih memandang kepada kemahiran dan pengalaman. Aku alhamdulillah, mempunyai sedikit pengalaman di sektor swasta dan kerajaan. Praktikal aku sebelum ni jugak di sektor swasta dan awam.

Noktah ! Aku tak nak bercakap mengenai perkara tue, tetapi entry kali ini aku nak kongsikan dan memberi sedikit ‘review’ mengenai sebuah filem yang aku tonton semalam di MBO KL Festival City iaitu ‘In The Heart of The Sea’.

IN THE HEART OF THE SEA



Sekali lalu, aku nak kongsikan dulu mengenai sinopsis movie ini.

“Filem ini merupakan adaptasi dari Novel Nathaniel Philbrick yang berjudul ‘In The Heart of The Sea’. Berlatarbelakangkan tahun 1820, Kapten George Pollard, Jr. (Benjamin Walker), anak-anak kapal Owen Chase (Chris Hemsworth), Matthew Joy (Cillian Murphy), dan Thomas Nickerson (Tom Holland) mengembara lautan luas di atas sebuah kapal yang dinamakan Essex. Kapal itu karam setelah dilanggar oleh seeokor ikan paus, menyebabkan kapten dan anak-anak kapal itu terkandas di laut selama 90 hari.”



Aku cukup tertarik dengan plot-plot movie ini yang cukup santai dan memberikan satu pengembaraan seorang pemburu pasu di tengah-tengah lautan. Lakonan yang dibawa oleh Chris Hemsworth & Benjamin Walker menerusi watak Kapten George Pollard & mr. Chase cukup menjadi dengan perwatakan seorang kapten dengan pegawai kapal.



Adegan kemuncak apabila mereka terpaksa bertarung dengan paus putih yang cukup ganas dengan menghancurkan kapal Essex. Adegan di mana anak-anak kapal tersadai di tengah-tengah lautan itu terpaksa ‘survive’ dalam saat-saat yang sangat getir sehinggalah terpaksa dibuat catuan makanan dan terpaksa mengharungi saat-saat di bawah bahang matahari.

Movie ini memberi aku satu khayalan yang cukup tenang dan menjadi ! Aku puji movie ni dengan memberikan 4/5 bintang ! Lepas ni, aku nak cari novel ni pulak ! So, aku cadangkan korang try la layan movie nie sebaiknya.

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


Monday, November 30, 2015

Tempat-Tempat Menarik Di Hong Kong...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Semalam aku terlepas untuk ‘booking’ tiket untuk melancong ke Ho Chi Minh, Vietnam yang pendapat aku ada tarikannya yang tersendiri. Maybe itu bukan rezeki aku lagi untuk ke sana. Hari ini aku nak kongsikan sedikit mengenai sebuah negara yang aku kunjungi iaitu Hong Kong yang terkenal dengan tempatnya yang menarik dan menjadi salah satu destinasi pilihan untuk para pelancong.

Ketika di Hong Kong, aku bersama sahabat-sahabat aku iaitu Shukor & Nurhanudin sempat berinteraksi dan berkongsi dengan pelajar2 di The University of Hong Kong mengenai pelestarian kampus. Kami juga sempat melakukan kunjungan hormat ke Konsulat General Malaysia di Hong Kong untuk mengetahui serba sedikit mengenai usahama antara Kerajaan Malaysia dan Hong Kong.  Di sini, aku nak kongsikan serba sedikit tempat-tempat menarik di Hong Kong.



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI HONG KONG

1. The Peak

Pemandangan bangunan pencakar langit yang tiada tolak bandingnya, pelabuhan yang airnya berkilauan dan kehijauan bukit-bukau di New Territories juga dapat dilihat dari puncak the Peak ini. Tempat ni sesuai untuk bergambar berlatarkan Hong Kong.




2. Ocean Park Hong Kong

Kalau ikutkan plan asal adalah untuk ke Hong Kong Disneyland. Tetapi selepas tanya pendapat ramai orang di sana, ramai yang mencadangkan untuk ke Ocean Park Hong Kong jika bercadang untuk main permainan yang ekstrems. Sangat puas hati untuk taman tema ini sebab banyak permainan yang kebanyakannya berada di atas bukit termasuklan roller coasternya.




3. Ladies Market

Tempat ini sesuai untuk membeli barang-barang cenderahati sebab di sini harganya murah sekiranya pandai tawar-menawar. Di sini pun mudah untuk dapatkan makanan halal.

4. Temple Street Night Market

Di sini lebih berkonsepkan tokong dengan adanya penilik nasib dan sebagainya. Di sini pun sesuai untuk membeli barang-barang cenderahati.

5. Hong Kong Convention & Exhibition Centre (Golden Bauhinia Square)

Merupakan salah satu daripada bangunan yang menjadi latar bagi upacara yang penting dari segi sejarah di Hong Kong.



6. Menara Jam

Merupakan satu mercu tanda dari zaman Arang Batu dan mengingatkan tentang Hong Kong sebagai warisan jajahan kolonial.



7. Tsim Sha Tsui Promenade

Ianya sesuai untuk melihat permandangan di sekeliling di sepanjang tebing sungai & pasti terpukau dengan latar langit bandaraya yang paling hebat di dunia.

8. The Avenue of Stars

Di sini merupakan tempat untuk melihat ikon-ikon filem Hong Kong dengan pemandangan menara pelabuhan yang cukup menakjubkan.



9. Madame Tussauds Hong Kong

Di sini anda boleh melihat dengan lebih 100 patung lilin dan di sini boleh lihat patung lilin dari kalangan selebriti, pemimpin negara dan sebagainya.




10. A Symphony of Lights

Ianya merupakan satu pertunjukkan multimedia, cahaya dan bunyi yang menjadikan pelabuhan ini bercahaya setiap malam. Ianya juga dinamakan sebagai ‘World’s Largest Permanent Lights & Sounds Show’ oleh Guinness World Records.




Apa yang menariknya di sana adalah apabila sampainya di Hong Kong, seharian kami mencari restoran Halal di celahan bangunan sampai hampir berputus asa dan akhirnya bertemu juga dengan restoran halal di sana. Sempat juga kami menonton wayang di sana di malam terakhir berada di Hong Kong. Di sana juga sempat mencuba ‘Dim Sum’ halal di masjid. Insyaallah, kalau ada peluang aku nak ke Macau pulak... J




Antara tempat menarik lain yang anda boleh tengok :

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com